MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
KAJIAN GUNA TANAH PERTANIAN DI
TAMAN KELISA
NAMA : FARRAH ALYSSA BINTI MUHAMAD FADZIL
KELAS : 3 HASANAH
GURU : ASIAH BINTI ASMUNI
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
1. Jadual kerja 3
2. Penghargaan 4
3. Pendahuluan 5
4. Objektif kajian 6-7
5. Kawasan kajian 8
6. Kaedah kajian
7. Hasil kajian 9-10
8. Rumusan 11
9. Rujukan 12
10. Lampiran 13
1
JADUAL KERJA
TARIKH PERKARA CATATAN
7/9/2021 Menerima tugasan kajian yang bertajuk guna Sewaktu PDPR
tanah pertanian di Taman Kelisa daripada guru
matapelajaran Geografi.
10/9/2021 Mencari maklumat tentang guna tanah Sewaktu luar
pertanian di tempat yang berkaitan. PDPR
21/9/2021 Membincangkan mengenai cara menulis Sewaktu PDPR
objektif kajian bersama dengan guru.
24/9/2021 Menulis penghargaan dan objektif kajian. Sewaktu luar
PDPR
28/9/2021 Mendapat penerangan daripada guru cara Sewaktu PDPR
menulis pendahuluan dan kawasan kajian.
12/10/2021 Membincangkan mengenai cara menulis Sewaktu PDPR
kaedah kajian dan melukis peta lakar.
15/10/2021 Menulis pendahuluan, kawasan kajian, kaedah Sewaktu luar
kajian dan melukis peta lakar. PDPR
26/10/2021 Mendapat penerangan daripada guru cara Sewaktu PDPR
menulis hasil kajian, rumusan dan rujukan.
29/10/2021 Menulis hasil kajian, rumusan dan rujukan. Sewaktu luar
PDPR
2/11/2021 Mendapat penerangan daripada guru Sewaktu PDPR
berkaitan lampiran.
5/11/2021 Menulis lampiran. Sewaktu luar
PDPR
6/11/2021 Menghantar hasil kerja lapangan kepada guru Sewaktu luar
matapelajaran. PDPR
2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi
dengan jayanya. Insya Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak
manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Zaiton binti Ismail kerana membenarkan
saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Asiah binti Asmuni iaitu
guru geografi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan
tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang
ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat
teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Muhamad Fadzil bin Muhamad @ Yaccob dan bonda Yusra
Asyikin binti Md Yunus yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.
Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja
seperti ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Amanina Badrisya binti
Abdul Hamid dan Mirza Kamalia binti Amir yang telah banyak membantu saya
untuk menyelesaikan kerja kursus ini.
3
PENDAHULUAN
Saya, Farrah Alyssa binti Muhamad Fadzil dari kelas 3 Hasanah telah
menghasilkan Kerja Kursus Geografi ini. Kawasan kajian saya ialah Taman
Kelisa, Alor Setar, Kedah.
Saya telah memilih kawasan ini kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal
saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat kajian selepas
waktu persekolahan. Tempoh masa kajian dijalankan ialah enam minggu
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya
pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi penilaian oleh guru penilai
saya.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian guna tanah pertanian di kawasan Taman Kelisa,
Alor Setar, Kedah. Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang
berikut :
1- Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
2- Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah
di kawasan Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah.
3- Menghuraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar yang dikaji di
kawasan Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah.
4- Mengenal pasti dan menghuraikan satu jenis guna tanah utama di
kawasan Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah.
5- Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah yang
terdapat di kawasan Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah.
6- Menyediakan laporan hasil kajian.
5
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah. Kawasan ini
merupakan kawasan yang terletak di daerah Kota Setar dan merupakan salah
sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kedah.
Taman Kelisa merupakan kawasan perumahan. Terdapat juga rumah teres,
berkembar dan banglo. Taman yang berhampiran dengannya ialah Taman
Cencaru dan Taman Arowana. Taman ini bertempat di kawasan bandaraya
Mergong. Petempatan di kawasan taman ini mempunyai jumlah penduduk
sederhana padat.
Bentuk muka bumi di kawasan kajian saya ialah tanah pamah. Ciri pandang
darat fizikal yang terdapat dalam kawasan ini ialah rumput dan sungai. Bagi ciri
pandang darat budaya pula terdapat petempatan, jalan raya, sawah padi,
jambatan dan sekolah.
6
PETA LAKAR TAMAN KELISA, ALOR SETAR, KEDAH
7
KAEDAH KAJIAN
Saya mendengar taklimat dan penerangan daripada guru Geografi, dan pada
masa yang sama membuat catatan hasil penerangan guru. Saya telah
mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 2 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:-
1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk
mendapatkan maklumat tentang pengangkutan di kawasan kajian. Saya
telah memerhati pelbagai jenis alat pengangkutan dan sistemnya di
kawasan kajian. Contohnya ialah traktor, bas, kereta dan motorsikal.
2. Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari
maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Saya juga telah
mencari pelbagai sumber dari internet untuk menjayakan kerja khusus ini.
Selain itu saya juga telah menggunakan buku teks Geografi Tingkatan 3
untuk memudahkan saya membuat kajian ini.
8
HASIL KAJIAN
1. Faktor guna tanah pertanian
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi guna tanah ialah perindustrian. Ia
adalah salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di
Malaysia. Lokasi bagi perletakan kawasan perindustrian adalah penting
kerana akan memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya.
Begitu juga untuk kemudahan infra yang kukuh kerana ia merupakan pra
syarat bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan industri yang
mampan termasuklah kemudahan elektrik, telefon dan air. Cuaca juga
merupakan salah satu faktor guna tanah pertanian. Cuaca sejuk dengan
suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18 darjah Celsius di kawasan tanah
tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron Highland dan Kundasang sesuai bagi
penanaman teh, sayur-sayuran dan bunga. Bagi cuaca yang panas pula,
sepanjang tahun menggalakkan aktiviti penangkapan ikan.
2. Kesan guna tanah pertanian
Peningkatan suhu merupakan salah satu kesan yang mempengaruhi sesuatu
bandar atau kawasan. Ia dikenali sebagai fenomena pulau haba bandar.
Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas karbon monoksida oleh
kenderaan bermotor yang mempunyai daya serap haba yang tinggi,
kekurangan kawasan hijau untuk menyerap gas karbon dioksida.
Pertambahan gas karbon dioksida menyebabkan kadar penyerapan
bahangan matahari semakin tinggi di kawasan bandar. Penurapan
permukaan bumi dan bahan binaan bandar yang terdiri daripada simen dan
konkrit mempunyai daya serap haba yang tinggi. Pembinaan bangunan yang
sangat rapat antara satu sama lain menyebabkan haba terperangkap di
celah-celah bangunan dan seterusnya memanaskan permukaan bandar.
9
3. Cadangan usaha mengatasi kesan guna tanah pertanian
Antara langkah-langkah dalam mengatasi kesan guna tanah pertanian ialah
aktiviti gotong-royong, untuk mengurangkan masalah seperti perparitan
tersumbat, banjir kilat, sampah, nyamuk aedes dan banyak lagi perkara.
Selain itu, boleh juga dengan mengadakan kempen. Kebersihan alam sekitar
boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya
penduduk dapat menjaga alam sekitar sejak kecil. Melalui kempen
kesedaran ini, masyarakat diseur untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Akhir sekali, masalah setinggan. Cadangan yang boleh dipraktikan bagi
membasmi penularan masalah setinggan adalah dengan memperbanyakkan
pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri. Contohnya, membina
rumah-rumah kos rendah dan pangsapuri untuk penduduk berpendapatan
sederhana. Kerajaan juga boleh mengambil langkah mengurangkan
setinggan yang melibatkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar
dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar dan melaksanakan
konsep memperbandarkan kampong untuk mengurangkan tumpuan
penduduk ke bandar.
10
RUMUSAN
Kajian yang saya jalankan di Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah telah banyak
memberi pengalaman dan pengatahuan yang amat berguna kepada saya.
Melalui kajian ini saya berpeluang menganal pasti jenis tanah dan kesan-
kesan yang mempengaruhi guna tanah pertanian yang terdapat di Taman
Kelisa, Alor Setar, Kedah. Jenis tanah yang lebih digunakan oleh penduduk
di Taman Kelisa ialah tanah pamah. Kesan-kesan yang dipengaruhi di Taman
Kelisa ialah peningkatan suhu. Kajian ini membolehkan saya mengetahui
kesan-kesan yang dihadapi oleh penduduk tempatan dengan lebih dalam.
Saya berharap agar cadangan-cadangan berkenaan akan dapat saya
kemukakan kepada pihak berkuasa melalui saluran-saluran yang berkesan,
semoga penggunaan tanah pertanian di Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah
dapat ditambah baik dan memberi faedah kepada semua penduduk
kawasan Taman Kelisa, Alor Setar, Kedah.
11
RUJUKAN
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 3
2. Sumber Internet
https://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2018/07/2018-
PT3-GEOGRAFI-KERJA-KURSUS-PART-3-3.pdf
https://www.google.com/search?q=kesan+guna+tanah&oq=kesan+gun&aq
s=chrome.0.0i512l2j69i57j0i512l7.12213j1j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-
tanah/
https://www.google.com/search?q=contoh+rumusan+kerja+lapangan+geo
grafi&oq=contoh+rumusan+ker&aqs=chrome.4.0i512l3j69i57j0i512l6.2856
1j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
12
LAMPIRAN
KAWASAN PERUMAHAN DI TAMAN KELISA
13