The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhazwana91, 2023-05-31 05:52:52

MINIT MESYUARAT AJK KAKI KE 5

MINIT MESYUARAT AJK KAKI KE 5

PERSATUAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA MALAYSIA (USAHANITA) MINIT MESYUARAT AJK KEBANGSAAN KALI YANG KELIMA (5) SESI 2021-2024 TARIKH : 20HB JANUARI 2023 HARI : JUMAAT MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : DEWAN BINA DAULAH, WISMA MPM, JALAN LEDANG, KUALA LUMPUR. SENARAI KEHADIRAN: NO NAMA JAWATAN KEHADIRAN 2021-2024 1. PUAN HJH HALIMAHTON BINTI OMAR PRESIDEN / 5/15 2. STe. (Assoc) HJH ROKIAH BINTI KOYAKUTI TIMBALAN PRESIDEN / 5/15 3. PUAN HJH MAL KALTHUM BINTI DAUD NAIB PRESIDEN / 5/15 4. DATIN HJH FARIDAH BINTI ZAINOL ABIDIN BENDAHARI AGONG O 2/15 5. NURUL HAZWANA BINTI MOHAMAD ZAIN SETIAUSAHA AGONG / 1/15 6. PUAN KHAINI BINTI OMAR PEN. BENDAHARI AGONG / 5/15 7. PUAN SYAHIRAH HANI BINTI MOHAMED ALI PEN. SETIAUSAHA AGONG / 5/15 8. PUAN NORAZLINA BINTI AHMAD AHLI JAWATANKUASA / 4/15 9. PUAN SALMAH BINTI ISMAIL AHLI JAWATANKUASA / 4/15 10. PUAN ROKIAH BINTI RABU AHLI JAWATANKUASA / 4/15 11. DATIN HJH ROSFINAH BINTI RAHMAT AHLI JAWATANKUASA / 4/15 12. STe. (Assoc) A.SURAYA BINTI SALLEH PENGERUSI N. JOHOR / 4/15 13. STe. (Assoc) HJH FATIMAH BINTI ABDUL RASYID PENGERUSI N. MELAKA O 3/15 14. DATIN KURSIAH BINTI HJ AHMAD PENGERUSI N. SEMBILAN O 3/15 15. YM RAJA ROZITA BINTI RAJA ABDULLAH OMAR PENGERUSI N. WILAYAH / 5/15 16. STe. (Assoc) ROZIAH BINTI MOHD DARLIS PENGERUSI N. SELANGOR / 5/15 17. PUAN ROSNI BINTI HASAN PENGERUSI N. PERAK / 5/15 18. PUAN PATIMAH BINTI SULAI PENGERUSI N. KEDAH / 3/15 19. PUAN NAFIZAH BINTI ISMAIL PENGERUSI N. P.PINANG O 1/15 20. PUAN HJH AZIZAH BINTI MAMAT PENGERUSI N. KELANTAN / 4/15 21. PUAN ENCHE ROHAYA BINTI AB WAHAB PENGERUSI N. TERENGGANU O 3/15 22. PUAN HABSAH BINTI SHAMSUDDIN PENGERUSI N. PAHANG / 5/15 23. PUAN NORAINI BINTI SULONG PENGERUSI N. SABAH / 3/15 24. PUAN ATIKAH BINTI ABDUL HAMID PEMERIKSA KIRA-KIRA O 1/15 25. PUAN ROKIAH BINTI ABU BAKAR PEMERIKSA KIRA-KIRA O 1/15 26. STe. (Hons) DATO HJH FARIDAH BINTI A.JABBAR YDP 1 O 4/15 27. PUAN ROSLIZA BINTI ARIFFIN YDP 2 O 2/15 28. STe. (Assoc) HJH NORIZAH BINTI MOHD NOR YDP 3 O 2/15


BIL PERKARA TINDAKAN 1. UCAPAN ALUAN PUAN PRESIDEN USAHANITA MALAYSIA – PUAN HALIMAHTON BINTI OMAR Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan AMT, AJK dan Pengerusi-Pengerusi Cawangan yang hadir. Dan menyerahkan kepada AJK biro Agama Puan Khaini Omar mengetuai bacaan Yassin. Pengerusi mengesahkan kehadiran barisan AMT , YDP, AJK dan Pengerusi Pengerusi Cawangan negeri. Memaklumkan YDP 1 menyampaikan salam dan memaklumkan tidak dapat hadir berikutan kesihatan tidak mengizinkan dan ada urusan yang lebih penting. YDP 2 juga menyampaikan salam dan memaklumkan tidak dapat hadir berikutan terikat dengan urusan kerja. YDP 3 tidak memaklumkan sebarang maklumbalas berkenaan ketidakhadiran beliau. Bendahari Agong tidak dapat hadir dan memaklumkan ada urusan keluarga berikutan suami baru balik. Pengerusi Negeri Melaka, Terengganu dan Negeri Sembilan memaklumkan tidak dapat hadir berikutan keadaan kesihatan suami tidak baik, manakala Pengerusi Pulau Pinang tidak memaklumkan sebarang maklumbalas berkenaan ketidakhadiran beliau. Presiden melahirkan rasa kecewa dengan ketidakhadiran Pengerusi bagi 4 buah negeri iaitu Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Presiden menegaskan Pengerusi Negeri perlu menghantar wakil bagi pihak pengerusi sama ada Naib Pengerusi atau Setiausaha Negeri. Presiden memperkenal Setiausaha Agong baharu mengantikan Setiausaha Agong yang meletakkan jawatan. Setiausaha Agong memperkenalkan diri namanya Nurul Hazwana Binti Moahamd Zain, adalah Penolong Setiausaha Usahanita Daerah Rompin. Presiden seterusnya memperkenalkan SU Agung kepada semua ahli mesyuarat. PengerusiPengerusi Negeri 2. PENGESAHAN MINI MESYUARAT Pengesahan Minit dicadangkan oleh: STe. (Assoc) A.Suraya Binti Salleh (Pengerusi Negeri Johor) Dan disokong oleh: Puan Habsah Binti Shamsuddin (Pegerusi Negeri Pahang) 3. LAPORAN KEWANGAN Laporan kewangan tidak dapat dibentangkan berikutan Bendahari Agong baru memaklumkan berkenaan tidak dapat hadir mesyuarat pada jam 4.30 pagi, 20/1/2023. 4. MAKLUMBALAS PERKARA BERBANGKIT Presiden membuat pengesahan penerimaan Pop Up Banner dengan Pengerusi-Pengerusi Negeri. Semua Negeri telah menerima pop up Banner


5. LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KEBANGSAAN BIRO KEAHLIAN TIMBALAN PRESIDEN- STe. (Assoc) HJH ROKIAH BINTI KOYAKUTI Puan Rokiah memaklumkan ingin mendapatkan senarai nama ahli. Namun beliau mencadangkan senarai ahli berbayar perlu diserahkan selepas AGM negeri oleh setiap Pengerusi Negeri. Senarai ahli tersebut perlu dilengkapkan bersama-sama Salinan SSM dan kad pengenalan. Puan Rokiah mengharapkan senarai nama tahun ini diberikan dengan lengkap untuk kegunaan di masa hadapan. Datin Hjh Rosfinah Binti Rahmat mencadangkan tidak perlu SSM bagi mengelakkan masalah pemilihan ahli dan masalah sewaktu AGM. Puan Presiden menegaskan SSM wajib ada untuk menjadi ahli Usahanita berikutan telah ditetapkan dalam perlembagaan Usahanita dan tidak wajar di ubah. Puan Presiden menegaskan SSM perlu aktif sebelum keahlian diperbaharui. Setiausaha daerah perlu menyemak setiap ahli mereka SSM masih lagi aktif. Puan Rokiah menegaskan retreat wajib dilaksanakan disetiap negeri bagi menjelaskan lebih details tentang tanggungjawab AJK diperingkat negeri dan daerah. Presiden menegaskan Kursus Retreat penting untuk menjelaskan tanggunjawab dalam persatuan dan apa yg dinyatakan dalam perlembangaan. Presiden juga menegaskan proses kelulusan dan pengesahan ahli perlu dilaksanakan didalam setiap kali mesyuarat AJK dan dijadikan salah satu Agenda. STe. (Assoc) A.Suraya Binti Salleh memaklumkan menyediakan perkhidmatan renew ahli bagi ahli-ahli berbayar bagi negeri Johor. Pengerusi Johor juga memaklumkan timbul isu ahli lambat perbaharui berikutan tunggu kemasukan duit bantuan kerjaan dahulu namun beliau memastikan SSM diperbaharui sebelum AGM dilaksanakan. Puan Norazlina Binti Ahmad menerangkan perlunya SSM dalam perniagaan walaupun berniaga di pasar malam kerana diperlukan untuk permohonan lesen Majlis Tempatan. Puan Presiden menegaskan Usahanita berdaftar sebagai pertubuhan perdagangan dan memerlukan SSM untuk menjadi ahli setiap perniagaan wajib ada SSM. Puan Presiden menegaskan mohon pastikan perbaharui SSM sebelum proses ahli diperbaharui dan sebelum AGM diadakan bagi mengelakkan masalah berbangkit dan risiko tidak mematuhi perlembagaan dengan pihak ROS. SetiausahaSetiausah Negeri Setiausahasetiausaha Negeri PengerusiPengerusi Negeri


BIRO KEUSAHAWANAN TEMPATAN , LUAR NEGARA & EXPO NAIB PRESIDEN - PUAN HJH MAL KALTHUM BINTI DAUD - PUAN SALMAH BINTI ISMAIL Puan Hjh Mal Kalthum menyerahkan kepada Puan Salmah untuk meneruskan laporan lanjut. Puan Salmah mengesahkan penerimaan Pop Up Banner oleh negerinegeri. Kecuali dua kotak yang belum diambil oleh Negeri Sembilan dan Selangor. Beliau memaklumkan perlu di ambil dikediaman beliau. Beliau memaklumkan Karnival UDA USHAniaga berjalan dengan baik dengan 5 negeri terpilih iaitu Selangor/Wilayah, Penang, Johor, Perak & Pahang. Bagi konvenita masih berjalan tahun ini. Negeri Perak telah selesai, dan Selangor akan diadakan dalam masa terdekat dan negeri-negeri lain akan diadakan pada tahun ini. Puan Salmah membentangkan peluang merchandise dibawah platform MyGalore. MyGalore menawarkan Mall percuma tidak perlu membayar tapak bulanan seperti kebiasaan dikenakan kepada vendor diluar sana. Namun MyGalore menawarkan tapak percuma hanya mengenakan caj 15% yang ditolak dari setiap jualan yang telah dilakukan. Beliau juga memaklumkan bayaran cas penghantaran MyGalore juga sangat berpatutan dan berbaloi. Puan Salamah memaklumkan setiap negeri hanya boleh menjual 3 produk merchandise dan tidak boleh sama dengan negeri lain. Tiada paksaan kepada semua negeri menyertai tetapi beliau sangat menggalakkan untuk menyertai MyGalore. Beliau mencadangkan negeri memberi senarai produk 3-4 produk merchandise dan diputuskan dalam mesyuarat AMT, bagi mengelakkan pertembungan produk dengan negeri lain. Pengerusi Negeri Pahang memaklumkan MyGalore tidak mengambil barang di Kawasan pedalaman negeri Pahang. Puan Salamah juga memaklumkan Melaka juga ada masalah pengambilan barang. Puan Salamah meminta jasa baik vendor untuk membuat aduan pada pihak MyGalore tentang masalah yang dihadapi kerana vendor membayar tapak dan berhak membuat aduan terus. MyGalore sangat membatu kerana mudah hanya perlu sediakan gambar dan pihak MyGalore akan edit dan susun. BIRO IT & MEDIA SOSIAL PEN. SETIAUSAHA AGONG - PUAN SYAHIRAH HANI BINTI MOHAMED ALI Puan Syahirah Hani binti Mohamed Ali mengharapkan data keahlian dapat dilengkapkan. Beliau juga memaklumkan akan menambahbaik website Usahanita Malaysia dan mengemaskini aktiviti negeri dengan berkongsi hantaran dilaman facebook oleh negeri dan daerah. Ahli AJK mencadangan aktiviti tahun ini adalah kelas tiktok dan Puan Presiden mencadangkan Puan Hani mencari peluang untuk mengadakan kelas tiktok. PengerusiPengerusi Negeri Setiausahasetiausaha negeri


BIROAGAMA & KEBAJIKAN PENOLONG BENDAHARI AGONG- PUAN KHAINI BINTI OMAR Puan Khani binti Omar memaklumakn akan meneruskan aktiviti bulanan bacaan Surah Yassin melalui online. Program akan dilaksanakan pada hari Isnin minggu pertama iaitu pada jam 9.00 malam. Beliau menjangkakan program akan dimulakan bulan hadapan. Beliau mengharapkan penyertaan dari semua AMT dan Pengerusi Negeri. Puan Presiden menegaskan beliau memantau kehadiran AMT dan Pengerusi Negeri. Puan Presiden mengharapkan Pengerusi memaklumkan AJK negeri dan peringkat daerah untuk menyertai bacaan Yassin tersebut. Biro Kebajikan juga memaklumkan akan mengadakan sambutan hari raya dan aktiviti qiamullai seperti tahun sebelum ini. Puan Khaini juga memaklumkan isu tempahan baju batik diharap pihak negeri memahami tempahan tidak diboleh diberikan segera, memerlukan masa dan mengharapkan pihak negeri dapat berikan deposit sekurang-kurangkan separuh dari jumlah tempahan. Puan Khani menegaskan harga diselaraskan RM150.00 harga jual. Harga kebangsaan beri kepada Negeri RM130.00 dan masa bayaran penuh dalam tempoh 2 minggu selepas Negeri terima kain batik. Puan Khani berharap tiada lagi isu negeri lain jual kepada negeri lain. Setiap negeri perlu membeli dengan kebangsaan supaya kita mendapat kualiti jenis dan kain yang sama BIRO SOSIAL & KEMASYARAKATAN AHLI JAWATANKUASA-PUAN NORAZLINA BINTI AHMAD PUAN ROKIAH BINTI RABU Puan Norazlina Binti Ahmad memaklumkan aktiviti lepas tidak dapat diadakan berikutan musim covid dan aktiviti yang bersentuhan tidak boleh dilakukan. Perancangan aktiviti tahun ini adalah mengadakan pertandingan gusti tangan tetapi tidak boleh diteruskan juga berikutan aktiviti bersentuhan. Puan Norazlina mengambil kira cadangan Dato Faridah untuk mengadakan pertandingan bowling peringkat kebangsaan. Beliau mencadangkan aktiviti sebelum ini dilaksanakan semula dan diadakan juga diperingkat daerah dan negeri. Cadangan Pertandingan bowling peringkat kebangsaan adalah pada 28/10/2023 dan diadakan juga mesyuarat AJK kebangsaan pada 27/10/2023. Beliau juga akan mencadangkan penambahan aktiviti dalam konvenita negeri-negeri mengikut kesesuaian. Puan Norazlina akan melantik AJK kerja dengan ahli terdekat untuk meguruskan pertangdingan bowling kebangsaan. Beliau mengharapkan sokongan dari negeri dan daerah kerana ahli dari negeri dan daerah yang akan menyertai aktiviti tersebut Puan Presiden memaklumkan program sebelum ini pernah dilakukan dan piala pusingan sebelum ini telah hilang setelah diserahkan kepada negeri yang menang, iaitu Negeri Sembilan. Oleh itu untuk PengerusiPengerusi Negeri Dan AJK kebangsaan PengerusiPengerusi Negeri PengerusiPengerusi Negeri


pertandingan akan datang piala pusingan akan diberikan kepada negeri yang menang selama 2 minggu sahaja dan dipulangkan kepada pusat untuk diletakkan di MPM. Puan Presiden mencadangkan agar pertandingan ni di adakan mengikut tahap kemahiran agar mereka yang mahir dalam bowling tidak bertanding dengan mereka yang berkemahiran biasa. Puan Presiden juga mencadangakan ada hadiah untuk penjaring gol longkang terbanyak. Hadiah untuk pertandingan bowling akan dibincangkan di peringkat AMT. BIRO GENERASI BARU & POLITIK AHLI JAWATANKUASA-DATIN HJH ROSFINAH BINTI RAHMAT Datin Hjh Rosfinah binti Rahmat memaklumkan tidak dapat melakukan aktiviti tahun lepas berikutan jadual penuh kerana terlibat penuh urusan pilihanraya. Beliau juga memaklumkan kekangan masa berikutan baru balik dari mengerjakan umrah Beliau memaklumkan akan melaksanakan program kolobrasi dengan universiti swasta, kolej-kolej swasta untuk mengadakan seminar dan talk memperkenalkan usahanita dan peluang-peluang Bersama usahanita. Beliau memaklumkan akan berusaha melaksanakan program tahun ini. 6. LAPORAN DARI PENGERUSI-PENGERUSI NEGERI Tarikh-tarikh Program Utama Puan Presiden mulakan dengan pengesahan Tarikh AGM daerah dan negeri, Retreat dan Kovenita. Tarikh-Tarikh AGM peringkat daerah perlu dimaklum segera sekiranya ada perubahan. Notis perlu dihantar awal. Presiden juga menegaskan AGM negeri perlu diselesaikan pada bulan 5. Negeri Tarikh Agm Negeri Tarikh Retreat Tarikh Kovenita Sabah 4/2/2023 18/2/2023 Bulan 6 Wilayah 14/4/2023 11/3/2023 Tarikh Dalam Perbincangan Kedah 5/5/2023 Selesai 23/2/2023-25/2/2023 Pulau Pinang 6/5/2023 Tiada Maklumat Tiada Maklumat Perak 7/5/2023 18/3/2023 Selesai Kelantan 19/5/2023 Tarikh Dalam Perbincangan 2/3/2023-4/3/2023 Terengganu 20/5/2023 18/2/2023 Tiada Maklumat Pahang 21/5/2023 Selesai Tarikh Dalam Perbincangan Johor 27/5/2023 29/4/2023 26/5/2023-28/5/2023 Negeri Sembilan 29/5/2023 Tiada Maklumat Tiada Maklumat Melaka 28/5/2023 Selesai Tiada Maklumat Selangor 30/5/2023 Masih Dalam Perbincangan 3/2/2023-5/2/2023 PengerusiPengerusi Negeri


Pengesahan Pembukaan Akaun Bank Negeri Daerah yang belum buka akuan Sabah Kinabatangan. Perlu surat dari Usahanita kebangsaan untuk buka akaun bank. Wilayah Kepong belum buka akaun dan dalam proses Kedah Akaun Daerah Sungai Petani tukar kepada Kubang Pasu Pulau Pinang Tiada maklumat-pengerusi tidak hadir dah tiada laporan Perak Bagan Datuk belum ada akaun Kelantan Gua Musang Terengganu Semua daerah telah ada akaun Pahang Bentong- dalam proses Bera- baru buka cawangan semula Johor Batu Pahat-dalam proses Muar Johor Baharu Negeri Sembilan Tiada maklumat-pengerusi tidak hadir dah tiada laporan akuan bank Melaka Semua daerah telah ada akaun Selangor Sepang masih dalam proses CAWANGAN NEGERI KEDAH Pengerusi Negeri memaklumkan ada pertukaran akaun sedia ada kerana ada masalah untuk mendapatkan statement. Presiden meminta Pengerusi Kedah memaklumkan maklumat lengkap untuk keluarkan surat bagi pembukaan akaun baru dan meminta Pengerusi Negeri menutup akaun yang tidak digunakan dan memaklumkan perubahan kepada presiden. Pengerusi memaklumkan program akan datang adalah AGM kota setar 29/1/2023, AGM Langkawi pada 31/1/2023, AGM Sungai Petani dan Kulim 3/2/2023. Pengerusi Negeri Kedah memaklumkan persediaan konvenita sudah mencapai 70% iaitu akan diadakan pada 23/2/2023 sehingga 25/2/2023 bertempat di Dataran Starwalk. Persasmi yang dicadangkan adalah Dato Bandar. Usahanita Kedah juga bercadang ingin melancarkan air mineral jenama Usahanita. Atucara konvenita mengikut seperti format pusat namun ada sedikit penambahan yang bersesuaian. Pengerusi Kedah mengharapkan penyertaan dari negerinegeri lain dan memaklumkan membuka penyertaan percuma kepada Usahanita Sabah kerana mengambil kira kos perjalanan ahli Sabah, dengan harapan Usahanita Sabah dapat memberikan penyertaan percuma di Konvenita Sabah. Harga booth adalah antara RM1500 sehingga RM1800 bergantung pada size khemah. Harga booth masih belum muktmad dan akan dimaklumkan sekiranya mendapat sponsor dan pengurangan harga. Pada program tersebut juga akan mengadakan promosi kuih raya dan baju raya berikutan hampir dengan bulan puasa. Pengerusi memaklumkan ada menyediakan gerai cuba dan rasa kuih raya. Terdapat juga penyertaan dari pihak luar kedah seramai 6 orang terdiri daripada tiktoker famous bagi mambantu mempromosikan lagi Konvenita Kedah. Usahanita Kedah juga akan mengadakan ‘Dinner’ pada 24/2/2023 di Dewan Besar MBAS Kedah dan masih dalam proses pencarian artis untuk persembahan. Kedah akan mengadakan aktiviti percutian di Sabah pada 30/2/2023. PengerusiPengerusi Negeri


Puan Presiden mengingatkan semula supaya nama Usahanita Sungai Petani di tukar kepada Usahanita Kubang Pasu. Kerana Sungai Petani adalah mukim bukan daerah. Isu ini telah diketengahkan oleh Presiden sebelum ini namun masih belum ada tindakan. Presiden meminta supaya lakukan pertukaran pada Mesyuarat Agong akan datang dan akaun bank perlu ditukar mengikut nama baru. Presiden memaklumkan kepada Pengerusi Kedah tidak boleh menggunakan tajuk Mesyuarat Khas, dan tukar kepada Mesyuarat Program. CAWANGAN NEGERI SABAH Pengerusi Sabah memaklumkan ada Daerah-daerah yang tidak dapat membuka akaun berikutan kemudahan bank yang jauh. Pengerusi Sabah ingin memohon surat pembukaan akaun syarikat. Maklumat lengkap akan diberikan kepada presiden. Laporan dari Sabah yang lain berdasarkan laporan bertulis yang telah dilampirkan. CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN Pengerusi Wilayah Persekutuan memaklumkan mengadakan Hi-TEA bertemakan Polkodot pada 28/1/2023 dan menjemput Puan Presiden untuk turut serta. Laporan dari wilayah berdasarkan laporan bertulis yang telah dilampirkan. CAWANGAN NEGERI PERAK Laporan dari perak berdasarkan laporan bertulis yang telah dilampirkan. CAWANGAN NEGERI PAHANG Pengerusi Negeri Pahang memaklumkan Daerah Bentong masih belum membuka akuan bank bagi Daerah mereka. Presiden menegaskan Pengerusi perlu tegas meminta Daerah Bentong segera membuka akaun bank Pengerusi Pahang mengucapkan terima kasih kepada Uda Holdings kerana memberi peluang kepada Pahang untuk menyertai Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia. Lain-lain laporan dari Pahang berdasarkan laporan bertulis yang telah dilampirkan.


CAWANGAN NEGERI JOHOR Pengerusi Johor memaklumkan masalah isu pembukaan akaun telah selesai. Pengerusi Negeri Johor memaklumkan program diadakan seperti yang dimaklumkan didalam laporan dan mengucapkan terima kasih kepada Uda Holdings kerana memberi peluang kepada Usahanita Negeri Johor. Pengerusi Juga memaklumkan akan mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Pembangunan Wanita Johor dan Setiusaha Politik Johor. Selain itu kunjungan hormat dengan Majlis Perbandaran Johor dan UDA Holdings di Angasa Johor. Konvenita Johor juga akan diadakan di Angsana Johor. Usahanita Negeri Johor memaklumkan setiausaha Negeri Johor telah berjaya dan mempunyai Pusat Latihan bertauliah Sendiri. Beliau memaklumkan SLDN ada memberikan dana sebulan RM3000 bagi satu-satu company yang menjadi Pusat Latihan Bertauliah dan Pengerusi akan mengusahakan supaya boleh menjadi pendapatan kepada Usahanita Negeri. Pengerusi masih mengusahakan permohonan geran. Perincian yang lebih jelas akan disampaikan apabila Usahanita Johor Berjaya dengan perancangan sekarang, kerana masih dalam proses percubaan. Puan Presiden menegaskan Pengerusi Negeri tidak melangkaui batas dalam melakukan kunjung hormat. Negeri boleh berurusan di peringkat negeri sahaja dan tidak melibatkan Menteri seperti yang telah berlaku pada Pengerusi Sabah yang berhubung terus dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dato Hjh Faridah, menegaskan Pengerusi Negeri jangan menghantar surat atau melakukan kunjungan hormat kepada Menteri-Menteri kerana itu sepatutnya dilakukan oleh Usahanita Pusat. Dan setiap surat yang dikeluarkan oleh negeri perlu di buat salinan kepada Usahanita Pusat. Isu ini berlaku apabila Dato Sri Nancy yang telah menerima surat dari Pengerusi Negeri Sabah tanpa melalui Pusat. Dato mengharapkan Pengerusi Negeri fokus kepada negeri dan melakukan kunjungan hormat dengan jabatan diperingkat negeri. Dato memohon Negeri menghormati Pusat. CAWANGAN NEGERI SELANGOR Pengerusi Negeri Selangor memaklumkan daerah sepang sahaja yang masih dalam proses membuka akaun. Pengerusi memaklumkan kurang mengadakan program berikutan sibuk menguruskan Konvenita. Konvenita Negeri Selangor akan diadakan pada 3/2/2023- 5/3/2023. Persediaan Konvenita sudah hampir selesai dan tinggal jualan meja sahaja. Pengerusi Negeri Selangor mengharapkan sokongan dari negeri lain untuk menyertai Dinner dan memaklumkan kepadanya anggaran penyertaan dari peringkat negeri. Dato Hjh Faridah, memaklumkan Dato Sri Nancy akan menyertai Dinner Konvenita Selangor. Dato menjemput beliau adalah bagi


menjaga hubungan baik dengan Jabatan Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Keputusan ini dibuat atas persetujuan AMT dan Dato Sri Nancy akan menaja Anugerah Ratu dan Pusat yang akan menyediakan cenderhati kepada Dato Sri Nancy. Presiden memaklumkan AMT akan menyertai Dinner Konvenita Selangor seramai 10 orang AMT dan telah dimaklumkan kepada Datin Hjh Faridah Zainol Abidin Pengerusi Negeri Johor memaklumkan tidak dapat menyertai Dinner Konvenita Selangor kerana memikirkan kos beribu ringgit. Pengerusi Johor mengharapkan Konvenita Negeri di negeri lain akan datang dapat memberikan harga adik beradik dan tidak terlalu tinggi untuk ahli Usahanita Negeri berniaga. Presiden mengharapkan semua AMT dan Pengerusi-pengerusi mendoakn yang terbaik buat Konvenita Negeri Selangor dengan harapan semoga doa berbalik kepada kita. Presiden Mencadangankan agar Pengerusi-Pengerusi Negeri memberi sokongan dari sumbangan hadiah cabutan bertuah. Pengerusi Negeri Selangor memaklumkan kos sewa IDCC Shah Alam sebanyak RM21,000.00 dan kos untuk penyanyi Ziana Zain sebanyak RM 33,000.00. Harga meja dinner menjadi mahal berikutan kos yang tinggi. Bayaran untuk ahli ushanita sebanyak RM200 dan bukan ahli RM250. Kos untuk pengiklanan juga sangat tinggi dengan billboard. Perasmi masih dalam usaha untuk memohon dari Menteri Besar Selangor. CAWANGAN NEGERI KELANTAN Pengerusi Negeri Kelantan memaklumkan Daerah di Kelantan hanya Gua Musang yang belum selesai pembukaan akaun bank. Konvenita dijangka akan diadakan pada bulan 3 tahun 2023. Pengerusi Negeri juga memaklumkan telah mengadakan program mencari ahli dan mendapat penyertaan dan ada yang telah membuat bayaran. Pengerusi Negeri memaklumkan akan menyerahkan maklumat ahli berbayar akan datang. Lain-lain laporan dari Kelantan berdasarkan laporan bertulis yang telah dilampirkan. Usahanita Kebangsaan akan taja sebanyak RM150 dan RM50 akan dibayar oleh AMT 7. LAIN-LAIN HAL Presiden memaklumkan Usahanita adalah anak angkat BSN, dan BSN ingin mengadakan kolobrasi dengan Usahnita di semua negeri. Presiden menyerahkan kepada pengurusan Negeri dan Daerah untuk memanfaatkan peluang ini. Datin Rosfinah memaklumkan ada beberapa isu dengan BSN berkenaan Panel Peguam. Presiden meminta Datin Rosfinah untuk menyerahkan maklumat masalah yang dihadapi untuk Presiden bawa isu tersebut berjumpa dengan Head of Department BSN. Presiden memaklumkan berkenaan isu Geran Padanan telah di hentikan. Menyebabkan isu permohonan yang telah dibuat tidak


dapat diteruskan pemberian gajet walaupun permohonan telah lulus berikutan kepimpinan kerajaan baharu mahu Geran Padanan dihentikan. Pengerusi Negeri Johor juga membuat perkongsian maklumat yang sama berkenaan isu Geran Padanan Puan Hjh Mal Kalthom membangkitkan isu pertandingan candat sotong yang telah dicadangkan sebelum ini. Presiden memaklumkan program tersebut tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pengerusi Wilayah Persekutaan bertanyanya berkenaan pembelian tudung Usahanita. Masih ada negeri yang belum memberikan respon. Negeri yang masih belum membuat tempah adalah Negeri Pahang, Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan. Pengerusi memaklumkan pembelian tudung dibuka walaupun kuantiti kurang dari 100 pcs tetapi dengan harga lain. Presiden Negeri Pahang menjelaskan isu pembelian tudung masih belum dapat diteruskan berikutan bendahari tidak setuju pembelian yang lebih dan perlu simpan stok. Pengerusi Negeri Johor bertanya berkenaan Bendahari Agong yang tidak hadir mesyuarat. Dan sekiranya tidak hadir perlu menghantar wakil dan memberikan laporan kepada wakil yang ada. Presiden menjelaskan Bendahari Agong datang pada Pra Meeting semalam dan memaklumkan akan hadir pada Mesyuarat hari ini dan tidak menjangkakan ketidakhadiran beliau jadi tiada laporan kewangan untuk dibentangkan 8. PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.45 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Tarikh Mesyuarat AJK seterusnya pada 2/6/2023, pada hari Jumaat. PengerusiPengerusi Negeri Dicatit oleh: Disahkan oleh: Nurul Hazwana Binti Mohamad Zain Puan Halimahton Omar SETIAUSAHA AGONG PRESIDEN USAHANITA MALAYSIA


Click to View FlipBook Version