Gulai Batang Pisang
Nama saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian batang
pisang yang digunakan adalah umbut pisang atau rias
pisang. Umbut pisang adalah bahagian tengah batang
pisang yang lembut dan berwarna putih. Sama saja
kalau umbut kelapa.
Gulai batang pisang biasanya di masak untuk majlis
kenduri dan lebih sedap gulai batang pisang
menggunakan daging bertulang lembu atau kambing.
Sekarang, menu gulai batang pisang boleh juga
dijadikan salah satu menu berbuka puasa yang
istimewa.
Bahan yang digunakan ialah Padi Pulut muda yang di tumbuk
sehingga nipis dan di jemur di hingga kering. Emping ini akan
dapat dirasai sekali setahun sahaja iaitu pada musim timur.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi
kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia
dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat
secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun
gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi
yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak)
Nasi lemuni
Nasi Lemuni ini berwarna hitam dan dimasak menggunakan
daun lemuni yang semakin sukar didapati masa kini. Hidangan
ini biasanya menjadi menu hidangan wanita selepas bersalin
dan semasa dalam pantang kerana ramuannya yang turut
menggunakan lada hitam sangat bersesuaian.Nasi Lemuni ini
boleh ditemui di sekitar Kuala Kangsar dan juga Lenggong
terutamanya semasa bulan Ramadhan. Ia dimasak
menggunakan air serta daun lemuni yang dikisar. Rasanya
sedikit pedas dan dimakan bersama serunding kelapa.
Ia juga enak dimakan bersama ikan masin yang digoreng
panas. Ia juga sering dijadikan hidangan bagi wanita yang
berpantang selepas bersalin
Laksa Penang
Nasi Dagang
merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal
dalam kalangan orang Melayu seberapa tempat serata
Nusantara; ia tersebar utama di Pantai Timur Malaysia
khususnya di Terengganu dan Kelantan sejauh pesisir
Pahang dan Johor, namun ia juga boleh didapati di rantau
selatan Thailand (merangkumi Pattani, Yala dan
Narathiwat) serta Natuna dan Anambas di Indonesia
Nasi Kerabu
adalah hidangan nasi masakan Malaysia, sejenis nasi
ulam, di mana nasi berwarna biru dimakan bersama ikan
kering atau ayam goreng, keropok, acar dan salad lain.
Warna biru beras berasal dari kelopak bunga Clitoria
ternatea (bunga kupu-kupu) (bunga telang), yang
digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi dalam
memasaknya. Nasi itu juga boleh dimasak dengan nasi
putih biasa atau nasi yang dimasak menggunakan kunyit.
Ia sering dimakan dengan solok lada dan juga dimakan
dengan keropok goreng.
Ikan patin masak tempoyak
cencaluk
ialah sejenis lauk dalam hidangan
tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat
daripada udang halus yang lebih dikenali
sebagai udang geragau, cencaluk
mengandungi kandungan protein yang
tinggi
Nasi ambeng
Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan
nasi wangi yang terdiri daripada - tetapi tidak
terhad kepada nasi putih kukus, kari ayam atau
ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam,
sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe
dan kacang panjang, urap, bergedel, dan
serunding
Masak lemak lada api
Menu ini jika dimakan bersama nasi putih panas-panas,
memang boleh bikin terangkat! Aromanya ynag cukup
memikat sahaja sudah cukup untuk membangkitkan
selera sesiapa sahaja yang terhidunya.
Hidangan ini selalunya dibuat dengan lauk seperti
udang, ikan daging dan ayam. Yang paling wajib ada
ialah kepedasannya yang merupakan kunci utama menu
ini. Jika tak pedas, itu bukan masak lemak cili api resepi
asli Negeri Sembilan
Mi bandung muar
Mi Bandung pada asalnya ketika dahulu adalah
masakan gandingan mi kuning dan telur ditambah
dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan
campuran cili, bawang tumisan bersama rempah
ratus, belacan dan udang kering.Ia kemudiannya
ditambah-baik dengan bahan-bahan seperti udang,
daging, kuih ikan dan sayuran. Versi spesial telah
dihasilkan mengikut peredaran masa dengan
penambahan bahan seperti udang galah, udang karang
atau tulang besar kaki lembu yang dikenali juga
sebagai Gear Box
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak merupakan hidangan yang begitu
popular dan boleh didapati di setiap pelosok
negeri Bumi Kenyalang ini. Ia menggunakan pes
khas yang mengandungi pelbagai bahan – bahan
yang tersendiri.Bagi menghasilkan laksa
Sarawak, penggunaan santan diperlukan bagi
menghasilkan kuah laksa. Kuah yang terhasil
agak pekat berwarna kemerahan dan ia terhasil
dari penggunaan pes laksa tersebut
Hinava Hidangan ini terdiri daripada isi ikan segar yang
dicampurkan dengan biji buah bambangan yang
CREDITS: This presentation template was created by telah diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & limau kapas dan garam.
images by Freepik Fakta menarik tentang Hinava ialah isi ikannya tidak
perlu dimasak kerana ia akan masak dengan adanya
perahan jus limau. Ala-ala sushi juga hidangan ini,
bukan?