The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DEFINISI ETIKET
ETIKET DI PELBAGAI SITUASI
ETIKET DI TEMPAT KERJA
ETIKET DI MEJA MAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HSY, 2020-09-11 11:55:57

ETIKET SOSIAL

DEFINISI ETIKET
ETIKET DI PELBAGAI SITUASI
ETIKET DI TEMPAT KERJA
ETIKET DI MEJA MAKAN

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 1 drpd 15

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
KM 3, JALAN TITI

71600 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN 2

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
MODUL KEMAHIRAN DINAMIKA (ESD 4012)
SEMESTER SEMESTER 4
NO. DAN TAJUK MODUL
2.0 ETIKET SOSIAL
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Definisi etiket
2.2 Etiket di pelbagai situasi
2.3 Etiket di tempat kerja
2.4 Etiket di meja makan

TUJUAN Modul ini membolehkan pelajar mengenali dan
mempraktikkan etiket sosial di pelbagai situasi
NO MATRIK
NAMA PELAJAR
KURSUS
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH
NAMA PENSYARAH

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 2 drpd 15

2.1 DEFINISI ETIKET

Definisi:
Menurut beberapa pendapat, etiket ialah :

• Peraturan pergaulan / budi bahasa
• Hukum-hukum adab tertib
• Ketetapan dalam tingkah laku social
• Kesopanan dan bertimbang rasa
• Peraturan / cara melakukan sesuatu

Kesimpulannya, etiket ialah peraturan-peraturan yang berkaitan dengan cita rasa,
kesesuaian, adab tertib, penampilan, kesopanan dan sebagainya semasa menghadiri sebarang
majlis sama ada majlis rasmi atau majlis tidak rasmi.

Takrif:

Keterampilan/etiket sosial boleh ditakrifkan sebagai alat kelengkapan kemuliaan
keperibadian untuk membina, membela dan memelihara harga diri apabila berdamping dengan
orang lain.

Penampilan dan penggayaan diri

• Penampilan yang baik dan kemas, membuatkan individu lain bertanggapan baik
terhadap anda dan anda juga berperasaan lebih positif atau dalam mood yang baik.

• Dengan mood dan perasaan yang positif, ia kemudiannya memaparkan diri anda
sebagai seorang yang berkeyakinan, menarik dan berkebolehan.

Penampilan diri yang positif

1. Pamerkan muka yang mesra dan perhiaskan dengan senyuman.
2. Bersifat peramah dan orang terdahulu melafazkan doa (salam) pertemuan.
3. Perkenalkan diri anda seraya bersalam (jika perlu) dan tunjukkan minat.
4. Ingatkan nama orang yang baru dikenali.
5. Perlihatkan keyakinan diri dan rasa keselesaan.
6. Gunakan bahasa badan dan gerak-geri yang disenangi.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 3 drpd 15

Gaya Berjalan

1. Bila berjalan hendaklah secara biasa saja dengan kelajuannya atau gayanya.
2. Langkah permulaan ialah kaki kanan manakala berundur sentiasa gunakan kaki kiri

sebagai langkah permulaan.
3. Hayunan tangan ke hadapan dan belakang berlawanan dengan gerakan kaki tetapi

jangan terlalu tinggi.

Gaya Berdiri

1. Berdiri dengan betul dan tidak pula membongkok.
2. Dada sentiasa ke hadapan manakala perut ke dalam.
3. Kaki perlu terbuka sedikit, tidak rapat sangat dan tidak pula terbuka luas.
4. Tangan hendaklah di sisi badan atau di belakang mengikut keadaan situasi.

2.2 ETIKET DI PELBAGAI SITUASI

2.2.1 Etiket Di Kolej
Sebagai seorang pelajar kolej

• Mematuhi peraturan kolej
• Beramah mesra dan bersopan-santun dengan warga kolej.
• Melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti anjuran kolej.
• Selalu peka terhadap budaya hidup kawan kawan.
• Berpakaian kemas dan sesuai mengikut situasi (majlis formal/ tidak formal) dan tempat

(asrama, kafe,pejabat dan lain-lain)
• Sentiasa bersedia membantu pensyarah seperti menolong membukakan pintu,

membawa barang dan sebagainya.
• Sentiasa menghormati pensyarah, rakan dan staf.
• Menepati masa.
• Jika terlambat, sila minta maaf sebelum mengambil tempat.
• Beri ucap selamat atau salam setiap kali bertembung dengan pensyarah.
• Jika gagal menghadiri kelas, sila kemukakan surat/bukti/sebab anda gagal hadir.
• Minta kebenaran jika ingin keluar dari kelas atas sebab yang munasabah
• Beri perhatian/tumpuan kepada pensyarah ketika di dalam kelas

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 4 drpd 15

2.2.2 Etiket Menghadiri Pelbagai Majlis
• Lemparkan senyuman kepada semua tetamu yang ditemui.
• Jumpa tuan rumah majlis untuk menunjukkan kehadiran kita dan memberi
penghormatan.
• Cuba cari kenalan yang boleh diajak berbual.
• Mulakan perbualan dengan tetamu yang paling hampir
• Bertanya khabar dan bersalaman mengikut kesesuaian.
• Memperkenalkan sendiri terlebih dahulu sebelum menanyakan tentang orang lain.
• Tentukan perlakuan anda tenang dan bercakaplah dengan suara yang sederhana.
• Akui sekiranya anda terlupa nama orang yang diperkenalkan dan tanyakan sekali lagi.
Elakkan melakukannya buat kali ketiga.

2.2.3 Etiket Di Restoran
• Jangan membuat sebarang komen / bercakap dengan suara yang kuat.
• Amalkan sikap sabar ketika menunggu makanan. (Jangan merungut atau
memperlihatkan aksi-aksi seperti mengetuk meja, mengetuk sudu dan garpu dll.)
• Jika bersama keluarga, bincang dengan ibu bapa tentang makanan yang ingin
ditempah.
• Bertimbang rasa terhadap keselesaan orang lain yang berada di restoran.
• Jangan bercakap terlalu kuat

2.2.4 Etiket Di Hospital
• Dekati katil pesakit dengan lembut dan perlahan agar pesakit tidak terperanjat.
• Tunjukkan muka manis. Jangan membuat komen yang boleh menghilangkan keyakinan
pesakit.
• Beri peluang pesakit bercerita tentang penyakit yang dihidapinya sekiranya pesakit
bersedia berbuat demikian.
• Jangan bercakap atau ketawa terlalu kuat. Pastikan kehadiran anda tidak mengganggu
mana-mana pesakit di wad.
• Elakkan terlalu lama berbual atau melawat kerana ini boleh menyebabkan pesakit
keletihan

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 5 drpd 15

2.3 ETIKET DI TEMPAT KERJA
Etiket dalam dunia kerja ialah tatacara dan sopan santun dalam dunia pekerjaaan. Etika dan
etiket haruslah selari untuk mencipta suasana kerja yang harmoni dan kondusif.

Menjadi pekerja yang beretika:
• Ikuti peraturan dan kebiasaan yang berlaku
• Bekerjalah dengan sungguh-sungguh
• Sesuaikan penampilan dengan keadaan sekitar
• Jalin hubungan sosial yang sihat dengan pekerja lain
• Gunakan fasiliti pejabat untuk keperluan pekerjaan.
• Gunakan ruang rehat dengan berhemah
• Tidak melakukan vandalisme di pejabat,tandas, ruang rehat dan sebagainya
• Bekerja dengan bersunguh-sunguh
• Beristirahat dengan menepati masa rehat yang telah ditetapkan
• Selesaikan semua pekerjaan sebelum anda bercuti
• Permohonan cuti hendaklah dibuat secara lisan sebelum mengajukan secara tertulis.
• Elakkan mengambil cuti secara tiba-tiba
• Mematuhi pemakaian tempat kerja yang sesuai dan tidak menjolok mata
• Sentiasa kemas, bersih dan berpenampilan menarik
• Menghindari kata kata kesat dan kasar
• Sentiasa bercakap dengan nada sesuai dan tidak meninggikan suara
• Dapat mengawal perasaan dan kemarahan apabila berhadapan dengan situasi yang
genting
• Tidak menuding jari terhadap orang diatas kesalahan yang telah dilakukan
• Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima tugasan baru tanpa mengeluh atau
mengamuk
• Menghormati ketua, rakan sekerja dan orang bawahan
• Berunding dengan ketua, rakan sekerja atau orang bawahan dan sentiasa terbuka
kepada cadangan dan kritikan untuk penyelesaian sesuatu tugasan
• Jauhi sifat mengadu, merungut dan menolak kerja apabila diberi sesuatu tugasan
• Elakan berasa terlalu selesa ketika berada di sesebuah tempat kerja. Ini akan
mendatangkan sifat sambalewa dalam diri pekerja

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 6 drpd 15

2.4 ETIKET DI MEJA MAKAN
Etiket di meja makan merupakan satu adab dan etika yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu
majlis formal seperti majlis makan malam bersama orang yang kehormat. Peraturan dan
tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat
tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan
menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu
sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang
hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana
bimbang tersalah ambil. Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu
lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan
dengan cara yang tidak sesuai.

• Gaya Duduk
1. Masuk dari sebelah kanan kerusi jika keadaan membolehkan.
2. Bila sudah duduk, tegakkan badan dan jangan membongkok.
3. Kemudian rapatkan kaki dan lutu.
4. Kaki hendaklah dikawal, jangan ditelak di atas paha.
5. Bila bangun dari kerusi, badan jangan terlalu membongkok.
6. Keluar hendaklah melalui sebelah kanan juga.
7. Bila berdiri, luruskan belakang dan tegakkan kepala.

• Panduan di Meja Makan
1. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik.
2. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
3. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti

menghina tuan rumah.
4. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
5. Jangan terlalu bising apabila menggunakan sudu dan garpu.
6. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.
7. Jika perlu meninggalkan meja, letakkan napkin di atas kerusi menandakan anda akan

kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja, menandakan anda akan terus
balik.
8. Letakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 7 drpd 15

9. Letakkan sudu dan garpu bersilang sekiranya belum selesai makan.
10. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring, sudu boleh

ditinggalkan di dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam
gelas berkaki yang berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik di sebelah
kanan.

2.4.1 Adab di Meja Makan

• Minum sebelum makan
Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar.
Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan
dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain.
Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman
kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan.

• Cara keluar masuk:
Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat
duduk.

• Napkin
Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah
dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit

• Berbual
Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat,
perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja

• Hidangan
Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula
pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri. Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan
ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan
dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih
kepada pelayan yang memberi hidangan.

• Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau
kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di
sebelah kanan.

• Cara menggunakan peralatan
Cara menggunakan perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam
susunan yang.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 8 drpd 15

• Makanan pembuka selera
Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos
tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut
dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk
makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan
terlentang apabila selesai makan.

• Sup
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah
dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam
diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai
makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan
dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu
mentega seperti burger.

• Hidangan ikan
Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan
bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam
bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan.
Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau
dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan,
pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam
keadaan terlentang.

• Sorbet
Selepas hidangan iakn, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan
bukannya dessert. Sorbet dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan
sebelum menikmati makanan lain

• Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan
paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain.
Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah
dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.

• Dessert
Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim,
pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.

• Kopi
Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau
perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti
dengan gula pula.

• Merokok
Elakkan daripada merokok

• Berjenaka
Jangan berjenaka semasa makan

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 9 drpd 15

• Meninggalkan tempat duduk
Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan
hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan

• Cara keluar
Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar
dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya

• Mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup mulut.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 10 drpd 15

2.4.2 SUSUN ATUR PERKAKASAN MENGIKUT SAJIAN

SAJIAN CARA BARAT

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 11 drpd 15
SAJIAN CARA MELAYU

SAJIAN CARA CINA

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 12 drpd 15
SAJIAN CARA INDIA

1. Pinggan dan mangkuk kalis karat
digunakan untuk menyaji

2. Hidangan dinikmati dengan
tangan, maka kendi air
disediakan

3. Gelas air diletakkan di sebelah
kiri pinggan dan mangkuk kalis
karat atau daun pisang

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 13 drpd 15

2.4.3 SUSUN ATUR TETAMU DI MEJA MAKAN

A. Kedudukan Tetamu Kehormat dan Tuan Rumah Suami Isteri

Rajah ini menunjukkan meja

khas yang jemputannya ialah

suami isteri dan taraf atau

status tetamu kehormat dan tuan

rumah lebih kurang sama, maka
. tetamu kehormat itu hendaklah

duduk di sebelah kanan tuan

rumah dan diapit oleh isteri

masing-masing yang berselang.

B. Suami Isteri Duduk Berjauhan dan Berselang

Rajah menunjukkan kedudukan

bagi tetamu lain yang duduk di

meja khas, suami isteri hendaklah

duduk berjauhan dan

berselang. Dalam kedudukan

tertentu, suami isteri boleh diatur

dengan secara duduk bersebelahan

kecuali kedudukan tetamu

kehormat dan isterinya serta tuan

rumah dan isterinya.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 14 drpd 15

C. Wanita Tidak Duduk Di Hujung Meja Khas

Rajah menunjukkan bilangan (10)

ialah lelaki dan bilangan (12) ialah

perempuan dan ini boleh ditukar

iaitu bilangan (10) berpindah ke

bilangan (12) dan bilangan (12)

berpindah ke bilangan (10).

Andainya perbezaan status

mereka terlampau tinggi, maka

hendaklah dikekalkan susunannya.

Pertukaran hanya dibuat apabila

status mereka lebih kurang sama.

D. Suami Isteri Bersebelahan

Rajah menunjukkan

susunan suami isteri

secara bersebelahan.

Angka menunjukkan

susunan keutamaan.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 15 drpd 15

E. Suami Isteri Bersebelahan Dan Berhadapan

Rajah menunjukkan susunan tempat duduk diatur suami isteri berhadapan dan
berselang. Angka menunjukkan susunan keutamaan. Di meja khas elakkan wanita duduk
di hujung meja.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 16 drpd 15

F. Kedudukan Tuan Rumah bagi Jemputan Seorang

Kedudukan seperti rajah,

tuan rumah hendaklah

duduk di sebelah kiri tetamu

utama, atau dalam lain

perkataan tetamu utama

hendaklah duduk di sebelah

kanan tuan rumah. Sama

ada bilangan ganjil atau

genap prinsipnya adalah

sama. Ini bagi jemputan

seorang, tanpa isteri atau

suami.

G. Kedudukan Tetamu Seramai Sepuluh Orang

Walaupun meja utama

bilangan tetamunya dihadkan

kepada lapan orang,

kadangkala keadaan memaksa

untuk menempatkan seramai

10 orang maka susunannya

adalah seperti rajah 2.7.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 17 drpd 15

H. Susunan Tetamu bagi Angka Ganjil Seramai Sembilan Orang

Untuk jemputan seorang dan
bilangan adalah berangka ganjil
iaitu seramai sembilan orang
tetamu maka susunan tetamu di
meja bulat adalah seperti dalam
rajah

I. Jemputan Suami Isteri

Rajah menunjukkan jika jemputan
suami isteri maka susunan
tempat duduk boleh diatur
dengan meletakkan isteri duduk
bersebelahan suaminya.

(1) Tetamu Utama

(2) Tuan Rumah

(3) Isteri Tetamu Utama

(4) Isteri Tuan Rumah

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 2 Muka: 18 drpd 15

J. Tetamu Utama Lebih Tinggi daripada Tuan Rumah

Rajah merupakan dalam

keadaan di mana tetamu

utama lebih tinggi

kedudukannya berbanding

dengan tuan rumah, maka

tetamu utama duduk

bersebelahan isterinya. Tuan

rumah duduk di sebelah kanan

tetamu utama manakala isteri

tuan rumah duduk di sebelah kiri

isteri tetamu utama.

K. Tetamu Utama Setaraf dengan Tuan Rumah

Rajah menunjukkan tetamu
utama duduk di sebelah kanan
tuan rumah manakala isteri
tuan rumah duduk di sebelah
kanan tetamu utama dan isteri
tetamu utama duduk di sebelah
kiri tuan rumah


Click to View FlipBook Version