INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3 )
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)
PENGENALAN
Menurut Prensky (2001), generasi murid hari ini dinamakan sebagai ‘digital natives’
kerana mereka membesar dalam era yang mendapat pendedahan teknologi digital
seperti telefon bimbit, CD, MP3 komputer, video sepanjang hidup mereka.
Memandangkan murid generasi ini lebih terarah kepada teknologi digital, maka guru
boleh menggunakan teknologi sebagai pemangkin kreativiti bagi mengurus bilik
darjah. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan teknologi untuk memotivasi,
membantu pembelajaran dan membimbing murid serta mentaksir pemikiran mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN GURU SEBAGAI
PEMANGKIN KREATIVITI DALAM
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI UNTUK
MENGURUS BILIK DARJAH
1 2
Membina ruang pembelajaran Mewujudkan komunikasi terbuka dan
digital yang efektif untuk murid. menggalakkan perkongsian idea.
Contoh: Mote
Contoh: Google Classroom
Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah
Guru perlu memastikan murid mempunyai difahami semasa berkomunikasi dengan
akses yang mudah kepada sumber bahan
pembelajaran bagi memudahkan murid murid. Guru juga perlu memberikan respons
menggunakan bahan pembelajaran. Sebagai ataupun maklum balas dengan segera supaya
contoh, guru boleh menggunakan aplikasi guru tidak terlepas pandang perkara sebenar
Google Classroom untuk mengajar murid serta yang ingin disampaikan oleh murid. Sebagai
contoh, guru dan murid boleh menggunakan
menyimpan bahan secara tersusun.
Penggunaan aplikasi Google Classroom aplikasi Mote terutamanya dalam Google
mengelakkan kekeliruan kerana bahan Classroom ataupun Hyperdocs di mana guru
pembelajaran disimpan di ruang pembelajaran dan juga murid boleh merakam suara untuk
memberi respons serta berkongsi idea atau
yang sama sepanjang tahun.
pendapat dengan mudah..
3 4
Memberikan maklum balas (feed Menyediakan ruang untuk
back) serta motivasi (feed aktiviti tambahan.
forward) kepada murid. Contoh: Google Sites
Contoh: Bitmoji
·Guru boleh menyediakan satu ruang untuk
·Guru perlu memberikan maklum balas serta aktiviti tambahan di mana murid boleh
motivasi kepada murid supaya murid tidak
berasa terpinggir dalam proses pengajaran dan mendengar cerita, membaca buku, membuat
latihan dan sebagainya. Contohnya, guru boleh
pembelajaran. Contohnya, guru boleh
memberikan maklum balas, pujian serta menggunakan aplikasi Google Sites di mana
motivasi terhadap hasil kerja murid dengan murid mudah mengakses bahan-bahan seperti
menggunakan aplikasi Bitmoji dengan
memberi emoticon yang menarik sekiranya buku, latihan, audio, video untuk aktiviti
pencapaian seseorang murid bertambah baik. tambahan dengan menekan pautan yang
terdapat dalam Google Sites. Ruang ini juga
boleh digunakan oleh murid-murid pada waktu
tertentu terutamanya untuk aktiviti pemulihan
atau pengayaan.
peranan guru dalam membina
hubungan positif di dalam
bilik darjah pendidikan
perdana dan inklusif
Mengingat nama semua murid.
Guru perlu berusaha mengenali dan mengingati nama murid-
murid bermula daripada hari pertama. Guru yang mengingati
nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalinkan
hubungan dengan murid-muridnya. Oleh itu, guru boleh
meminta murid untuk mengisi biodata diri mereka dengan
menggunakan aplikasi Google Form.
Mewujudkan komuniti antara murid.
Guru perlu membantu murid untuk mengenali rakan
mereka dan juga diri guru sendiri. Semakin cepat guru
dapat memberi kesedaran tentang banyaknya ciri
kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli kelas,
semakin selesa pula murid untuk berkongsi pendapat
semasa perbincangan dalam talian. Oleh itu, guru boleh
memberi peluang untuk mengenali murid antara satu
sama lain dengan menggunakan aplikasi ZEPETO.
Menerima keindividualan murid serta
menunjukkan minat terhadap kehidupan murid.
Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid
melalui pengumpulan maklumat kerana setiap murid
mempunyai ciri unik yang tersendiri. Antara contoh
maklumat yang boleh mengumpul ialah hobi, keluarga,
impian, bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak disukai.
Contohnya, guru boleh mengetahui perkembangan murid
dengan menggunakan aplikasi Hyperdocs di mana murid
boleh menulis perasaan atau aktiviti mereka di rumah.
Masukkan unsur menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru boleh menggunakan unsur menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mengurangkan tekanan
murid. Misalnya, guru boleh menggunakan aplikasi Kahoot
untuk menggabungkan isi pelajaran serta permainan.
Dengan ini, murid akan menjadi lebih bersedia dan tidak
bosan untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Hal ini
akan membuka peluang kepada murid untuk melihat guru
sebagai seorang yang prihatin serta membantu guru untuk
membina hubungan yang mesra dengan murid.
rujukan
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016).
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Prensky, M. (2001). Digital Natives and Digital
Immigrants. On the Horizon, 9(5), 1-2.
Shahrizzat Md Sukor. (2017. Pengurusan Bilik
Darjah. Slideshare. https://www.slideshare.
net/ syahsyukur/pengurusan-bilik-darjah-
81608673
Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi
Teknologi Maklumat dan komunikasi
dalam Pendidikan. Jurnal IPA, 23, 1-17.