Pengenalan
Al-Quran dari segi Bahasa :
Bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini
berdasarkan firman Allah :
"Sesungguhnya kamilah yang berkuasa
mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) ,
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
(kepadamu, dengan perantaraan Jibril) , maka
bacalah menurut bacaannya itu;"
(Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Al-Quran dari segi Istilah :
Kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada
Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat
Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara
mutawir dan membaca setiap hurufnya, bermula
dari surah al-Fatihan dan berakhir dengan Surah
An-Naas.
Kelebihan Membaca
al-Quran
Al-Quran sebagai syafaat di
akhirat kelak
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran
sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat
kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan
oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-
Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa
Surah Al-Baqarah, No hadith 252)
Allah S.W.T mengangkat martabat
golongan pembaca al-Quran
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah
mengangkat martabat beberapa golongan dan
merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-
Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan
oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
Dua pahala bagi orang yang susah
menyebut dan membaca al-Quran
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda
Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-
Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia
mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini
direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih
Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18,
No hadith 4937)
Al-Quran sebagai pembela
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari
akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang
yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya,
didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-
Imran, kedua-dua surah ini menghujah
(mempertahankan) orang yang membaca dan
mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini
direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim,
Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu
Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)
Setiap satu huruf membaca Al-
Quran akan mendapat sepuluh
ganjaran pahala
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang
membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya
satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh
pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu
huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-
Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail
Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
Cara Menjadikan Al-
Quran sebagai Panduan
Hidup
1. Membaca al-
Quran pada
setiap hari.
2. Memahami
maksud kalimah al-
Quran yang dibaca
serta mentadabbur
ayat-ayatnya.
3. Berusaha untuk
mengamalkan
setiap ayat yang
terkandung di
dalamnya.