ALAT BANTU MENGAJAR PERKEMBANGAN SOSIOEMOSIDAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK Kelas : Tabika KEMAS Kampung Sekolah Tarikh : 27 Julai 2023 Masa : 8.40 – 9.20 pagi (40 minit) Bilangan Murid : 10 orang Modul/ Projek/ AP : Aktiviti Pembelajaran Tema : Diri saya Tajuk : 'Emotion Vending Machine' Tunjang Utama : Tunjang Ketrampilan Diri Standard Kandungan : KD 1.2 Mengenali emosi orang lain. Standard Pembelajaran : KD 1.2.1 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Kesepaduan Tunjang : Tunjang Komunikasi ( Bahasa Melayu) BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ; 1. Murid boleh mengenali emosi marah, sedih, gembira dan takut. 2. Murid dapat berinteraksi dengan yakin tentang jenis-jenis emosi yang diketahui. Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang emosi marah, sedih, gembira dan takut. Kemahiran Berfikir : Menghubung kait emosi diri sendiri dengan kehidupan (HOTS & KBAT) seharian. Elemen Merentas : Nilai murni – Sabar, kerjasama Kurikulum (EMK) Bahasa – Bersoal jawab, memberikan pendapat Kemahiran Kecerdasan : Verbal-linguistik, muzikal, intrapersonal, interpersonal Pelbagai (MI) Bahan Bantu Belajar : Video emosi, 'Emotion Vending Machine', kad gambar emosi. Kosa kata : Sedih, gembira, takut, marah. Langkah-langkah : 1. Guru menayangkan video lagu emosi. 2. Murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. 3. Guru bersoal jawab tentang jenis emosi yang terdapat pada video tersebut. 4. Guru menerangkan tentang emosi marah, sedih, gembira dan takut. 5. Guru menunjukkan kad emosi dan murid meneka emosi yang terdapat pada kad tersebut. 6. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman murid berkaitan emosi yang pernah dialami oleh mereka dan orang disekeliling mereka. 7. Guru menunjukkan 'Emotion Vending Machine' dan menerangkan cara permainan. 8. Murid memasukkan duit pada mesin dan seterusnya menekan stik kayu pada mesin tersebut. 9. Murid perlu meneka kad emosi yang keluar dari mesin dan membuat gaya mimik muka berdasarkan kad emosi tersebut. 10. Murid membuat latihan interaktif yang disediakan oleh guru. 11. Pada akhir pembelajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang dijalankan. 12 . Murid menyebut semula jenis-jenis emosi yang dipelajari. Pentaksiran : Tahap 1 : Boleh menyatakan emosi orang lain. Tahap 2 : Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi. Tahap 3 : Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi yang tertentu. 'Emotion Vending Machine' NUR NASUHA BINTI MOHAMAD HASHIM (PAKK 2302D) NAMA PENSYARAH : PN NUR ARIBAH BEEVI BINTI ABDUL AZIZ PERANCANGAN AKTIVITI Alat bahan ini di reka bersesuaian dengan sifat kanak-kanak yang suka dengan permainan 'Vending Machine'. 'Emotion Vending Machine' ini dicipta sebagai alat bantu mengajar yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat membantu dalam perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK FAKTOR PERSEKITARAN Institusi keluarga; Pengaruh rakan sebaya; Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang positif akan membentuk sahsiah yang positif. Kanak-kanak yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. IMPLIKASI Guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Guru bertanggungjawab membina kemahiran sosioemosi kanakkanak secara berkesan dengan mewujudkan peluang pembelajaran melalui rutin harian, interaksi, penyediaan persekitaran kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang atau secara spontan agar ianya dapat membantu dalam pembentukan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mengenali, mengurus emosi dan tingkah laku mereka sendiri dengan baik. Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran mengenali dan memahami emosi orang disekeliling mereka. Kanak-kanak dapat membina keyakinan dalam menghadapi pelbagai cabaran di persekitaran mereka. PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK FAKTOR KESIHATAN Keadaan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak yang sihat dan normal berbeza dengan kanakkanak yang sakit dan berkeperluan khas.