The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiaisyah.ma, 2022-06-07 02:16:57

E-Book Sukan Memanah (Kumpulan 3)

E-Book Sukan Memanah (Kumpulan 3)

SUKAN

MCoEvMerApNagAeH

KANDUNGAN

1-3halaman 4halaman 5-6halaman

Editor Penghargaan Pengenalan

7halaman 8-9halaman 10-14halaman
Cara
Sejarah Regangan Permainan

15-16halaman 17-18halaman 19halaman

Peraturan Pemarkahan Peralatan

20halaman 21halaman 22halaman

Kebaikan Kesimpulan Rujukan

EDITOR

NUR AFIFAH BINTI MOHD SABRI
A20HP0157

NUR SYAZA NAJIHAH BINTI
UMAR LUDIN
A20HP0197

NURUL ANIS SYAFIQAH BINTI
ISHAK

A20HP0214

1

EDITOR

RAIHANA SYAZWANI BINTI
MOHD TAMRI
A20HP0237

ROSHINI BALAN
A20HP0286

SARA IRDINA BINTI SALIMAN
A20HP0245

2

EDITOR

SITI AISYAH BINTI MOHD
AMIRUDDIN
A20HP0250

SITI NOOR MAISARAH BINTI
SYED HAMED
A20HP0256

SYADIYAH HUDA BINTI
SUHAIMI

A20HP0266

3

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kami menyiapkan buku digital (e-book) ini bagi
melengkapkan keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di
Universiti Teknologi Malaysia bagi subjek SHPP2882-04 Pengurusan Ko-
Kurikulum, Sukan dan Permainan. Setinggi-tinggi kesyukuran juga
dipanjatkan kerana kami berjaya melengkapkan buku digital ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Tidak dinafikan, sepanjang proses
pembikinan buku digital (e-book) ini, banyak rintangan dan kekangan
yang terpaksa kami hadapi lebih-lebih lagi dalam mendapatkan sumber
rujukan yang sahih dan boleh dipercayai. Namun begitu, kami tetap
berupaya menghadapi segala masalah tersebut untuk menghasilkan
buku digital (e-book) ini.

Sehubungan dengan itu, sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih diucapkan kepada Dr. Izwyn binti Zulkapri selaku pensyarah
Pengurusan Ko-Kurikulum, Sukan dan Permainan bagi Seksyen 04 atas
segala tunjuk ajar dan dorongan sepanjang proses pembikinan buku
digital ini. Beliau banyak membimbing kami dari segi format dan juga
informasi bagi menghasilkan buku digital (e-book) yang terbaik.

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu kami secara langsung mahupun tidak
langsung sepanjang proses pembikinan buku digital dijalankan.
Diharapkan buku digital (e-book) dapat memberi manfaat kepada
banyak pihak dan segala informasi di dalam buku ini akan digunakan
sebaik mungkin.

4

Memanah atau disebut “Archery” dalam Bahasa
Inggeris merupakan salah satu jenis sukan paling lama
di dunia.



Satu sukan statik yang memerlukan kekuatan dan daya tahan
otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya
pada bahagian otot bahu. Terdapat tiga fasa dalam acara
memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan
pandangan (sighting).

Hal ini adalah kerana memanah pada asalnya bukan
untuk dipertandingan tetapi cara dan alat untuk terus
mencari kehidupan atau “survival.
Orang pada zaman dulu menggunakan memanah
untuk memburu binatang sebagai makanan mereka.

Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan olimpik
pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan
tahun 1920 di Belgium.

·Selepas tahun itu, sukan memanah tidak
dipertandingkan di sukan olimpik kerana tidak ada
satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan
sehingga The Federation International De TirAL’arc
(FITA) menggubal undang-undang pertandingan. Sukan
memanah dimasukkan kembali dalam acara sukan
olimpik pada tahun 1972 di Munich.

5

FITA

Ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan
menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga
dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-
kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan
juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod
dunia dalam sukan memanah.




SUKAN MEMANAH DI MALAYSIA

Di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
(NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah
kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Pada
tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan
di peringkat MSSM.Dengan adanya kejohanan memanah
seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan
ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang
bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi

6

1.0 BUSUR DAN ANAK PANAH
Diperkenalkan sebgai busur dan anak panah untuk
memburu dan berperang sejak zaman Paleolitikum.
(berusia 30,000 tahun)
Dalam zaman moden bertujuan bersukan
dan rekreasi.

2.0 SEJARAH SUKAN MEMANAH
Kelab memanah pertama United Bowman of Philadelphia (1828) ditubuhkan di
Amerika Utara.
Dimasukkan acara sukan Olimpik pada 1900,1904,1920.
Dimasukkan kembali pada 1972 selepas
The Federation International de tir a l'arc (FITA)
menggubal undang-undang pertandingan.

3.0 SEJARAH SUKAN MEMANAH DI MALAYSIA

Kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
[Peringkat Sekolah].
Pertandingan pertama di MSSM pada 1996.

7

Melonggarkan lengan atas & otot dada.
Cantumkan jari dengan kedudukan atas kepala dengan
keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan
tangan ke atas dan tahan selama 10 saat. Seterusnya,

lepaskan tangan

Melonggarkan dada, bahu atas & otot bawah lengan
Tangan kiri dibengkokkan melepasi kepala dan diturunkan ke
belakang manakala tangan kanan dibengkokkan dari bawah

ke atas. Pegang jari-jari dan tahan selama 10 minit dan
pastikan postur badan berada dalam keadaan yang tegak.

Melonggarkan bahu & otot belakang. 8
Jari-jemari kedua belah tangan dikunci bersama-
sama. Selama 10 saat, tangan dikeluarkan secara

perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan.
Elakkan dari berpusing secara mengejut kerana
akan membawa kecederaan kepada sendi-sendi

tulang belakang.

Melonggarkan otot belakang & bahu Melonggarkan otot bahu
Pegang hujung seutas getah dan angkat Pegang kedua hujung setiap getah

kedua-dua lengan ke paras bahu lalu lalu angkat sebelah tangan
depangkan tangan. Pastikan bahu dalam melepasi kepala dan sebelah lagi
keadaan lurus ke depan dan ke belakang separas dengan bahu.Tarik tangan
separas bahu ke bawah lalu tukar
dengan cara mengembang dan hala. Ulang pergerakan ini sebanyak
menguncup otot belikat. Lakukan ini
6 kali
selama 10 saat

Melonggarkan otot dada & bahu Melonggarkan otot memanah
Pegang hujung seutas getah dan angkat Dengan menggunakan seutas getah, buat

kedua-dua lengan ke paras bahu lalu satu lingkaran dengan mengikat kedua
depangkan tangan. Pastikan bahu dalam hujungnya lalu tarik tali tersebut seperti aksi
keadaan lurus ke depan dan ke belakang memanah. Kekal di posisi tersebut selama 10

dengan cara mengembang dan saat dan ulang sebanyak 6 kali. Setelah
menguncup otot belikat. Lakukan ini selesai, ulang gerakan ini menggunakan

selama 10 saat sebanyak 6 kali. tangan sebelah.

9

1. BERDIRI/STANCE

- Dapatkan kaedah berdiri
yang paling konsisten dan
selesa sebelum membuat
sesuatu panahan.
- Cara berdiri yang biasa
digunakan ialah “square
stance” dan “ open stance”.

2. MEMASANG ANAK PANAH
(NOCKING THE ARROW)

Langkah-langkah:

- Pegang busur merentangi badan

pemanah dalam kedudukan yang

sedikit condong bagi

memudahkan pemanah

memasang anak panah.

- Keluarkan anak panah dari

quiver dan pegang pada bahagian

nock anak panah.

- Letakkan anak panah pada “arrow rest”.

- Pusing anak panah sehingga sayap anak panah yang berwarna

ganjil menghala ke luar busur dan bersudut tepat dengan busur.

- Tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak panah

terpasang dengan kemas pada tali.

10

3. TANGAN YANG MENARIK ( THE DRAWING HAND)

- Hanya tiga jari sahaja digunakan
untuk menarik tali busur iaitu jari
telunjuk, jari tengah dan jari
manis.
- Jari telunjuk akan berada di atas
nocking point manakala dua jari
lagi akan berada di bawah nocking
point.
- Tali akan ditarik pada ruas jari
yang pertama sebagaimana
ditunjukkan dalam gambarajah.
- Setiap jari akan menerima tekanan yang
berbeza daripada regangan tali busur.

4. TANGAN PEGANG BUSUR DAN PERMULAAN
TARIKAN (BOW HAND AND PREDRAW)

- Tidak menggenggam kemas
pada pemegang busur semasa
memanah.
- Tekanan busur pada tangan
hanyalah tertumpu kepada
bahagian telapak tangan sahaja
atau dikenali juga sebagai thumb
muscle.

11

5. MENARIK BUSUR ( DRAWING THE BOW )

- Tangan yang memegang busur
dalam keadaan yang lurus dan
siku tangan yang menarik tali
busur bawa ke hadapan.
- Tarik tali busur sehingga ke
dagu .
- Pastikan belakang tangan yang
menarik tali dalam keadaan yang
rata.
- Pastikan ibu jari menyentuh
bahagian bawah tulang rahang.

- Pergerakan tarikan tali busur ini sebolehnya berlaku dalam
garisan lurus di mana tangan yang menarik tali, tangan yang
memegang busur serta anak panah seolah-olah berada dalam
garisan yang lurus.
- Pemanah wanita: pastikan tali busur berada disebelah luar payu
dara dan bukan melepasi antara kedua payu dara.

6. TARIKAN PENUH, ANCHOR DAN PENJAJARAN TALI BUSUR (
FULL DRAW, ANCHOR DAN STRING ALIGNMENT).

Tarikan penuh:
- Siku tangan yang menarik tali
hendaklah dalam keadaan lurus
dengan shaf anak panah.
- Belakang tangan yang menarik
tali dalam keadaan rata dan siku
tangan yang memegang busur
hendaklah dipusingkan kedalam.

12

Anchor (tangan yang menarik tali busur menyentuhi
muka pemanah):
- Ibu jari akan menyentuh bahagian bawah tulang
rahang dan jari telunjuk akan mengapit tali antara
bahagian tepi dagu.
- Pada masa yang sama tali akan menyentuh hujung
hidung pemanah.
- Terdapat tiga titik sentuhan yang akan membolehkan pemanah
menetapkan kedudukan anchor masing-masing: sentuhan ibu jari
dengan bawah rahang, jari telunjuk dengan bawah dagu dan
sentuhan tali dengan hujung hidung pemanah.

Penjajaran tali:
- Berlaku semasa kedudukan anchor berlangsung.
- Dilakukan dengan melihat imej tali yang kabur semasa anchor dan
menetapkan kedudukannya pada imej busur yang digunakan.
- Penjajaran yang sama dan konsisten semasa memanah akan
menghasilkan bidikan yang tepat semasa memanah.

7. MENAHAN DAN MEMBIDIK ( HOLDING AND AIMING )

- Bidikan harus terus dilakukan sebaik sahaja
tarikan penuh dicapai.
- Sekiranya bidikan dilakukan terlalu awal,
pemanah akan lebih menumpukan kepada
hasil panahan daripada memikirkan untuk
mengekalkan teknik bidikan yang betul.
- Tips: Pemanah tidak sepatutnya cuba untuk
mematikan penjera di atas target kerana ianya
akan menyebabkan berlakunya bidikan yang
melampau.

13

8. PERLEPASAN ANAK PANAH ( RELEASE )

- Pelepaskan tekanan yang ada pada
tangan dan jari tangan yang menarik tali
busur.
- Ini akan menyebabkan daya tegangan
tali akan menarik anak panah keluar dari
busur.
- Selepas anak panah berlepas daripada
busur, tangan yang menarik tali perlu
ditarik ke belakang leher dan berhenti
disitu buat seketika sambil pemanah
memerhatikan anak panah terbang ke
sasaran.

9. FOLLOW THROUGH - Berlaku sebaik sahaja anak panah
berlepas keluar daripada busur
menuju ke sasaran.
- Kekalkan tangan yang menarik tali
di atas dan biarkan busur bergerak
ke depan dan membuai ke bawah.
- Proses ini hanya mengambil masa
2-3 saat.
- Pemanah akan memerhatikan anak
panah sehinggalah ia mengenai
sasaran maka follow through selesai.

10. REHATKAN DIRI ( RELAXING)

- Selepas anak panah mengenai sasaran,

jatuhkan busur ke bawah dan biarkan hujung

limb berada di atas kaki pemanah.

- Jatuhkan tangan yang menarik tali ke sebelah

badan.

- Proses ini adalah untuk merehatkan dan

memulihkan otot selepas membuat panahan.

- Masa untuk rehatkan diri ini sepatutnya lebih

lama daripada masa yang digunakan untuk
14
membuat panahan.

1.Setiap atlet mestilah memanah sama ada dalam keadaan berdiri ataupun melutut.
Atlet boleh berdiri atau melutut sekurang-kurangnya 1 meter daripada mana-mana
arah

Setiap kawasan memanah mestilah disediakan pasak memanah atau apa-apa
tanda yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya dua atlet.

2. Atlet yang bertanding secara berkumpulan mestilah menunggu giliran di
belakang atlit yang sedang berada di kawasan memanah.


3. Bilangan anak panah yang digunakan.

Individu memanah padang, atlet mestilah menggunakan tiga anak panah bagi
Untuk
setiap sasaran pada setiap pusingan.
Untuk memanah 3D, atlet perlu menggunakan dua anak panah bagi satu
sasaran untuk pusingan kelayakan, satu anak panah bagi satu sasaran untuk

pusingan penyinkiran dan pusingan akhir.

Berkumpulan untuk setiap kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu
Tiga anak panah
menggunakan satu anak panah sahaja.
Kumpulan yang berkedudukan lebih tinggi akan mulakan panahan pada

sKaSaekeskmaainrruaamdnnieaypmane,kurktelauadmkmuaaapn-utdpeluaaranlnekaybuhaihmnangdpampuhaleaudmnlaups.seuarnsia,ymraaianmkyaaarknkugamhsepktuuelmraunusnlyaaytanif.gymanegmleublaihkarnendah
perlawanan tersebut akan memulakan panahan.

CamBmKpauaugmnriaapankutlalealtanmaytealmintga3bDneaarhkkpaeanddumadneugnk,gamgnuelneraebkkihaantainksagatgnui maakneanankggmpuaunnlaaakkhaasnnedptiuaaanpaashneaaonkrappnaagdn.aah
sKaSaekeskmaainrruaamdnnieaypmane,kurktelauadmkmuaaapn-utdpeluaaranlnekaybuhaihmnangdpampuhaleaudmnlaups.seuarnsia,ymraaianmkyaaarknkugamhsepktuuelmraunusnlyaaytanif.gymanegmleublaihkarnendah
pDearllaamwaknaatengtoerrispeabduatnagkbaenrmkuemmpuulalakna,naptlaentamheasnt.ilah bertukar selepas setiap
anak panah.

15

4.Tiada mana-mana atlet yang boleh pergi ke sasaran selagi
semua atlet belum selesai melakukan panahan, melainkan
dibenarkan oleh seorang pengadil perlawanan.

5.Tiada anak panah yang boleh digunakan semula untuk
membuat panahan dalam apa-apa jua keadaan. Sebuah
anak panah dikira telah digunakan sekiranya:

Ia telah terjatuh dari busur dan atlet boleh
menyentuhnya.
Muka sasaran atau sasaran 3D jatuh.

6.Tidak akan ada perbincangan antara atlet, pegawai
pasukan jurulatih atau mana-mana individu lain tentang
jarak, sudut atau maklumat-maklumat lain sehingga
pertandingan selesai.




16

Compound

Sasaran 80 cm pada jarak 50 meter

10 Mata

9 Mata
8 Mata
7 Points
6 Mata
5 Mata

17

Olimpik Recurve

Sasaran 122 cm pada jarak 70 meter

Barebow

Sasaran 122 cm pada jarak 50 meter

1 Mata
2 Mata
3 Mata
4 Mata
5 Mata
6 Mata
7 Mata
8 Mata
9 Mata
10 Mata

18

Peralatan Asas

SUKAN MEMANAH

1.Busur lengkap dengan tali busur
Digunakan untuk melepaskan anak panah. Tali busur pula adalah
untuk memindahkan tenaga daripada tangan ke anak panah.

2. Anak Panah
Maksimum diamater adalah 9.3mm. Pelbagai jenis anak panah
dijual di pasaran yang dibezakan melalui bahan buatan, warna
dan corak pada pelepah.

3. Pelindung lengan
Untuk melindungi kulit daripada geseran tali busur ketika melepaskan anak panah .

4. Pelindung Dada
Kebiasaannya diperbuat daripada bahan berasaskan plastik atau kulit.
Chestguard ni bertujuan untuk menghalang/merapikan pakaian kita
daripada terkena tali busur saat kita ingin menarik dan melepaskan
arrow. Juga melindungi bahagian dada kita daripada geseran tali
busur.

5. Pelindung Jari
Sehelai kulit yang rata (Flat piece of leather) yang digunakan pada jari kita.
Bertujuan untuk melindungi jari kita sewaktu melepaskan anak panah.




6. Penambat
Satu bahagian di hujung anak panah. Ianya berfungsi untuk melekatkan anak
panah pada tali busur dan memastikan anak panah tersebut kemas melekat
pada tali busur dengan selamat.

19

KEBAIKAN

1. Membaiki kedudukan dan keseimbangan tangan dan mata
Memanah mampu melatih tangan dan mata ketika melakukan tugasan yang
berbeza iaitu menyasarkan dan melepaskan anak panah berdasarkan
penglihatan. Kesimbangan antara kedua-dua ini sangat penting untuk
menjayakan sesuatu dalam sukan memanah dan badan perlu pegun untuk
mencari keseimbangan.

2. Tangan dan jari menjadi lebih fleksibel
Tangan dan jari seseorang yang sentiasa memanah akan menjadi lebih kuat dan

lebih fleksibel kerana digunakan keupayaan mereka sepenuhnya untuk
membuat sasaran.

3. Membina kekuatan
Memanah juga mampu membina kekuatan otot kila melakukan latihan dengan
betul. Ketegangan pada bahagian otot akan berlaku sebelum pemanan
melepaskan tali untuk melepaskan anak panah. Dengan latihan yang berulang,
ia boleh membantu untuk pembentukan otot pada kumpulan tisu otot
terutamanya di bahagian atas badan.

4. Meningkatkan kesabaran
Sesuatu yang akan dipelajari oleh pemanan adalah belajar erti sabar. Sukan
memanah adalah sukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia

memerlukan fokus yang memakan masa.

5. Meningkatkan tahap fokus
Sukan memanah memerlukan fokus dan pemanah perlu menghilangkan semua
ganguan dan perlu mengosongkan minda serta memerlukan fokus penuh
terhadap sasaran. Dengan latihan sentiasa ia dapat membantu seseorang
menghadapi situasi yang bertekanan tinggi dan masalah seharian.

6. Merehatkan minda
Sukan memanah merupakan sukan yang unik, kerana dengan melakukan

latihan asas memanah sahaja dapat membantu untuk menenangkan
minda atau merehatkan minda. Dengan kata lain, sukan memanah ini
boleh dijadikan sebagai satu rawatan alternatif untuk merehatkan minda

dengan lebih sihat dan selamat..

Secara kesimpulannya, aktiviti memanah 20
dapat melatih dan menjadikan seseoran itu
lebih positif, penyabar, tenang, berstrategi
serta lebih berfikiran terbuka dan rasional
untuk mengatasi masalah. Malah sukan ini

juga mampu meningkatkan kecergasan
fizikal terutamanya di bahagian anggota

badan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sukan dan permainan
merupakan elemen yang penting dalam proses
pembelajaran pelajar di sekolah. Kita tidak
seharusnya memandang enteng terhadap sukan
dan permainan dan hanya menumpukan
perhatian kepada bidang akademik sahaja. Hal ini
kerana, dengan bersukan, sahsiah diri pelajar
dapat dibentuk serta dapat melahirkan generasi
yang aktif dan sihat. Pihak kerajaan terutamanya
Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengambil langkah yang strategik bagi
menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
sukan dan permainan.

Aktiviti sukan seperti sukan memanah ini telah
banyak mendapat perhatian dan penyertaan di
sekolah seluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan
sukan memanah menjadi pilihan ramai kerana
sukan ini memberi banyak manfaat kepada pelajar
seperti membantu dalam meningkatkan
ketahanan badan dan meningkatkan daya fokus
seseorang.

Oleh itu, semua pihak berperanan untuk 21
mempromosikan aktiviti sukan memanah ini agar
genrerasi muda pada masa hadapan terus bergiat
aktif dalam bidang sukan memanah dan juga
sukan lain. Generasi yang terbilang adalah
generasi yang cergas dan cerdas. Majulah sukan
untuk negara!

rujukan

World Archery (2022), Sport Rulebook. World Archery
https://worldarchery.sport/rulebook
https://wan7097.blogspot.com/2015/01/langkah-asas-
memanah.html
https://www.facebook.com/wakafpendidikantahfiz/posts/6-
kelebihan-sukan-memanah-antara-sunnah-yang-dituntut-sangat-
menguntungkanislam-/574519273302884/
https://www.academia.edu/34807926/Memanaskan_badan_dan_reg
angan_dalam_Sukan_Memanah
https://anyflip.com/dhpdi/ozjy/basichttps://ms.m.wikipedia.org/wi
ki/Memanah

22

ARCHERY


Click to View FlipBook Version