The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit msyuarat JPKK Bil (2) 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfairus74, 2024-07-01 06:12:05

Minit Mesyuarat Bil (2) 2024

Minit msyuarat JPKK Bil (2) 2024

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN & KESELAMATAN KAMPUNG ( JPKK) MINIT MESYUARAT JPKK KG, PANTAI LAYANG BIL (2 ) / 2024 Tarikh : 28 MEI 2024 Masa : 9.00 mlm Tempat : Balai Raya Kg.Pantai Layang Pengerusi : En. Daud bin Ismail Kehadiran(Bilangan) : 08 / 13 hadir KEHADIRAN NAMA JAWATAN 1. En. Daud bin Hj. Ismail - Pengerusi 2. En. Mohd Fairus bin Abdul Hadi - Setiausaha 3. En. Azmizar bin Othman - AJK ( Biro Pengurusan Kewangan ) 4..Pn. Zaliha binti Jalal - AJK ( Biro Ekonomi & Keusahawanan ) 6. En. Muhamed Hafizullah bin Daud - AJK ( Biro Pembangunan Prasarana) 7. En. Mohd salany Azlan Salleh - AJK (Biro pendidikan & Inovasi ) 8. En. Abdul Jalil bin Amin - AJK ( Biro Kesejahteraan dan Keceriaan) 9. En. Ishamuddin bin Isnin - AJK (Biro Belia, Sukan & NGO) TIDAK HADIR JAWATAN KENYATAAN 1. En. Mohd Faizul bin Hashim - AJK (Biro pemantapan spritual) Urusan peribadi 2. Tn. Hj. Zamri bin Salleh - AJK (Biro Keselamtan & Kesihatan) Bekerja 3. Hj. Nordin bin Atan - AJK ( Biro Kebajikan & Sukarelawan ) Urusan peribadi 4. Pn. Rozelina binti Mohamed Said - AJK ( Biro Hal Ehwal Wanita Keluarga ) kematian 5, Pn. Rositah binti Abdullah - AJK ( Biro Infostruktur & Komunikasi) Urusan peribadi TURUT HADIR – Tiada - 1 PERUTUSAN PENGERUSI -Mengucap salam dan didahului dengan bacaan Ummul Kitab. -Mengalu-alukan kehadiran ajk dalam mesyuarat bil. (2) -Mengirim sedekah surah Al-Fatehah kepada Allahyarhamah Roszelina Md. Said 2 3. MENGESAHKAN MINIT MESYURAT ( Bil 4 2023 ) 2.1 En. Mohd Salany Azlan mencadang minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. 2.2 Puan Zaleha menyokong - Keputusan sebulat suara. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Projek pembersihan parit – Kemasukan duit telah pun dilaksanakan daripada JPS dan pembayaran telah dilunaskan kepada pengusaha yang melakukaln kerjakerja pembersihan mengikut parit-parit yang telah dipersetujui. Sepuluh peratus untuk tabung JPKK.


4. 5. ISU-ISU SEMASA 4.1 Pembinaan pagar tanah wakaf. Tuan Kadhi Daerah yang membuat lawatan kerja di tanah wakaf tempohari mencadangkan agar memohon untuk membina pagar . Pihak masjid telah mohon kepada YB Parlimen dan sedang menunggu proses seterusnya sama ada Berjaya atau tidak. Setakat ini cuma desas-desus berjaya tetapi masih menunggu keesahan daripada pejabat YB. 4.2 Status sekolah Agama. Permohonan dengan tuan tanah untuk diwakafkan atas nama sekolah agama tidak mendapat keputusan yang menggembirakan. Sekarang ini usaha masih diteruskan oleh ustad Azam melalui saluran kuasa PBT . Sama ada Berjaya atau tidak ianya mungkin mengambil masa yang panjang. Tunggu dan lihat kelansungan usaha tersebut. 4.3 Geran ( Projek manfaat kepada Masyarakat ) Salah satu projek Geran ini perlu ada gabungan (kelompok) beberapa orang mengusahakan sesuatu projek. JPKK perlu terlibat dalam projek geran ini yang boleh mencecah sehingga 100k. 4.4 Johor Prihatin Masyarakat yang mempunyai rumah daif dan perlu dibaiki. Sakah satu syarat adalah perlu ada nama dalam geran tanah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk tuan pengerusi JPKK HAL-HAL LAIN 5.1 En. Salany mencadangkan supaya di tambah lampu AWAS solar di selekoh kampung supaya pengguna jalan raya sama masyarakat atau orang luar lebih berhati-hati ketika memandu. - Selain itu mohon diletakkan mercu tanda kampung agar kampung kita lebih nampak menarik seperti kampung-kampung lain. 5.2 En. Ishamuddin mencadangkan supaya pencahayaan pada waktu malam di tanah wakaf perlu ditambah lagi terutama Ketika proses pengkebumian dilakukan. Pengerusi menyatakan permohonan meter dengan TNB mengenakan syarat untuk dapat no lot tanah wakaf tersebut. 5.3 Cadangan darpada Ustad Hafiz meletakkan tong roro sampah di kampung ini tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana tong tersebut perlu tempat yang sesuai dan dapat kebenaran daripada tuan tanah. 5.4 Kekosongan ahli jawatankuasa JPKK perlu di ganti dengan orang Baharu. Sama-sama memikirkan untuk bawa masuk supaya dapat dipenuhkan kekosongan tersebut. PENUTUP a. Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Al-Ashr. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.59 mlm.. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................……… ……...............................………. ( Mohd Fairus Abdul Hadi) ( Daud bin Hj. Ismail ) Setiausaha JPKK Pengerusi JPKK Tarikh : 30 Mei 2024 Tarikh : 31 Mei 2024


Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 1) Saya mengesahkan semua maklumat dan dokumen yang diberikan bagi permohonan ini adalah benar. 2) Saya memahami sekiranya saya membuat sebarang kenyataan tidak benar atau mengemukakan atau memberikan apa-apa dokumen palsi, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh menyebabkan saya didenda dan dipenjarakan. ……………………………………………………… ( nama dan tandatangan )


Click to View FlipBook Version