MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 1
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Edisi 1
BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSPEKTORAT MARA
Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-261 32555/32552/32562
Faks: 03-2698 6140
Emel: [email protected]
2 MANUAL PELAKSANAAN PELANTINDAKAN KECEMASAN
Diterbitkan oleh
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
No. 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03-261 32555/32552/32562
Faks: 03-26986140
Website: http//www.mara.gov.my
@ MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan
ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh
semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun
sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, penggambaran semula,
rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada MAJLIS
AMANAH RAKYAT (MARA).
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Dicetak oleh:
LR FOTOSTAT
LOT 2R JALAN GOMBAK
BATU 8 1/4
68100 SELANGOR.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 3
PELAKSANAAN PELAN TINDAKANKECEMASAN
KANDUNGAN M/SURAT
KATA ALUAN KETUA PENGARAH MARA 5
BAB 1 PENGENALAN 7
BAB 2 FASA PENCEGAHAN 17
BAB 3 FASA PERSEDIAAN 25
BAB 4 FASA TINDAKAN 35
BAB 5 FASA PEMULIHAN 59
BAB 6 PENUTUP 63
BAB 7 LAMPIRAN 67
69
LAMPIRAN 1 76
LAMPIRAN 2 77
LAMPIRAN 3
4 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH MARA
PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Assalamualaikum W.B.T
Kewujudan pelbagai peraturan daripada pihak berkuasa untuk
mengawal situasi kecemasan di tempat kerja tidak akan menjamin
kejayaan sekiranya tiada kesedaran dan kepatuhan dalam kalangan
warga kerja MARA untuk mengikuti prosedur dan peraturan yang
berkaitan.
Justeru, pendekatan kesedaran pelaksanaan tindakan kecemasan
yang teratur dan berstruktur amatlah perlu bagi memastikan
kelancaran sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam usaha mencapai tujuan ini, maklumat dan prosedur lengkap
berkaitan pelaksanaan pelan tindakan kecemasan telah dibukukan
sebagai Manual Pelaksanaan Pelan Tindakan Kecemasan MARA.
Manual ini merangkumi fasa pencegahan, persediaan, tindakan dan
pemulihan yang telah dirangka bersesuaian dengan persekitaran
pekerjaan semasa.
Manual ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua pihak
untuk bersedia dan menangani sebarang situasi kecemasan di Pusat
masing-masing bagi meminimakan kadar kerosakan, mengawal punca
dan memastikan pemulihan operasi yang pantas.
Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan menghasilkan Manual ini
dan semoga semua pihak dapat mematuhi pelan tindakan kecemasan
ini ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan
harmoni.
Selamat Maju Jaya,
Terima kasih.
DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF
Ketua Pengarah
MARA
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 5
DEFINISI
Beberapa singkatan yang penting dalam manual ini ialah seperti berikut:
Bil. Singkatan Maksud Singkatan
1. APA Alat Pemadam Api
2. BKW Bahagian Kewangan
3. BPIN Bahagian Pengurusan Risiko Dan Inspektorat
4. IKM Institut Kemahiran MARA
5. IPMa Institut Pendidikan MARA
6. JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
7. JKKP Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
8. KEKAM Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA
9. KIM Kawasan Industri MARA
10. KIMAR Kompleks Industri Makanan MARA
11. KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
12. KM Kolej MARA
13. KPM Kolej Profesional MARA
14. KPPM Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA
15. MARA Majlis Amanah Rakyat
16. MERT MARA Emergency Response Team
17. MFAP Main Fire Alarm Panel
18. MRSM Maktab Rendah Sains MARA
19. PDRM Polis Diraja Malaysia
20. PMD Pegawai MARA Daerah
21. PMD Pejabat MARA Daerah
22. PMN Pejabat MARA Negeri
23. PMN Pengarah MARA Negeri
24. PMP Pegawai Mengawal Pusat
25. PMP Penyelaras MERT Pusat
26. SDS Safety Data Sheet
27. SFAP Sub Fire Alarm Panel
28. TKP Timbalan Ketua Pengarah
6 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 7
8 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
1.0 PENGENALAN
Objektif
i. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda MARA.
ii. Mengawal,mengurangkanataumenghentikanpuncakemalangan.
iii. Meneruskan operasi dan pulih dengan cepat.
Skop Prosedur
Prosedur ini terpakai kepada semua Pusat Pentadbiran MARA
yang terlibat di dalam situasi kecemasan. Hanya lima (5) situasi
kecemasan yang disenaraikan iaitu kebakaran, gempa bumi,
kebocoran gas, ancaman bom dan bencana banjir.
Akta
i. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-
Peraturannya;
ii. Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturannya;
iii. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984;
iv. Akta Perkhidmatan Bomba 1988;
v. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984; dan
vi. Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara.
Bencana
Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, kejadian ‘bencana’
ditakrifkan sebagai sebarang insiden samada semulajadi atau kerana
faktor manusia, yang berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan
kecederaan / kematian dan kerosakan terhadap harta benda
atau persekitaran dan menyebabkan gangguan terhadap aktiviti
kehidupan seharian.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 9
Bencana Disebabkan Oleh Aktiviti Manusia bermaksud
kebakaran, kemalangan jalanraya, kemalangan kapal terbang,
bangunan runtuh, kemalangan industri, kemalangan nuklear,
rusuhan awam, serangan pengganas dan lain-lain lagi.
Bencana Bersifat Semulajadi bermaksud banjir, ribut
taufan, tanah runtuh, tsunami dan lain-lain lagi.
Bencana Hybrid merangkumi kedua-dua elemen di atas
bangunan runtuh semasa banjir. Kemalangan jalan raya
yang melibatkan mangsa yang ramai semasa ribut taufan
dan lain-lain lagi.
Kemalangan Besar bermaksud suatu kejadian termasuk,
terutamanya, suatu pengeluaran besar, kebakaran atau
letupan, akibat daripada pembangunan yang tidak terkawal
dalam perjalanan suatu aktiviti industri yang menyebabkan
bahaya serius kepada orang, sama ada serta merta atau
kemudiannya atau dalam atau luar suatu pepasangan, atau
kepada alam sekitar, dan melibatkan satu atau lebih bahan
berbahaya.
10 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
PENGUNGSIAN BANGUNAN
Pengungsian bangunan bermaksud langkah-langkah
dan tindakan untuk mengosongkan penghuni bangunan
yang boleh berlaku dalam keadaan kebakaran, gempa
bumi, kebocoran gas dan ancaman bom. Pelaksanaannya
menjadi mudah dengan melaksanakan perkara-perkara di bawah;
(a) Pelan Pengungsian Bangunan atau Pelan Laluan
Kecemasan disediakan;
(b) Tempat Berkumpul bermaksud tempat berkumpul
yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pada
satu lokasi yang jauh dari lokasi kecemasan dan
merupakan kawasan yang selamat dan terlindung
dari bahaya kecemasan;
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 11
(c) Panduan Menyelamatkan Diri disediakan;
(d)Pembentukan MARA Emergency Response Team (MERT).
Pasukan bertindak waktu kecemasan yang dibentuk
di premis. Bertanggungjawab bertindak di peringkat
awal insiden kecemasan sebelum ketibaan pihak
berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan
Awam dan Perkhidmatan.
12 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
ALAT-ALAT MENENTANG KEBAKARAN
Sistem Penggera bermaksud
satu sistem yang disediakan
untuk memberi isyarat awal
apabila berlakunya kecemasan
atau kebakaran dalam bangunan.
SistemPecahKaca(Break Glass)
bermaksud satu alat yang
disediakan (mengikut Jadual
Kesepuluh Undang-Undang
Kecil Bangunan Seragam) di setiap
aras untuk dipecahkan ketika
kecemasan bagi memberi isyarat
kepada penghuni bangunan.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 13
ALAT-ALAT MENENTANG KEBAKARAN
Contoh Alat Melawan Kebakaran Manual :
Alat Pemadam Api
Salur Bantu Mula (Hose Reel)
Pancur Basah (Wet Riser)
Pili Bomba
14 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
ALAT-ALAT MENENTANG KEBAKARAN
Contoh Alat Melawan Kebakaran Automatik :
Sistem Semburan Automatik
(Sprinkler)
Sistem Wet Chemical
Sistem Pemasangan Tetap
seperti Sistem Karbon Dioksida,
FM 200, Nitrogen, Argonite
dan lain-lain.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 15
Pengurusan Kecemasan
PENCEGAHAN
1 Fasa ini melibatkan aktiviti-aktiviti bertujuan
untuk mencegah kecemasan dan insiden berlaku
di tempat kerja.
2 PERSEDIAAN
Fasa persediaan berlaku sebelum kecemasan
atau bencana.Termasuk pemakluman,
melaksanakan perancangan dan membina
bekalan kit kecemasan / bencana.
TINDAKAN
3 Fasa tindak balas bermula semasa situasi
kecemasan dilaporkan berlaku.
4 PEMULIHAN
Selepas kecemasan berlaku dengan memberi
tumpuan kepada aspek penyediaan makanan,
air minuman, tempat tinggal dan keselamatan
mereka yang terlibat. Ia termasuk menentukan
rancangan jangka panjang untuk membantu
mangsa kembali kepada kehidupan harian
mereka di samping menghadapi kerugian
daripada kecemasan atau bencana yang telah
berlaku.
16 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 17
18 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
2.0 FASA PENCEGAHAN
Fasa ini merupakan langkah permulaan bagi melaksanakan Pelan
Tindakan Kecemasan MARA. Fasa ini melibatkan beberapa elemen
yang penting :
i. Carta Organisasi Tindakan Kecemasan dan Lantikan
ii. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ibu Pejabat
iii. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
iv. MARA Emergency Response Team (MERT)
v. Pemeriksaan Hazad dan Risiko
2.1 Carta Organisasi Tindakan Kecemasan dan Lantikan
Setiap Pegawai Mengawal Pusat (PMP) hendaklah
mewujudkan Organisasi Tindakan Kecemasan yang
bertanggung jawab di dalam menangani situasi
semasa kecemasan berlaku di Pusat Pentadbiran
MARA.
Terdapat tiga (3) jenis Organisasi Tindakan Kecemasan
ini sebagaimana di bawah:
Bil. Nama Organisasi Situasi Kecemasan Tindakan
Tindakan Kecemasan Penubuhan
(a) Jawatankuasa Bencana banjir; Ibu Pejabat
Pengurusan Bencana dan MARA
Ibu Pejabat Gempa bumi
(b) Jawatankuasa Bencana banjir; Pejabat MARA
Pengurusan Bencana dan Negeri
Negeri Gempa bumi
(c) MARA Emergency Kebakaran; PMP di Pusat
Response Team
(MERT) Kebocoran gas; dan Pentadbiran
Ancaman bom MARA
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 19
2.2 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ibu Pejabat
Keahlian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ibu Pejabat
(i) Pengerusi :
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan)
(ii) Pengerusi Silih Ganti :
(a) Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)
(b) Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan)
(iii) Setiausaha : Bahagian Pengurusan Risiko dan
Inspektorat
(iv)Bendahari : Pengarah Bahagian Kewangan
(v) Ahli :
(a) Pengarah Bahagian Sumber Manusia
(b) Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko & Inspektorat
(c) Pengarah Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan
(d) Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan
(e) Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
(f) Ketua Unit Keselamatan MARA (Polis Bantuan)
(g) Presiden Kesatuan (KEKAM / KPPM)
20 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
1 Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Ibu Pejabat
(i) Sebagai satu platform untuk menyalurkan maklumat,
bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada warga kerja,
pelajar IPMa dan Pusat Pentadbiran MARA yang terjejas.
(ii) Menyalurkan maklumat semasa bencana dan pasca-
banjir yang dialami oleh Pusat Pentadbiran MARA
kepada Kementerian.
(iii) Bilik Gerakan Bencana akan diwujudkan di bangunan Ibu
Pejabat MARA untuk menyelaras bantuan dan tindakan
sewajarnya kepada Pusat Pentadbiran MARA yang
terjejas. Bilik Gerakan ini beroperasi sepraktik yang
mungkin.
(iv) Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat hendaklah
memohon sejumlah peruntukan kewangan untuk
digunakan semasa menguruskan bencana di MARA.
Permohonan peruntukan hendaklah dilaksanakan
mengikut Surat Pekeliling Kewangan yang sedang
berkuatkuasa.
(v) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ibu Pejabat ini
juga meluluskan kertas kerja permohonan peruntukan
kewanganyangberkaitandenganpra-bencana,semasa
bencana dan pasca bencana yang dihadapi oleh Pusat
Pentadbiran MARA yang terlibat.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 21
2.3 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Keahlian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
(i) Pengerusi : Pengarah MARA Negeri
(ii) Pengerusi Silih Ganti : Timbalan Pengarah
(Khidmat Pengurusan)
(iii) Setiausaha : Jurutera Negeri
(iv) Bendahari : Unit Kewangan Negeri
(v) Ahli :
(a) Timbalan Pengarah (Pembangunan)
(b) Pengarah IKM
(c) Pengarah KKTM
(d) Pengarah KPM
(e) Pengarah KM
(f) Pengetua MRSM
(g) Pengurus GiatMARA Negeri
22 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
2.3.1 Fungsi danTanggungjawab Pusat Bantuan Bencana Negeri
(i) Jawatankuas a Pengurus an Bencana Negeri ini
berfungsi sebagai satu platform untuk menyalurkan
maklumat, bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada
warga kerja, pelajar IPMA dan Pusat Pentadbiran MARA
yang terjejas.
(ii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ini juga
menyalurkan maklumat semasa bencana dan pasca-
banjir yang dialami oleh Pusat Pentadbiran MARA
kepada Jawatankuasa Penyelarasan Persediaan
Bencana Banjir, Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB).
(iii) Bilik Gerakan Bencana akan diwujudkan di PMN untuk
menyelaras bantuan dan tindakan sewajarnya kepada
Pusat Pentadbiran MARA yang terjejas. Bilik Gerakan ini
beroperasi sepraktik yang mungkin.
(iv) J a w a t a n k u a s a P e n g u r u s a n B e n c a n a N e g e r i
hendaklah memohon peruntukan kewangan dengan
laporan berkenaan dengan Pusat Pentadbiran MARA
yang terjejas kepada Bahagian Pengurusan Risiko dan
Inspektorat.
(v) J a w a t a n k u as a Pen g u r us a n B e n c a n a N e g e r i
akan mengagihkan peruntukan kewangan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Ibu Pejabat untuk kegunaan Pusat Pentadbiran MARA
semasa bencana dan pasca bencana.
(vi) Setiap Pusat Pentadbiran MARA yang terjejas
hendaklah mengemaskini status dan melaporkannya
kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
masing-masing sehingga pembaikan dilaksanakan
dengan sempurna.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 23
2.4. MARA EMERGENCY RESPONSE TEAM (MERT)
Carta Organisasi MERT Ibu Pejabat
Carta Organisasi MERT Pusat
* Senarai tugas MERT secara terperinci hendaklah dirujuk di dalam Garis
Panduan Pelaksanaan MERT.
24 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 25
26 MANUAL PELAKSANAAN PELANTINDAKAN KECEMASAN
3.0 FASA PERSEDIAAN
Fasa ini merupakan langkah seterusnya bagi melaksanakan
kesinambungan Pelan Tindakan Kecemasan MARA. Fasa ini
melibatkan beberapa elemen yang penting sebagaimana
senarai di bawah:
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 27
3.1 Kesiapsiagaan Latihan Kecemasan
Setiap PMP hendaklah menetapkan tarikh untuk melaksanakan
latihan kecemasan di pusat seliaan masing-masing.
(i) Kekerapan latihan Kekerapan Latihan
Bil. Jenis Pusat Pentadbiran MARA Kecemasan
a. IPMa di kawasan blok akademik Minimum 1 x setahun
dan pejabat
Minimum 1 x setiap semester
b. IPMa di kawasan asrama sahaja. Minimum 2 x setahun
Minimum 1 x setahun
c. Ibu Pejabat/ PMN/ PMD/ KIM/
KIMAR
(ii) Digalakkan agar latihan kecemasan ini dilaksanakan dengan
kerjasama Agensi Bertanggungjawab seperti PDRM, JBPM dan
Hospital berdekatan
(iii) Latihan kecemasan ini hendaklah direkodkan dan dilaporkan
di dalam Laporan Tahunan Aktiviti JKKP MARA.
(iv) Satu laporan post-moterm hendaklah disediakan setelah latihan
kecemasan ini selesai supaya teguran Pihak Bertanggungjawab
dan cadangan penambahbaikan ke atas Pelan Tindakan
Kecemasan dapat dilaksanakan.
28 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
3.2 Kursus MERT
(i) Setiap PMP hendaklah menyediakan
dan memberikan latihan kepada
anggota MERT mengikut Garis
Panduan dan Pelaksanaan MERT.
(ii) Kursus MERT ini hendaklah dilaksanakan
dengan bantuan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Polis Diraja
Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam
dan Perkhidmatan Perubatan dan
agensi-agensi lain yang berdekatan.
(iii) Kursus ini hendaklah direkodkan
dan diselenggara dengan baik.
(iv) Bagi memastikan semua ahli MERT
mempunyai kemahiran dalam kerja
menyelamat dan berkebolehan
menggunakan peralatan melawan
kebakaran, latihan kecemasan
seperti pengungsian bangunan
hendaklah dilaksanakan sekurang-
kurangnya sekali setiap tahun.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 29
3.3 Penyediaan Kit Kecemasan
Kit kecemasan merupakan bekalan asas yang penting dan
diperlukan jika berlaku kecemasan atau bencana. Setiap Pegawai
Mengawal Pusat adalah dicadangkan untuk menyimpan kit
kecemasan ini di Pusat Pentadbiran MARA.
Cadangan bekalan - bekalan asas yang perlu disediakan
(bergantung kepada situasi semasa pusat).
Antara cadangan adalah:
Khemah Bekalan air bersih untuk
kemudahan tiga (3) hari
Lampu Suluh Bekalan makanan untuk
kemudahan tiga (3) hari
Wisel Peti Pertolongan Cemas
30 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Peralatan sanitasi peribadi Selimut
Peta Kawasan Setempat Mancis / Pemetik Api
Penyembur Serangga Kain Tuala
Perosak
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 31
3.4 Penyelenggaraan Peralatan Keselamatan Kebakaran
Setiap tiga (3) bulan. Peralatan Melawan Kebakaran
hendaklah diperiksa dan diuji secara berkala untuk
memastikan alatan tersebut dalam keadaan sedia dan
boleh digunakan dalam situasi kecemasan.
Pemeriksaan Peralatan Keselamatan Kebakaran di
premis MARA perlu dilakukan bagi pencegahan awal oleh
Penolong Jurutera dan Penjaga Jentera Elektrik yang
bertugas di pusat atau orang kompeten yang dilantik
seperti senarai semak di Lampiran 1.
Laporan Pemeriksaan dan Penyelenggaraan perlu
dikemaskini dalam buku log dan disahkan oleh pengawal
pusat. Softcopy ringkasan laporan perlu dihantar ke
minggu pertama bulan berikutnya ke:
a. Unit teknikal, Pejabat MARA Negeri (setiap 3 bulan)
b. Bahagian Binaan dan Selenggaraan (setiap 3 bulan)
c. Pengawal Program (setiap 6 bulan) seperti di Lampiran 2.
Laporan kerosakan atau masalah yang dikenalpasti perlu
direkod dan dilaporkan kepada pengawal pusat serta
pengawal program bersama-sama kertas cadangan
pembaikan seperti di Lampiran 3.
Lantikan boleh dibuat kepada pusat yang tidak mempunyai
orang k om pe ten supa ya pe merik saa n dan
penyelenggaraan terhadap P era la ta n Ke sela ma ta n
K e b a k a r a n d a p a t dilaksanakan.
32 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
3.5 Penjagaan Kawasan Bangunan
(i) Penjagaan kawasan yag bersih, kemas dan teratur akan
membantu mencegah berlakunya kebakaran dan tindakan
menyelamatkan diri ketika kecemasan. Tindakan berikut
hendaklah diambil:
01 Bersihkan dan buang sampah;
02 Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar; dan
03 Menyimpan bahan-bahan kimia dengan betul
(ii) Penyimpanan khusushendaklah
dilaksanakan bagi bahan-bahan
mudah terbakar berdasarkan
kepada Helaian Data Keselamatan
(SDS) bahan tersebut berpandukan
buku Garis Panduan Pengurusan
Bahan Kimia Berbahaya Kepada
Kesihatan.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 33
34 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 35
36 MANUAL PELAKSANAAN PELANTINDAKAN KECEMASAN
4.0 FASA TINDAKAN
Fasa ini merupakan langkah yang penting diambil semasa
menghadapi kecemasan di MARA. Dengan ini, Pelan Tindakan
Kecemasan MARA hendaklah diaktifkan.
Prosedur Pengungsian Bangunan semasa kecemasan ini
terpakai di semua pusat pentadbiran MARA. Situasi kecemasan
yang diambil kira di dalam prosedur ini adalah:
Kebakaran Ancaman Bom
Gempa Bumi Kebocoran Gas
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 37
4.1 Prosedur Pengungsian Bangunan
4.1.1 Kebakaran
38 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
4.1.2 Ancaman Bom
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 39
4.1.3 Gempa Bumi
40 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
4.1.4 Kebocoran Gas
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 41
4.2 Prosedur Tindakan Awalan Dan Pelaporan Kecemasan
Sistem arahan kecemasan ini adalah sebagai panduan untuk
membantu melancarkan proses memaklumkan kes kecemasan
supaya lebih efektif.
4.2.1 Tindakan Awalan dan Pelaporan Kecemasan
(i) Apabila sesuatu kes kecemasan mula dikesan, saksi
kejadian kecemasan perlu menghubungi PMP untuk
memaklumkan kes kecemasan berkenaan.
(ii) PMP hendaklah berkomunikasi dengan Pasukan
Penyelenggaraan supaya mengesahkan kejadian.
Sekiranya kejadian disahkan, Pelan Pengungsian
Bangunan hendaklah diaktifkan berdasarkan kepada
tiga (3) keadaan seperti di bawah:
(a) Pengungsian aras / tingkat yang terlibat;
(b) Pengungsian keseluruhan bangunan yang terlibat
sahaja; dan
(c) P e n g u n g s i a n k e s e l u r u h a n b a n g u n a n
d a n bangunanberhampiran.
(iii) Sa k s i k e j a d i a n j u g a p e r l u m e n g e s a h k a n
kes kecemasan dan melaporkan kembali situasi
kejadian kepada PMP dan Floor Warden dengan
segera.
(iv) PMP h e n da kl a h m e n ge sa h ka n ke j a di a n dan
mengambil tindakan dengan menghubungi
Agensi Penguatkuasa seperti JBPM, PDRM dan
Hospital berdekatan untuk mendapatkan bantuan
kecemasan. Nombor kecemasan umum adalah 999.
(v) Sekiranya kecemasan tidak dapat dikawal dan
pengungsian bangunan diperlukan, Floor Warden
hendaklah mengaktifkan loceng penggera dengan
memecahkan penggera keselamatan (break glass).
(vi) Nada bunyi penggera terbahagi kepada 2 jenis
seperti berikut:
(a) Bunyi loceng putus-putus
• Bersedia untuk Operasi Pengungsian Bangunan.
• Semua warga kerja, pelajar IPMa dan pekerja
kontraktor hendaklah menutup suis lampu,
peralatan elektrik, pintu dan tingkap.
(b) Bunyi loceng berpanjangan
• Operasi Pengungsian Bangunan telah diaktifkan.
• Tindakan pengosongan kawasan hendaklah
dilaksanakan dengan segera.
42 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
4.2.2 Piawai Pengumuman
Situasi kecemasan hendaklah diumumkan
dengan segera tanpa meninggalkan situasi panik
dan resah kepada warga kerja, pelajar IPMa, pekerja
kontraktor dan pelanggan yang terlibat di dalam situasi ini.
Teks Pengumuman Situasi Kecemasan yang biasa digunakan
adalah seperti di bawah;
(i) Situasi: Sekiranya Pengaktifan Penggera Kebakaran Di
Bangunan
“Tuan-Tuan dan Puan-puan, sila ambil perhatian. Penggera
kebakaran telah diaktifkan di dalam bangunan ini. Kami
sedang menyiasat keadaan ini. Sila bertenang dan siap
sedia untuk arahan selanjutnya. Terima kasih.”
(ii) Situasi: Sekiranya Terdapat Keperluan Untuk Berpindah
Dari Bangunan
“Tuan-Tuan dan Puan-puan, sila ambil perhatian anda.
Situasi kecemasan di kesan di dalam bangunan ini. Sila
keluar dari bangunan ini melalui laluan kecemasan yang
terdekat dan patuhi semua arahan yang diberikan oleh
Floor Warden. Dilarang menggunakan Lif.”
(iii) Situasi: Mod Berjaga-Jaga
(Mesej yang akan diumumkan untuk tingkat kekal dalam
mod berjaga-jaga apabila fasa pemindahan daripada
tingkat lain sedang berjalan)
“Tuan-Tuan dan Puan-puan, sila ambil perhatian. Situasi
kecemasan di kesan di dalam bangunan. Pasukan MERT
sedang berhadapan dengan situasi kebakaran kini. Sila
bertenang dan siap sedia untuk arahan lanjut. “
(iv) Situasi: Dalam Hal Di Mana Pemindahan Ini Tidak Perlu
“Tuan-Tuan dan Puan-puan, sila ambil perhatian. Situasi
kecemasan telah berjaya dikawal. Kami kesal atas
sebarang kesulitan yang timbul. Terima kasih.”
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 43
(v) Situasi: Jika Penggera Kebakaran Adalah Palsu
“Tuan-Tuan dan Puan-puan, sila ambil perhatian. Kami
telah menyiasat keadaan dan mendapati ia menjadi hanya
amaran palsu. Kami kesal atas sebarang ketidakselesaan
yang timbul. Terima kasih.”
*Nota Penting: Pengumuman perlu dibuat sebanyak dua kali.
44 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
4.3 Tindakan Semasa Latihan Pengungsian Bangunan
Bil. Tindakan Tanggung jawab
i. Membunyikan penggera Floor Warden yang berada
kecemasan / kebakaran di kawasan terjejas.
(Penggera akan berbunyi
secara berterusan)
ii. Menghubungi Pusat Kawalan Floor Warden / Pasukan
/ Pondok Pengawal / Penyelenggaraan / Sekuriti
Pejabat Pentadbiran untuk
memaklumkan situasi
kecemasan.
iii. Menghubungi Pengurus Pasukan Penyelenggaraan
Kecemasan untuk / Pengawal Keselamatan /
memaklumkan situasi Polis Bantuan
kecemasan.
iv. Membuat pengumuman Pasukan Penyelenggaraan
melalui sistem siar raya / PMP
dalam bangunan untuk
meminta penghuni
mengosongkan bangunan.
v. Pasukan MERT bersiap sedia. Semua ahli Pasukan MERT
vi. Mengaturkan proses Pasukan MERT
pengungsian bangunan dari Floor Warden
setiap aras/ kawasan yang
terlibat.
vii. Aktifkan semua pintu keluar Pengawal Keselamatan /
dan laluan kecemasan Polis Bantuan
supaya warga kerja, pelajar
IPMa, pekerja kontraktor
dan pelanggan bergerak ke
Tempat Berkumpul.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 45
Bil. Tindakan Tanggung jawab
viii. Keluar dari ruang kerja Warga kerja / pelajar IPMa
ke Tempat Berkumpul / pekerja kontraktor /
dengan menggunakan pelanggan
tangga mengikut arah
laluan kecemasan. Dilarang
menggunakan lif dan jangan
panik.
ix. Pastikan perkara di bawah Warga kerja / pelajar IPMa
diberikan perhatian sebelum / pekerja kontraktor /
bergerak ke tempat pelanggan
berkumpul:
• Barang peribadi penting
dibawa bersama;
• Dokumen penting
dimasukkan ke dalam
kabinet besi dan dikunci;dan
• Tutup semua komputer dan
peralatan elektrik.
x. Memeriksa dan menyemak Floor Warden
semua ruang yang ada di
aras / kawasan itu bagi
memastikan tiada warga
kerja, pelajar IPMa, pekerja
kontraktor dan pelanggan
dalam aras / kawasan
tersebut.
xi. Membuat tinjauan ke lokasi Pasukan MERT
kebakaran untuk mengawal
kebakaran sekiranya berlaku.
xii. Membuat tinjauan ke Pasukan MERT
kawasan terjejas untuk
operasi mencari dan
menyelamat.
46 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
Bil. Tindakan Tanggung jawab
xiii. Berkumpul di Tempat Warga kerja / pelajar IPMa
Berkumpul mengikut aras / / pekerja kontraktor /
kawasan tempat kerja dan pelanggan
maklumkan kehadiran kepada
Floor Warden.
xiv. Aturkan kedudukan warga Pasukan MERT / Floor
kerja, pelajar IPMa, pekerja Warden
kontraktor dan pelanggan
mengikut aras atau kawasan
tempat kerja. Rekodkan
kehadiran.
xv. Mengesahkan dan menyemak Floor Warden
kehadiran warga kerja, pelajar
IPMa, pekerja kontraktor dan
pelanggan mengikut aras /
kawasan tempat kerja.
xvi. Menyemak dan mengumpul Pasukan MERT
maklumat senarai kehadiran
warga kerja, pelajar IPMa,
pekerja kontraktor dan
pelanggan yang berkumpul di
Tempat Berkumpul.
xvii. Melaporkan jumlah warga Pasukan MERT
kerja, pelajar IPMa, pekerja
kontraktor dan pelanggan
yang hadir di Tempat
Berkumpul kepada PMP.
xviii. Memastikan tiada warga Pengawal Keselamatan /
kerja, pelajar IPMa, pekerja Polis Bantuan
kontraktor dan pelanggan
masuk ke dalam bangunan.
Memastikan tiada kenderaan
masuk dan keluar daripada
kawasan Pusat Pentadbiran
MARA.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 47
Bil. Tindakan Tanggung jawab
xix. Mengarahkan pemeriksaan PMP / Pasukan MERT
aras dan kawasan
dilaksanakan sekiranya
terdapat warga kerja, pelajar
IPMa, pekerja kontraktor dan
pelanggan yang tidak dapat
dikesan di Tempat Berkumpul.
xx. Membuat pemeriksaan Pasukan MERT
semula aras dan kawasan
tertentu bagi mengenalpasti
warga kerja, pelajar IPMa,
pekerja kontraktor dan
pelanggan yang tiada.
xxi. Menyemak keadaan warga Pasukan MERT
kerja, pelajar IPMa, pekerja
kontraktor dan pelanggan
yang memerlukan rawatan
perubatan semasa berada di
Tempat Berkumpul.
xxii. Memberikan taklimat ringkas PMP / Pasukan MERT
kepada warga kerja, pelajar
IPMa, pekerja kontraktor dan
pelanggan berkenaan latihan
pengungsian ini.
xxiii. Aktifkan semula lif dan Pasukan Penyelenggaraan
eskalator setelah mendapat
arahan dan disahkan selamat
(jika berkenaan).
xxiv. Memberikan kebenaran PMP
memasuki bangunan dan
arahan bersurai kepada
warga kerja, pelajar IPMa,
pekerja kontraktor dan
pelanggan.
Nota :
• Semua operasi hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa setelah
mereka tiba dilokasi.
48 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN
4.4 Tindakan Semasa Situasi Kecemasan Sebenar Berlaku
Bil. Tindakan Tanggung jawab
i. Memastikan loceng Warga kerja / pelajar IPMa /
penggera kecemasan pekerja kontraktor / pelanggan
/ penggera kebakaran
automatik berbunyi
secara berterusan.
ii. Pecahkan kaca pada Floor Warden
panel (break glass
berwarna merah) yang
paling berhampiran
sekiranya penggera
kebakaran tidak
berbunyi secara
automatik.
iii. Tiupkan wisel Floor Warden
kecemasan berulang-
ulang sekiranya alat
penggera kebakaran
gagal berfungsi.
iv. Bertindak melawan Warga kerja / Pelajar IPMa /
kebakaran / situasi pekerja kontraktor / pelanggan
kecemasan dengan
menggunakan
peralatan bantuan
kebakaran yang
tersedia.
v. Menghubungi Pusat Floor Warden / Pasukan
Kawalan / Pondok Penyelenggaraan / Polis Bantuan
Pengawal / Pejabat / Pengawal Keselamatan
Pentadbiran untuk
memaklumkan situasi
kecemasan.
MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN 49
Bil. Tindakan Tanggung jawab
vi. Menghubungi Pengurus Pasukan Penyelenggaraan / Polis
Kecemasan, PMP dan Bantuan / Pengawal Keselamatan
Pengarah BPIN untuk
memaklumkan situasi
kecemasan.
vii. Menghubungi talian Pasukan Penyelenggaraan / Polis
kecemasan 999 / Bantuan / Pengawal Keselamatan
Balai Bomba dan Balai
Polis yang berdekatan
untuk memaklumkan
maklumat
sebagaimana di
bawah:
• Maklumat ringkas
pengadu;
• Tempat dan alamat
Pusat Pentadbiran
MARA;
• Peringkat
kecemasan;
• Maklumat ringkas
kecemasan;
• Mengikuti arahan
selanjutnya
daripada JBPM
sehingga pasukan
Bomba tiba di
lokasi.
viii. Membuat Pasukan Penyelenggaraan / Polis
pengumuman melalui Bantuan / Pengawal Keselamatan
sistem siar raya dalam
bangunan untuk
meminta penghuni
mengosongkan
bangunan.
50 MANUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN