TARBIYAH DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
DI TANJONG MALIM, PERAK:
KAJIAN TENTANG AKTIVITI DAN MASALAH
KHALED BIN MAT
JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2011
TARBIYAH DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
DI TANJONG MALIM, PERAK:
KAJIAN TENTANG AKTIVITI DAN MASALAH
KHALED BIN MAT
JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2011
TARBIYAH DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
DI TANJONG MALIM, PERAK:
KAJIAN TENTANG AKTIVITI DAN MASALAH
KHALED BIN MAT
DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK
MEMENUHI KEPERLUAN BAGI
IJAZAH SARJANA USULUDDIN
(SECARA DISERTASI)
JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2011
ABSTRAK
Tarbiyah Dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak:
Kajian Tentang Aktiviti dan Masalah
Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pendidikan. Ia adalah
satu program terancang yang bertujuan untuk mengkader ahli menjadi insan yang
sanggup mengorbankan jiwa, tenaga, harta, masa, dan fikrah serta memiliki sahsiah dan
akhlak yang mulia, di samping boleh menjadi role model kepada masyarakat. Parti Islam
Se-Malaysia atau PAS merupakan salah sebuah parti politik berteraskan ḥarakah
Islāmiyyah telah menjadikan tarbiyah sebagai salah satu elemen penting dalam
memantapkan ahlinya. Walau pun tarbiyah dilaksanakan dalam PAS, namun
pelaksanaannya di peringkat negeri atau kawasan adalah secara fleksibel dan mengikut
kesesuaian di tempat tersebut. Kajian ini memilih PAS kawasan Tanjong Malim, Perak
sebagai lokasi kajian untuk melihat sejauh manakah pelaksanaan aktiviti tarbiyah di
Tanjong Malim bertepatan dengan kurikulum asal yang telah dirangka oleh Dewan
Ulama PAS Pusat (DUPP). Kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh PAS kawasan Tanjong Malim dalam melaksanakan aktiviti tarbiyah dan
mengemukakan beberapa saranan serta cadangan sebagai penambahbaikan kepada
aktiviti tarbiyah sedia ada dalam PAS. Hasil kajian mendapati PAS kawasan Tanjong
Malim melaksanakan kebanyakkan aktiviti tarbiyah dalam kawasan mereka, seperti
program usrah, qiyāmullail (katībah), latihan kemahiran (daurah tadrībiyyah), berbuka
puasa secara berjama’ah (ifṭār jamā’ī), perhimpunan bulanan (ijtimā’ tarbawī), solat
berjama’ah, jambori (mukhayyam tarbawī untuk pemuda) dan kelas pengajian agama.
Malah, program lawatan (reḥlah tarbawiyyah), program perkaderan (tamrīn tarbawī) dan
perkhemahan (mukhayyam tarbawī) pula digabungjalinkan menjadi satu program baru
yang lebih sesuai dan PAS kawasan turut mengambil inisiatif mengadakan Hari Keluarga
untuk merapatkan ahli PAS di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun, beberapa
masalah turut dihadapi oleh PAS kawasan tersebut, namun tidaklah begitu ketara. Ia
berpunca daripada kelemahan sumber manusia, seperti dana dan tempat program yang
ii
terhad, kurangnya penglibatan yang menyeluruh daripada pimpinan dan nuqabā’ dalam
program tarbiyah, agenda tarbiyah kurang dibincangkan dalam mesyuarat, tiada
perancangan strategik program tarbiyah, kekurangan murabbī dan tenaga penggerak,
kesukaran mengikuti sepenuhnya sukatan tarbiyah PAS Pusat, murabbī bukan daripada
kalangan masyarakat tempatan dan kelemahan pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim
dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan.
iii
ABSTRACT
Tarbiyah In Parti Islam Se-Malaysia, District at Tanjong Malim, Perak:
Research on Activities and it’s Problems
Tarbiyah comes from the Arabic words, it means education. Tarbiyah is a well
planned programme to recruit members to be able sacrifice their soul, energy, assets, time
and fikrah in order to own good behaviour and personality. Besides, this programme be
able to be role model to the society. Parti Islam Se-Malaysia or PAS is a core Islamiyah
politic party movement to use ‘tarbiyah’ (educate) as an element to strengthen their
members. Eventhough ‘tarbiyah’ implemented in PAS, the implementation in the state
level are flexible and appropriate to the area where it is implemented. This research done
and implemented at PAS Tanjong Malim area as a research location to find how far the
implementation ‘tarbiyah’ activity at Tanjong Malim area appropriate with the original
outline curriculum provided by Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). By the way, this
research are also to define problem facing by PAS at Tanjong Malim area regarding the
‘tarbiyah’ activity implementation and to suggest several alternative as an improvement
to deal at the ready available activity in PAS. Research finding discover PAS Tanjong
Malim area implemented almost ‘tarbiyah’ activity at their area, such as usrah
programme, praying throughout the night (katībah), training skill (daurah tadrībiyyah),
to break one’s fasting a group of people (ifṭār jamā’ī), monthly assembly (ijtimā’
tarbawī), assembly pray, jamboree (mukhayyam tarbawī for youth), and religion classes.
Furthermore, trip programme (reḥlah tarbawiyah), recruit programme (tamrīn tarbawī)
and camping programme (mukhayyam tarbawī) are merge together to perform a new
programme which are more suitable to the society. In addition, PAS also taken initiative
having a family day to strengthen their spirit among them (members). However, several
enigma exist faced by PAS, but the problems are not really obvious. This happen due to
the weakness of human resourses, such as fund and limited places for the programme,
lack of thorough involvement among the leader and their leadership in ‘tarbiyah’
programme, ‘tarbiyah’ agenda are not listed to be discussed at a meeting, no strategic
iv
planning regarding ‘tarbiyah’ programme, ‘murabbi’ insufficiency and the labour force
movement, difficulty in following ‘tarbiyah’ curriculum provided by PAS Pusat, among
‘murabbi’ are not among local society, the leadership weakness among as leaders and
Lajnah Tarbiyah.
v
DEDIKASI
Tuhanku,
Kesyukuran di atas segala limpahan kurniaanMu
Guruku,
Ganjaran Allah s.w.t jualah di atas segala sumbangan baktimu
Ibu dan Ayah,
Kalian merupakan sumber inspirasi dan menjadi doa tersemat di hati
Isteriku,
Pengorbanan dan kasih sayangmu
Menjadi pendorong dan motivasi serta perangsang
Lafaz doa ku pohon pada ilahi
Ku pohon restuMu ya Allah
Semoga ikatan ini kekal abadi
Anakku,
Kelahiranmu mengajarku menjadi lebih tabah
Untuk menjadi insan bergelar Abi
Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat
Saudaraku,
Moga silaturrahim antara kita kekal abadi
Tabahkan hatimu menghadapi liku-liku kehidupan
Rakan seperjuangan,
Terima kasih atas dorongan dan pandangan
Istiqamahlah dalam perjuangan
Jihadmu umpama cahaya menegakkan keadilan
Diriku,
Teruskan perjuangan agar mendapat Redha Allah sentiasa
vi
SINGKATAN PERKATAAN
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
API Angkatan Pemuda Insaf
APIUM Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
A.P.U Angkatan Perpaduan Ummah
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
AKP Parti Keadilan dan Kesejahteraan
a.s `Alay al-Salām
AWAS Angkatan Wanita Insaf
BA Barisan Alternatif
BATAS Barisan Petani Malaya
bil. Bilangan
BN Barisan Nasional
c. Cetakan
DAP Democratic Action Party (Parti Tindakan Demokratik)
DHPP Dewan Himpunan Penyokong PAS
DMPK Dewan Muslimat PAS Kawasan
DMPN Dewan Muslimat PAS Negeri
DPPK Dewan Pemuda PAS Kawasan
DPPN Dewan Pemuda PAS Negeri
DPPP Dewan Pemuda PAS Pusat
Dr. Doktor
DUN Dewan Undangan Negeri
DUPP Dewan Ulama PAS Pusat
ed. Edisi
et. al Dan lain-lain
edit. Editor
Felcra Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
vii
Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
FIS Islamic Salvation Front (Barisan Penyelamat Islam)
GAMIS Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung
h. Halaman
H. Hijriyyah
HAMAS Ḥarakah al-Muqāwamah al-Islāmiyah
HAMIM Parti Ḥizbu al-Muslimīn Malaysia
Hj. Haji
IKRAM Pertubuhan IKRAM Malaysia
IKTIRAF Karnival Ikatan Hati Rakyat Felda
ILHAM Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah
ILKV Kursus Kefahaman dan Visi
ILPO Kursus Pengurusan dan Organisasi
INTIM Institut Tadbiran Islam Perak
ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri
ISIUKM Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
ISMA Ikatan Muslimin Malaysia
ITD Institut Teknologi Darul Naim
j. Jilid
JAIP Jabatan Agama Islam Perak
JAIPETRA Jāmi’ah Islāmiyyah Ismail Petra
JIM Jamaah Islah Malaysia
Ibid. Ibidem (rujukan berturut-turut)
KAFA Kelas al-Qur’ān dan Farḍu Ain
KEMAS Jabatan Kebajikan Maysarakat
KIAS Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KIDU Kolej Islam Darul Ulum
KIK Kolej Islam Kelantan
KISDAR Kolej Islam Darul Ridzuan
KIST Kolej Islam Sains dan Teknologi
KOSTAQ Kolej Sains dan Teknologi al-Quran
viii
KPTII Kolej Pengajian Tinggi Islam Ipoh
KUDQI Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah
KUIZM Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad
M. Masehi
MATAR Manual Tarbiyah Ahli-Ahli PAS Perak
MASYUMI Majlis Syura Muslimin Indonesia
MCA Malayan Chinese Association (Persatuan Cina Malaya / Malaysia)
MDI Ma’ahad al-Dak’wah wa al-Imāmah
MIC Malayan Indian Congress (Kongres India Se-Malaysia)
MTD Majlis Tindakan Dun
MTQ Ma’ahad Tahfīz al-Qur’ān
No. Nombor
op. cit. Opera citato (rujukan berselang)
PAS Parti Islam Se-Malaysia
Pasti Pusat Asuhan Tunas Islam
PEKEMAS Parti Keadilan Masyarakat Malaysia
PERKIM Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
PKR Parti Keadilan Rakyat
PLKN Program Latihan Khidmat Negara
PMIUM Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
PMRAM Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
POLISAS Politeknik Sultan Azlan Shah
PR Pakatan Rakyat
PRCC Perlok Recreational Camp Centre
PUTIK Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan
r.a. Radiyallah `Anhū / `Anhā / `Anhum
RISDA Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
SABK Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SAR Sekolah Agama Rakyat
s.a.w. Ṣalla Allāh `Alayhi wa Sallam
ix
SMAN Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR Sekolah Menengah Agama Rakyat
SRAB Sekolah Rendah Agama Bersepadu
SRATI Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah
s.w.t. Subḥānahu wa Ta`ālā
TASKI Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam
terj. Terjemahan
thq Tahqīq
t.t Tanpa tahun
UMNO United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu)
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
UTM Universiti Teknologi Malaysia
YIK Yayasan Islam Kelantan
Vol. Volume
WAMY World Assembly of Muslim Youth
WHO World Health Organization (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)
YADIM Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia
YB Yang Berhormat
YDP Yang Dipertua
YIK Yayasan Islam Kelantan
YPTIK Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan
x
SISTEM TRANSLITERASI HURUF ARAB
Transliterasi yang digunakan ialah berdasarkan kepada Daftar Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Malaysia (1987), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
sebagaimana terdapat dalam Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
1. Huruf
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
ء,ا a, ‘(Hamzah) ﺳﺄل sa’ala
ب ﺑﺪل badala
ت b ﺗﻤﺮ tamr
ث t ﺛﻮرة thawrah
ج th ﺟﻤﺎل jamāl
ح j ﺣﺪﯾﺚ hadītḥ
خ ḥ ﺧﺎﻟﺪ khālid
د kh دﯾﻮان dīwān
ذ d ﻣﺬھﺐ
ر dh رﺣﻤﺎن madhhab
ز r زﻣﺰم raḥmān
س z ﺳﺮاب zamzam
ش s ﺷﻤﺲ sarāb
sy syams
xi
صṣ ﺻﺒﺮ ṣabr
ḍamīr
ضḍ ﺿﻤﯿﺮ ṭāhir
ẓuhr
طṭ طﺎھﺮ ‘abd
ghayb
ظẓ ظﮭﺮ fiqh
qāḍī
‘ع ﻋﺒﺪ ka’s
laban
غgh ﻏﯿﺐ mizmār
nawm
فf ﻓﻘﮫ habaṭa
waṣl
قq ﻗﺎﺿﻲ yasār
sayyidah
كk ﻛﺄس
لl ﻟﺒﻦ
مm ﻣﺰﻣﺎر
نn ﻧﻮم
هh ھﺒﻂ
وw وﺻﻞ
يY ﯾﺴﺎر
ةh ﺳﯿﺪة
2. Vocal Pendek
Baris Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
---◌َ -- (fatḥah) a ﻓﻌﻞ fa’ala
---◌ُ -- (ḍammah) u ﻛﻤﻞ kamula
---◌ِ -- (kasrah) i ﺣﺴﺐ ḥasiba
xii
3. Vokal Panjang
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
ا ā ﻗﻀﻰ,ﻛﺎﺗﺐ kātib, qaḍā
و ū ﻣﻌﺮوف ma’rāf
ي ī ﻛﺮﯾﻢ karīm
4. Diftong
Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi
او aw ﻗﻮل qawl
اي ay ﺳﯿﻒ sayf
ّي ay/آ رﺟﻌﻲ
ّو uww ﻋﺪ ّو raj’iyy / raj’ī
‘aduww / ‘adu
5. Ta’ Marbūṭah
Contoh Transliterasi
اﻟﺴﯿﺎﺳﺔ اﻟﺸﺮﻋﯿﺔ al-Siyāsah al-Syar’iyyah
ﻣﺼﻠﺤﺔ ﻣﺮﺳﻠﺔ
Maṣlaḥah Mursalah
دار اﻟﻮھﺒﺔ Dār al-Wahbah
xiii
PENGHARGAAN
, ﻓﺑﻠﻎ اﻟرﺳﺎﻟﺔ وأ ّدى اﻷﻣﺎﻧﺔ,
وﻧﺣن ﻋﻠﻰ ذﻟك إن ﺷﺎء ﷲ ﻣن اﻟﺷﺎھدﯾن, وﺟﺎھد ﻓﻲ ﷲ ﺣق ﺟﮭﺎده,وﻧﺻﺢ اﻷﻣﺔ
Tiada ungkapan yang lebih indah yang ingin pengkaji rakamkan melalui ruangan
ini, selain ucapan ’Alhamdulillah’, syukur ke hadrat Ilahi lantaran limpah kurnia dan
inayah-Nya, pengkaji dapat juga menyiapkan disertasi ini walaupun dengan segala
kelemahan yang ada.
Di kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir selaku penyelia dan Ketua
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan di Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya. Penghargaan ini juga khusus kepada Tuan Dr. Syed Abdul Rahman
bin Syed Hussein al-Yahya, pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Nilam Puri yang banyak memberikan bimbingan dalam merangka disertasi ini
pada peringkat awal.
Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Akademi Pengajian Islam (API)
terutamanya warga Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan termasuk pensyarah di
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Tidak lupa juga
kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), antaranya Dr.
xiv
Mahmud @ Zakaria Daud, Dr. Hilaluddin Abdullah al-Qārī dan Ustaz Ṣafwan Ismail.
Semoga jasa baik dan bimbingan yang diberikan akan mendapat ganjaran di sisi Allah
s.w.t.
Ucapan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang turut
membantu terutamanya Ayahanda Ustaz Yahya Othman, Ustaz Zulqarnain Hj. Hassan,
Haji Baharudin Ishak, Ustaz Mohd Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Nik Abdul Hadi Raja
Abdullah, Cikgu Zulkapli Piai, Sdr. Rostam Mohd Ramli, Hj. Aminuddin Zulkifli, Imam
Mohd Desa Zakaria, Sdr. Othman Abdul, Ustaz Khairul Akmar Abdul Fatah dan Pn.
Normah Sulaiman. Moga ukhuwwah kita akan senantiasa terjalin erat tetap bersemadi
dalam ingatan.
Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat
blogger dan pemilik blog ilmiah, terutamanya Ustaz Ahmad Fadli Shaari, Ustaz Abdul
Fatah Jaafar, Ustaz Nasruddin Hassan al-Ṭantāwī, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Zaharuddin
Abdul Rahman, Saiful Islam Online, Jabatan Amal Malaysia, Web Nisa’, GAMIS,
PMIUM, ISIUKM dan MANHAL PMRAM. Tidak ketinggalan juga kepada blogger
dalam kalangan Ahli Parlimen dan Adun, seperti YB. Siti Zailah Yusof, YB. Dato’
Husam Musa, YB. Salahuddin Ayyub, YB. Dr. Mujahid Yusof dan ramai lagi.
Di kesempatan ini, penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
bonda Siti Meriam binti Mohamad, adinda Naemah binti Mat dan keluarga yang banyak
memberikan sokongan dan dorongan bagi menjayakan cita-cita murni ini.
xv
Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tersayang,
Rosnaniza binti Ismail dan cahaya mata tercinta, Muhammad Fāiz Farhān dan Nūr
’Aisyah Humairā’ yang banyak memberikan semangat dan sokongan moral dalam
menjayakan cita-cita murni ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penulisan tesis ilmiah ini.
Budi dan jasa kalian akan dikenang sepanjang hayat. Tanpa semuanya, kajian
yang tidak seberapa ini mungkin tidak dapat dihasilkan. Hanya Allah s.w.t sahaja yang
mampu menganjarinya. Akhir kata, pengkaji memohon keampunan kepada Allah s.w.t di
atas segala kesalahan dan kekurangan yang tidak disengajakan dalam penulisan disertasi
ini.
KHALED BIN MAT Alamat Rumah :
No. 12, Taman Perumahan Guru,
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Sekolah Kebangsaan Besout 4,
Bahagian Pengajian Usuluddin, 35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan
Akademi Pengajian Islam, Tel : 013 – 5195057
Universiti Malaya,
50600 Kuala Lumpur, : 09 - 7906829
MALAYSIA
xvi
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
i
HALAMAN JUDUL ii
ABSTRAK iv
ABSTRACT vi
DEDIKASI vii
SENARAI SINGKATAN xi
JADUAL TRANSLITERASI xiv
PENGHARGAAN xvii
SENARAI KANDUNGAN
1
BAB PERTAMA 1
PENDAHULUAN 4
6
1.1 Pengenalan 7
1.2 Latar Belakang Kajian 8
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Kepentingan Kajian 15
1.6 Skop Kajian
1.7 Kajian-Kajian Lepas xvii
1.8 Metodologi Kajian
1.8.1 Metode Pengumpulan Data
(a) Kajian Perpustakaan (Library Research) 15
(b) Kajian Lapangan (Field Research) 16
1.8.2 Metode Analisis Data 23
(a) Metode Induktif 24
(b) Metode Deduktif 24
(c) Metode Komparatif 25
BAB KEDUA 26
KONSEP TARBIYAH DALAM ISLAM 26
27
2.1 Pengenalan 28
2.2 Pengertian Tarbiyah 39
2.3 Matlamat Tarbiyah 42
43
2.3.1 Matlamat Umum 45
2.3.2 Matlamat Khusus 48
2.4 Ciri-Ciri Tarbiyah 52
2.4.1 Ketuhanan ()اﻟﺮﺑﺎﻧﯿﺔ 55
2.4.2 Sempurna dan Lengkap ()اﻟﺘﻜﺎﻣﻞ و اﻟﺸﻤﻮل 56
2.4.3 Kesederhanaan dan Keseimbangan ()اﻹﻋﺘﺪال و اﻟﺘﻮازن 58
2.4.4 Persaudaraan dan Jamaah ()اﻷﺧﻮة واﻟﺠﻤﺎﻋﺔ
2.4.5 Kesejagatan ()اﻟﻌﺎﻟﻤﯿﺔ xviii
2.4.6 Realistik ()اﻟﻮاﻗﻌﯿﺔ
2.4.7 Tetap dan Fleksibel ()اﻟﺜﺒﺎت و اﻟﻤﺮوﻧﺔ
2.4.8 Kemanusiaan ()اﻹﻧﺴﺎﻧﯿﺔ 60
2.4.9 Pelaksanaan Secara Keseluruhan ()اﻹﻧﻘﻼﺑﯿﺔ 63
2.4.10 Positif dan Membangun ()اﻹﯾﺠﺎﺑﯿﺎت و اﻟﺒﻨﺎء 65
2.5 Bentuk-Bentuk Tarbiyah 68
2.5.1 Tarbiyah Īmāniah ()ﺗﺮﺑﯿﺔ إﯾﻤﺎﻧﯿﺔ 69
2.5.2 Tarbiyah Rūhiyah ()ﺗﺮﺑﯿﺔ روﺣﯿﺔ 71
2.5.3 Tarbiyah Kemasyarakatan ()ﺗﺮﺑﯿﺔ إﺟﺘﻤﺎﻋﯿﺔ 74
2.5.4 Tarbiyah Akal ()ﺗﺮﺑﯿﺔ ﻋﻘﻠﯿﺔ 76
2.5.5 Tarbiyah Fizikal ()ﺗﺮﺑﯿﺔ ﺟﺴﻤﯿﺔ إو ﺑﺪﻧﯿﺔ 77
2.5.6 Tarbiyah Politik ()ﺗﺮﺑﯿﺔ ﺳﯿﺎﺳﯿﺔ 80
2.5.7 Tarbiyah Thaqāfiyah ()ﺗﺮﺑﯿﺔ ﺛﻘﺎﻓﯿﺔ 83
2.5.8 Tarbiyah Akhlak ()ﺗﺮﺑﯿﺔ ﺧﻠﻘﯿﺔ 84
2.6 Wasīlah Tarbiyah 85
2.7 Masalah Dalam Tarbiyah 88
2.8 Kesimpulan 89
BAB KETIGA 91
TARBIYAH DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA 91
92
3.1 Pengenalan 93
3.2 Sejarah PAS
xix
3.2.1 Hizbu al-Muslimīn
3.2.2 PAS di Zaman Penjajahan Inggeris
3.2.3 Penubuhan PAS 94
3.2.4 Perkembangan PAS 95
3.2.5 PAS di Bawah Kepimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmī 96
3.2.6 PAS di Bawah Kepimpinan Dr. Zulkifli Mohamad 98
3.2.7 PAS di Bawah Kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda 99
3.2.8 PAS di Bawah Kepimpinan Yusof Rawa 101
3.2.9 PAS di Bawah Kepimpinan Dato’ Fadzil Mohd Noor 103
3.2.10 PAS di Bawah Kepimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang 105
3.3 Sejarah Tarbiyah Dalam PAS 107
3.4 Pengaruh Ikhwān al-Muslimīn Dalam PAS 112
3.4.1 Sejarah Ringkas Ikhwān al-Muslimīn 113
3.4.2 Pengaruh Tarbiyah Ikhwān al-Muslimīn Dalam PAS 114
3.5 Tarbiyah dalam PAS 119
3.5.1 Sasaran Tarbiyah 120
121
(a) Ahli PAS 122
(b) Bukan Ahli 124
3.5.2 Sukatan Tarbiyah 127
3.5.3 Jenis Tarbiyah dalam PAS 127
(a) Program Usrah 129
(b) Usrah Gabungan (Madrasah) 130
(c) Qiyāmullail (Katībah) 131
(d) Lawatan (Reḥlah Tarbawiyyah) 132
(e) Program Perkaderan (Tamrīn Tarbawī)
xx
(f) Perkhemahan atau Jambori (Mukhayyam Tarbawī) 134
(g) Latihan Kemahiran (Daurah Tadrībiyyah) 135
(h) Majlis Berbuka Puasa Secara Berjamaah (Ifṭār Jamā’ī) 137
(i) Majlis Ilmu (Liqā’ al-Fikrī) 138
(j) Perhimpunan Bulanan (Ijtimā’ Tarbawī dan Nuqabā’) 139
(k) Seminar atau Konvensyen (Nadwah Tadrībiyyah) 140
(l) Perhimpunan Agung (Mu’tamar) 141
(m) Program Tarbiyah Untuk Masyarakat Umum 142
142
i. Kelas Pengajian Agama (Tafaqquh fī al-Dīn) 143
ii. Program Tarbiyah Belia dan Remaja 144
iii. Institusi Pendidikan 144
146
a. Sekolah Pasti 148
b. Sekolah dan Ma’ahad 149
c. Program Pengajian ILHAM
3.6 Kesimpulan
BAB KEEMPAT
AKTIVITI TARBIYAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA DI TANJONG MALIM
PERAK DARI TAHUN 2006 HINGGA 2010
4.1 Pengenalan 150
4.2 Tarbiyah PAS di Kawasan Tanjong Malim, Perak 151
151
4.2.1 Sejarah PAS Kawasan Tanjong Malim, Perak
xxi
4.2.2 Aktiviti Tarbiyah PAS di Kawasan Tanjong Malim, Perak 157
(a) Program Usrah (Usrah) 158
(b) Usrah Gabungan 166
(c) Qiyāmullail (Katībah) 167
(d) Lawatan (Reḥlah Tarbawiyyah) 170
(e) Program Perkaderan (Tamrīn Tarbawī) 172
(f) Perkhemahan atau Jambori (Mukhayyam Tarbawī) 175
(g) Latihan Kemahiran (Daurah Tadrībiyyah) 176
(h) Majlis Berbuka Puasa Secara Berjamaah (Ifṭār Jamā’ī) 178
(i) Majlis Ilmu (Liqā’ al-Fikrī) 179
(j) Perhimpunan Bulanan (Ijtimā’ Tarbawī) 180
(k) Seminar atau Konvensyen (Nadwah Tadrībiyyah) 182
(l) Perhimpunan Agung (Mu’tamar) 183
(m) Program Tarbiyah Untuk Masyarakat Umum 184
i. Kelas Pengajian Agama 184
ii. Program Tarbiyah Untuk Belia dan Remaja 188
iii. Institusi Pendidikan - Sekolah Pasti 189
193
4.3 Kesimpulan
xxii
BAB KELIMA
MASALAH DALAM TARBIYAH PARTI ISLAM SE-MALAYSIA DI TANJONG
MALIM PERAK
5.1 Pengenalan 194
5.2 Masalah Dalam Tarbiyah PAS di Tanjong Malim 195
5.2.1 Dana Yang Terhad 195
5.2.2 Tempat Program Yang Terhad 198
5.2.3 Kekangan Masa 200
5.2.4 Kekurangan Murabbī dan Tenaga Penggerak 203
5.2.5 Tahap Pendidikan Masyarakat Yang Rendah 205
5.2.6 Kepelbagaian Kaum dan Agama 207
5.2.7 Masalah Perhubungan Untuk Menghadiri Program 210
5.2.8 Masalah Keselamatan Untuk Menghadiri Program 213
5.2.9 Murabbī Bukan Dari Kalangan Masyarakat Tempatan 216
5.2.10 Kesukaran Mengikuti Sepenuhnya Sukatan Tarbiyah PAS Pusat 218
5.2.11 Kesukaran Menjadikan Tanjong Malim Sebagai Zon Ilmu 221
5.2.12 Kekurangan Institusi Pendidikan Agama 224
5.2.13 Agenda Tarbiyah Kurang Dibincangkan Dalam Mesyuarat 227
5.2.14 Kelemahan Pimpinan PAS Kawasan dan Lajnah Tarbiyah
dan Kepimpinan 230
5.3 Kesimpulan 233
xxiii
BAB KEENAM 235
RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP 235
237
6.1 Pengenalan 246
6.2 Rumusan
6.3 Saranan 247
6.4 Penutup
BIBLIOGRAFI
xxiv
BAB PERTAMA
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab satu menjelaskan tentang pentingnya menyusun draf pengkajian untuk
mengemukakan persoalan yang dikaji dan beberapa perkara penting yang berkaitan
dengan kajian yang dijalankan.1 Ia dimulakan dengan latar belakang kajian dan
pernyataan masalah. Seterusnya bab ini mengemukakan penerangan tentang objektif
kajian bagi memperihalkan tujuan kajian dilakukan. Bab ini juga turut menyatakan
kepentingan kajian dan memberi penjelasan tentang skop kajian bagi menjelaskan ruang
lingkup kajian yang dilakukan serta meneliti kajian-kajian lepas yang pernah ditulis
berkaitan subjek yang dikaji. Metodologi kajian yang diterangkan dalam bab ini pula
memperlihatkan bagaimana data-data yang dikumpul telah dianalisis bagi mencapai
objektif kajian.
1.2 Latar Belakang Kajian
Umat Islam di Malaysia telah dijajah oleh penjajah sejak tahun 1511. Penjajahan
yang berlaku menyebabkan negara Islam hilang kekayaan hasil bumi dan berlaku
serangan pemikiran serta pemesongan akidah ke atas umatnya. Hal ini kerana matlamat
1 Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan: Suara Sorotan, cetakan pertama, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Penerbit Intel Multimedia dan Publication, h. 97.
1
utama para penjajah, seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Jepun dan Perancis ke
atas tanah jajahan ialah kerana faktor tiga G, iaitu Gold, Glory dan Gospel.2
Keadaan ini telah membangkitkan kesedaran para ulama,3 cendikiawan Islam dan
guru-guru agama bagi mengajak umat Islam menghayati agama Islam yang sebenar
sehingga tertubuhnya Parti Islam Se-Malaysia4 atau PAS5 di Tanah Melayu. PAS yang
berasal daripada Hizbu al-Muslimīn telah ditubuhkan pada 14 Mac 1948 sebelum
merdeka, namun ia diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948.6 Kemudian,
perjuangannya telah diteruskan dengan nama baru, iaitu PAS yang merupakan antara
gerakan Islam (ḥarakah Islāmiyyah) terawal di Malaysia.
2 Kelangsungan perang Salib yang berlangsung di Eropah selama beberapa abad telah menyebabkan negara
Barat, seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jepun mula menjajah negara umat Islam.
Semboyan tiga G yang menjadi pegangan mereka, iaitu The Glory, The Gold dan The Gospel yang
bermaksud penjajahan ke atas bumi umat Islam, mengumpul kekayaan bumi yang dijajah secara
maksimum mungkin bagi kepentingan mereka, dan penyebaran agama Kristian di seluruh tanah jajahan.
Rujuk kertas kerja Seminar Pembangunan yang bertajuk ”Wujudnya Konsep Negara Kaya dan Negara
Miskin Selepas Berlalu Era Penjajah” dalam laman web http://sarjana.tripod.com/jajah1.html.
3 Perkataan ulama ditulis tanpa huruf (k) atau simbol (’). Menurut Kamus Dewan, ulama ialah orang yang
ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Kamus Dewan, edisi
keempat, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., h. 1759.
4 __________ (2010), Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)(Pindaan 2009), cetakan pertama,
Kuala Lumpur: Pejabat Agung PAS, h. 1; Dewan Ulama PAS Pusat (2009), 25 Tahun Kepimpinan Ulama,
cetakan pertama, Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn. Bhd., h. 97.
5 Nama PAS berasal daripada singkatan ejaan jawi, iaitu Fa Alif Sin. Pada awal penubuhannya, PAS
dikenali sebagai Persatuan Alim Ulama Se-Malaya. Walau bagaimanapun, namanya ditukar kepada
Persatuan Islam Se-Malaya sebagaimana persetujuan dalam Mu’tamar Ulama Ketiga yang diadakan di
Butterworth pada 23 November 1951. Pada 14 Jun 1955, Persatuan ini didaftar dengan Pendaftar
Pertubuhan dengan nama Pan Malayan Islamic Party (PMIP) sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya
Persekutuan yang pertama. Pada 25 Disember 1958 dalam Mu’tamar PAS yang berlangsung pada 25-27
Disember 1958, para perwakilan sekali lagi telah bersetuju menukarkan nama PAS kepada Persatuan Islam
Se-Tanah Melayu, dan pada tahun 1971, nama PAS bertukar dan kekal sehingga kini sebagai Parti Islam
Se-Malaysia. Majalah Dunia Islam (1991), Kuala Lumpur: Penerbitan Zin, h. 26-27; Tarmizi Mohd Jam
(1992), Masa Depan PAS Johor, t. Pt., h. 11-12; Panel Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan PAS (1999),
PAS Dalam Arus Perjuangan Kemerdekaan, Selangor: Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd., h. 7.
6 Penubuhan PAS adalah sinonim dengan perjuangan Ḥizbu al-Muslimīn yang telah diharamkan pada tahun
1948 oleh penjajah British. Ḥizbu al-Muslimīn ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak atas nasihat
daripada tokoh-tokoh politik, seperti Dr. Burhanuddin al-Helmī dan Kiyai Masyhur Azahari, seorang
pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17
Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Abu Bakar al-Baqīr dan bekas pimpinan Ḥizbu al-
Muslimīn yang diharamkan serta didokong oleh pimpinan agama tradisional, seperti guru pondok dan
pelajar agama. Riduan Mohamad Nor (2005), Pengaruh Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), cetakan kedua, Selangor: Penerbitan Hemah, h. 47.
2
Sebagai sebuah gerakan Islam yang ulung di Malaysia, PAS menjadikan tarbiyah
sebagai wadah utama perjuangannya.7 Hasilnya, tarbiyah berjaya melahirkan ahli PAS
yang benar-benar komited dengan perjuangan Islam dan berkemampuan memimpin
masyarakat ke jalan yang benar. Aktivis yang dilahirkan daripada aktiviti tarbiyah ini
sanggup mengorbankan jiwa raga, tenaga, wang ringgit, masa dan fikrah. Kekuatan
tarbiyah juga telah menambah penyertaan masyarakat di kawasan ini untuk memilih PAS
sebagai wadah perjuangan mereka. Ini dibuktikan dengan pertambahan ahli baru PAS
secara mendadak di kawasan tersebut ke dalam PAS. Selain itu, beberapa cawangan baru
turut ditubuhkan di kawasan ini yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN sebelum ini.
Penubuhan Kelab Penyokong PAS (kini dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong
PAS) pada pertengahan 2009 juga turut membantu golongan non muslim, seperti kaum
India dan Cina yang ingin mencurahkan bakti dan sumbangan mereka kepada PAS, serta
membantu PAS dalam memberikan gambaran yang sebenar tentang parti tersebut kepada
masyarakat non muslim yang suatu ketika dahulu begitu kabur dengan Islam.
Sebagai sebuah gerakan Islam yang berbeza daripada gerakan nasionalisme, PAS
telah mewujudkan satu sistem tarbiyah yang terancang dan tersusun. Implikasinya, PAS
berjaya mencapai kejayaan yang besar dalam pilihan raya umum yang ke 12 di Perak
sehingga diberi mandat untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di sana. Ini
menunjukkan bahawa tarbiyah yang dijalankan telah mengubah persepsi masyarakat
7 Menurut Kamus al-Ṭullāb, tarbiyah berasal daripada perkataan ( )رﺑﻰyang bertujuan mendidik atau
mengasuh. Hussain Unang (1994), Kamus al-Ṭullāb Arab-Melayu, cetakan pertama, Kuala Lumpur: Dāl al-
Fikir, h. 517. Manakala menurut Kamus al-Mawrid, tarbiyah yang berasal daripada perkataan ()رﺑﻰ
digunakan untuk ()اﻟﻮﻟﺪ, iaitu ()ﻧﺸﺄه, to bring up, raise, rear, breed, foster, nurse and nurture. Ia juga
digunakan untuk ()اﻟﻮﻟﺪ, iaitu ( أدﺑﮫ, )ﺛﻘﻔﮫ, to educate, teach, cultivate, culture, refine and polish. Rōhī
Ba’albakī (2004), Al-Mawrid A Modern Arabic-English Dictionary, cetakan ke-18, Bayrūt: Dār al’Ilmi li
al-Malāyīn, h. 574.
3
terhadap PAS dan mereka mula menyedari kebaikan yang dibawa oleh parti tersebut.
Masyarakat non muslim pula tidak lagi menaruh perasaan sangsi terhadap PAS apabila
taḥāluf al-siyāsī dapat dilaksanakan dengan baik antara parti komponen Pakatan Rakyat,
iaitu PAS, PKR dan DAP.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia, PAS telah menjadikan tarbiyah
sebagai agenda utama perjuangan jama’ah tersebut bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang berilmu dan berkefahaman Islam di Malaysia. Walaupun pada peringkat awal
penubuhannya PAS lebih cenderung kepada gerakan politik atau siyāsah, namun apabila
kepimpinan ulama mengambilalih teraju kepimpinan PAS pada tahun 1983, aspek
tarbiyah kemudiannya telah menjadi agenda yang paling penting dalam jama’ah tersebut.
Tarbiyah dalam PAS kemudiannya dimantapkan dan diperkasakan lagi dengan
penubuhan Dewan Ulama PAS Kelantan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan pada
tahun 1983 setelah PAS mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum pada tahun 1978.
Dewan tersebut telah membuat post mortem yang membawa kepada terlaksananya satu
Ijtimā’ Dewan Ulama PAS Kelantan pada 2 Jun 1978 di Pondok Terusan, Pasir Tumboh,
Kelantan. Penubuhan Majlis Syura Ulama PAS Pusat8 dengan slogan kepimpinan ulama
8 Majlis Syura Ulama PAS Pusat merupakan institusi hierarki kepimpinan tertinggi, di mana Mursyid al-
’Ām adalah pemimpin tertinggi dalam PAS. Ia berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS
yang termaktub dalam perlembagaan serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan
perintah supaya dasar dan ketetapan ini dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan dalam
PAS. Dewan Ulama PAS Pusat (2009), op. cit., cetakan pertama, h. 68.
4
oleh PAS Pusat telah memberikan isyarat yang jelas bahawa PAS adalah sebuah gerakan
Islam yang serius dalam mentarbiyah masyarakat ke arah kebaikan.9
Kemuncak kesungguhan PAS dalam memperkasa tarbiyah ialah penubuhan
Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat. Selaras dengan itu, Lajnah
Tarbiyah dan Perkaderan turut diwujudkan di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri
(BPPN) dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan pula di bawah PAS kawasan dengan
tujuan untuk melahirkan ahli yang istiqamah dan komited dengan perjuangan Islam.
Dengan adanya lajnah berkenaan, PAS dapat melahirkan ramai ahli yang mempunyai jati
diri, malah sedia menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dan mampu membantu PAS
melakar kemenangan dalam pilihan raya umum yang ke 12 sehingga berjaya
mengekalkan kemenangan penggal kelima berturut-turut di Kelantan dan menawan
Kedah, Selangor dan Perak daripada Barisan Nasional.10
Memandangkan terdapat beberapa orang individu yang aktif dalam aktiviti
tarbiyah di Perak datangnya dari kawasan Tanjong Malim, maka pengkaji telah memilih
kawasan ini sebagai lokasi kajian untuk mengenal pasti aktiviti tarbiyah yang telah
dijalankan. Walau pun kawasan ini masih belum mencapai kemenangan dalam
9 Kepimpinan Ulama adalah satu gagasan kepimpinan yang merujuk kepada institusi ulama yang
menduduki Majlis Syura Ulama sebagai ahlu Ḥalli wa Aqdi (orang yang mampu menyelesaikan masalah
dan mengawalnya) untuk zaman itu. Ia diasaskan pada tahun 1983 apabila Yusof Rawa mengambil alih
jawatan Yang Dipertua Agung PAS Pusat daripada Dato’ Mohd Asri Muda. Ibid.
10 Barisan Nasional (BN) ditubuhkan pada tahun 1973 dan dianggotai oleh parti UMNO, MCA, MIC dan
beberapa buah parti komponen kecil yang lain. Pada asalnya, PAS juga menyertai BN pada zaman Dato’
Mohd Asri Muda, tetapi pada 13 Disember 1977, PAS dipecat oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional atas
dakwaan enggan mematuhi keputusan dewan tersebut yang memerintahkan agar parti itu memecat anggota
Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan Nasional ketika Rang Undang-Undang meletakkan
Kerajaan Kelantan di bawah ”pentadbiran darurat”. Amaluddin Darus (1978), Lintasan Politik Malaysia, t.
Pt., h. 37; R. S. Milne dan Diane K. Mauzy (1982), Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur:
Utusan Printcorp Sdn. Bhd, h. 46; Subky Latif (1984), Kumpulan Fokus Subky Latif Isu 1977, Pustaka
Pendidikan Sdn. Bhd, h. 183-184.
5
pilihanraya umum yang lalu, namun kesungguhan para murabbī11 dan nuqabā’12 dalam
menjalankan aktiviti tarbiyah di Tanjong Malim tidak wajar diperkecilkan sehingga
tarbiyah PAS kawasan ini bergerak seiring dengan kawasan-kawasan lain di Perak.
Walau pun begitu, PAS kawasan Tanjong Malim mengakui tarbiyah yang dijalankan di
kawasan ini masih terdapat kelemahan dan tidak selaras dengan sistem tarbiyah PAS
Pusat atau PAS Perak.
Berdasarkan permasalahan di atas, maka pengkaji akan mengumpulkan data
tentang konsep tarbiyah dalam Islam dan tarbiyah dalam PAS secara terperinci melalui
kajian perpustakaan. Data tentang aktiviti tarbiyah yang dilaksanakan oleh PAS di
Tanjong Malim, Perak dari tahun 2006 hingga 2010 dan masalah yang dihadapi oleh PAS
kawasan tersebut juga akan dikumpul melalui kajian lapangan, iaitu kaedah temu bual
yang mendalam, pemerhatian secara langsung, dan dokumentasi.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengetahui konsep tarbiyah dalam Islam.
11 Murabbī ialah orang yang mendidik atau membimbing, pendidik, pembimbing. Dewan Bahasa dan
Pustaka (2005), op. cit., edisi keempat, h. 1056. Manakala menurut Kamus al-Ṭullāb, al-Murabbī berasal
daripada perkataan (و-ب- )رyang bermaksud pendidik. Hussain Unang (1994), op. cit., cetakan pertama, h.
914.
12 Menurut Kamus al-Mawrid, nuqabā’ berasal daripada perkataan ()ﻧﻘﯿﺐ: ()رﺋﯿﺲ, iaitu head, president,
chief. Rōhī Ba’albakī (2004), op. cit., cetakan ke-18, h. 1189.
6
1.4.2 Mengenal pasti aktiviti tarbiyah yang dilaksanakan oleh PAS di Tanjong Malim
dari tahun 2006 hingga 2010.
1.4.3 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh PAS di Tanjong Malim, Perak dalam
melaksanakan aktiviti tarbiyah.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini sangat berguna untuk mempertingkatkan uslub dan strategi tarbiyah,
khususnya kepada ahli PAS di kawasan Tanjong Malim, Perak dan masyarakat setempat.
Antara kepentingan kajian ini ialah :
1.5.1 Sebagai panduan dan rujukan bagi ahli gerakan Islam untuk mempertingkatkan
kefahaman dan penghayatan Islam terhadap asas-asas Islam.
1.5.2 Sebagai panduan kepada masyarakat Islam untuk memupuk minat dan
menyebarkan agama Islam yang sebenarnya kepada masyarakat.
1.5.3 Sebagai bahan rujukan bagi mana-mana murabbī dan nuqabā’ PAS di Tanjong
Malim atau kawasan-kawasan lain dalam melaksanakan aktiviti tarbiyah dan
mengenal pasti permasalahan yang dihadapinya.
7
1.5.4 Untuk kegunaan dan panduan kepada mana-mana gerakan Islam di Malaysia,
seperti ABIM, JIM, ISMA, IKRAM dan sebagainya dalam membantu dan
memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui pendekatan tarbiyah.
1.5.5 Untuk menambah khazanah keintelektualan dalam bidang dakwah, di samping
menjadi bahan rujukan akademik dan ilmiah kepada individu-individu yang
terlibat dalam bidang penyelidikan, khususnya dalam bidang berkaitan gerakan
Islam.
1.6 Skop Kajian
Bagi memudahkan struktur penulisan agar tidak terkeluar dari garis panduan dan
lingkungan tajuk kajian, maka skop kajian ini secara umumnya memfokuskan kepada
konsep tarbiyah dalam Islam dan turut memfokuskan kepada aktiviti tarbiyah yang
dilaksanakan oleh PAS di Tanjong Malim, Perak dari tahun 2006 hingga 2010.
Penstrukturan kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek aktiviti tarbiyah dan
permasalahan yang dihadapi oleh PAS di Tanjong Malim.
1.7 Kajian-Kajian Lepas
Penulisan buku tentang PAS bukanlah suatu perkara baru di Malaysia yang
mempunyai pelbagai parti politik, agama dan sosio budaya. Namun penulisan kajian
ilmiah atau penyelidikan yang berkaitan dengan PAS adalah kurang berbanding dengan
8
kajian-kajian yang lain. Daripada pembacaan awal, pengkaji tidak menemui sebarang
penyelidikan atau penulisan ilmiah secara khusus tentang tajuk yang dibincangkan.
Kebanyakan penulisan yang ditemui hanyalah menyentuh sebahagian daripada aspek-
aspek yang dibincangkan. Sehingga kini, masih belum ada lagi pengkaji yang
menjalankan kajian di kawasan Tanjong Malim, Perak. Kajian yang dijalankan oleh
pengkaji adalah kajian yang pertama berkaitan dengan aktiviti dan masalah dalam
tarbiyah PAS di Tanjong Malim. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah buku
atau kajian yang menyentuh tajuk yang dibincangkan, iaitu :
Pertama, ‘Āli Abd al-Halīm Mahmūd (1993), menulis buku tentang “Wasā’il al-
Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwān al-Muslimīn: Dirāsah Taḥlīliyyah Tārīkhiyyah”.13 Beliau
membahaskan dalam karangannya secara panjang lebar tentang wasīlah atau perantaraan
(kaedah) yang dipraktikkan oleh gerakan Ikhwān al-Muslimīn dalam proses mentarbiyah
ahlinya secara pemeringkatan dan tahap yang berbeza. Pelbagai wasīlah yang digunakan
oleh gerakan ini, seperti usrah, rehlah, nadwah, mukhayyam, ziarah dan lain-lain lagi.
Kedua, Azahar Yaakub (2005), menulis tentang ”Strategi Dakwah Rasulullah
Dalam Pembentukan Negara: Kajian Pelaksanaannya oleh Parti Islam Se-
Malaysia”.14 Objektif utama kajian beliau ialah untuk menganalis bentuk-bentuk strategi
yang dilaksanakan oleh PAS dalam usaha membentuk negara Islam. Beliau turut
menjelaskan bahawa PAS sememangnya menyediakan strategi-strategi tertentu bagi
13 ‘Āli Abd al-Halīm Mahmūd (1993), Wasā’il al-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwān al-Muslimīn: Dirāsah
Taḥlīliyyah Tārīkhiyyah, cetakan ke-6, Mesir: Dār Wafā’ li al-Tibā’ah wa al-Nasyri wa al-Tauzi’, h. 15.
14 Azahar Yaakub (2005), Strategi Dakwah Rasulullah Dalam Pembentukan Negara: Kajian
Pelaksanaannya oleh Parti Islam Se-Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
9
menjayakan misi membentuk negara Islam. Melalui strategi itu, PAS berjaya meraih
beberapa kejayaan utama, seperti membentuk satu kefahaman kepada sebahagian rakyat
jelata tentang kepentingan membentuk negara Islam sehingga berjaya memerintah
Kelantan dan Terengganu. Beliau juga turut menyentuh beberapa kegagalan yang dilihat
berlarutan sehingga kini. Keadaan ini lebih parah apabila terdapat pula beberapa masalah
dalam dan luaran yang sekaligus menjadi bebanan dan batu penghalang kepada kejayaan
misi PAS.
Ketiga, Mujahid Yusof (2007), menulis tentang ”Konflik Organisasi Dalam
Parti Islam dan Kesannya Terhadap Perubahan Organisasi: Kajian Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) di Melaka”.15 Kajian ini bertujuan untuk melihat dengan lebih
mendalam masalah konflik organisasi dalam sesebuah parti politik Islam dan kesannya
kepada perubahan organisasi parti. Kajian juga telah menemui suasana konflik dalam
parti Islam melalui empat tingkat organisasi yang digunakan sebagai model untuk kajian
ini dan adab konflik yang diamalkan oleh parti Islam semasa berlakunya konflik. Turut
dikupas ialah faktor konflik yang berpunca daripada kemasukan ahli lain daripada
pertubuhan Islam yang mencetuskan persoalan kesetiaan kepada parti yang menyebabkan
tanggapan adanya elemen lain dari luar parti ingin menguasai struktur parti.
15 Mujahid Yusof (2007), Konflik Organisasi Dalam Parti Islam dan Kesannya Terhadap Perubahan
Organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Melaka, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
10
Keempat, Ya’qub Muhammad Hussin (2001), menulis tentang “Beberapa
Panduan Asas Usrah dan Ḥarakah”.16 Beliau membahagikan buku ini kepada dua
bahagian. Bahagian pertama berkisar tentang memahami dan menghayati ciri-ciri usrah
yang berjaya. Turut disentuh ialah anasir yang menjayakan usrah, peranan naqib, manhaj
usrah (kandungan), kaedah perlaksanaan usrah, adab-adab usrah, sifat dan tanggungjawab
ahli usrah, sukatan usrah pelbagai peringkat dan faktor kelemahan usrah. Manakala
bahagian kedua pula lebih kepada konsep dan ciri-ciri ḥarakah Islamiyah. Turut
dibincangkan beberapa kategori jama’ah masa kini dan tuntutan mengenali jama’ah.
Kelima, Azhar Jaafar @ Ramli (2001), menulis tentang “Parti Islam Se-
Malaysia (PAS): Suatu Kajian Tentang Sejarah Perkembangannya di Jerantut,
Pahang Darul Makmur”.17 Kajian ini menjelaskan tentang sejarah dan perkembangan
PAS di peringkat pusat bermula dari HAMIM sehingga membentuk sebuah badan agama
di dalam UMNO,18 PAS ditubuh secara rasmi di Tanah Melayu pada tahun 1955 bagi
menghadapi pilihanraya umum negara yang pertama.
16 Ya’qub Muhammad Hussin (2001), Beberapa Panduan Asas Usrah dan Harakah, cetakan pertama,
Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
17 Azhar Jaafar @ Ramli (2001), Suatu Kajian Tentang Sejarah Perkembangannya di Jerantut, Pahang
Darul Makmur, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
18 UMNO adalah singkatan daripada United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) yang ditaja oleh Kongres Melayu 1946. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana
Besar Johor Bahru setelah diasaskan pada bulan Mac 1946 dalam satu Kongres Persatuan Pertubuhan
Melayu di Kuala Lumpur. Dato’ Onn Jaafar adalah Presiden UMNO yang pertama. Penubuhannya adalah
hasil pengharaman pertubuhan-pertubuhan politik kebangsaan dan parti berhaluan kiri oleh penjajah
Inggeris. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk menentang Malayan Union yang ditaja oleh penjajah
Inggeris pada ketika itu. Dasar UMNO ialah Demoktarik Nasionalisme. Ia pernah diharamkan oleh
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pentadbiran pada 4 Februari 1988 kerana dikatakan
pendaftarannya tidak sah, namun begitu pendaftarannya diperbaharui semula oleh Perdana Menteri, YAB
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Februari 1988. Ainol Jamal (1988), Melayu Berpecah Dalam
UMNO Kerana Pemimpin Tamak, Kuala Lumpur: Percetakan Berpadu Sdn. Bhd, h. 4 & 11; Ahmad Lutfi
Othman (1992), Selepas Mahathir Peluang PAS, t. Pen., h. 28; Ismail Awang (1982), Zulkifli Muhammad
Sejarah dan Karyanya, Kelantan: Mahlidhi Press, h. 139; Buyong Adil (1985), Perjuangan Orang Melayu
Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 252.
11
Keenam, Mohd Soud Said @ Mat Ali (1999), menulis tentang “Sejarah Dewan
Muslimāt PAS dan Sumbangannya Dalam Politik Malaysia: Suatu Kajian di Kuala
Terengganu”.19 Kajian ini menyentuh tentang aspek sumbangan Dewan Muslimāt PAS
kepada masyarakat, sama ada dari sudut agama, sosial, pendidikan, ekonomi dan politik.
Pengkaji turut menyentuh tentang sejarah ringkas penubuhan PAS, dasar dan matlamat
perjuangan serta pentadbirannya di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
Ketujuh, Noraini Zainuddin (2006), dalam kajiannya bertajuk ”Sumbangan
Dewan Muslimāt PAS Terhadap Pembangunan Sosial Masyarakat di Kawasan Bukit
Gantang”20 menulis tentang analisis sumbangan Dewan Muslimāt PAS terhadap aktiviti
pembangunan sosial masyarakat di kawasan Bukit Gantang dan penilaian masyarakat
terhadap program-program tersebut. Antara program pembangunan sosial yang
dijalankan, seperti program perpaduan, kebajikan, keilmuan dan program remaja.
Kelapan, Idris Ahmad (2005), menulis buku tentang “Panduan Usrah dan
Gerakan Islam”.21 Beliau menyentuh dalam bukunya tentang definisi usrah, rukun usrah,
ciri naqib yang dinamik, bentuk perbincangan dalam usrah, panduan perlaksanaan usrah,
adab-adab usrah, kesan perlaksanaan usrah, ciri-ciri harakah Islamiyah dan matlamat
jama’ah Islam. Turut dikupas ialah aktiviti luar usrah, seperti lawatan dan ziarah ke
tempat bersejarah, kilang milik orang Islam, para ulama haraki yang bertaqwa, rehlah
(perkelahan), aktiviti riaḍah (senaman dan permainan) dan pelbagai lagi.
19 Mohd Soud Said @ Mat Ali (1999), Sejarah Dewan Muslimāt PAS dan Sumbangannya Dalam Politik
Malaysia: Suatu Kajian di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
20 Noraini Zainuddin (2006), Sumbangan Dewan Muslimāt PAS Terhadap Pembangunan Sosial
Masyarakat di Kawasan Bukit Gantang, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
21 Idris Ahmad (2005), Panduan Usrah dan Gerakan Islam, cetakan kelima, Kuala Lumpur: Sarjana Media.
12
Kesembilan, Riduan Mohd Noor (2005), menulis buku tentang “Pengaruh
Pemikiran Ikhwān al-Muslimīn Terhadap Parti Islam Se-Malaysia”.22 Beliau
menjelaskan dalam buku ini tentang pemindahan pemikiran Ikhwān al-Muslimīn,
khususnya slogan kepimpinan ulama dan Majlis Syura Ulama PAS Pusat, pewujudan
jawatan Mursyid al-’Ām, pengaktifan Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan sehingga
kepada pembentukan sukatan tarbiyah PAS di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan
pusat.
Kesepuluh, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Perkaderan Badan Perhubungan PAS
Perak (2008), dalam modul bertajuk “Manual Tarbiyah Ahli-Ahli PAS Perak
(MATAR)” pula menghuraikan tentang aktiviti tarbiyah yang dijalankan di Perak.
Manual tarbiyah ini digunapakai oleh Badan Perhubungan PAS Perak, PAS kawasan,
PAS cawangan dan dewan-dewan dalam melaksanakan program tarbiyah. Antara
pengisian menarik dalam modul ini ialah struktur organisasi serta bidang tugas setiap
anggota Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak. Modul (manhaj) ini menjadi teras
bagi gerak kerja tarbiyah yang berfokus dan menjadi sumber rujukan dalam
menggerakkan aktiviti tarbiyah. Kandungannya memuatkan mekanisme pengukuran dan
penilaian, di mana Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Perak akan mengeluarkan sijil
pengiktirafan kepada ahli setelah melalui beberapa proses penilaian mengikut tahap yang
ditentukan. Turut diketengahkan ialah marhalah tarbiyah dan perincian aktiviti bermula
daripada marhalah ta’rīf (asas), takwīm (pembinaan) dan tanfīz (perlaksanaan), serta
beberapa program tambahan, seperti kelas pengajian agama, jambori, lawatan, berbuka
puasa secara berjama’ah, i’tikāf di bulan Ramaḍān, kursus dan seminar.
22 Riduan Mohamad Nor (2005), op. cit., cetakan kedua.
13
Berdasarkan pernyataan tersebut, pengkaji dapat merumuskan bahawa terdapat
kajian atau buku tentang PAS dan tarbiyah. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan
aktiviti dan masalah dalam tarbiyah PAS di Tanjong Malim masih belum dijalankan.
1.8 Metodologi Kajian
Kajian ini menggabungkan beberapa dimensi disiplin ilmu pengajian Islam dan
menggunakan beberapa metodologi yang ada hubungan dengan kajian, kerana ia
menentukan cara sesuatu kajian itu dilakukan ke arah penentuan kualiti sesuatu kajian.
Metodologi merupakan suatu elemen yang penting di dalam sesuatu kajian atau
penelitian ilmiah.
Metodologi bererti ilmu tentang cara mengadakan penelitian atau kajian.23
Metodologi berasal daripada dua perkataan di dalam bahasa Yunani, iaitu metodos yang
bererti cara, dan logos yang bererti ilmu.24 Oleh yang demikian, metodologi bererti ilmu
tentang sesuatu cara. Manakala penyelidikan bererti usaha yang dilakukan dengan cara
pengumpulan data dan pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul. Metodologi
penyelidikan ialah kaedah yang digunakan bertujuan untuk memperoleh maklumat-
maklumat yang tepat, konkrit dan bernilai serta membuat penganalisisan serta keputusan
di atas maklumat demikian.
23 Imam Bernadib (1982), Erti dan Metode Sejarah Pendidikan, cetakan pertama, Yogarkarta: Yayasan
Penerbit FIP-IKIP, h. 51.
24 Koentjaraningrat (1997), Metode-Metode Penelitian Masyarakat, cetakan pertama, Jakarta: P.T.
Gramidia, h. 16.
14
Di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan ini, pengkaji menggunakan dua
metodologi utama untuk memproses pengumpulan data dan menganalisis fakta kajian.
Metode-metode utama tersebut adalah seperti berikut :
i. Metode pengumpulan data
ii. Metode analisis data
1.8.1 Metode Pengumpulan Data
Terdapat dua bentuk kajian yang digunakan untuk mendapat sumber data di
dalam penyelidikan ini. Data-data tersebut diperoleh melalui dua sumber, iaitu melalui
penyelidikan perpustakaan dan penyelidikan lapangan sebagaimana berikut :
(a) Kajian Perpustakaan (Library Research)
Kajian perpustakaan bererti satu kajian mendapatkan bahan menerusi sumber-
sumber tulisan, seperti buku, tesis, disertasi, majalah, mikro filem dan sebagainya.
Metode ini penting untuk melengkapi data-data pada bab kedua dan ketiga. Perpustakaan
yang menjadi rujukan kajian ini adalah seperti berikut :
i. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
ii. Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur
iii. Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
15
iv. Perpustakaan Awam Pusat Islam, Kuala Lumpur
v. Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor
vi. Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur
vii. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri,
Kota Bharu, Kelantan
viii. Perpustakaan Dār Zahrā’, Kota Bharu, Kelantan
ix. Perpustakaan Islam, Kota Bharu, Kelantan
x. Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Tanjong Malim, Perak
xi. Perpustakaan Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak
(b) Kajian Lapangan (Field Research)
Dalam merangka kajian lapangan ini, pengkaji menjalankan kajian secara
langsung terhadap PAS di Tanjong Malim bagi memperolehi data dan maklumat daripada
PAS kawasan tersebut. Bagi tujuan mendapatkan objek yang dipilih untuk diteliti sebagai
bahan kajian, berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan bahan
kajian :
16
(i) Kaedah Temu bual (Interview)
Kaedah temu bual merupakan kaedah di mana subjek dan penyelidik hadir sama
di dalam proses memperolehi maklumat. Temu bual dilakukan terhadap informan yang
penting sebagai sumber mendapatkan maklumat tentang kebudayaan mereka.25 Kahn dan
Cannell (Marshall & Rossman, 1957) mendefinisikan temu bual sebagai ’perbualan
dengan bertujuan’ (conversation with a purpose).26 Menurut Paton (1990) pula,
penyelidik akan mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang.27 Kaedah ini
perlu, terutamanya bagi mendapatkan maklumat tentang cara hidup mereka yang tidak
lagi wujud atau cara hidup yang telah banyak diubahsuai ketika penyelidikan dilakukan.28
Sumber yang masih ada untuk mendapatkan maklumat ini ialah daripada ingatan individu
yang pernah melibatkan diri dalam kebudayaan itu.29 Pengkaji menggunakan kaedah ini
dengan melakukan temu bual ke atas informan yang terpilih di kalangan beberapa orang
pimpinan dan aktivis tarbiyah bertujuan untuk mengetahui aktiviti tarbiyah yang
dijalankan di kawasan Tanjong Malim secara lebih dekat, di samping mengetahui
maklum balas yang diterima daripada aktiviti berkenaan. Kaedah ini digunakan untuk
melengkapi data-data pada bab keempat dan kelima. Metode ini amat diperlukan bagi
mangumpulkan data tentang masalah yang dikaji dengan cara melakukan temu bual
25 Informan atau interviewee ialah elemen yang terpenting dalam proses temu bual. Beliau sumber
maklumat dan perlu dihargai serta dihormati kerana memberi ruang masa dan kesanggupan untuk ditemu
bual. Jika perasaannya tersentuh, merasai bahawa tidak dihargai dan dihormati, kecacatan akan berlaku
pada sesi temu bual yang akan dijalankan. Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam
Pengajian Islam., cetakan pertama, Selangor: Kamil & Shakir Sdn. Bhd., h. 72.
26 Othman Lebar (2009), Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod, cetakan ketiga,
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 119.
27 Ibid.
28 Noraini Zainuddin (2006), Analisis Sumbangan Dewan Muslimāt PAS Terhadap Pembangunan Sosial
Masyarakat di Kawasan Bukit Gantang (1995-2000), Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. xxxi.
29 Pertti J. Pelto Gretel H. Pelto (1989), Penyelidikan Antropologi, Abdullah Taib (terj.), cetakan pertama,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 102.
17
terhadap responden, iaitu pimpinan PAS di kawasan Tanjong Malim yang terlibat secara
langsung dengan program tarbiyah dan mereka yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut
adalah beberapa temu bual yang dijalankan :
i. Temu bual dengan Zainal Asmawi pada 10 November 2009 di rumah
beliau di Felda Besout 2, Sungkai, Perak.
ii. Temu bual dengan Zulqarnain Hassan pada 17 Jun 2010 di Bilik Ketua
Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
iii. Temu bual dengan Mohd Tarmizi Abdul Rahman pada 23 Jun 2010 di
rumah beliau di Taman Seroja, Slim River, Perak.
iv. Temu bual dengan Khalili Kassim pada 22 Jun 2010 di rumah beliau di
Kampung Klah Baru, Sungkai, Perak.
v. Temu bual dengan Baharudin Ishak pada 20 Jun 2010 di rumah beliau
yang beralamat di Lot. 977, Klan 2, Slim River, Perak.
vi. Temu bual dengan Hashim Hamud pada 17 Julai 2010 di rumah beliau di
Kampung Rasau, Slim River, Perak.
vii. Temu bual dengan Syed Zamzuri Syed Nengah pada 01 November 2010
di Sekolah Agama Rakyat al-Hidayah di Behrang 2020, Behrang, Perak.
viii. Temu bual dengan Arman Yusop pada 29 Jun 2010 di Masjid Jami’
Sungkai, Sungkai, Perak.
ix. Temu bual dengan Harisah Sidek pada 22 Jun 2010 di kedai Hub Halal,
Slim River, Perak.
18
x. Temu bual dengan Abdul Gani Ibrahim pada 20 Mac 2010 di pejabat
DPPK Tanjong Malim, Slim River, Perak.
xi. Temu bual dengan Mohamad Isa Jasad pada 23 Jun 2010 di rumah beliau
di Kampung Kelan, Slim River, Perak.
xii. Temu bual dengan Abdul Salam Abdullah pada 22 Jun 2010 di rumah
beliau di Kampung Kuala Slim, Slim River, Perak.
xiii. Temu bual dengan Sulaiha Saari pada 10 Ogos 2010 di Ma’ahad al-
’Abbāsiyah, Sungkai, Perak.
xiv. Temu bual dengan Nik Abdul Hadi Raja Abdullah pada 30 Jun 2010 di
rumah beliau di rumah guru SMK (F) Besout, Sungkai, Perak.
xv. Temu bual dengan Mohd Desa Zakaria pada 14 Julai 2010 di Sekolah
Agama Rakyat al-Falāhiah di Felda Besout 4, Sungkai, Perak.
xvi. Temu bual telefon dengan Zulkapli Piai pada 27 November 2010.
xvii. Temu bual telefon dengan Muhammad Asri Abdul Hamid pada 28 Ogos
2010.
(ii) Kaedah Pemerhatian atau Observasi (Observation)
Kaedah observasi bermaksud satu kaedah berdasarkan pemilihan, perekodan dan
pemahaman terhadap tingkah laku dan kedudukan.30 Kaedah observasi atau pemerhatian
juga bermaksud memerhati atau mengamati secara terang dan sistematik terhadap sesuatu
objek yang ditentukan pada subjek penyelidikan. Ia dilaksanakan dengan alat bantuan,
seperti kaset, kamera, catatan dan pemerhatian terhadap data yang berkaitan. Melalui
30 Noraini Zainuddin (2006), op. cit, h. xxxii.
19
metode ini, pengkaji akan membuat pengamatan terhadap institusi yang dikaji, antaranya
aspek yang berkaitan dengan aktiviti tarbiyah, seperti program usrah, usrah gabungan,
qiyāmullail, lawatan, program perkaderan, jambori, latihan kemahiran, majlis berbuka
puasa secara berjama’ah, majlis ilmu, perhimpunan bulanan, kelas pengajian agama,
program tarbiyah untuk belia dan remaja serta sekolah Pasti. Kaedah pemerhatian ini
amat penting dan berguna untuk menghasilkan kajian kerana suatu kajian tidak tertumpu
kepada sumber bertulis yang dihasilkan oleh pihak terbabit bahkan perlu dilihat dan
diperhati secara lebih dekat. Kaedah ini digunakan untuk melengkapi data-data pada bab
keempat dan kelima. Berikut adalah beberapa pemerhatian yang dilakukan PAS kawasan
Tanjong Malim :
i. Pemerhatian terhadap program usrah (usrah) dan usrah gabungan
(madrasah).
ii. Pemerhatian terhadap program qiyāmullail (katībah).
iii. Pemerhatian terhadap program lawatan (reḥlah tarbawiyyah).
iv. Pemerhatian terhadap program perkaderan (tamrīn tarbawī).
v. Pemerhatian terhadap program perkhemahan atau jambori (mukhayyam
tarbawī).
vi. Pemerhatian terhadap program latihan kemahiran (daurah tadrībiyyah).
vii. Pemerhatian terhadap program majlis berbuka puasa secara berjama’ah
(ifṭār jamā’ī).
viii. Pemerhatian terhadap program majlis ilmu (liqā’ al-fikri).
ix. Pemerhatian terhadap program perhimpunan bulanan (ijtimā’ tarbawī).
20
x. Pemerhatian terhadap program kelas pengajian agama.
xi. Pemerhatian terhadap program tarbiyah untuk belia dan remaja.
xii. Pemerhatian terhadap institusi pendidikan, iaitu sekolah Pasti.
(iii) Kaedah Dokumentasi (Documentacy)
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas, pengkaji menggunakan kaedah
dokumentasi bagi mendapatkan maklumat berkaitan. Kaedah dokumentasi ialah satu cara
untuk mendapat dan mengumpulkan data-data dengan melakukan penyelidikan terhadap
dokumen-dokumen yang berhubungkait dengan permasalahan kajian. Dokumen ialah
benda-benda bertulis yang dapat memberi keterangan tertentu terhadap sesuatu.31 Abdul
Halim Mat Diah pula menyatakan ia merupakan satu cara pengumpulan data dengan
melakukan kajian terhadap dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang diteliti.32
Menurut Idris Awang,33 dokumen ialah bahan yang tidak diterbitkan tetapi pihak yang
menghasilkan dan tarikhnya diketahui dengan jelas atau boleh dikenal pasti melalui
proses tertentu. Ia termasuklah hasil penyelidikan yang tidak diterbitkan, seperti tesis dan
disertasi, minit mesyuarat, laporan tahunan, fail-fail rasmi, manuskrip yang tersimpan di
arkib dan juga catatan peribadi.34 Termasuk dalam dokumen ialah benda bertulis yang
dapat memberi pelbagai keterangan antaranya gambar-gambar, kumpulan undang-
31 Imam Bernadib (1982), op. cit, h.52.
32 Abdul Halim Mat Diah (1987), Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fakulti
Usuluddin, Universiti Malaya, h. 117.
33 Beliau merupakan Mantan Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Penyelidikan) Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya. Mendapat pendidikan dalam bidang Bahasa Inggeris di Universiti Baghdad, Iraq
dan Sarjana serta Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya. Mempunyai pengetahuan
yang luas dalam bidang penyelidikan dan penyeliaan tesis serta disertasi. Malah, beliau turut menjadi
pemeriksa latihan ilmiah pelajar, disertasi pada peringkat sarjana dan tesis doktor falsafah. Idris Awang
(2009), op. cit., cetakan pertama.
34 Ibid., cetakan pertama, h. 69.
21
undang, peraturan dan buku cenderamata.35 Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang aktiviti tarbiyah dalam PAS, khususnya di kawasan Tanjong Malim,
Perak. Justeru itu, pengkaji perlu mendapatkan maklumat tersebut secara langsung
daripada bahan dokumentasi dan catatan yang terdapat di pejabat PAS kawasan Tanjong
Malim dan mengenal pasti masalah yang timbul daripada bahan post mortem yang
diadakan. Kaedah ini amat penting dan berguna untuk memastikan data-data dan fakta
yang dikaji adalah tepat sebagai pelengkap pada bab keempat dan kelima. Berikut adalah
beberapa dokumentasi yang digunakan bagi mendapatkan data :
i. Peringatan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Tanjong Malim kali
ke-24, bertarikh pada 7 Mei 2006, tempat di Pusat Tarbiyah PAS kawasan
Serigala, Slim River, Perak.
ii. Peringatan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Tanjong Malim kali
ke-25, bertarikh pada 28 April 2007, tempat di Pusat Tarbiyah PAS
kawasan Serigala, Slim River, Perak.
iii. Peringatan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Tanjong Malim kali
ke-26, bertarikh pada 24 Mei 2008, tempat di rumah rehat Slim River,
Slim River, Perak.
iv. Peringatan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Tanjong Malim kali
ke-27, bertarikh pada 19 April 2009, tempat di Pusat Tarbiyah PAS
kawasan Serigala, Slim River, Perak.
35 Noraini Zainuddin (2006), op. cit, h. xxxii.
22
v. Peringatan mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan
Tanjong Malim kali Ke-5, bertarikh pada 25 Mac 2007, tempat di Markas
Tarbiyah PAS Tanjong Malim, Slim River, Perak.
vi. Peringatan mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan
Tanjong Malim kali ke-6 (Baru), bertarikh pada 19 Mei 2008, tempat di
Markas Tarbiyah PAS Tanjong Malim, Slim River, Perak.
vii. Peringatan mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan
Tanjong Malim kali ke-8, bertarikh pada 27 Mac 2010, tempat di Markas
Tarbiyah Serigala, Slim River, Perak.
viii. Peringatan mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan
Tanjong Malim kali ke-17, bertarikh pada 7 April 2007, tempat di Pasti al-
Ansār, Sungkai, Perak.
ix. Buku ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di Mu’tamar Dewan
Ulama PAS Pusat kali ke 54 pada 14 Ogos 2008.
1.8.2 Metode Analisis Data
Setelah selesai proses pengumpulan data, kerja-kerja mengolah dan menganalisis
data pula dilakukan. Untuk tujuan tersebut, pengkaji menggunakan metode analisis
diskriptif-kualitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk maklumat yang terhasil dari
sumber-sumber yang dikenal pasti sesuai dengan keperluan kajian yang dijalankan.36 Ia
terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu metode induktif, deduktif dan komparatif.
36 Ibid, h. 68.
23
(a) Metode Induktif
Metode induktif merupakan satu proses logik yang memberikan penjelasan yang
umum berdasarkan pemerhatian yang spesifik.37 Ia juga ditafsirkan sebagai satu cara
menganalisis data menerusi pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang
bersifat khusus untuk sampai kepada pembuktian dalil-dalil umum.38 Metode ini
digunakan dalam bab kedua, ketiga, keempat dan kelima, iaitu data berkaitan tarbiyah
dalam PAS, aktiviti tarbiyah yang dilaksanakan oleh PAS di Tanjong Malim dari tahun
2006 hingga 2010 dan masalah yang dihadapi oleh PAS kawasan tersebut, seterusnya
kesimpulan dan implikasi kajian terhadap aktiviti tarbiyah. Sebagai contoh dalam bab
kedua, ramai tokoh-tokoh Islam memberikan pandangan tentang matlamat, ciri-ciri dan
bentuk tarbiyah dalam Islam, dan data yang diperolehi telah diolah dengan teliti dan
seterusnya data tersebut telah digeneralisasikan untuk menambah kefahaman pembaca.
(b) Metode Deduktif
Metode deduktif ialah cara menganalisis dan melakukan pengkajian berdasarkan
pola berfikir dan mencari pembuktian dengan menggunakan proses logik yang bermula
dengan kesimpulan dalil-dalil umum dan membuat ramalan berdasarkan pengujian ke
atas pemerhatian yang spesifik. Ia bermula dari persoalanan yang umum kepada
pernyataan yang khusus.39 Penggunaan metode ini dapat dilihat pada bahagian kajian
37 Sabitha Marican (2005), Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, cetakan pertama, Malaysia: Prentice Hall
Pearson Malaysia Sdn. Bhd., h. 18.
38 Koentjaraningrat (1997), op. cit, h. 137.
39 Sabitha Marican (2005), op. cit, h. 19.
24