The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlinazaharah, 2019-04-13 00:22:23

MINIT MESYUARAT BM2018

MINIT MESYUARAT BM2018

PK07- LAMPIRAN 2
____________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 29 DISEMBER 2016
Masa : 1.00 TENGAH HARI
Tempat : BILIK MEDIA
Pengerusi : PUAN BHAVNA A/P JAYANTHILAL
Kehadiran :

BIL NAMA
1 PUAN BHAVNA A/P JAYANTHILAL
2 CIK NUR AMIZA BINTI GHAZALI
3 PUAN SYAHZAL AMIRA BINTI SABRI
4 ENCIK MOHD ZUWAIRI BIN MOHAMAD
5 PUAN JUNAINEEH BINTI SAMIR
6 PUAN SELVARANI A/P FRANCIS
7 NURAMNI BINTI AB AZIZ

Hadir Bersama (Jika ada) : PUAN INTAN SAFINAS BINTI JOHARI
Tidak Hadir Bersebab : TIADA
Urus Setia/Setiausaha : CIK NUR AMIZA BINTI GHAZALI


  1
 

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih
kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.
Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi juga menyatakan bahawa kini hanya ada 7 orang guru sahaja dalam
panitia dan berharap dapat memantapkan panitia dan bantu membantu antara
ahli panitia.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Bil 4/2016 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Selvarani a/p
Francis dan disokong oleh Puan Syahzal Amira Binti Sabri.
Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Semua perkara berjaya diselesaikan sesuai dengan perancangan.
Tindakan : Makluman

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1 Pelantikan Jawatankuasa

Ketua Panitia Pendidikan Moral : Puan Bhavna a/p Jayanthilal
Setiausaha : Cik Nur Amiza binti Ghazali
Penyelaras Tingkatan 5 : Puan Junaineeh binti Samir
Penyelaras Tingkatan 4 : Puan Selvarani a/p Francis
Penyelaras Tingkatan 3 : Puan Syahzal Amira Binti Sabri.
Penyelaras Tingkatan 2 : Encik Mohd Zuwairi bin Mohd
Penyelaras Tingkatan 1 : Nuramni binti Ab Aziz

Tindakan : Makluman

4.2 Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan
4.2.1 Guru-guru perlu memfailkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan
Sukatan Pelajaran (SP) dan dihantar untuk disemak semasa Semakan
Buku Rekod Pengajaran (BRP) pada 23 Januari 2017 oleh Guru Kanan
Bidang Kemanusiaan.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Guru-guru berikut diarahkan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT) bagi setiap tingkatan.

Penyelaras Ting. 5 : Puan Junaineeh binti Samir
Penyelaras Ting. 4 : Cik Nur Amiza binti Ghazali
Penyelaras Ting. 3 : Encik Mohd Zuwairi bin Mohamad
Penyelaras Ting. 2 : Puan R. Vasanti
Penyelaras Ting. 1 : Puan Bhavna a/p Jayanthilal

Tindakan : Makluman


  2
 

4.2.3 Pada tahun ini, Ketua Panitia menegaskan setiap RPT mesti
mengandungi KBAT dan Ithink berlandaskan kepada PPPM dan HSP
dan SP.

Tindakan : Makluman

4.3 Rancangan Pengajaran (RP) dan Buku Rekod Pengajaran (BRP)
4.3.1 BRP guru mestilah sentiasa lengkap mengikut format penulisan yang
digunakan dengan menerapkan nilai mengikut huraian sukatan pelajaran
yang ditetapkan mengikut tajuk.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Setiap BRP mestilah dilengkapi dengan huraian sukatan pelajaran dan
juga rancangan pengajaran tahunan mengikut tingkatan yang diajar yang
telah difail dan disemak oleh Guru Kanan Bidang kemanusiaan.

Tindakan : Makluman

4.3.3 BRP juga perlu dilengkapi dengan headcount pelajar (TOV& ETR)
berpandukan markah peperiksaan akhir tahun, markah kemajuan pelajar
daripada ujian topikal sehingga setiap peperiksaan dalaman yang
dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.4 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
4.4.1 Guru mestilah mengajar setiap tajuk mengikut sukatan pelajaran dan
mesti menghabiskan sukatan mengikut rancangan pengajaran tahunan
yang disediakan.
Tindakan : Makluman

4.4.2 Guru-guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti
berbantukan ICT, pengajaran luar bilik darjah dan sebagainya.
Tindakan : Makluman

4.4.3 Guru-guru perlu memberi perhatian yang lebih bagi pelajar dari kelas

Harapan Lulus (HALUS) bagi memastikan peratus lulus meningkat.
Tindakan : Makluman Guru

4.5 Pencerapan
4.5.1 Pencerapan akan dijalankan dari semasa ke semasa oleh Guru Kanan
Bidang Kemanusiaan dan pihak pentadbir mengikut giliran.
Tindakan : Makluman

4.5.2 Guru – guru diingatkan supaya tidak duduk ketika mengajar, tidak
memarahi pelajar tanpa sebab dan sentiasa bersedia untuk pencerapan.
Tindakan : Makluman

4.5.3 Guru-guru lain juga dibenarkan menjalankan “peer supervision” atau
PLC supaya dapat bertukar-tukar pendapat mengenai teknik
kaedah P&P yang berkesan. dan

Tindakan : Makluman


  3
 

4.6 Buku Pelajar dan Semakan Buku
4.6.1 Bagi pelajar Tingkatan 1,2 dan 3, 4 dan 5, mereka boleh menggunakan 1
buku nota dari jenis kulit nipis.
Tindakan : Makluman

4.6.2 Buku nota dan latihan perlu ditulis indeks di muka surat hadapan.
Tindakan : Makluman

4.6.3 Jumlah buku latihan yang digunakan sewaktu P&P adalah sebanyak dua
buah buku latihan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 (buku latihan esei dan
buku latihan struktur) manakala 1 buah buku latihan bagi pelajar
Tingkatan 1,2 dan 3.

Tindakan : Makluman

4.6.4 Buku latihan perlu disemak dari semasa ke semasa dan guru perlu
membetulkan kesalahan yang dilakukan pelajar supaya mereka boleh
belajar dari kesilapan. Pen mata berwarna hijau boleh digunakan bagi
membuat pembetulan di tempat kesalahan. Guru perlu menyemak
samada pembetulan dibuat oleh pelajar bagi memahirkan mereka dengan
penguasaan soalan dan menjawab dengan betul bagi soalan yang
diajukan.

Tindakan : Makluman

4.6.5 Ujian topikal perlulah diberikan setiap kali selepas selesai tajuk yang

diajar bagi memastikan tahap pemahaman pelajar.
Tindakan : Makluman

4.6.6 Setiap latihan yang diberikan mestilah disemak mengikut format /skema
Sijil Pelajaran Malaysia yang sebenar terutamanya bagi menjawab soalan
struktur dan esei.

Tindakan : Makluman

4.6.7 Buku latihan yang telah disemak perlu dihantar kepada Guru Kanan
Bidang Kemanusiaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi tujuan
semakan. Guru- guru juga perlu mengisi borang semakan buku latihan
pelajar bersama buku yang dihantar bagi tujuan semakan.

Tindakan : Makluman

4.7 Anggaran Perbelanjaan
4.7.1 Guru-guru diingatkan untuk memberitahu Ketua Panitia sekiranya
memerlukan duit untuk aktiviti atau program keperluan pelajar seperti
aktiviti Kerja Amal.
Tindakan : Makluman


  4
 

4.7.2 Guru-guru dimaklumakn oleh Ketua anitia bahawa duit Panitia perlu
digunakan secara optimum dan berhemah walaupun duit panitia tidak
habis digunakan pada penghujung tahun.

Tindakan : Makluman

5. Hal-Hal Lain
7.1.1 Puan Intan Safinas menekankan supaya ahli dan ketua panitia tidak memandang
remeh berkaital “4P” iaitu Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan
Pengesanan di mana setiap aspek 4P yang dilaksanakan perlu direkodkan di
dalam fail sebagai bukti kepada aspek yang sudah terlaksana.

6. PENUTUP
6.1.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
6.1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

----------------------------------- ---------------------------------
Nur Amiza binti Ghazali Bhavna a/p Jayanthilal
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Ketua Panitia Pendidikan Moral
Tarikh : 5 Januari 2017


  5
 


Click to View FlipBook Version