The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK MPU21032 TAJUK 2 ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arizztakdiperlukan, 2021-12-26 11:33:25

E-BOOK MPU21032 TAJUK 2 ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

E-BOOK MPU21032 TAJUK 2 ETIKA DAN PERADABAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

TAJUK 2: ETIKA & PERADABAN DALAM
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI

NAMA PENSYARAH & JABATAN MOHD NORFAEEZWAN BIN BUANG
(JABATAN PENGAJIAN AM)
NAMA PELAJAR & NO. PENDAFTARAN
1) HAMI HASMIZAL MOHSIN BIN HASSAN
PROGRAM & KELAS (20DKM19F1027)
SESI
2) DENNISSON CLIFTON ANAK GEREMAN
(20DKM19F1033)

3) MOHD. HAREEZ BIN ZAIDI
(20DKM19F1053)

4) LESLEY LAWAI ANAK JEFFREY
(20DKM19F1015)

DKM5B
SESI 1: 2021/2022

1

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur kepada Tuhan, atas limpah kurnia izin-Nya, dapat kami
menyempurnakan tugasan projek bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032)
ini dengan jayanya.

Dalam peluang yang ada ini, kami amat berbesar hati mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Encik Mohd Noorfaeezwan Bin Buang, merangkap Pensyarah subjek
MPU21032, kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan dan memberi bimbingan kepada
kami seluruh ahli kumpulan. Beliau telah banyak membantu dalam memberi maklumat
tambahan dan teguran sepanjang tempoh kami menyiapkan projek ini khususnya ketika
penyampaian pengajarannya yang berkaitan dengan tajuk kami.

Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada kedua ibu bapa
dan penjaga kami atas nasihat dan dorongan yang diberikan untuk kami terus berusaha. Dengan
kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang
banyak memberikan idea-idea bernas dan isi-isi penting di mana ia dapat meningkatkan mutu
penulisan isi-isi kami.

Seterusnya, tidak dilupakan juga ucapan sekalung tahniah kepada mana-mana pihak
yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan projek
ini. Tanpa bantuan dan nasihat dari semua pihak yang terlibat, kami tidak akan dapat
menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Akhir kalam, dalam menyiapkan projek ini, kami telah banyak menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman penting untuk masa akan datang. Semoga penulisan kami ini
dapat memberi manfaat dan dihargai oleh semua orang.

Sekian, terima kasih.

2

ABSTRAK

Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu kemajuan yang telah memberi
impak yang amat besar kepada tamadun dunia. Kemajuan ini telah memberi banyak manfaat
kepada pelbagai pihak sama ada dari aspek ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya
lagi. Zaman sekarang adalah zaman di mana pelbagai teknologi pesat membangun dan
sentiasa kita lihat dan dengar di media sosial khusunya perkembangan ini. Maka tidak relevan
jika ada orang yang tidak mengetahui berkaitan teknologi. Antara platform-platform yang ada
untuk kita berkomunikasi dan mencari maklumat adalah seperti Whatsapp, Google Chrome,
Youtube dan banyak lagi. Namun begitu, setiap perkara mestilah ada kekurangannya dan
seperti teknologi maklumat dan komunikasi ada kelebihan dan kekurangannya kepada kita
sebagai pengguna mestilah bijak dalam menggunanya sebagai kemudahan. Kita sebagai
pengguna mestilah beretika dalam setiap perkara yang kita lakukan. Di dalam E-book ini
akan membincangkan berkaitan tentang apakah etika seorang pengguna dalam menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi. Kita tidak mahu menyalahgunakan kemudahan yang
sedia ada ini kerana impak negatifnya adalah amat besar dan memberi kesan yang buruk
kepada seorang individu, masyarakat dan juga negara. Selain itu, kita akan mengkaji tentang
kesan-kesan yang disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ini
terhadap perkembangan peradaban. Seperti yang kita lihat di sekeliling kita pada masa kini,
terdapat banyak kesan-kesan perkembangan dan ada yang membawa impak positif dan ada
yang negatif juga. Di samping itu, terdapat banyak juga sumbangan yang telah diberikan oleh
teknologi maklumat dan komunikasi ini sama ada kepada peringkat individu, masyarakat
mahupun negara. Secara konklusinya, kita sebagai pengguna mestilah bijak dan beretika
dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi demi kesejahteraan diri kita dan
semua pihak.

3

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2
ABSTRAK .............................................................................................................................................3
ISI KANDUNGAN................................................................................................................................4
ETIKA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI ..................5

TIDAK MEMUAT NAIK SEBARANG BAHAN DALAM PELBAGAI BENTUK TANPA
KEIZINAN YANG SAH ..................................................................................................................5
BERKOMUNIKASI DENGAN BERHEMAH DALAM TALIAN..............................................6
TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT PALSU ATAU DIRAGUI KESAHIHANNYA
YANG BOLEH MENGUGAT KETENTERAMAN AWAM.......................................................6
BERINTEGRITI DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT YANG BETUL DALAM
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI......................................................................7
TIDAK MENGEKSPLOITASI MAKLUMAT DAN DATA ORANG LAIN.............................7
TIDAK MENGGODAM HINGGA MELUMPUHKAN SESUATU SISTEM YANG
DIMILIKI OLEH PIHAK LAIN ....................................................................................................8
KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP PERKEMBANGAN
PERADABAN .......................................................................................................................................9
SUMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI KEPADA INDIVIDU,
MASYARAKAT & NEGARA...........................................................................................................10
INDIVIDU .......................................................................................................................................10
MASYARAKAT .............................................................................................................................10
NEGARA .........................................................................................................................................11
RUJUKAN ...........................................................................................................................................11

4

ETIKA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu platform yang semakin luas digunakan pada
masa pasca merdeka ini. Namun begitu, semakin pesat membangun teknologi pada masa kini,
pelbagai masalah berkaitan penyalahgunaan teknologi sering kita dengar dan lihat sehinggakan
dapat memberikan impak negatif kepada individu, keluarga, masyarakat bahkan kepada
negara. Kemajuan teknologi yang lebih dikenali dengan istilah ‘dunia tanpa sempadan’
merancakkan lagi wujudnya pelbagai masalah baharu serta undang-undang sentiasa digubal
untuk mengawal dan menghindari daripada masalah tersebut menjadi semakin serius. Oleh hal
yang demikian, kita sebagai pengguna teknologi maklumat dan komunikasi hendaklah bijak
dalam menggunakannya.
Antara etika dan tatacara yang perlu kita patuhi untuk mengelakkan impak negatif penggunaan
teknologi kepada kita adalah:

TIDAK MEMUAT NAIK SEBARANG BAHAN DALAM PELBAGAI BENTUK
TANPA KEIZINAN YANG SAH

Contoh yang paling mudah berkaitan tentang “copyright” ataupun hak cipta ini ialah
musik video yang terdapat dalam laman web seperti youtube diambil ataupun membuat salinan
baru ke atas pemilik akaun persendirian ataupun milik syarikat tertentu tanpa persetujuan
daripada pihak sebenar yang membuat video tersebut.Perkara ini sama sekali tidak diterima
oleh mana-mana pihak terutamanya yang berkarya kerana mereka telah bertungkus lumus
mngeluarkan idea dan modal untuk menghasilkan suatu karya.Lalu,pihak yang tidak mendapat
keizinan untuk menghantar suatu perkara yang bukan miliknya mendapat keuntungan dari segi
popularity.Selain,itu,prkara ini seharusnya dikuatkuasakan oleh pihak-pihak tertentu seperti
jabatan perfileman,PDRM,SIRIM dan sebagainya.Pihak masyarakat seharusnya menyakong
karya warga tempatan yang tidak meniru konten dalam apa jua cara sekali pun seperti
video,musik,filem dan sebagainya.

5

BERKOMUNIKASI DENGAN BERHEMAH DALAM TALIAN

Bayangkan jika anda berada ditempat orang,tetapi kita janganlah sampai melukakan
perasaan orang lain.Sekarang,walaupun dunia sedang dimonopoli oleh prkara-perkara
siber,tetapi kita jangan lupa untuk berkomunikasi dengan manusia lain,bukannya hanya mesin
semata-mata.Penggunaan Facebook,Instagram,whatsapp antara penggunaan yang popular
dalam kalangn pngguna internet dri negara kita.Samada kita sedar ataupun tidak , in
menggambarkan sikap dan emosi yang menjadi pandangan awal terhadap nilai
massyarakat.Selain itu,kadang-kadang Ketika anda ingin mengajukan perbicaraan di plotfrom
maya ini,stiap perkataan yang ditaip itu mudah disalahertikan.Perkara ini mudah brlaku juga
pihak yang sedang anda berhubung itu sudah mempunyai masalah perasaan dengan
anda.Seterusnya,siber buli juga menjada asbab mengapa nilai kemasyarakatan dikalanagn
masyarakat kita berkurang.Ini juga akan menyebabkan kes bunuh diri semakin meningkat
kerana tiada pihak membendung perkara ini.Oleh itu,Pentingnya kita utnuk berkomunikasi
dalam talian dengan berhemah.

TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT PALSU ATAU DIRAGUI KESAHIHANNYA
YANG BOLEH MENGUGAT KETENTERAMAN AWAM.

Kini,pihak berkuasa telah mengambil berat tentang isu berita palsu ini dengan
meletakkan hukuman atau dnda kepada pihak yang terlibat dalam penyebaran berita palsu
ini.Banyak impak negatif yang boleh berlaku jika pihak tertentu berkongsi berita
palsu.Anatarnya ialah masyarakat di negara kita akan terasa terguggat dan terancam.Selain
itu,pihak kerajaan akan menanggung akibat jika berita palsu itu berkaitan denga naib negara
yang sebenarnya tiada.Seterusnya,perkara yang paling ditakuti ialah pemberontakan ataupun
cubaan rampasan kuasa ke atas pemimpin atau pihak kerajaan yang memimpin
negara.Contohnya,perkara ini telah pun berlaku ke atas negara Turki di mana pada 15 julai
2016 yang berada di Ankara,Istanbul,Marmaris dan Malatya.Tetapi rampasan kuasa itu
Berjaya digagalkan oleh pihak polis,tentera dan pihak tempatan.Oleh itu, pentingnya kita untuk
mengetahui suatu kesahihan berita tersebut.

6

BERINTEGRITI DALAM MENYALURKAN MAKLUMAT YANG BETUL DALAM
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI

Menurut sumber Wikipedia, integriti didefinasikan dan dianggap sebagai kejujuran dan
kebenaran atau ketetapan tindakan seseorang. Oleh hal demikian, dalam kita menggunakan
kemudahan teknologi khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada sesebuah pihak sama
ada umum ataupun peribadi, kita hendaklah sentiasa berintegriti dalam menyalurkan maklumat
tersebut. Menyebarkan maklumat palsu adalah satu kesalahan berat dalam undang-undang
Malaysia. Hal ini termaktub dan ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, mereka berkenaan boleh disaman
tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Di sini
menunjukkan pentingnya kita bersikap jujur dalam menyalurkan maklumat walaupun
maklumat yang kita sampaikan adalah maklumat yang sensitif seperti berita kematian ahli
keluarga, ataupun maklumat penting seperti maklumat bank.

TIDAK MENGEKSPLOITASI MAKLUMAT DAN DATA ORANG LAIN

Keuntungan adalah antara sasaran utama dan setiap orang mahukan dalam melakukan
sesuatu perkara. Keuntungan boleh dikaitkan dari segi masa, tenaga dan kebiasaananya adalah
dari segi kewangan. Selain itu, untuk mendapat keuntungan dalam pekerjaan yang kita
laksanakan, kita mestilah meletakkan usaha dan tekad yang tinggi dan sering mengambil masa
yang lama untuk mendapatkannya walaupun menggunakan teknologi moden pada masa kini.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menggunakan teknologi sedia ada untuk
mengeksploitasi maklumat dan data orang lain demi keuntungan diri. Hal ini kerana mereka
percaya bahawa cara tersebut lebih cepat untuk mendapatkan keuntungan namun hakikatnya
ia telah melanggar hak privasi seseorang untuk mendapatkan dan menyebar maklumat dan data
mereka tanpa izin. Sebagai contoh, seorang pekerja diberi kepercayaan untuk menyimpan
maklumat penting syarikat, namun dia telah menjualnya kepada syarikat ataupun
menggunakan maklumat tersebut untuk keuntungannya sama ada melalui media sosial ataupun
pada laman sesawang yang tidak sah. Sebagai pengguna teknologi, kita mestilah mematuhi
peraturan sedia ada dan mengamalkan etika dalam menjaga privasi ataupun data peribadi
seseorang. Kita mesti sedar bahawa setiap perkara yang buruk akan memberikan impak negatif
kepada diri kita, keluarga, masyarakat serta negara.

7

TIDAK MENGGODAM HINGGA MELUMPUHKAN SESUATU SISTEM YANG
DIMILIKI OLEH PIHAK LAIN

Menggodam adalah satu kata kerja di mana ia adalah istilah bagi menceroboh masuk
ke dalam sistem komputer seseorang, bagi mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan
maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer. Setiap ilmu adalah bermanfaat jika kita
menggunakan ilmu tersebut untuk tujuan kebaikan. Namun begitu, terdapat segelintir orang
yang berilmu dalam menggodam telah menggunakan kepakaran tersebut untuk melumpuhkan
sistem komputer ataupun eleltronik orang lain atas pelbagai sebab seperti, mereka dibayar oleh
orang lain ataupun atas kepentingan peribadi. Kita perlu ingat bahawa menggodam adalah satu
kesalahan serius jika dilakukan atas niat untuk melumpuh, mencuri atau memusnahkan data
orang lain. Antara cara yang biasa dan terkenal untuk menggodam walaupun untuk orang biasa
adalah dengan menyebarkan ‘virus’ ke dalam sistem komputer. Setiap pekerjaan yang kita
lakukan mempunyai matlamat dan untuk mencapai matlamat mestilah dengan cara yang betul
dan mengikut undang-undang agar di masa akan datang, tidak akan timbul masalah kepada diri
kita.

8

KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
TERHADAP PERKEMBANGAN PERADABAN

Pada era pascamerdeka ini, hidup masyarakat moden adalah bergantung kepada
teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
pada zaman ini amatlah meluas termasuklah dalam melaksanakan tugasan, pembelajaran,
perniagaan mahupun komunikasi jarak jauh dalam kadar yang segera. Kewujudan teknologi
maklumat dan komunikasi telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan peradaban dari
zaman ke zaman. Namun, adakah kita sedar bahawa TMK ini juga mempunyai kesan-kesan
positif mahupun negatif terhadap perkembangan? Oleh itu, pada bahagian ini kita akan melihat
apakah kesan-kesan TMK terhadap perkembangan peradaban.

Kesan TMK terhadap etika dan peradaban masyarakat dulu dan sekarang ialah
peralihan zaman. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, dan ketika revolusi perindustrian
bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut
dengan zaman teknologi maklumat(ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah
menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia memperoleh pelbagai input ataupun cara
baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya memacu
tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia
mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat
yang paling canggih. Contohnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara, penggunaan
teknologi maklumat digunakan semakin meluas dalam bidang pekerjaan apabila para pekerja
menggunakan perkhidmatan atas talian sebagai medium mesyuarat atau kursus. Perkhidmatan
tersebut adalah seperti Google Meet, Zoom meetings, Webex dan banyak lagi.

Selain itu, kesan TMK terhadap etika dan peradaban termasuklah kesan dari segi
pendidikan. dari segi pendidikan teknologi maklumat adalah anugerah istimewa. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat ini.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata
dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, ketika pandemik COVID-19 melanda negara,
medium pembelajaran dan pengajaran beralih kepada hibrid dan atas talian. Ini kerana para
pelajar dan pendidik tidak berupaya untuk berkumpul di dalam bilik darjah atau bilik kuliah
demi mematuhi SOP.

9

Kesimpulannya, TMK telah banyak memberi kesan dalam perkembangan tamadun
dunia. Kesan tersbut termasuklah dari segi pendidikan mahupun pekerjaan. Oleh kerana itu,
TMK hendaklah digunakan sebaiknya demi manfaat bersama pada masa akan datang dan TMK
juga mempunyai banyak manfaat jika diguna dengan cara yang betul.

SUMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT &
KOMUNIKASI KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT

& NEGARA

INDIVIDU

Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan individu negara ini sebagai
rakyat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan
dalam bidang penyebaran maklumat, individu ini tidak ketinggalan untuk mengikuti
perkembangan di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya
dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan Internet,
individu tersebut boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Dia hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya
individu tersebut boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer
mereka.

MASYARAKAT

Selain itu, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dapat mengeratkan
hubungan antara masyarkat Malaysia. Masyarakat sama ada yang berada di dalam negara atau
yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan
ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan
dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat

10

disalurkan agar masyarakat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian.
Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat.

NEGARA

Kehadiran teknologi maklumat dan telekomunikasi kepada negara pula merupakan
anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dapat dimajukan oleh ICT
sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia
melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar
mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di
sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi
lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas
dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan.

RUJUKAN

Ahmad, R., Mohd Noor, N. A., & Abd Aziz, A. S. (2016). Kawalan undang-undang
terhadap penyalahgunaan media sosial di Malaysia.
(Ahmad et al., 2016)

Aziz, S., Raop, N. A., & Shukor, M. F. A. (2021). PENGARUH FAKTOR TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM
KALANGAN BELIA. Jurnal’Ulwan, 6(1), 110–126.
(Aziz et al., 2021)

11

12


Click to View FlipBook Version