August
SIRI/2/2019
31
Di Ambang
Merdeka Tanah
Airku Malaysia
Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday
1 2 3
JEMAAH NAZIR
4 5 6 7 8 9 10
16
NEGERI JOHOR
11 12 13 14 15 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
SIRI 2
MALAYAN UNION
Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British
terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Pada Julai 1943, Malayan
Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai
dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah
meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945,
Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai
penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945,
Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945.
Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU.
Cadangan-cadangan MU
Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama:
1. Pentadbiran
a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau
Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU.
b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik
dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang
Gabenor.
c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan
tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama
Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu
negeri masing-masing.
d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi
diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.
e. .MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh
Gabenor di Kuala Lumpur.
f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo.
2.
Kerakyatan
Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira
bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:
a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.
b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15
Februari 1942.
c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara MU.
d. Mereka yang tidak layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal
di Tanah Melayu selama 5 tahun.
SOALAN 2
NAMAKAN PEGAWAI BRITISH YANG
DI TUGASKAN UNTUK MENDAPATKAN
PERSETUJUAN DARIPADA RAJA-RAJA MELAYU
BAGI PEMBENTUKAN GAGASAN MALAYAN
UNION?