SINCE OCT 2022 | BILANGAN 18 | JUN 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA SEKEP TV SK Paka 09 8286951 NAIBPENGERUSI PENGERUSI PENYELARAS&EDITOR AJKKHAS Alhamdulillah, bersyu J kur ke U hadrat llahi N kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Buletin SEKEP edisi keenam tahun 2024 ini. Saya berbesar hati mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi yang telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat penerbitan Buletin SEKEP. Syabas! Semoga penghasilan Buletin SEKEP ini akan dijadikan salah satu wadah dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh warga SK PAKA. Akhir kalam, semoga SK Paka terus mengorak langkah dalam apa jua bidang sehingga ke peringkat yang tertinggi.
LENSA JUN
BULETIN JUN KEJOHANAN SILAT WARISAN UMT (30 MEI - 1 JUN 2024) Kejohanan ini memberi peluang kepada para peserta untuk beraksi dan bersaing dalam pelbagai aspek persilatan meliputi aspek tari silat hinggalah aspek bela diri. Melalui kejohanan ini juga, peserta mendapat pengalaman yang sangat berharga dan membolehkan mereka menunjukkan kebolehan serta kemahiran dalam seni silat. 2 orang peserta wakil dari SK Paka telah berjaya memenangi Pingat Emas dalam kejohanan ini iaitu Muhammad Afiq Rayyan bin Faizal & Nur Aisyah binti Mohd Jushairi. Tahniah! PROGRAM ZIARAH UNIT KEBAJIKAN (5 JUN 2024) Unit Kebajikan SK Paka telah melawat Aqilah Nur Jannah binti Mohd Safarin yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Adik Jannah menghidap ketumbuhan di dalam otak. Guru Besar mewakili warga Sekep telah menyampaikan sumbangan kepada bapanya. Adik Jannah telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.6.2024. Al-Fatihah untuk arwah. KEJOHANAN CATUR PERINGKAT MSST (6 JUN - 8 JUN 2024) Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2024 telah berlangsung di SMK Chalok Setiu. SK Paka telah menghantar seorang wakil ke peringkat negeri iaitu Wan Einara Dalysa dari kelas 5 Seraya. Wan Einara memperoleh keputusan yang baik iaitu no. 12 daripada 37 orang peserta catur bagi kategori perempuan 12 tahun ke bawah. Beliau merupakan wakil pertama dari SK Paka yang layak ke peringkat negeri bagi sukan catur. Semoga pencapaian ini akan menjadi penyuntik semangat untuk terus maju pada masa akan datang.
PELANCARAN PROGRAM “SAYA SUKA RMT” & ”HADIR AWAL UNTUK RMT” (9 JUN 2024) BENGKEL KAEDAH PEMBELAJARAN DAN KAJIAN TINDAKAN (9 JUN 2024) Bengkel ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah bt Ali, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pendidikan (UPSI). Bengkel ini bertujuan memperbaiki amalan guru dan menambah keberkesanan amalan pembelajaran. Selain itu, ia juga bertujuan agar guruguru memikirkan intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dialami oleh guru-guru. Amalan perkongsian ini sangat memberi manfaat kepada semua guru. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 (6 JUN 2024) PROGRAM KEJOHANAN BOLA JARING TERTUTUP PAKA (8 JUN 2024) Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan menarik minat pelajar yang menerima RMT hadir ke sekolah dan mengambil sarapan pagi. Encik Arifuddin bin Aripin selaku pengusaha kantin SK Paka mengambil inisiatif dengan menyedia dan memberi hadiah secara bulanan dan tahunan kepada pelajar RMT yang hadir awal serta sentiasa menunjukkan amalan baik semasa di kantin. buletin JUN Perlawanan Persahabatan bola jaring anjuran NFCP di adakan sebagai latihan sebelum perlawanan sebenar MPSR Zon Paka pada 24.6.2024 nanti. Perlawanan disertai oleh 13 buah sekolah dan kelab persendirian. Selain itu, perlawanan ini juga sebagai pengalaman dan pemanas badan kepada murid pasukan elit bola jaring SK Paka. Matlamat mesyuarat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan serta menggalakkan interaksi dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa SK Paka. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah dan seterusnya menjalinkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat setempat. Semasa mesyuarat berlangsung, terdapat pelbagai usul yang yang dikemukakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan peranan PIBG. Mesyuarat juga memberi pendedahan tentang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah. Pelbagai hadiah yang menarik turut disediakan untuk cabutan bertuah.
Unit Pergigian Klinik Kesihatan Paka hadir ke sekolah untuk memberi latihan memberus gigi sempena program My Brush Hour. Tujuan latihan ini diadakan untuk mempromosi budaya penjagaan kesihatan pergigian yang betul kepada murid dalam usaha mencegah penyakitpenyakit pergigian. Ia juga dapat memperkukuh kemahiran memberus gigi dengan lebih efektif. SK Paka telah menghantar 12 orang peserta untuk menyertai pertandingan ini iaitu 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Antara objektif pertandingan ini ialah dapat menanam tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Selain itu dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa yang lain melalui membaca. Pertandingan ini juga dapat menerapkan kemahiran berbahasa secara berperingkat dan terancang.Di samping itu, pembelajaran bahasa lebih mudah dan menyeronokkan melalui nyanyian, lakonan dan puisi. buletin JUN KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MPSR ZON PAKA (9 & 10 JUN 2024) Kejohanan dianjurkan untuk mencari bakat dalam kalangan murid- murid. Melalui kejohanan ini juga, murid layak ke peringkat yang lebih baik dan memberikan peluang yang lebih cerah kepada mereka. SK Paka telah mendapat no.3(L) dan no.3 (P) dalam kejohanan ini. 6 orang pemain bola tampar dari SK Paka telah di pilih untuk mewakili daerah. LATIHAN MEMBERUS GIGI & MY BRUSH HOUR (10 JUN 2024) PERTANDINGAN PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS SMART ENGLISH YDSM ZON PAKA (10 JUN 2024)
BULETIN JUN KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSD (10 JUN - 12 JUN 2024) Pada kejohanan ini, SK Paka telah menghantar seorang peserta iaitu kategori Lelaki Bawah 12 Tahun iaitu Wan Shafiy Ramadhani bin Wan Sabri. Shafiy telah mendapat no 3 “bersama” Muhammad Irsyad Danish dari SK Kg Nyior bagi kategori lelaki bawah 12 tahun. Naib Johan disandang oleh Wan Ahmad Imran dari SK Felda Kerteh 1. Manakala Johan disandang oleh Muhammad Faris Hazim dari SK Paka 2. PROGRAM PBS PISMP (9 JUN - 20 JUN 2024) Sekolah Kebangsaan Paka telah menerima 6 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Guru Malaysia bagi Program Pengalaman Berasaskan Sekolah 1(PBS 1).Program ini dapat memberi pengalaman kepada mereka dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar. Melalui program ini juga mereka dapat menunjukkan komitmen kerja yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. PROGRAM PENYAMPAIAN SIJIL DAN PIALA KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS (11 JUN 2024) Tujuan pertandingan ini adalah untuk menjadikan persekitaran kelas yang bersih dan ceria bagi mewujudkan suasana pembelajaran kondusif. Selain itu, ia adalah untuk menyemai perasaan sayang terhadap kelas masingmasing serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap tolong-menolong. Keputusan pertandingan: Tahap 1 Tahap 2 No.1 : 3 Seraya No. 1 : 4 Tualang No.2 : 3 Tualang No. 2 : 4 Seraya No.3 : 3 Keruing No. 3 : 4 Meranti
KANCIL SCIENCE COMPETITION (12 JUN 2024) Memupuk dan merangsang minat awal terhadap sains dalam kalangan pelajar melalui soalan yang menarik dan mencabar. Ia juga dapat mencabar pengetahuan sains pelajar melalui pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan saintifik yang diperoleh di dalam bilik darjah kepada senario dunia sebenar. Murid berpeluang mendapat pengiktirafan pemarkahan dalam PAJSK Peringkat Kebangsaan. GIMIK PENYERAHAN KOTAK NILAM (12 JUN 2024) LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI JPNT (11 JUN 2024) Aplikasi Advance Integrated Nilam System (AINS) yang telah dibangunkan oleh pasukan JomBaca adalah cetusan idea daripada program MYHackathon 2022. Program MYHackathon adalah merupakan inisiatif nasional yang dipacu oleh MOSTI serta Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) sebagai agensi pelaksana, bertujuan mendorong pembangunan teknologi dan inovasi di kalangan startup dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Program ini bertujuan membantu murid mendaftar AINS di sekolah. buletin JUN Kotak buku disediakan oleh pihak PSS untuk bacaan Program NILAM kelas di PSS. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang membawa murid ke PSS perlulah mengambil buku yang disediakan untuk bacaan murid. Objektif program ini ialah menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, ia dapat membina tabiat membaca dan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. Membaca adalah satu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ia membantu kita untuk memperoleh pengetahuan, meningkatkan kemahiran bahasa, dan membuka minda kita kepada dunia yang lebih luas. Lawatan kerja dari Tuan Timbalan Pengarah JPNT, Tuan Kamsah@ Kamal bin Mohamed ke SK Paka pada jam 11 pagi hingga jam 12.15 tengah hari. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan informasi perkembangan pengurusan sekolah. GERAK GEMPUR AINS (12 JUN 2024)
KBS Siri 1 melibatkan semua murid tahap 2.Tujuan kem ini adalah untuk mendedahkan murid kepada ibadah utama dalam Islam iaitu solat. Ia juga dapat memberi pemahaman akan konsep ibadah yang sempurna terhadap murid. Selain itu, ia dapat membentuk murid-murid ke arah generasi yang soleh dan solehah serta menerapkan kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah swt dan Rasul. Kem ini melibatkan Guru Pendidikan Islam, Guru Bhasa Arab dan Guru KAFA. Panitia Pendidikan Jasmani telah menjalankan Ujian BMI kepada murid tahun 1 hingga tahun 3. Objektif ujian ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan memiliki komposisi badan yang ideal untuk kesihatan diri & mengamalkan gaya hidup sihat.Ia juga bertujuan mengetahui status BMI murid tersebut. buletin JUN PELANCARAN PROGRAM PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI (13 JUN 2024) KPM melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi. Objektif program ini adalah untuk menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam menangani isu semasa dan melahirkan murid Islam bersahsiah tinggi menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah berpandukan himpunan Hadis 40 Imam Nawawi KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 (19 JUN 2024) UJIAN INDEKS JISIM BADAN (BMI) SARINGAN PERTAMA (19 JUN 2024)
BULETIN JUN KEJOHANAN TENPIN BOLING MSST (23 JUN - 25 JUN 2024) Safiy merupakan wakil tunggal dari SK Paka yang telah terpilih ke peringkat negeri dalam Kejohanan Tenpin Boling 2024. Seramai 8 orang murid dari Daerah Dungun terpilih ke peringkat negeri iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan bagi kategori l & p bawah 12 tahun. Objektif Kejohanan ini adalah untuk melahirkan pemain boling yang bertaraf profesional dan dapat menjalinkan ukhuwah sesama peserta. KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MSSD (24 JUN 2024) Pada kejohanan ini, 7 orang murid SK Paka telah terpilih untuk mewakili 3 buah sekolah yang layak ke peringkat Daerah. Pasukan murid perempuan SK Kg.Nyior telah mendapat tempat ketiga bawah 12 tahun perempuan MSSD Dungun. Kejohanan yang dianjurkan adalah untuk mencari bakat terbaik di kalangan murid. PROGRAM KEM LITERASI AL-QURAN (25 JUN 2024) Program Kem Literasi al-Quran (KLAQ) di anjurkan oleh PPD Dungun. Terdapat 13 buah sekolah sekitar dungun telah menyertai program ini. Sk paka telah menghatar 4 orang peserta daripada murid tahun 6. Tujuan Program ini adalah untuk memberi intervensi kepada murid yang masih membaca iqra” 1-3.
BENGKEL PELUASAN ROBOTIK LEGO @ EDUCATION (25 JUN 2024) SK Paka telah menghantar 1 pasukan Scrabble terdiri daripada 2 orang murid dalam pertandingan Scrabble peringkat Daerah Dungun di Dewan SMK Seri Dungun. Pasukan ini berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan ini dan akan mewakili daerah ke Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris peringkat Negeri Terengganu. buletin JUN Program Kejohanan Bola Jaring Zon Paka ini disertai oleh 10 buah sekolah sekitar Paka. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Paka, SK Santong, SK Kg Nyior, SK Seri Paka, SK Tebing Tembah , SK Paka 2 , SK Paka 3 ,SK Durian Mentangau , SK Felda Seri Rasau dan SK Felda Kerteh 1. SK Paka merupakan penganjur Kejohanan Bola Jaring Zon Paka tahun 2024. Seramai 7 orang pengadil telah diberi mandat mengadili kejohanan tahun ini. Objektif kejohanan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang permainan bola jaring. Di samping dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang pertandingan bola jaring. PERTANDINGAN SCRABBLE PERINGKAT DAERAH (26 JUN 2024) KEJOHANAN BOLA JARING ZON PAKA (24 JUN - 25 JUN 2024) Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian KPM dengan kerjasama rakan strategik SASBADI Holding telah mengadakan Bengkel Robotik khas untuk sekolah-sekolah baharu iaitu 9 buah sekolah (Zon 1) yang menyertai Pertandingan National Robotic Competition (NRC) 2024. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan program robotik melalui aktiviti hands on seperti unboxing LEGO Spike Prime, pemasangan perisian, pembinaan robot, pengaturcaraan dan pengaplikasian
SK Paka telah menghantar seorang calon bagi pertandingan Bicara Buku kategori Bahasa Melayu. Penjurian dilakukan secara mode dalam talian dan pertandingan ini adalah anjuran Unit Sumber dan Teknologi, PPD Dungun. Video persembahan murid telah dihantar pada 15 Mei 2024 yang lalu. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam membuat ulasan buku secara kreatif mengikut minat membaca dan bahan bacaan mereka masing-masing. Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Jun 2024 menyatakan peserta kali ini telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan pada tahun ini. buletin JUN PERTANDINGAN BICARA BUKU BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SK Paka telah menghantar seorang calon bagi pertandingan Bicara Buku kategori Bahasa Inggeris. Penjurian dilakukan secara mode atas talian dan pertandingan ini adalah anjuran Unit Sumber dan Teknologi, PPD Dungun. Video persembahan murid telah dihantar pada 15 Mei 2024 yang lalu. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam membuat ulasan buku secara kreatif mengikut minat membaca dan bahan bacaan mereka masing-masing. Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Jun 2024 menyatakan peserta kali ini telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan pada tahun ini PERTANDINGAN BICARA BUKU BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH
BULETIN JUN PERTANDINGAN BUKU SKRAP SENI CORET PERINGKAT KEBANGSAAN Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, DBP, KL pada bulan Mei dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 mei 2024. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada 25 Jun 2024. Pertandingan ini disertai oleh 2 orang murid SK PAKA iaitu Wan Einara Dalysa bt Wan Azwan Arif dan Nur Athiyyah bt Mohd Suhardi. Wan Einara Dalysa telah mendapat saguhati dalam pertandingan ini. PROGRAM ZIARAH CAKNA (27 JUN 2024) Program Ziarah Cakna yang berfokuskan kehadiran dijalankan pada 27 Jun pada jam 8.30 pagi seningga 9.30 pagi melibatkan murid 5 Tualang. Isu kehadiran bagi murid Muhammad Afiq Asyraf. Ayahnya menyatakan permasalahan susah bangun tidur dan tidak ada yang akan menjaga anaknya yang bongsu ketika si bapa keluar bekerja. Manakala isu kehadiran bagi murid Aina Syaqiera juga berkaitan dengan tidak ada orang yang akan menjaga adik bongsu mereka yang berusia 4 tahun ketika si ibu keluar bekerja di gerai makan. Kedua - dua murid ini berasal dari keluarga ibu / ayah tunggal. Mereka menyatakan bahawa situasi tiada penjaga yang menjaga adik bongsu ketika ibu bapa keluar bekerja.