The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PERASMIAN I-NILAM TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-04-21 05:54:31

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PERASMIAN I-NILAM TAHUN 2022

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PERASMIAN I-NILAM TAHUN 2022

SMK TAMAN MELATI

SETAPAK 53100 KUALA LUMPUR




PELANCARAN


PROGRAM


NILAM DAN


PERASMIAN
I-NILAM


TAHUN 2022

25 April 2022 / Isnin / SMK Taman Melati

‘Nilam Tanpa Sempadan’
Membaca Jiwa Bangsa
Jom Siapkan Nilam

AGENDA

1. Ucapan daripada Puan Pengetua
1.1 Ucapan daripada pengerusi pengawas

PSS

2. Matlamat & objektif
2.1 Jawatankuasa

3. Memberi penjelasan tentang sistem
baharu PSS

3.1 Cara mengisi nilam menggunakan
link

3.2 Cara mengisi nilam (manual
menggunakan kertas)

4. Tamat

UCAPAN DARIPADA

PUAN PENGETUA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua warga SMK Taman Melati, guru –
guru dan anak – anak murid yang disayangi semua.

Alhamdulillah.

Pertamanya, marilah kita terlebih dahulu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinanNya, kita dapat bersama – sama menjayakan
“Majlis Pelancaran Program NILAM dan Perasmian I-NILAM 2022 peringkat sekolah SMK
TAMAN MELATI, bertemakan “NILAM TANPA SEMPADAN” pada pagi ini.

Warga sekolah yang saya hormati sekalian,
Program NILAM ini bertujuan menyemaikan minat membaca dalam kalangan murid sekolah
meliputi kemahiran membaca, menulis dan mencari maklumat. Jika dilihat daripada konteks
perkataan NILAM itu sendiri, membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca.
Ia menunjukkan betapa pentingnya membaca sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Murid- murid yang bonda kasihi sekalian,
Dalam Islam juga ada mengajak kita supaya membaca seperti dalam petikan ayat pertama
Surah Al-‘Alaq iaitu Iqra’ yakni BACALAH.

Dengan membaca, murid – murid akan mendapatkan ilmu, juga akan menyebabkan fikiran
kita akan lebih luas dan terbuka. Dengan itu, bonda berharap murid-murid semua dapat
sentiasa mengamalkan aktiviti membaca terutamanya pada waktu pagi, waktu rehat ataupun
masa lapang.Jadikan buku, bahan bacaan lain seperti Bahan Digital serta Pusat Sumber
Sekolah sebagai tempat rujukan semua. Ini kerana dengan dengan membaca, murid – murid
dapat menambah ilmu yang sedia ada.

Warga sekolah yang dihormati sekalian,
NILAM juga boleh dilakukan secara bersantai dengan menggunakan pautan I-NILAM yang
telah diperkenalkan oleh Guru Perpustakaan dan Media tempohari. Ia boleh saja dilakukan
menggunakan alat peranti seperti telefon bimbit. Oleh itu, program NILAM ini juga dikenali
sebagai I-NILAM iaitu “Intelligent NILAM” dapat memberi kesegaran baru dalam program
NILAM sekolah pada tahun ini.

Memang tidak dinafikan bahawa kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada
komitmen murid-murid, guru-guru dan semua warga sekolah yang lain. Justeru, saya
menyeru dan berharap agar usaha yang berterusan dari warga sekolah menyokong program
NILAM bagi meningkatkan dan memantapkan NILAM SMK Taman Melati.

BUKU ADALAH KUNCI KEPADA KEBIJAKSANAAN,
BUKU ADALAH PINTU DUNIA DAN AKHIRAT,
Oleh itu MEMBACA adalah jalan menuju kejayaan. Mari membaca dan terus membaca,
menuntut dan berguru tidak pernah terhenti.

Akhir bicara, dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim,
saya merasmikan Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah SMK Taman Melati pada
tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN DARIPADA
PENGERUSI

PENGAWAS PSS

Bismillah Assalamuaikum dan selamat sejahtera.
Yang berusaha, Puan Hayati binti Hassan, Pengetua SMK Taman Melati

Yang dihormati, Puan Faridah binti Ann, Penolong K
anan Pentadbiran

Puan Norhayati binti Mahmud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
guru-guru kanan, guru-guru serta rakan-rakan mur
id yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberikan kesempatan untuk
hadir ke sekolah bagi menjayakan pelancaran program NILAM bagi tahun 2022. Pada hari ini,
saya ingin memberikan sedikit ucapan berkenaan program NILAM sekolah yang telah
dilaksanakan sejak bulan Mac yang lalu. Pada tahun ini, pihak PSS telah membuat sedikit
perubahan dalam pelaksanaan program NILAM. Antara perubahan yang dapat kita lihat
adalah dari segi merekodkan bacaan NILAM pelajar. Pada tahun-tahun yang lalu, pihak PSS
akan menggunakan buku NILAM berwarna hijau untuk pelajar mengisi bacaan NILAM
mereka tetapi bermula tahun ini, pihak PSS akan menggunakan sehelai borang biru yang
telah diberikan kepada setiap guru tingkatan bagi memudahkan murid mengisi bacaan
NILAM mereka. Ini dapat memudahkan guru tingkatan dan juga pihak PSS bagi mengetahui
status bacaan NILAM seorang pelajar.

Harapan saya, semoga pelancaran program NILAM pada tahun ini berjalan dengan lancar
serta setiap pelajar dapat melengkapkan bacaan wajib NILAM mereka.
Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarokatuh.

Sekian terima kasih.

MATLAMAT

1. Menjadikan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran
seperti membaca, menulis, bertutur, kemahiran
tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari maklumat.

3. Meningkatkan tahap penguasaan murid PBD dan prestasi murid
dalam peperiksaan PT3 dan SPM.

4. Melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin

5. Menanamkan kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di
samping tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF

-Meningkatkan minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

-Mempelbagaikan aktiviti dalam PDPC berpusatkan pelajar atau
akses kendiri Membina keyakinan diri dalam kalangan murid
untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

-Meningkatkan nilai tambah dan pembelajaran murid melalui
aktiviti sokongan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam
dan di luar bilik darjah.

JAWATANKUASA PSS



PENYELARAS - PN NOR FAZLIN BINTI RADUAANI

PENGERUSI - AHMAD SYAZWAN BIN SHAMSUDIN

TIMBALAH PENGERUSI 1 - ARISYA SYAHIRAH
BINTI AZIZI

TMBALAN PENGERUSI 2 - IZZAH ALIEYA
BINTI MOHD NIZAM

SETIAUSAHA - MUHD DARWISY ANN BIN
MD JAMALI

EXCO NILAM 1 - SITI NADIRA BINTI JAILAN
2 - MUKARAMAH BINTI NULIMAN



JAWATANKUASA PSS TERTINGGI
SESI 2021/2022

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI
TIMBALAN 1 TIMBALAN 2

SETIAUSAHA

EXCO NILAM 1


EXCO NILAM 2

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda

NILAM program membaca memberikan
Semangat

Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita

Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram

NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita

Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

Cara mengisi nilam menggunakan link

1. Masukkan tarikh anda mengisi link

5. Pilih kelas semasa anda

2. Nyatakan bilangan bacaan buku yang 6. Memasukkan nama anda dengan
hendak diisi menggunakan HURUF BESAR

3. Memilih jenis laporan nilam 7. Pilih jenis bahan bacaan yang anda
baca

4. Pilih tingkatan semasa anda 8. Bahan buku - memasukkan tajuk
buku (sekiranya bukan masukkan

tanda '_' sahaja)

9. Bahan bukan buku - memasukkan 11. Pilih bahasa bahan bacaan anda
tajuk bahan sekiranya bukan masukkan

tanda '_' sahaja)

12. Masukkan jumlah muka
surat bahan bacaan anda

10. Pilih jenis bacaan bahan anda

13. Nyatakan bilangan aktiviti yang
dilakukan (masukkan angka
sahaja)

Cara mengisi nilam menggunakan borang rekod
bacaan murid

01. Tulis judul/tajuk buku pada ruangan pertama. Contohnya: Arnab dan Kura-
kura
02. Tandakan jenis bahan bacaan yang anda baca pada kotak kedua. (Untuk bahan
bukan buku)
03. Sekiranya bahan yang dibaca adalah bahan buku tandakan Sama ada buku yang
dibaca adalah buku fiksyen atau bukan fiksyen. Fiksyen-Buku rekaan manusia.
Bukan Fiksyen- Buku yang bukan rekaan manusia
04. Tandakan bahasa bahan bacaan anda sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan lain-lain.
05. Tuliskan jumlah muka surat bahan yang anda baca.
06. Tuliskan bilangan aktiviti yang anda lakukan setelah membaca. Jika tiada tulis
sahaja nombor 1.
07. Pada kotak terakhir tuliskan contoh aktiviti yang anda lakukan seperti:

Cadangan Jenis Aktiviti Pengayaan

Panduan Bahan Bacaan

CONTOH AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
DI BAWAH PROGRAM NILAM





Penghargaan Kepada Pengawas
PSS Sesi 2020/2021

PENGERUSI
NUR AMIERA BATRISYIA BINTI MOHAMMAD AZHAR
5M

TIMBALAN PENGERUSI
DIVYA A/P KATHIRAVAN

5M

SETIAUSAHA
NURIN MAISARA BINTI KHIRUDDIN
5M

NAIB SETIAUSAHA
RAHAMAH MA SI YUE

5E

BENDAHARI
MAIZAN NABILAH BINTI HUSIN
5M

AJK DISIPLIN 1
LOGATHARSNI A/P MARRAN

5A

AJK DISIPLIN 2
MUHAMMAD KHALIS BIN SULAIMAN
5L

AJK REKOD
RABIATUL ADILLAH BINTI ABDUL RAHIM

5A

AJK KECERIAAN
MUHAMMAD FARITH IRFAN BIN MOHD FAZIL
5E

AJK KEBERSIHAN
LUQMAN HAKIM ABU HASSAN

5E

AJK DOKUMENTASI
MUHAMMAD ZULHAZIQ ASYRAF BIN ZULKIFLEE
5L



SEKIAN



TERIMA KASIH

MENITI SENJA BIASAN MENTARI,
MERKAH SETITIS MENJELANG KABUT,

BACALAH BACA SETIAP HARI,
TAK AKAN HABIS ILMU DITUTUT.



CANTIK SUNGGUH SI BUNGA KEJORA,

BUAT HIASAN DI HARI RAYA,
MARILAH SAHUT SERUAN NEGARA,
BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA.


Click to View FlipBook Version