INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
( EDUP3073 )
NAMA PELAJAR VARSHA A/P SIVA
ANGKA GILIRAN 2020192340215
NOMBOR KAD PENGENALAN 010227080690
KUMPULAN / UNIT F11
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073/ BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING PUAN NOR RUL AZLIFAH BT ZULKAFALI
TARIKH SERAHAN 12 MEI 2022
1
Penghargaan
Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) ini
dengan sempurna dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Puan Nor Rul Azlifah bt Zulkafali yang telah banyak memberi
tunjuk ajar yang sempurna kepada saya dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari
segi moral dan kewangan.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah banyak membantu terutama dalam usaha mencari bahan untuk
dijadikan rujukan bagi penyediaan kerja kursus ini. Semoga segala pertolongan kalian semua
akan mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sepanjang pelaksanaan
tugasan kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan harapan dapat
bersama-sama menolong ke arah mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang
diceburi.
2
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan…………………………………………………………………………….……4
2.0 Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya………………………….5
2.1 Aspek Fizikal………………………………………………………………………..5-6
2.2 Aspek Emosi………………………………………………………………………...6-7
2.3 Aspek Sosial………………………………………………………………………...7-8
2.4 Aspek Sosiolinguistik……………………………………………………………….8-9
3.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………………...9
Rujukan……………………………………………………………………………………………..10
3
1.0 Pengenalan
Mesra dikaitkan dengan keselesaan, keceriaan serta kegembiraan (Hidayah Saufi,
2019). Budaya pula dikaitkan dengan kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir
dan berkelakuan (Kamus Dewan, 2007). Oleh yang demikian, mesra budaya dapat
dijelaskan sebagai suatu perlakuan yang boleh menjurus kepada kegembiraan dan
keselesaan dalam suatu kalangan masyarakat tersebut (Noriati A. Rashid et.al, 2017).
Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah mesra budaya merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk
membina dan memupuk tingkah laku murid dalam bilik darjah supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan akan berjalan dengan lancar serta tidak
menyebabkan pergaduhan dan persengketaan antara murid. Dengan erti kata lain,
pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dapat membekalkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif serta memberi pengalaman bermakna kepada murid.
Oleh itu, setiap guru perlu menterjemahkan konsep mesra budaya ini dalam
pengurusan bilik darjah yang kondusif supaya dapat menimbulkan suasana
kegembiraan dan kemesraan dalam kalangan murid yang terdiri daripada kepelbagaian
sosiobudaya supaya dapat menggalakkan integrasi nasional dalam kalangan murid kelas
tersebut yang berbilang bangsa. Dengan ini, dapat meningkatkan tahap kualiti
pembelajaran dalam bilik darjah di samping membantu murid untuk menerima dan
menghayati perbezaan budaya, agama dan bangsa dalam satu komuniti bilik darjah.
Terdapat tiga aspek dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya iaitu aspek fizikal,
emosi, sosial dan sosiolinguistik.
Aspek Aspek Aspek Aspek
Fizikal Emosi Sosial Sosiolinguistik
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Dari Pelbagai Aspek
4
2.0 Langkah-Langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya
Pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran
yang positif dan produktif (Woolfolk, 2008). Oleh itu, guru perlu memberikan fokus yang
utama serta merancang strategi pengurusan yang baik untuk memastikan perkembangan
positif dan pengekalan mesra budaya dalam kalangan muridnya terutama semasa dalam
bilik darjah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh guru untuk
mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Langkah-langkah ini tertumpu
kepada empat aspek iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
2.1 Aspek Fizikal
Fizikal bermaksud kebendaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Pengurusan
bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal menekankan penggunaan ruang kelas
yang selesa dan ceria. Bilik darjah yang mempunyai ciri mesra budaya dapat memberi
kesan positif kepada pembelajaran murid. Hal ini demikian kerana persekitaran
pembelajaran adalah penentu utama dalam proses pembelajaran murid (Che Nidzam
et.al, 2014). Oleh itu, guru perlulah memberikan perhatian terhadap struktur kelas
dengan melaksanakan langkah penyusunan tempat duduk ciri abad ke-21 iaitu
percampuran murid yang berlainan sosiobudaya. Misalnya, guru perlu memastikan
setiap kumpulan mempunyai murid dari etnik dan budaya yang berlainan serta
menyusun meja dan kerusi murid seperti yang dituntut oleh pembelajaran abad ke-21
iaitu secara berkumpulan. Penyusunan kedudukan murid mengikut abad ke-21 akan
membenarkan interaksi dan komunikasi berkesan dalam kalangan murid yang berlainan
kaum dan budaya. Dengan ini, persekitaran bilik darjah juga dapat menjadi lebih
seimbang dengan percampuran dan interaksi dalam kalangan kaum yang berbeza.
Selain daripada itu, penyusunan kedudukan murid yang baik juga membolehkan murid
belajar dengan selesa serta menjadikan proses penerimaan ilmu pengetahuan lebih
berkesan. Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh susunan meja abad ke-21:
5
Rajah 1: Susunan Meja Abad Ke-21
Seterusnya, guru juga perlu mempertimbangkan kawasan dalam bilik darjah untuk
dijadikan sebagai sudut pembelajaran yang mesra budaya. Sebagai contoh, guru boleh
menyediakan sudut informasi yang berkaitan dengan kepelbagaian masyarakat dalam
Malaysia serta budaya hidup setiap kaum. Selain daripada itu, guru juga boleh
menyediakan bahan bacaan yang menekankan perpaduan dan nilai-nilai kesepakatan
bangsa di suatu sudut dalam bilik darjah tersebut. Penyediaan ruang-ruang khas dan
bahan bacaan ini membantu meningkatkan pengetahuan murid berkaitan budaya
masyarakat setempat di Malaysia. Dengan ini, murid dapat belajar untuk menghormati
setiap bangsa yang terdapat di Malaysia di samping dapat menyemai budaya membaca
dalam kalangan murid. Jelaslah bahawa sudut pembelajaran dan bahan bacaan seperti
ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan interaksi sesama murid dan memupuk
nilai toleransi antara murid.
2.2 Aspek Emosi
Emosi merupakan satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang
individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku rangsangan
terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Menurut Wentzel et.al. (2009), pengurusan
perkembangan emosi yang baik dan pembinaan sikap positif dapat disokong melalui
hubungan guru dan murid yang berkualiti. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan
konsep mesra budaya dengan menjaga setiap pertuturan kata yang dilontarkan semasa
6
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Misalnya, guru haruslah
menjaga tutur kata dengan baik dan tidak sepatutnya menyentuh isu-isu sensitif kaum
dan agama serta bersikap prejudis terhadap kaum-kaum tertentu di dalam bilik darjah
(Bennette, 2011). Dalam hal ini, guru perlu berhubung dengan murid secara profesional
dan tidak melibatkan isu sensitiviti kaum semasa pengajarannya. Hal ini adalah amat
penting supaya tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan dan salah faham dalam
kalangan murid sekaligus membuatkan suasana bilik darjah berubah menjadi tegang.
Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira latar
belakang sosioekonomi, kaum, budaya, jantina, bahasa dan sebagainya. Dengan erti
kata lain, guru perlu memberikan layanan yang adil kepada semua murid. Pernyataan ini
disokong oleh Misnah A. Hamid (2010) bahawa guru hendaklah bersikap adil dengan
semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama. Keadilan yang ditunjukkan oleh guru
ini adalah penting bagi mengelakkan sebarang perlakuan pilih kasih guru terhadap
mana-mana murid supaya tiada murid yang akan berasa tersinggung. Dengan ini, guru
dapat memastikan setiap murid di dalam bilik darjah berasa selesa dan gembira dari
segi emosi apabila guru mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan unsur
ketidakadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, penerapan unsur didik hibur juga amat bersesuaian bagi
mewujudkan bilik darjah mesra budaya kerana kaedah ini mampu menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan (Ramlah et.al, 2016). Misalnya,
guru boleh melaksanakan aktiviti drama yang berkaitan dengan kisah budaya
masyarakat Malaysia. Hal ini secara tidak langsung mampu memberi pendedahan
kepada murid-murid berkenaan budaya setiap kaum di Malaysia. Bukan itu sahaja, guru
juga boleh memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada semua murid tanpa
mengira kaum di atas pencapaian mereka supaya menjadikan murid berasa lebih
selesa dan gembira semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Welberg (1984) menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh
guru sama ada pujian ataupun dendaan memberikan impak yang sangat mendalam
terhadap pembelajaran murid.
2.3 Aspek Sosial
Dari segi aspek sosial, guru perlulah menyedari pengurusan persekitaran sosial
yang positif di dalam bilik darjah serta guru perlu merancang perkara ini dengan teliti
dalam usaha menjamin pembinaan bilik darjah yang mesra untuk murid-muridnya. Oleh
7
itu, guru wajib memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira
kaum, agama mahupun latar belakang kehidupan murid tersebut. Hal ini disokong oleh
Ahmad Firdaus et.al. (2016) yang menyatakan bahawa guru perlu bersifat pemaaf,
positif, penyayang serta adil dan saksama demi menjaga hubungan baik dengan murid.
Hubungan baik antara guru dan murid boleh diwujudkan melalui interaksi dan
komunikasi yang positif. Guru juga perlu memastikan murid dapat bergaul dengan baik
tanpa mengira kaum. Oleh yang demikian, guru perlu melaksanakan strategi
pengajaran murid secara berkumpulan atau menyusun kedudukan murid-murid
mengikut saranan strategi pengajaran abad ke-21. Guru juga perlu menerapkan nilai-
nilai unsur budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh
melaksanakan pedagogi relevan budaya dan strategi berpusatkan murid kerana cara
ini mampu meningkatkan komunikasi antara murid seterusnya membawa kepada
pembinaan hubungan yang baik.
Selain itu, guru perlulah mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dengan
melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dalam kalangan murid. Aktiviti secara
berkumpulan ini boleh mengeratkan hubungan persahabatan antara murid tanpa
mengira kaum, budaya, sosioekonomi, jantina dan sebagainya. Guru juga
bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan
latar belakang semasa aktiviti berkumpulan. Guru perlu menerangkan kepada murid
mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang
tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang oleh guru dengan teliti bagi menaburkan
persefahaman di antara setiap murid. Bukan itu sahaja, guru perlu mendedahkan murid
dengan pengurusan sosial yang efektif bagi membantu proses perkembangan sosial
murid yang positif. Jelaslah bahawa perkembangan sosial yang sihat justeru mendorong
ke arah pembinaan hubungan yang positif antara rakan-rakan, guru, keluarga dan
masyarakat sekeliling.
2.4 Aspek Sosiolinguistik
Sosiolinguistik merupakan gabungan perkataan sosio dan linguistik yang
membawa maksud ilmu interdisiplin yang berkaitan dengan perhubungan masyarakat
dan bahasa yang diguna pakai dalam komunikasi harian. Dengan erti kata lain, aspek
sosiolinguistik adalah suatu bidang yang melibatkan aspek bahasa, struktur serta
penggunaannya yang dikaitkan dengan fungsi-fungsi sosial dan kebudayaan dalam
sesuatu masyarakat tersebut. Oleh itu, guru perlu melaksanakan proses pengajaran
8
dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa rasmi negara iaitu Bahasa Melayu
bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya dari segi sosiolinguistik. Hal ini demikian
kerana penggunaan bahasa rasmi boleh difahami oleh semua kaum dan tidak berlaku
sebarang ketirisan maklumat dalam pertuturan. Melalui penggunaan bahasa yang
sama di dalam bilik darjah, guru dapat menyatupadukan murid dengan menggalakkan
interaksi antara mereka berlaku dengan lebih baik. Hal ini sekaligus menunjukkan
penerapan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah tersebut apabila murid yang
mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya dapat mempelajari dan menelusuri
penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik supaya dapat membantu mereka untuk
memahami proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Selain daripada itu, guru juga boleh mendedahkan unsur kepelbagaian bahasa di
dalam bilik darjah bagi menguruskan bilik darjah yang mesra budaya. Contohnya, guru
perlulah mendedahkan kepada murid berkenaan bahasa-bahasa yang digunakan oleh
kaum-kaum yang lain walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang
perlu dituturkan oleh guru sebagai bahasa perantaraan dalam pertuturan bersama
dengan murid yang pelbagai kaum. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan pelbagai
jenis aktiviti berbahasa, sastera dan budaya dalam kalangan muridnya. Penggunaan
sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kepelbagaian unsur
budaya bukan sahaja dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai etnik malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan
menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru meneruskan
pembelajaran dengan berkesan, setiap etnik tidak akan tersisih sebaliknya dapat
mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya dengan
variasi bahasa dan budaya.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya amat penting bagi
seseorang guru supaya dapat memberi pengalaman pembelajaran yang seronok dan
bermakna kepada murid. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya juga mampu
memberi pendedahan kepada murid berkenaan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Jelaslah bahawa pengetahuan tentang pengurusan kelas yang mesra budaya adalah
amat penting kepada semua guru agar proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah itu dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat
mewujudkan semangat bekerjasama dan bersatu padu dalam kalangan murid.
9
Rujukan
Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi & Khairunnisa. (2016). Pembinaan Hubungan Antara Guru dan
Pelajar. Jurnal Sains Sosial dan Teknikal (TSSJ), 5(1), 138-148.
Bennette. (2011). Comprehensive Multicultural Education: Theory and Practice. Allyn &
Bacon.
Che Nidzam, Noraini, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy. (2014). Pengaruh
Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan
Pembelajaran: Satu Kajian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hidayah Saufi. (2019). Pembelajaran Mesra Budaya. Academia. https://www.academia.edu/
14850407/Pembelajaran_Mesra_Budaya_KKPEDU3106
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Misnah A. Hamid. (2010). Hubungan Kepimpinan dan Pengurusan Bilik Darjah dengan
Prestasi Pelajar di Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.
Noriati A. Rashid et.al. (2014). Budaya dalam Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid et.al. (2017). Budaya dalam Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Ramlah, Nor Afni & Siti Fathimah. (2016). Aktiviti Didik Hibur dalam Kalangan Guru
Prasekolah di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 5, 19-29.
Welberg, H. J. (1984). Improving The Productivity of America’s Schools. Educational
Leadership: Alexandria, VA, 41(8), 19-27.
Wentzel, K. R. & Miele, D. B. (2009). Handbook Of Motivation At School. Routledge.
Woolfolk. (2008). Educational Psychology. Pearson.
10