E-BOOK
SUKAN
BALING
SELIPAR
Permainan Tradisional
Kanak-Kanak Malaysia
@Kumpulan 1
KATA
ALU-ALUAN
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya Amar
Badiuzzaman sebagai Pengarah Kumpulan berpeluang untuk
mengabdikan kata alu-aluan saya di dalam buku permainan Baling
Selipar ini. Pertama sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada
rakan-rakan dan juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak langsung kerana hasil usaha dan
kegigihan setiap individu akhirnya buku ini berjaya dihasilkan. Selain
itu, tidak dilupakan juga kepada Dr Kamaruzzaman bin Soeed yang
banyak membimbing kami sepanjang tempoh penghasilan buku ini.
Permainan baling selipar ini merupakan salah satu permainan
tradisional yang sering dimainkan pada zaman dahulu namun sejak
akhir-akhir ini ianya semakin dilupakan. Oleh itu, buku ini dihasilkan
sebagai satu alternatif untuk memberi pendedahan kepada anak muda
dan juga kepada masyarakat berkaitan permainan tradisional di negara
kita iaitu permainan baling selipar. Segala isi yang terdapat di dalam
buku ini seperti cara bermain, sejarah permainan, alatan yang
digunakan, peraturan permainan dan lain-lain merupakan hasil carian
daripada setiap ahli kumpulan di dalam internet dan juga berdasarkan
pengalaman mereka sendiri. Diharapkan segala input yang ada di
dalam buku ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada
para pembaca berkaitan permainan baling selipar.
Akhir kata, semoga buku ini mampu menjadi sumber rujukan kepada
sesiapa sahaja yang ingin mengetahui segala perkara berkaitan
permainan baling selipar.
Sekian, terima kasih.
Amar Badiuzzaman bin Md Yazed
Pengarah Kumpulan
ISI KANDUNGAN
PERMAINAN BALING SELIPAR
1Pendahuluan ---------------------------------
Pengenalan Kepada Permainan Tradisional
2Baling Selipar --------------------------------
3Sejarah --------------------------------------
4Cara Permainan -----------------------------
5Alatan ----------------------------------------
6Peraturan Permainan ------------------------
7Kaedah Perlawanan --------------------------
8Langkah Keselamatan ------------------------
9Penutup --------------------------------------
PENDAHULUAN
Permainan baling selipar ini adalah
permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia
sejak sekian lama dan kini semakin dimamah
usia dengan perkembangan teknologi di
Malaysia. Permainan baling selipar ini juga
dikenali sebagai permainan tuju selipar atau
permainan susun selipar. Permainan baling
selipar ini sama seperti permainan baling tin
akan tetapi permainan baling selipar ini
menggunakan 3 selipar yang disusun tegak dan
dibaling selipar yang lain untuk menjatuhkan
selipar yang disusun tegak itu.
Permainan baling selipar ini sangat
popular pada zaman 80-an dan 90-an yang
mana permainan ini menjadi riadah petang
bagi kanak-kanak atau remaja pada zaman
tersebut. Permainan baling selipar ini sangat
disukai kerana tidak memerlukan peralatan
yang banyak yang mana hanya memerlukan 3
pasang selipar sahaja untuk bermain
permainan baling selipar ini.
PENGENALAN
Permainan baling selipar merupakan
permainan tradisional yang cukup sinonim
dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya
golongan kanak-kanak. Permainan baling
selipar dikenali dalam pelbagai nama lain
seperti tuju kasut, tuju selipar, tikam selipar
ataupun pekong selipar dalam loghat Pantai
Timur. Permainan tradisional ini dimainkan
sebagai hiburan pada waktu riadah sebagai
salah satu cara mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan masyarakat di
samping menggalakkan interaksi komunikasi
antara satu sama lain. Permainan ini
kebiasaannya dimainkan di kawasan
perkampungan atau kejiranan bandar oleh
kanak-kanak pada waktu senggang seperti
padu waktu riadah petang.
Pada zaman sekarang
penggunaan selipar sering
digantikan dengan
permainan baling tin atau
baling tuju namun masih
menggunakan cara
permainan yang sama.
SEJARAH
Permainan baling selipar tidak dapat
dipastikan asal-usul berikutan telah
dimainkan sejak zaman dahulu lagi dan
terus berkembang di seluruh Tanah
Melayu terutamanya di kawasan
perkampungan Orang Melayu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga
pendapat mengatakan bahawa permainan
baling selipar mula dimainkan sekitar
zaman kolonial iaitu sewaktu penduduk
Tanah Melayu menggunakan selipar. Pada
peringkat awal, alat untuk membaling
sasaran berbeza digunakan seperti bola
tenis, selipar dan kayu. Namun seiring
dengan keselamatan, penggunaan selipar
diutamakan berikutan lebih lembut untuk
mengelakkan kecederaan pemain.
CARA
PERMAINAN
Permainan ini haruslah dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu pasukan menyerang (Kumpulan A) dan
1 pasukan bertahan (Kumpulan B).
Tiga belah selipar disusun menjadi bentuk menara atau
2 piramid.
Sebelah selipar digunakan untuk melakukan balingan
3 terhadap menara selipar yang disusun.
Permainan dimulakan dengan pasukan penyerang
(Kumpulan A) terlebih dahulu membaling selipar ke arah
menara selipar yang disusun. Sekiranya gagal, pemain
4 seterusnya dalam pasukan yang sama membuat
balingan sehingga menara selipar dapat dijatuhkan.
Sekiranya menara selipar dapat dijatuhkan, kumpulan
menyerang perlulah berusaha mencari peluang untuk
5 membina balik menara selipar.
Manakala, kumpulan B perlulah mencegah dan
menghalang kumpulan A daripada membina menara
6 selipar. Ahli kumpulan B perlulah membaling selipar
kepada ahli kumpulan A dengan segera.
Ahli Kumpulan A yang terkena selipar dikira mati dan
7 terkeluar daripada permainan.
1 mata akan diberikan jika
Kumpulan A berjaya membina menara selipar.
8 Kumpulan B berjaya mematikan ahli Kumpulan A.
Permainan akan diteruskan dengan kumpulan pemenang
9 akan memulakan permainan.
ALATAN
1 2
3 pasang
selipar
diperlukan
3 belah selipar
akan disusun
menjadi
piramid
3 4
2 belah selipar
1 belah selipar
akan diberikan
akan diberikan
kepada
kepada
pembaling penjaga
PERATURAN
PERMAINAN
Pemain tidak dibenarkan membuat
balingan melebihi garisan yang telah
ditetapkan.
Penjaga tidak dibenarkan mematikan
pemain dengan mengejar pihak
pembaling sambil membawa selipar.
Selipar harus di baling kepada rakan
lain untuk mematikan pihak lawan.
Penjaga juga tidak boleh merosakkan
kembali selipar yang telah disusun
oleh pembaling.
Pemenang akan dikira berdasarkan
pasukan yang dapat menyusun
selipar.
Pemain tidak dibenarkan keluar
daripada kawasan permainan kecuali
dimatikan oleh pihak penjaga.
KAEDAH
PERLAWANAN
1. Balingan
i. Pemain pertama akan membaling susunan selipar
menggunakan selipar yang diberi.
ii. Sekiranya pemain pertama tidak berjaya pemain
seterusnya akan meneruskan permainan sehingga habis
pemain di dalam kumpulan.
2. Susunan jatuh
i. Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan
susunan selipar jatuh, pihak lawan akan membaling kepada
kumpulan pemain yang membuat balingan.
ii. Pihak yang membuat balingan haruslah menyusun semula
selipar. Jika susunan tidak berjaya disusun semula, kumpulan
tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya, kumpulan
tersebut akan membuat balingan kembali.
3. Penjaga
i. Pihak penjaga akan diberi satu selipar untuk mematikan
lawan.
ii. Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa
membuat balingan
iii. Mereka perlu bekerjasama dengan pasukan ataupun
baling selipar ke arah ke depan dan selipar itu haruslah
berada di tanah baru boleh bergerak.
iv. Jika mereka berjaya
mematikan pihak lawan,
mereka akan menjadi
pembaling pula.
4. Jarak
i. Jarak antara pembaling
dan susunan selipar adalah
lebih kurang 10 kaki.
LANGKAH
KESELAMATAN
1. Pastikan bahan yang digunakan
untuk membaling adalah bahan yang
lembut seperti selipar yang lembut
atau bola tenis.
2. Had bahagian untuk melakukan
balingan adalah dibawah paras
kepala, pengadil berhak mendenda
pihak yang membaling dari segi mata
perlawanan.
3. Dilarang sama sekali melaku "body
contact" semasa permainan sedang
dijalankan.
PENUTUP
Permainan baling selipar merupakan sukan
tradisional yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Sukan ini juga memberikan manfaat yang baik
kepada peserta kerana ianya boleh mengeratkan
hubungan antara satu sama lain, hal ini kerana
ianya memerlukan kerjasama yang baik dari
pasukan dan kemahiran berkomunikasi dengan
pasukan.
Seterusnya, permainan sukan baling selipar ini
dapat memberikan pendedahan kepada
masyarakat bahawa ianya masih tidak ketinggalan
zaman disebabkan perkembangan teknologi yang
semakin canggih. Hal ini kerana, sukan baling
selipar ini merupakan sukan yang dapat
mengeratkan hubungan dan seterusnya, cara
berkomunikasi yang menarik untuk bekerjasama di
antara pasukan yang membuatkan sukan ini masih
tidak ketinggalan zaman. Akhir sekali, kami
berharap peserta dapat mengisi masa lapang
mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
WORK HARD, PLAY HARD