Syabas! Semoga penghasilan Buletin SEKEP ini akan dijadikan salah satu wadah dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh warga SK PAKA. Akhir kalam, semoga SK Paka terus mengorak langkah dalamNapa jua bidang sehingga ke peringkat yang tertinggi. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Buletin SEKEP edisi ke 7 tahun 2023 ini. Saya berbesar hati mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi yang telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat penerbitan Buletin SEKEP. SIDANG EDITOR SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA SEKEP TV SK Paka 09 8286951 BULETIN JULAI EDISI 7/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA KATA PENGANTAR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. PN RUSNAH BINTI MUSA PENGERUSI: EN HAZANIZAM BIN HASSIM PENYELARAS: PN NOR NADIA ALIA BINTI SOBARI AJK KHAS: PN NORFAIZAH BINTI MAT ZIN NAIB PENGERUSI: EN SHANRUDIN BIN KARIM PN NOR HAMIZA BINTI MOHD ALI PN RUHANA BINTI ANANG EDITOR: PN WAN NOR KAMARIAH BINTI WAN HASSAN CIK HAFIZA HUSNA BINTI KAMARUDIN PN NURUL ATIAH NAJWA BINTI MAT JUSOH PN MAZNI BINTI TAHIR Hazanizam Bin Hassim Guru Besar SK PAKA Sedutan Bulan Ini
Lensa
BULETIN JULAI PPIM DAERAH (2 JULAI 2023) Baru-baru ini, PPIM Daerah Dungun telah mengadakan satu pertandingan sempena bulan Ramadan. Beberapa orang ahli PPIM SEKEP telah menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut: -Pertandingan Video Riang Ria Aidilfitri Naib Johan (Najihah binti Hasnol) - Pertandingan Kuiz Ramadan Saguhati ( Nur Hannah Damia ) PERTANDINGAN SCRABBLE (3 JULAI 2023) Pertandingan Scrabble peringkat sekolah merupakan satu langkah proaktif mencungkil bakat murid-murid dalam pertandingan ini. Selain itu, murid akan diuji dalam kecerdasan minda berfikir, kemahiran penguasaan kosakata, kecekapan membuat kira-kira, merancang strategi dan sebagainya. Permainan ini memupuk semangat persaingan secara sihat dikalangan peserta yang terlibat. Johan dan Naib Johan pertandingan ini akan mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat Daerah pada bulan September nanti. KEJOHANAN HOKI ZON (2 JULAI 2023) SEKEP telah menghantar pasukan hoki lelaki dan perempuan dalam Kejohanan Hoki MSSD peringkat Zon Paka. Sebanyak 6 pasukan lelaki dan 6 pasukan perempuan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan hoki lelaki SEKEP berjaya menjadi Johan mengalahkan SK. Seri Paka dan layak mewakili Zon Paka untuk ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada 9 Julai 2023. Tahniah dan syabas !!!
BULETIN JULAI MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH (5 JULAI 2023) Pada Kejohanan kali ini, SEKEP telah menghantar seorang atlet Merentas Desa Pendidikan Khas. Atlet yang dimaksudkan adalah Muhaammad Zulhaiqal Bin Zameri. Daripada penyertaan tersebut, kita telah berjaya mendapat Johan dan layak mewakili Daerah Dungun ke Kejohanan peringkat Negeri. KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON (5 & 6JULAI 2023) Pasukan bola tampar lelaki dan perempuan bawah 12 tahun telah berjaya mendapat tempat ketiga bersama dalam Kejohanan Bola Tampar peringkat Zon Paka. KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN (5 JULAI 2023) Kem ini merupakan aktiviti pemulihan bacaan alQuran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid Tahap 2 yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Seramai 60 orang murid tahap 2 terlibat dengan dikendalikan oleh 5 orang guru. Semoga semua murid yang terlibat mendapat input dari penganjuran kem ini. BENGKEL PEMANTAPAN PRS NEGERI (6 JULAI 2023) Adik Muhammad Muizzudin bin Mokhtar telah terpilih ke Simposium PRS Negeri Terengganu pada 9 hingga 11 Julai 2023 bagi mewakili Daerah Dungun. Persediaan terakhir telah dilakukan oleh adik Muizzudin dengan bimbingan guru bimbingan dan kaunseling bagi memantapkan lagi pengetahuan PRS dan amali di lapangan. Temubual kerjaya telah dibuat dengan beberapa orang yang mempunyai kerjaya di dalam kawasan sekolah.
BULETIN JULAI KUNJUNG BANTU KPM (6 JULAI 2023) Seramai 5 orang pegawai terdiri dari KPM, JPNT dan PPD berkunjung ke SK Paka dalam sesi gerak kerja pengurusan pra sekolah. Banyak perkongsian ilmu dan cerita pengalaman sebenar tentang pengurusan pra sekolah yang dikongsikan untuk inspirasi bersama. Keutamaan kepada aspek 4K iaitu keselamatan, kebersihan, keceriaan dan kreativiti diberi penekanan. Kunjung bantu tamat pukul 2.30 petang setelah selesai sesi wrap up dan rumusan. Terima kasih atas teguran membina dan cadangan idea juga info berguna ke arah pemantapan dan pengurusan yang lebih baik pada masa yang akan datang. Terima kasih juga atas taraf penarafan baik yang diberikan KAMI NAK HIDUP SIHAT (6 JULAI 2023) Himpunan Virtual Hepili dijalankan untuk menjayakan cubaan mencipta The Malaysia Book of Records X-Break Mega Bersama warga Institusi Pendidikan terbesar secara virtual. Program ini dijalankan sempena sambutan minggu sihat hepili 2023 bertemakan "Kami Nak Hidup Sihat". Aktiviti ini dijalankan pada pukul 8 pagi dan disertai oleh 57 org ahli Kelab Doktor Muda dan 5 orang guru penasihat serta 2 org guru pembantu teknikal SK Paka. Semoga dengan penganjuran aktiviti begini dapat memberi kesedaran pentingnya membuat aktiviti fizikal dan regangan selama 3-5 minit setelah duduk melebihi 2 jam. WORLD PLASTIC BUSTER (8 JULAI 2023) Kempen Pantai Bersih yang dianjurkan oleh Pandu Puteri Daerah Dungun telah diadakan di Pantai Teluk Bidara. Seramai 8 orang murid Pandu Puteri Tunas dan 2 orang guru pembimbing telah terlibat sebagai peserta dalam program pada kali ini.
BULETIN JULAI SIMPOSIUM PRS NEGERI (9-11 JULAI 2023) Seramai 80 orang PRS dari semua Daerah di negeri Terengganu diberi latihan secara khusus bagi mencari calon PRS terbaik yang akan mewakili Terengganu ke Simposium peringkat Kebangsaan. Kesemua peserta telah berjaya ditauliahkan sebagai PRS tahap bongsu. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Peserta juga diberi tugasan luar di Pasar Payang, Stesen Bas dan KTCC Mall bagi slot komunikasi dan pengucapan awam. ADNI ZON (10 JULAI 2023) KEJOHANAN HOKI DAERAH (9 JULAI 2023) Pasukan hoki lelaki SEKEP hanya berjaya mendapat tempat ketiga kategori Kumpulan A. Walaupun tidak dapat mara untuk ketperingkat seterusnya, diharapkan agar pengalaman yang telah diperolehi oleh para pemain dalam setiap perlawanan sebelum ini menjadi pemangkin agar dapat mempamerkan cara permainan yang lebih menyerlah pada masa akan datang. SK Felda Kerteh 1 merupakan tuan rumah bagi Pertandingan Program Adab dan Nilai (ADNI) Peringkat Zon Paka 2023. Pertandingan ADNI pada kali ini disertai oleh 10 orang peserta. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Daie Cilik, Kalam Arabiy, Hazafan Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan Khat. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Pada tahun ini, SK Paka hanya mendapat saguhati bagi semua kategori. Terima kasih pada semua Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang bertungkus lumus melatih peserta. InsyaAllah kita cuba lagi tahun hadapan!
BULETIN JULAI KEJOHANAN BOLA BALING ZON (10-12 JULAI 2023) Pasukan bola baling lelaki dan pasukan bola baling perempuan SEKEP telah menyertai Kejohanan Bola Baling Sekolah-Sekolah Zon Paka bagi kategori bawah 12 tahun. Setiap pasukan diwakili oleh 10 orang pemain dan berjaya meraih Johan sekali gus mendapat tempat untuk mara ke peringkat Daerah mewakili Zon Paka. MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS NEGERI (10 JULAI 2023) SEKEP telah menghantar seorang atlet mewakili Daerah Dungun ke Pertandingan Merentas Desa peringkat Negeri yang diadakan di SMK Permaisuri Nur Zahirah. Daripada penyertaan tersebut, kita mendapat keputusan Naib Johan dan layak mewakili pasukan Terengganu ke peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Zulhaiqal Bin Zameri. SEKEP telah menghantar sepasukan pemain sepak takraw pada Kejohanan Sepak Takraw peringkat Zon Paka. Keputusan amat membanggakan apabila SEKEP menjadi Juara kumpulan mengalahkan SK Paka 11. SEKEP layak ke peringkat Daerah. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ZON (13 JULAI 2023)
BULETIN JULAI GOTONG ROYONG SEKOLAH (12 JULAI 2023) Program anjuran Unit 3K ini adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan kelas agar lebih bersih, ceria dan kondusif serta menanam sikap rajin dan prihatin semua murid dan warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan sekolah. TAHUN 1 : KELAS MASING-MASING TAHUN 2 : BLOCK C TAHUN 3 : BLOK D TAHUN 4 : BLOK B TAHUN 5 : SEKITAR SURAU, MAKMAL DAN PADANG TAHUN 6 : BLOK A DAN SEKITAR KANTIN INTERVENSI RMT BERSAMA UBK (6 & 12 JULAI 2023) “RMT: Rezekimu Tersedia, Nikmati dan Syukuri”. Program Ini diadakan untuk memastikan peratus kehadiran pelajar RMT meningkat dan lebih berdisiplin terutamanya ketika makan makanan RMT. Semoga pelaksanaan intervensi di antara unit RMT dan UBK ini akan menjadikan peratus kehadiran pelajar yang menerima RMT mencapai sasaran 90%. PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS BULAN JUN (9 JULAI 2023) Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas diadakan bagi mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria . Suasana kelas yang kondusif dan ceria akan memberi murid keselesaan untuk belajar dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Pemenang pertandingan kebersihan dan Keceriaan Kelas bulan Jun bagi Tahap 1 ialah kelas 1 Tualang dan Tahap 2 kelas 5 Cengal.
BULETIN JULAI PEMILIHAN PEMAIN HOKI NEGERI (13 JULAI 2023) Adik Ahmad Syakir Hakimi bin Mohd Azlan dari kelas 6 Merbau telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki MSSD Dungun ke Kejohanan Hoki MSST 2023 yang akan diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2023 di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu. Adik Ahmad Syakir Hakimi akan menjalani latihan pusat pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2023 di SK. Kampung Baru Kuala Abang, Dungun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ahmad Syakir Hakimi. Semoga terus maju jaya . KEJOHANAN BOLA BALING DAERAH (17 JULAI 2023) Meneruskan perjuangan ke peringkat Daerah, kedua-dua pasukan bola baling lelaki dan perempuan SEKEP mewakili Zon Paka A ke Kejohanan Bola Baling MSSD kategori bawah 12 tahun. Hasil kerja keras berkumpulan, pasukan bola baling perempuan berjaya menempah tempat ketiga bersama setelah mara ke separuh akhir sebagai Johan Kumpulan A. KEJOHANAN BOLA JARING ZON (12 & 16 JULAI 2023) SK Paka merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Paka 2023. Pertandingan bola jaring pada kali ini disertai oleh 10 buah pasukan termasuk SK Paka. Pasukan SK Paka berada dalam kumpulan B berdasarkan undian yang telah dijalankan sebelum perlawanan berlangsung. SK Paka berjaya menjadi Naib Johan kumpulan B dan menentang SK Tebing Tembah dalam perlawanan separuh akhir yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada SK Tebing Tembah. SK Paka berjaya mendapat tempat ketiga bersama SK Seri Paka.
BULETIN JULAI KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAERAH (17 JULAI 2023) Pada kejohanan kali ini, SEKEP menghantar seorang atlet merentas desa Pendidikan Khas. Atlet yang dimaksudkan adalah Muhammad Zulhaiqal Bin Zameri. Daripada penyertaan tersebut, kita mendapat keputusan Johan dan layak mewakili Daerah Dungun ke Kejohanan peringkat Negeri. LAWATAN KERJA PPD DUNGUN (17 JULAI 2023) Kehadiran Tuan PPD Daerah Dungun, En Yusma @ Abd Mubin bin Yusof telah disambut oleh Guru Besar Encik Hazanizam bin Hassim dan Penolong Kanan Pentadbiran Encik Shanrudin bin Karim. Semoga lawatan kerja dan nasihat yang diberikan dapat memantapkan lagi pengurusan sekolah pada masa hadapan. PROGRAM BIJAK MATEMATIK (17JULAI 2023) “Program ini melibatkan semua murid dan guru matematik bertujuan untuk merangsang dan menjana minda murid, serta dapat mewujudkan suasana yang berlainan daripada belajar di dalam kelas dengan kaedah "Butang" yang menarik. TAKLIMAT SARINGAN MINDA SIHAT (18 JULAI 2023) Seramai 359 orang murid calon Saringan Minda Sihat (SMS) tahun 5 dan 6 diberi taklimat dan pendedahan tentang cara pelaksanaan ujian Saringan Minda Sihat. Soalan SMS melibatkan tiga bahagian. Intervensi bagi SMS akan dijalankan selepas kesemua calon SMS berjaya menjawab ujian.
BULETIN JULAI PROGRAM MINDA SIHAT (20-31 JULAI 2023) Seramai 359 calon Saringan Minda Sihat menjawab ujian saringan tersebut di makmal komputer sekolah dengan dibantu oleh GBK serta beberapa orang pengawas sekolah dan PRS bagi melancarkan perjalanan program. Kekangan berlaku apabila melibatkan calon tidak hadir ke sekolah. Calon Saringan Minda Sihat menjawab ujian secara bergilir-gilir bagi setiap kelas kerana jumlah komputer yang terhad serta bagi mengelakkan kesesakan berlaku di makmal. MAAL HIJRAH (19 JULAI 2023) Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti mewarna, menulis khat dan komik jawi. Kemuncak program pada hari Khamis di mulai dengan bacaan Yasin, Selawat Nabi dan seterusnya ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafizul bin Husain. Soalan kuiz spontan dan cenderahati turut diberikan kepada murid yang berjaya menjawabnya .Semoga tahun baharu ini memberi semangat yang lebih baik kepada warga SK Paka. OLAHRAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS DAERAH (26 & 27 JULAI 2023) Seorang murid SK Paka iaitu adik Zulhaiqal telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Dungun (PPKI) yang telah berlangsung di SMK Sultan Omar, Dungun. Di dalam kejohanan tersebut, beliau telah berjaya menempatkan dirinya selaku Johan bagi acara 200m L12 serta Naib Johan 100m L12. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Zulhaiqal di atas pencapaian ini yang telah mengharumkan nama SK Paka.
BULETIN JULAI LAWATAN PENANDA ARAS TVPSS (27 JULAI 2023) Lawatan penanda aras TVPSS dari Ocean TV SK Beris Panchor melibatkan seramai 30 orang murid dan 8 orang guru. Kehadiran rombongan telah disambut dengan persembahan Silat Pukulan Belebat. Selepas sesi taklimat, guru dan murid dibawa melawat Studio SekepTv. Selain melawat studio, murid-murid juga terlibat dengan 3 aktiviti, iaitu, cabaran baca berita, teknik rakaman dan cara-cara membuat suntingan. KURSUS KETUA PATROL & KETUA SEKAWAN (27 JULAI 2023) SEKEP telah menghantar 2 orang murid untuk menyertai kursus ini yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Duyong, Kuala Terengganu. Murid tersebut ialah Qish Qayyum bin Azli dan Mohammad Aidil Alif bin Faizal dari kelas 5 Merbau. DMJ TEAM SUPPORT TUNKU YUESUF telah memberi sumbangan kayu hoki sebanyak 19 batang kepada sekolah dan 1 batang lagi untuk jurulatih Puan Wan Marzuriana Mohd. Beliau juga menyumbang wang tunai sebanyak RM10.000 untuk prasarana hoki sekolah dan RM 11.000 untuk makan minum murid seramai 1066 orang. Manakala Datuk Yusman Mohd Yusuf pula memberi sumbangan jersi untuk pasukan hoki SEKEP. MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN JERSI & KAYU HOKI (30 JULAI 2023)
WAN AYRA NUR IMAN BT WAN ROSLAN ANUGERAH TOKOH NILAM BAHASA INGGERIS SEK RENDAH PERTANDINGAN BERCERITA MINGGU PENYU SEDUNIA BULETIN JULAI Daerah Dungun Negeri Terengganu AHMAD SYIMIR NAUFAL BIN MOHD SAIDIN
BULETIN JULAI
BULETIN JULAI