Program Ihya’ Ramadhan 28 ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN PANITIA BAHASA ARAB TAHUN 2025 / 1446 H FEB 2025
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025 Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulanbulan yang lain. Bulan mulia yang penuh keberkatan dan banyak manfaat bagaikan butiran permata yang sangat berharga kerana semua perbuatan kita (yang dilakukan dengan ikhas kerana Allah SWT) seiringan dengan amalan berpuasa akan menjadi ibadah berpahala yang balasannya berlipat kali ganda dari Allah SWT. Objektif Program : Meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang keutamaan bulan Ramadhan. Mempersiapkan mental dan spiritual murid dalam menghadapi ibadah puasa. Membina motivasi untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebajikan. Mewujudkan suasana Islamik di sekolah sepanjang bulan Ramadhan.