The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi 30 resepi yang menggunakan DOO. Selain itu terdapat tips serta Weight Loss Planner juga.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raed.resources, 2021-04-08 09:14:27

EBOOK RESEPI DOO

Mengandungi 30 resepi yang menggunakan DOO. Selain itu terdapat tips serta Weight Loss Planner juga.

doo

Dry Overnight Oat

30 Resepi
30 Hari

By @rura.andfoods

1

Isi Kandungan

M/S Tajuk

3 Pengenalan

4-6 Tips Penyediaan & Jadual Kalori

7-17 Resepi DOO : Overnight Oat

18-28 Resepi DOO : Smoothie

19-39 Resepi DOO : Savoury Oatmeal

40-42 Resepi Doo : Resepi Bonus

43-46 Weight Loss Planner

2

Pengenalan

Assalamualaikum semua !
Terima kasih kerana telah mendapatkan Dry Overnight Oat

(DOO) dari kami.

Apa itu DOO ?
DOO merupakan produk makanan yang menggabungkan
Rolled Oat, Kismis dan 6 jenis kekacang & seeds. DOO kaya
dengan sumber karbohidrat, protein dan serat.
Karbohidrat : Oat & Kismis
Protein : Kekacang & Seeds
Serat : Oat & Kismis
1 pek mengandungi 321 kcal.

DOO juga boleh dijadikan sebagai makanan pengganti nasi
atau sebarang makanan asas yang lain.

3

Tips Penyediaan dan
Jadual Kalori

Anggaran kalori 1 pek doo adalah 321 kcal, berdasarkan kiraan dari
aplikasi Fitness Pal.
Memandangkan Nutrition Facts yang dimohon dari Mardi masih
belum siap, kita akan menggunapakai info ini dahulu.

Cadangan pengambilan DOO untuk Lose Weight Challenge :

Untuk LELAKI, boleh makan 1 pek untuk setiap meal.

Untuk PEREMPUAN :
- Sarapan : 1/2 pek
Atau
- Lunch : 1pek
Atau
- Dinner : 1/2pek

Pada ketika puasa pula, boleh ambil 1 pek setiap meal tidak kisah
Ketika sahur atau berbuka.

4

Walau bagaimana pun kita perlu mengira keperluan kalori masing-
masing, kerana keperluan kalori bagi setiap orang adalah tidak
sama. Bagaimanakah cara untuk mengira kalori yang sesuai ?

Boleh cuba di sini :
https://www.calculator.net/calorie-calculator.html

Tidak bermasalah untuk mengambil seberapa banyak DOO, TAPI
DIINGATKAN LAGI SEKALI, perlu ikut keperluan kalori masing-
masing.

Macam mana nak kira kalori setiap makanan/minuman yang kita
nak gabungkan dengan DOO? Sila download apps Fitness Pal :

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myfitnesspal.a
ndroid

Semoga dengan sedikit penerangan ini dapat menjelaskan lagi cara
kita consume DOO dengan betul dan dapat capai apa yang kita
target.

Oh ya, bagi ibu menyusu yang boleh berpuasa, ibu disarankan
untuk mengambil DOO ketika bersahur bersama campuran kurma
merah agar penghasilan susu badan lebih banyak dan pekat. Ia
boleh dijadikan sebagai Overnight Oat atau Smoothie.

5

JADUAL KALORI : Kalori
Makanan/Minuman : 49
Susu Rendah Lemak 100ml 13
Yogurt Asli 1 sb 21
Madu 1 sk 10
Serbuk Koko 1 sk 5
Serbuk Kopi 1sk 15
Gula Perang 1 sk 6
Serbuk Kayu Manis 30
Mangga 50g 50
Tembikai 50g 30
Buah Naga 50g 44
Pisang 50g 0
Air Perahan Lemon 1 sk 8
Timun 50g 38
Kelapa Parut Kering 10g 26
Epal 50g 24
Kurma 1 biji 70
Telur 1 biji 83
Dada Ayam 50g 127
Daging Lembu 50g 42
Isi Ikan 50g 90
Peanut Butter 1 sb 21
Lobak Merah 50g

6

Resepi :

OVERNIGHT
OATS

7

Mocha

Bahan – bahan :
DOO
Serbuk Koko
Serbuk Kopi
Madu
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan serbuk koko, serbuk kopi, madu dan susu rendah
lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, boleh dimakan begitu saja,
tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

8

Kurma Coklat

Bahan – bahan :
DOO
Pati Kurma / Kurma biasa
Serbuk Koko
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan serbuk koko, pati kurma dan susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, boleh dimakan begitu saja,
tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

9

Pisang & Peanut Butter

Bahan – bahan :
DOO
Pisang
Peanut Butter
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan peanut butter dan susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan pisang dan
tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

10

Mangga Kelapa

Bahan – bahan :
DOO
Mangga Manis
Coconut Flakes
/ Kelapa Parut Kering
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan sedikit mangga manis & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan lebihan mangga
manis dan taburkan kelapa, tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

11

Epal & Kayu Manis

Bahan – bahan :
DOO
Serbuk Kayu Manis
Epal Merah
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan serbuk kayu manis & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan epal, tambahkan susu
jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

12

Timun & Lemon

Bahan – bahan :
DOO
Perahan Lemon
Parutan Kulit Lemon
Timun Cincang/Blend
Madu
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan madu, perahan lemon & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan timun dan taburkan
secubit kulit lemon parut, tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

13

Tembikai Kelapa

Bahan – bahan :
DOO
Tembikai
Coconut Flakes
/ Kelapa Parut Kering
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan sedikit tembikai & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan lebihan tembikai
manis dan taburkan kelapa, tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

14

Carrot Cake

Bahan – bahan :

DOO

Lobak Merah

Yogurt

Vanilla Extract

Madu

Serbuk Kayu Manis

Coconut Flakes

Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :

1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup

2. Masukkan Yogurt, vanilla, madu, serbuk kayu manis, lobak

merah blended & susu rendah lemak.

3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya

4 jam atau semalaman.

4. Setelah cukup masa direndam, masukkan lebihan lobak merah

cincang dan taburkan kelapa, tambahkan susu jika terlalu

pekat. Selamat menjamu selera.

15

Yogurt Kayu Manis

Bahan – bahan :
DOO
Yogurt
Serbuk Kayu Manis
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan Yogurt & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, masukkan Serbuk kayu manis,
tambahkan susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

16

Nanas

Bahan – bahan :
DOO
Nanas Puree
Nanas Potong
Yogurt
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam bekas bertutup
2. Masukkan Nanas puree, yogurt & susu rendah lemak.
3. Kacau sebati, kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya
4 jam atau semalaman.
4. Setelah cukup masa direndam, nanas potong dadu, tambahkan
susu jika terlalu pekat.

Selamat menjamu selera.

17

Resepi :

OATS
SMOOTHIE

18

Tembikai & Buah Naga

Bahan – bahan :
DOO
Tembikai
Buah Naga
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan Tembikai, Buah Naga & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

19

Yogurt & Kopi

Bahan – bahan :
DOO
Yogurt
Serbuk Kopi
Madu
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan yogurt, serbuk kopi, madu & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

20

Pisang & Coklat

Bahan – bahan :
DOO
Pisang
Serbuk Coklat
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan pisang, serbuk coklat & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

21

Blueberry & Kismis

Bahan – bahan :
DOO
Blueberry
Yogurt
Kismis
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan blueberry, yogurt, kismis & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

22

Kurma & Susu Kambing

Bahan – bahan :
DOO
Kurma (bilangan ganjil)
Susu Kambing

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan Kurma & susu kambing.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

**Bagus untuk ikhtiar hamil. Pilih kurma yang agak kering. Rendam
kurma sehingga lembut sebelum diblender.

Selamat menjamu selera.

23

Epal Hijau & Kayu Manis

Bahan – bahan :
DOO
Epal Hijau
Serbuk Kayu Manis
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan epal hijau, serbuk kayu manis & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

24

Jus Oren

Bahan – bahan :
DOO
Buah Oren
Madu
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan buah oren, madu & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

25

Strawberry & Kelapa

Bahan – bahan :
DOO
Strawberry
Kelapa Kering
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan strawberry , kelapa & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, taburkan lagi kelapa kering, dan
tambahkan susu jika terlalu pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

26

Coklat & Peanut Butter

Bahan – bahan :
DOO
Serbuk Koko
Peanut Butter
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan serbuk koko, peanut butter & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

27

Kiwi & Timun

Bahan – bahan :
DOO
Kiwi
Timun (buang kulit)
Madu
Susu Rendah Lemak

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender
2. Masukkan kiwi, timun, madu & susu rendah lemak.
3. Kisar halus, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup.
4. Simpan dalam peti sejuk/beku sekurang2nya 4 jam atau
semalaman.
5. Setelah cukup masa direndam, tambahkan susu jika terlalu
pekat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

28

Resepi :

SAVOURY
OATMEAL

29

Oat Omelette

Bahan – bahan :
DOO
Telur
Halia (racik)
Daun Ketumbar
Cili
Tomato Ceri
Minyak (yang sesuai utk diet)
Garam & Lada Putih/Hitam

Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk.

Kacau hingga kembang.
2. Panaskan minyak dan tuangkan campuran telur. Masak hingga

sekata kedua belah omelette.
3. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama tartar sauce dan

sayuran mentah jika suka.

Selamat menjamu selera.

30

Bubur Ayam

Bahan-bahan:
DOO
Dada ayam
Bawang Putih dicincang halus
Lobak Merah
Daun sup / daun bawang
Lobak masin
Lada Sulah

Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang putih dan lada sulah dengan sedikit minyak.
2. Kemudian renehkan sedikit air, dan masukkan ayam. Reneh
sehingga ayam hampir masak.
3. Tambahkan air lagi, dan masukkan lobak merah. Kemudian,
masukkan DOO dan masak sehingga oat lembut seperti bubur
nasi.
4. Taburkan daun sup/daun bawang dan hirisan lobak masin. Jika
tidak mahu lobak masin, perlu tambah sedikit garam.
Selamat menjamu selera.

31

Kerabu Bayam
Kedondong

Bahan – bahan :
DOO
Bayam Brazil (racik)
Kedondong (racik)
Cili (ditumbuk)
Ikan Bilis Sangai (ditumbuk)
Kacang Sangai (ditumbuk)
Sedikit Garam
Perahan Limau Kasturi
Tomato (Potong dadu)
Bawang Merah (hiris)

Cara Penyediaan :
1. Rendamkan DOO dengan air panas selama 10 minit, Siap &
ketepikan.
2. Masukkan semua bahan kecuali DOO ke dalam mangkuk dan
gaul rata.
3. Siap untuk dihidang Bersama DOO yang telah direndam tadi.
4. Jika kurang masin, tambah ikan bilis, kurang masam tambah
perahan air limau.
Selamat menjamu selera.

32

Ayam Panggang
Blackpepper

Bahan bahan:
DOO
Dada Ayam
Ubi Kentang - Belah 2
Lobak Merah
Halia
Bawang Putih
Sos Tiram
Sedikit Madu
Garam
Lada Hitam Secukupnya - Tumbuk Kasar
Sedikit Minyak Zaitun - Renjis

Cara Penyediaan :
1. Rendamkan DOO dengan air panas selama 10 minit, Siap & ketepikan.
Akan dihidangkan Bersama dengan ayam yang telah siap.
2. Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Masukkan sedikit garam.
Lumur pada ayam. Tuangkan sos tiram , lumur rata. Tuang pula madu,
dan lumur rata rata termasuk di celah celah bawah kulit ayam. Akhir
sekali tabur serbuk lada hitam secukupnya.
3. Biarkan dalam 15-30 minit. Masukkan ayam ke dalam loyang
bersesuaian. Susun ubi kentang dan karot. Renjis dengan minyak zaitun
sebelum dibakar dan ketika sedang dibakar. Bakar pada suhu 180C
sehingga ayam masak. Guna ketuhar atau air fryer.
Selamat menjamu selera.

33

Bebola Ikan DOO

Bahan – bahan :
DOO
Isi ikan
Lada Putih (ditumbuk)
Lada Hitam (ditumbuk)
Serbuk Ikan Bilis
Bawang Putih

Cara Penyediaan :
1. Tuangkan DOO ke dalam blender, kisar hingga separuh halus.
Ketepikan.
2. Masukkan pula lada hitam, bawang putih, serbuk ikan bilis dan
isi ikan ke dalam blender. Kisar hingga halus.
3. Kemudian satukan kesemua bahan, gaul sebati, bulat2kan. Dan
masukkan ke dalam periuk yang berisi air panas yang
mendidih.
4. Rebus hingga masak, tos. Dan kemudian boleh dimasukkan ke
dalam kuah sup sayur. Boleh dimakan begitu saja Bersama
sayuran.
Selamat menjamu selera.

34

Ayam Masam Manis

Bahan – bahan :
DOO
Dada Ayam
Tomato (Blend)
Cili Merah Besar (Blend)
Kismis (Blend)
Cili Padi
Daun Limau
Perahan Limau
Serbuk Ikan Bilis
Bawang Putih/Merah (hiris)

Cara Penyediaan :
1. Rendamkan DOO dengan air panas selama 10 minit, Siap & ketepikan.
Akan dihidangkan Bersama dengan lauk.
2. Blend tomato, cili besar, cili padi merah, kismis.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis. dengan 2sudu
minyak zaitun. Dah layu/garing, masukkan bahan blend. Sambung
tumis sampai sos likat, tambah air lagi. tumis lg sampai likat & naik
minyak.
4. Masukkan ayam, & daun limau. perah limau kasturi 2-3 biji.
5. Kalau kurang masin tambah sedikit garam. Siap

Selamat menjamu selera.

35

Nasi Goreng ala DOO

Bahan-bahan :
DOO
Bawang Putih (tumbuk)
Daun Bawang (Hiris kasar)
Bawang Holand (hiris)
Lada Putih
Serbuk Ikan Bilis
Minyak Bijan

Cara Penyediaan :
1. Goreng DOO tanpa minyak hingga wangi. Setelah itu,
tambahkan sedikit air lalu gaul hingga DOO sedikit kering.
Angkat lalu ketepikan
2. Tumis bawang putih & daun bawang dengan minyak bijan.
Kalau ingin rasa pedas boleh juga tambahkan cili api. Masukkan
bawang Holand & serbuk ikan bilis lalu tumis.
3. Tambahkan lada putih, dan sedikit lagi minyak bijan
4. Angkat dan sajikan bersama telur mata atau dadar tanpa
minyak. Tambahkan sayur jika suka.
Selamat menjamu selera.

36

Bubur DOO Berlauk

Bahan – bahan :
Telur Masin
Kangkung
Cili
Bawang Merah& Putih
Ikan Bilis
Minyak

Cara Penyediaan :
1. Sediakan bubur DOO mengikut resepi Bubur Ayam, tapi tanpa
memasukkan ayam dalam resepi itu.
2. Rebus telur masin hingga masak. Ketepikan.
3. Sediakan kuali , tumis hirisan bawang merah, bawang putih, cili
dan ikan bilis. Naik bau, masukkan sedikit air dan kangkung,
masak sehingga kangkung layu. Ketepikan.
4. Hidangkan bubur DOO dengan telur masin rebus serta sayur
kangkung goreng tadi. Boleh tambah hirisan daun sup.

Selamat menjamu selera.

37

DOO Ayam Penyet

1. Rendamkan DOO dengan air panas selama 10 minit, Siap &
ketepikan. Akan dihidangkan Bersama dengan lauk.

2. Sayur kobis timun
3. Tempe (lumur kunyit garam dan grill guna pemanggang

ajaib)
4. Ayam (jintan manis, jintan putih, kunyit, garam sikit perap

ayam pastu grill atas pemanggang ajaib)
Selamat menjamu selera.

38

Chicken Grill Wrap

1. Blend DOO hingga halus. Kemudian tambahkan air. Grill atas
kuali leper, jadikan seperti lempeng nipis.

2. Ayam grill (perap dgn garam kunyit )
3. Sayur-sayuran
4. Tak perlu apa-apa sos
5. Letakkan kesemua bahan di atas DOO wrapper tadi. Gulung

dan boleh makan
6. Cheese boleh guna Beqa cheese super slim, sekali sekala boleh

bukan hari-hari.
Selamat menjamu selera.

39

Resepi :

Bonus

40

Sambal Gesek Diet

1. Sediakan bahan mentah. Cili Besar, Cili Api, Bawang Merah,
Bawang Holand, Bawang Putih, Tomato, Ikan Bilis, Kismis.

2. Gaulkan dengan 2 sudu minyak, kemudian masukkan kesemua
bahan ke dalam air fryer atau goreng dalam kuali hingga layu.
Jangan tambah minyak lagi.

3. Kisar guna blender, atau tumbuk dengan lesung, atau gesek
dengan lesung leper.

4. Perah limau Kasturi, kemudian masak lagi dalam kuali untuk
membuatkan sambal tahan lebih lama. Siap.
**Simpan dalam peti sejuk kalau buat stok sebulan
Selamat menjamu selera.

41

Biskut Coklat DOO

Bahan-bahan :
130 g. DOO (kisar kasar)
1 sudu teh baking soda
½ serbuk penaik sudu teh
60 g. madu
70 g. sirap kurma (kurma + air)
40 g. mentega cair
½ sudu teh esen vanila
1 sudu teh kayu manis
6 auns coklat cincang
1. Panaskan ketuhar hingga 180ºC.
2. Campurkan ke dalam mangkuk DOO, baking soda dan serbuk penaik.
3. Kemudian campurkan madu, sirap kurma, mentega, vanila dan kayu
manis, gaulkan sehingga semuanya sebati.
4. Tambahkan coklat dan gaul lagi.
5. Ambil sebahagian kecil adunan dan buat bentuk bulat, letakkan di atas
dulang yang dilapisi kertas baking.
6. Kemudian, dengan jari yang sedikit lembap, rata setiap bebola sedikit.
7. Masukkan dulang ke dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga
biskut bertukar menjadi keemasan.
8. Setelah masak, keluarkan biskut dari ketuhar, dan membiarkannya
sejuk sepenuhnya sebelum di makan.
Selamat menjamu selera.

42

Weight Loss
Planner

43

Current : Target : Achievement :
After
Before

Date : Date :

My Big Why : 3rd Week :
My Motivation : 4th Week :
2nd 3rd
Weight Progress :
1st Week : 44
2nd Week :

Body Measurement :

Week 1st 4th

Arm
Chest

Waist
Belly
Hip
Thight

Menu In A Month

Day Breakfast/Sahur Lunch Dinner/Iftar
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

45

Notes To My Self.
Dear ____________________ ,

46

47


Click to View FlipBook Version