The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36279170, 2022-06-23 12:54:52

BUKU PROGRAM TAKRAW MSSB 2022

BUKU PROGRAM TAKRAW MSSB 2022

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH BAHAGIAN BETONG (MSSB)
TAHUN 2022

DEWAN SUKAN
TAN SRI DATUK AMAR STEPHEN KALONG NINGKAN

27 hingga 29 Jun 2022

KANDUNGAN

♣ JAWATANKUASA PENGELOLA
♣ SENARAI PESERTA KEJOHANAN
♣ KERTAS KERJA KONSEP
♣ PERATURAN PERTANDINGAN

SEPAK TAKRAW

JAWATANKUASA
PENGELOLA

JAWATANKUASA induk

PENASIHAT
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BETONG

ENCIK AWET BIN GAPOR
PENGERUSI

PENGETUA, SMK DATUK PATINGGI KEDIT
ENCIK ABDUL TALIP BIN SULAIMAN
TIMBALAN PENGERUSI
PENOLONG KANAN IKHTISAS
ENCIK MENCHON ANAK MERING
SETIAUSAHA
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ENCIK WINSTON CHURCHILL JELINI
AHLI-AHLI
SEMUA PENGERUSI JAWATANKUASA
KECIL

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
KECIL

JK TEKNIKAL DAN PENGADILAN

PENGERUSI : ENCIK MUSA BIN TUAH
AHLI : ENCIK ABDULLAH BIN AGO

JK PERALATAN

PENGERUSI : ENCIK KANYAN ANAK BAKAK
AHLI : ENCIK LINGGIR ANAK MULI
: ENCIK MOHD SALIMIN BIN JAHARI
: PELAJAR

JK PERSIAPAN GELANGGANG

PENGERUSI : ENCIK KISLY ANAK RANYUI
AHLI : ENCIK JAME ANAK DENEL
: ENCIK MOHAMAD RUSHDI BIN SANI
: ENCIK ABDULLAH BIN AGO
: PELAJAR

JK HADIAH DAN CENDERAMATA
PENGERUSI :ENCIK SEBASTIAN LAMPUN ANAK SEBANG

JK MAJLIS PENUTUPAN RASMI

PENGERUSI : MAJLIS GURU BESAR ZON BETONG
(GURU BESAR SK SAKA & SK LIDONG)

JK MAKANAN DAN MINUMAN

PENGERUSI : PUAN DAYANG ASPALELA BINTI ABANG KUSHAIRI
AHLI : CIK KELLY LAU PEI PEI
: CIK CHEERYL ANAK BANYONG
: MAJLIS GURU BESAR ZON BETONG
(GURU BESAR SK SAKA & SK LIDONG)
: PELAJAR

JK KAWALAN KESELAMATAN

PENGERUSI : ENCIK SOLOMON ANAK PETER MANDIE
AHLI : PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

JK URUSETIA DAN BUKU PROGRAM

PENGERUSI : PUAN FRANTICA SURUNGGOU
AHLI : ENCIK LIEW JIA YIING
: PUAN RUBI ANAK AMBANG
: CIK SAKINAH BINTI MOHD ZAHIS
: PUAN LAURA ANAK NGALI
: CIK RHEITTA UMAIRAH DESMOND ABDULLAH
: CIK SITI RAUFA SUFRINA BINTI ABDUL RAUB

JK KEBERSIHAN GELANGGANG & DEWAN SUKAN TAN SRI DATUK AMAR
STEPHEN KALONG NINGKAN

PENGERUSI : ENCIK MINI ANAK UGIR
AHLI : ENCIK LAI THIAN SOON
: PEKERJA PEMBERSIHAN SMK DP KEDIT
: PEKERJA PEMBERSIHAN SK SAKA & SK LIDONG

JK PERTOLONGAN CEMAS

PENGERUSI : PUAN MARY DACKER ANAK LANYA
AHLI : CIK DIMAH ANAK NANTA
: CIK PAW LI HONG

PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN
PENGERUSI : PUAN MARY HAYATI BINTI ROSLI

JK SIARAYA : ENCIK MIOR MUSA BIN ROSLI
: ENCIK ABANG ZAMRIE BIN ABANG WET
PENGERUSI
AHLI

JK PEMILIHAN PASUKAN SEPAK TAKRAW MSSB BETONG

PENGERUSI : ENCIK ABDULLAH BIN AGO
AHLI : ENCIK MUSA BIN TUAH
: SEMUA JURULATIH PASUKAN BERTANDING.

JK JURI RAYUAN
ENCIK MUSA BIN TUAH
(PEGAWAI TEKNIKAL MSSB BETONG)
ENCIK ABDULLAH BIN AGO
(PEGAWAI TEKNIKAL MSSB BETONG)
ENCIK ABDUL TALIP BIN SULAIMAN
(PENGETUA SMK DATUK PATINGGI KEDIT)
ENCIK WINSTON CHURCHILL JELINI
(PKKK SMK DATUK PATINGGI KEDIT)
GURU BESAR SK NANGA LIDONG
GURU BESAR SK SAKA, BETONG

SENARAI
peserta
kejohanan

SENARAI NAMA PEMAIN SEPAK
TAKRAW MSSB BETONG
(SEKOLAH MENENGAH))

smk datuk patinggi kedit

smk beladin

kolej vokasional betong
smk agama saratok

smk kabong
smk saribas

smk spaoh
MRSM BETONG

smk ulu layar
smk ST AUGUSTINE

SENARAI NAMA PEMAIN SEPAK
TAKRAW MSSB BETONG
(SEKOLAH RENDAH)))

zon betong

zon kabong

zon krian
zon pusa

zon saratok
zon spaoh

zon debak

KERTAS KERJA
KONSEP

1. TAJUK

Kejohanan Sepak Takraw Bergu Lelaki 12, 15 & 18TKB dan Perempuan
Terbuka Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong Tahun 2022.

2. TUJUAN

Memaklumkan mengenai konsep pengelolaan Kejohanan Sepak Takraw
Bergu Lelaki 12, 15 & 18 TKB Majlis Sukan Sekolah Bahagian Betong
Tahun 2022 dan memberikan maklumat-maklumat penting yang perlu
diambilkira bagi memudahkan dalam merangka tugasan jawatankuasa
pengelola.

3. MATLAMAT

Pengelolaan kejohanan ini adalah bermatlamatkan:

3.1. Pengelolaan yang berkualiti

3.2. Mengawal mutu pengelolaan ke arah pengurusan yang standard
dengan meminimakan kesilapan ;

3.3. Meminimakan tenaga pengelola bersesuaian dengan peruntukan
yang sedia ada dan

3.4. Perbelanjaan berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2
Tahun 2014 – Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi
Mengurangkan Perbelanjaan Awam.

4. TARIKH KEJOHANAN

4.1 Tarikh yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah Sarawak
adalah pada 27 hingga 29 Jun 2022.

4.2 Jangka masa pertandingan adalah selama 3 hari.

5. TEMPAT KEJOHANAN
Venue pertandingan yang telah dipilih adalah seperti berikut:

5.1. DEWAN SUKAN TAN SRI DATUK AMAR STEPHEN KALONG NINGKAN

6. MAKLUMAT / SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Bahagian : Lelaki dan Wanita terbuka
6.2 Peringkat Umur : 4 kategori [(LELAKI (12, 15 dan 18 TKB) dan
Perempuan terbuka)]
6.3 Bilangan Kategori : 4 (L12TKB /L15TKB/L18TKB) dan P Terbuka
6.4 Penyertaan : Bergu
6.5 Bilangan peserta : 4 pemain bagi setiap kategori 12TKB,15TKB & 18TKB
dan perempuan terbuka
6.6 Bilangan pusingan : Peringkat Kumpulan/Separuh/Akhir
6.7 Sistem pertandingan : Liga Kumpulan / Liga Separuh /Kalah mati
6.8 Penyertaan : 12 SMK + 1 SMKA+ 1 SMV +1 MRSM + 8 ZON

7. PERALATAN KEJOHANAN
Jawatankuasa Teknik dan Jawatankuasa Pertandingan akan menyenaraikan
keperluan peralatan kejohanan.

8. PENGINAPAN
8.1 Urusan kontinjen masing-masing.

9. MAKANAN DAN MINUMAN
9.1 Urusan kontinjen masing-masing.

10. KRONOLOGI KEJOHANAN

peraturan
pertandingan
sepak takraw

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF (Gabungan
Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan
peraturan AM MSSM).

2. JENIS PERTANDINGAN

Kejohanan ini mengandungi acara antara REGU Peringkat umur 12 ,15 dan
18 tahun ke bawah kategori lelaki dan Regu Perempuan terbuka.

3. HAD UMUR PESERTA

3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSS adalah seperti
berikut:

* 18 tahun dan ke bawah
* 15 tahun dan ke bawah
* 12 tahun dan ke bawah

3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.

3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
bersedia menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola.
Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai
dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran.

3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah
bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran / Kad Pengenalan yang
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar / Penolong kanan sekolah peserta
berkenaan. (Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

4. PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Antara REGU bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah Lelaki dan
Perempuan Terbuka, mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 4
pemain bagi setiap REGU (setiap kali perlawanan)

4.2 Hanya pemain yang didaftarkan (4 orang sahaja) dan diakui sah layak
mengambil bahagian.

4.3 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum
kejohanan bermula.

4.4 Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3
(KELAYAKAN) dalam Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B)

4.5 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam
Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan
pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.

4.6 Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang
R01 (sekolah rendah) dan M01 (sekolah menengah).

4.7 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran
Pasukan MSSM R02 (sekolah rendah) dan M02 (sekolah menengah).

5. SISTEM PERTANDINGAN
Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan
bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
PERINGKAT AWAL :
i) Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian,
maka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.

ii)Pemain yang telah didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan
kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

iii) Semua pasukan diwajibkan bertanding pada peringkat awal.

iv) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
Kejohanan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :

Johan : KUMPULAN A
Naib Johan : KUMPULAN B
Ketiga : KUMPULAN C
Keempat : KUMPULAN D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut
dengan cabutan undi.

v) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

PUSINGAN KEDUA (SUKU AKHIR):
i) Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku
akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

ii) Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan
untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.

iii) Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan
di kedudukan 2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah
diundi dan ditempatkan dikedudukan 5 atau 7 . Manakala 2 pasukan
pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di
kedudukan 6 dan 8.

iv) Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan
memasuki Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan.
Sementara pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat
ketiga dan keempat. (atau ke-3 bersama)

6. MENENTUKAN KEPUTUSAN

i) Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan disytiharkan sebagai
pemenang pertama kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua
tertinggi akan di isytiharkan sebagai pemenang kedua.

ii) Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0

iii) Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN , kiraan
mata diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan
ditentukan dengan mengikut tertib berikut :

* Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu
menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
* Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang
yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
* Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.

iv) Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku,
maka kaedah berikut dilakukan.

* Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah
mengalahkan lawannya akan dikira menang.

* Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad
akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu
pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja. Undian akan dibuat
bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan
memilih gelanggang.

v) Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan
bertanding hendaklah menyerahkan senarai barisan pemain-pemain
termasuk pemain simpanan kepada Jawatankuasa Pengelola / Pengadil
Rasmi yang bertugas.

vi) Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih
daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh
rehat selama 30 minit akan diberi antara perlawanan tersebut.

vii) Seorang pemain boleh bermain dalam satu regu sahaja sepanjang
kejohanan.

viii) Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada
keputusan Jawatankuasa Pengelola.

7. KIRAAN MATA PERLAWANAN

i ) Kiraan mata bagi setiap set perlawanan berdasarkan 15 mata. Jika
berlaku “Dius” pada mata 14, maka Regu yang mencapai mata ke-17
terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

ii) Pertandingan akan dijalankan dalam 3 set. Pasukan yang menang dua set
berturutan akan dikira pemenang perlawanan tersebut. Sekiranya berlaku
seri maka tambahan 1 set (set penentuan) diperuntukkan untuk
menentukan pemenang.

8. PAKAIAN
i) Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10CM)
dan belakang (19CM)

ii) Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang
kejohanan.

iii) Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam
kejohanan ini.

9. BOLA / ALATAN

Bola yang digunakan ialah : GAJAH EMAS
* 311 bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah.
* 511 bagi peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah.

10. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

i) Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian
tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan
kepada pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini.

ii) Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan.

11. BANTAHAN
i) Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja
kepada juri rayuan.

ii) Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau
sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil
bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut
hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.

iii) Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu
jam selepas perlawanan itu tamat. Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta
dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

iv) Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

v) Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM.

12. JURI RAYUAN

Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang
(Maksimum) iaitu:

* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.
* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
* Penyelaras Sepak Takraw MSSS
* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSS
* Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan

yang dibuat.

13. LEMBAGA TATATERTIB

i) Lembaga ini terdiri daripada :
*Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia.
*Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSS atau wakilnya.
*Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri atau wakilnya
*Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSS
*Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan
*Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

ii) Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
*Memberi amaran
*Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
*Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.
*Mengarah pemain dihantar pulang.
*Menghantar laporan kepada MSSB berkenaan supaya mengambil
tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut
hukuman yang diguna pakai oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

iii) Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah
berlaku kepada urusetia MSSS secara lisan seberapa segera dan secara
bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan.

14. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

i) Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah yang
dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

ii) Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan bertugas
disepanjang kejohanan ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

iii) Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan
yang berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

15. PENGGANTUNGAN

Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh
Pengadil, maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu
perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat
sesuatu keputusan

16. MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN

Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai
pertandingan permaianan MSSM hendaklah menentukan semua
pesertanya menghadiri :

i) Taklimat/mesyuarat pengurus
ii) Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah

Jika terdapat MSSB yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab
tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan
kepada urusetia MSSS serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya
tindakan boleh diambil terhadap pengurusan pasukan.

17. KESELAMATAN

i) Semua pegawai dan peserta yang menyertai kejohanan ini hendaklah
dilindungi insuran.

ii) Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan,
kematian kecacatan keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda
atau sebarang kecederaan lain yang berlaku.

* Semasa perjalanan pergi dan balik.
* Semasa kejohanan dijalankan.
* Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.
* Di tempat-tempat penginapan.

Walaubagimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai
terjamin

iii) Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSS berhubung dengan
kejohanan yang diadakan.

18. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

i) Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah
dipatuhi.Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undangan
permainan maka wajib dipatuhi.

ii) Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan.
Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah
MUKTAMAD.



@srs2022


Click to View FlipBook Version