The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN AKHIR
KAL3053 : PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK

NURUL ASYIKIN BINTI ZULKEPLI
D20191087534
KUMPULAN D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ekinzulkepli, 2022-02-25 09:16:55

KISAH ALI, CHICI DAN CHACA

PENTAKSIRAN AKHIR
KAL3053 : PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK

NURUL ASYIKIN BINTI ZULKEPLI
D20191087534
KUMPULAN D

Keywords: BUKU CERITA

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ……………………………………
1.0 PENGENALAN ………………………………….
2.0 KISAH ALI, CHICI DAN CHACA……………..
3.0 NILAI MORAL CERITA ………………………..
4.0 SOALAN HOTs ………………………………...
5.0 AKTIVITI KRAF …………………………………
RUJUKAN ……………………………………………...

PENGENALAN

Kasih sayang merupakan satu perasaan yang wujud kepada
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi. Kasih
sayang terbina atas sifat rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya
dan kerana itulah manusia diciptakan. Firman Allah “Jika Tuhanmu
mengkhendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu,
tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Melainkan mereka
yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah (kasih sayang)
mereka diciptakan. (surah Hud, ayat 118-119)

Berdasarkan kurikulum PERMATA negara juga memberikan fokus
kepada penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan diri,
masyarakat, negara dan alam sekitar sesuai dengan nilai-nilai
murni yang dipegang oleh bangsa dan negara kita. Bagi nilai murni
kasih sayang ialah kanak-kanak diajar supaya sayangkan diri
sendiri, Tuhan, ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan, pendidik,
tumbuh-tumbuhan, haiwan, buku, alat permainan, harta awam dan
cintakan negara.

Melalui cerita ini akan memberikan fokus kepada nilai kasih
sayang terhadap ibu bapa dan ahli keluarga supaya kanak-kanak
dapat mengaplikasinya di dalam kehidupan dan menjadikannya
sebagai pengajaran.

KISAH ALI,CHICI DAN CHACA

Di sebuah taman perumahan, terdapat tiga orang adik
beradik bernama Ali, Chici dan Chaca. Ali merupakan
abang kepada adik-adik kembarnya iaitu Chici dan
Chaca.

Adik kembarnya merupakan adik perempuan yang
sangat comel. Mereka berdua amat sayangkan abang
mereka iaitu Ali.

Sebelum adik kembarnya lahir, Ali merupakan anak
kesayangan ibu dan ayahnya. Namun begitu selepas
kelahiran Chici dan Chaca, Ali merasakan bahawa
kedua adik kembarnya itu merupakan anak yang paling
ibu dan bapanya sayang. Jadi Ali pun sangat kecewa
dan geram dengan chici dan chaca

Pada suatu hari, Ali telah pergi ke sebuah kedai runcit
dengan menaiki basikal untuk membeli gula-gula,
aiskrim, jajan dan sebagainya.

Setelah pulang dari kedai runcit tersebut, Ali bergegas
meletakkan basikal di halaman rumah dan terus masuk
ke dalam rumah. Ali tidak sabar untuk menikmati
makanan ringan yang dibelinya. Ali pun meletakkan
makanan ringan tersebut di dapur.

Ali pun berkata di dalam hati. “hmmm, apa kata aku
pergi mandi dulu dan selesaikan perkara yang patut
sebelum menikmati makanan yang aku suka.”

Ali pun naik ke tingkat atas rumahnya dan pergi ke
biliknya. Ali pun mandi dan solat terlebih dahulu,
Apabila Ali turun ke bawah dan pergi ke dapur. Ali pun
melihat bahawa makanan ringan yang dibelinya telah
hilang.

Namun perkara yang menarik tentang Ali ialah Ali
mempunyai rakan-rakan yang lain yang tidak semua
orang boleh berkawan dengan rakan-rakan tersebut.
Rakan-rakan Ali ialah Encik Burung dan Encik Tupai.

Ali berasa pelik kerana makanan ringan yang dibeli dan
disimpannya telah hilang. Ali pun cuba bertanyakan
kepada rakan-rakannya itu.

“Encik Burung, Encik Burung ada ambil tak makanan
Ali di atas meja ini?”

Lepastu itu Encik Burung pun berkata “Tak ada Ali.
Encik Burung kan makan cacing.”

Ali pun berkata “Haa tak apa la kalau macam tu’”
sambil berfikir siapakah yang ambil makananya itu.

Ali pun bertanya kepada Encik Tupai “Encik Tupai,
Encik Tupai ada nampak tak makanan ringan Ali ?”

Encik Tupai pun berkata “ Ehh mana ada Encik Tupai
ambil, Encik Tupai tak makan makanan macam tu la
Ali.”

Ali pun berkata “ Haa tidak mengapa la Encik Tupai.”
Ali masih tertanya-tanya siapakah orang yang
mengambil makananya. Tiba-tiba Ali mula terfikirkan
dua orang adik kembarnya.

“Ali dah tahu nak tanya siapa.” Ali pun bergegas
menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Ali pun membuka
pintu bilik Chici dan Chaca.

Ali bertanyakan kepada Chici dan Chaca “ Chici Chaca
kamu ada ambil tak makanan ringan Ali di atas meja ?”

Chici dan Chaca berkata “ Hmm Ali kami mintak maaf
sebab kami dah ambil makanan ringan Ali. Tapi ada
lagi sikit ni, Ali nak ?

Ali berasa sangat geram dan berkata. “Tak nak la Ali
nak yang baru. Ali simpan tau untuk makan selepas
siap semua kerja Ali tapi Chici dan Chaca ambil tanpa
pengetahuan Ali dan tidak mintak pun kepada Ali.”

Chici dan Chaca berasa bersalah dan mintak maaf
kepada Ali “Maaf la Ali, nanti kami akan ganti.” sambil
memandang wajah Ali dengan sedih.

“Baik, saya tunggu kamu ganti.”

Setelah itu, Chici dan Chaca menunggu umi dan
abinya pulang dari kerja untuk pergi ke kedai.

Selepas mendengar bunyi kereta umi dan abinya
pulang. Mereka berdua bergegas ke umi dan abi
dengan bersalam terlebih dahulu dan memeluk mereka
berdua.

Chici dan Chaca pun mengajak Umi dan Abi mereka ke
kedai runcit untuk membeli makanan ringan. ”Umi abi
boleh tak bawa kami berdua pergi ke kedai runcit ?”

Umi dan abinya pun bersetuju untuk membawa mereka
pergi ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah
mereka.

Dalam perjalanan ke kedai, Chici dan Chaca pun
berkata kepada umi dan abinya. “Umi abi, Chici dan
Chaca risau la kalau Ali marah kami berdua. Kami
sayang sangat dengan Ali. Ali abang yang baik dan
penyayang tapi kami telah buat Ali kecewa tadi. Kan
Chici kan ?” kata Chaca dalam nada yang sedih.

Chici pun berkata “Umi abi ini duit tabung kami berdua,
kami sayang sangat dengan Ali jadi guna la duit ini
untuk tebus dan beli makanan ringan untuk Ali.”

Lepas itu, umi dan abi pun berkata “Tak perlu, tak apa
guna duit umi dan abi.”

Mereka pun pergi la ke kedai runcit dan membeli
makanan ringan tersebut.

Setelah sampai di rumah, Chici dan Chaca pergi ke
bilik dan menulis satu surat untuk mintak maaf kepada
abang mereka iaitu Ali. Pada surat tersebut mereka
menulis ‘Kami sayanggg abang. Kami mintak maaf.”
bersama dengan lukisan simbol hati dan tiga orang lidi.

Mereka pun pergi ke bilik Ali dan memberikan
makanan ringan tersebut bersama surat itu dan
memohon maaf serta mengatakan bahawa mereka
sayang kepada Ali. Umi dan abi mereka melihat situasi
tersebut.

Umi dan abi mereka pun menasihati Ali supaya saling
menyayangi antara satu sama lain. Umi dan abi
berkata bahawa mereka sayang semua anak-anak
mereka sama rata tanpa pilih kasih. Ali pun mintak
maaf dan memeluk kedua-dua adik kembarnya itu.

Nilai moral dalam cerita

Berdasarkan kisah Ali, Chici dan Chaca terdapat nilai moral kasih sayang
yang boleh dipelajari dan diikuti oleh pembaca iaitu :

1) Kasih sayang antara abang dengan adik beradik

Kita mestilah menyayangi adik beradik kita dengan penuh kasih sayang
kerana mereka la orang yang paling rapat dengan kita.

Contoh : Chici dan Chaca sangat sayangkan abangnya sehinggakan
sanggup membelikan makanan ringan dengan menggunakan duit tabungan
mereka. Mereka juga menulis surat untuk meminta maaf dan meluahkan
perasaan sayang terhadap abang mereka.

2) Kasih sayang antara ibu dan ayah dengan anak-anak

Kita haruslah memberi kasih sayang sama rata dan adil terhadap anak-
anak tanpa berlakunya pilih kasih kerana semua anak-anak layak
mendapat kasih sayang yang sama rata.

Contoh : Umi dan abi mereka sangat sayangkan mereka dan tidak memilih
kasih kerana mereka menyayangi anak mereka sama rata.

Soalan HOTs

01 Pada pendapat anda, sekiranya anda menjadi
Ali tunjukkan cara kasih sayang yang
sepatutnya dilakukan kepada adik-adik.

02 Berikan kesan sekiranya Chaca dan Chici
tidak meminta maaf kepada abangnya Ali.

03 Bincangkan bagaimana cara untuk
menunjukkan kasih sayang terhadap
keluarga.

JAWAPAN

1. Memaafkan adik-adik dan berkongsi makanan ringan
tersebut

2. Hubungan Ali dengan Chaca dan Chici akan menjadi
renggang dan tidak gembira

3. - Berkongsi makanan dengan ahli keluarga
- Memberikan hadiah
- Meluangkan masa bersama keluarga
( dan lain-lain jawapan)

AKTIVITI KRAF
(Awan Cinta)

LANGKAH-LANGKAH :
1) Barang-barang yang diperlukan adalah kertas warna-

warni, kertas putih kosong, marker, pen, pensil,
gunting,solatape, dan benang.
2) Pertama sekali ambil kertas putih dan lukiskan bentuk
awan lalu guntingkannya.
3) Selesai menguntingkan awan, ambil kertas berwarna
warni dan lukiskan simbol hati lalu guntingkannya.
4) Pada bahagian awan, dikehendaki menulis “Orang yang
anda sayang” dan lekatkan tali sebanyak mungkin pada
bahagian bawah awan.
5) Ambil kertas berbentuk hati dan tuliskan orang yang
anda sayang lalu lekatkan pada bahagian benang yang
telah digantungkan pada awan.
6) Kraf awan cinta pun siap

RUJUKAN

Kurikulum Permata Negara. (2013). Selangor: Bahagian
Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA).

Zamanudin Jusoh (23 Disember 2015). Kasih Sayang Asas
Penyatuan Ummah. Diperolehi daripada Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/107635/
kasih-sayang-asas-penyatuan-ummah

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version