The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizarlion36, 2021-03-04 00:37:48

BAB 5: INSTITUSI KEWANGAN

EM SSM 0073 BAB 5

PROGRAM PRAUNIVERSITI KPM–MSN
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL, KOMPLEKS SUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR

NAMA : ___________________________

KELAS: ___________________________ TARIKH: ___________

EKONOMI MALAYSIA (SSM : 0073)

BAB 5 : INSTITUSI KEWANGAN

 Institusi kewangan merupakan satu badan yang mengumpul dana daripada orang ramai
(pendeposit ) dan memberikan pinjaman kepada pelaku ekonomi yang kekurangan dana.

 Institusi kewangan bertindak sebagai pengantara kewangan antara pemilik dana dan mereka
yang kekurangan dana.

 Jenis Institusi Kewangan :-

JENIS INSTITUSI KEWANGAN

PERBANKAN BUKAN PERBANKAN

DIKAWAL DAN DIAWASI OLEH BNM DIKAWAL OLEH PELBAGAI AGENSI DAN
JABATAN KERAJAAN

• BANK PERDAGANGAN • INSTITUSI PEMBIAYAAN
• BANK ISLAM
• BANK PELABURAN PEMBANGUNAN
• SYARIKAT KEWANGAN
• PASARAN WANG • KUMPULAN WANG SIMPANAN DAN
• SYARIKAT JAMINAN
PENCEN
MALAYSIA BERHAD (CGO)
• CAGAMAS BERHAD • SYARIKAT INSURANS DAN

KREDIT PENGENDALI TAKAFUL

• PASARAN MODALDAN UNIT

AMANAH

• INSTITUSI LAIN

1

EM SSM 0073 / FIZA

FUNGSI INSTITUSI KEWANGAN

a. Memudahkan proses penyaluran dana tabungan daripada unit yang mempunyai lebihan kepada
unit yang mengalami kekurangan dana.

b. Mempunyai obligasi atau tanggungjawab untuk membayar atau membayar balik kepada pihak
yang mempunyai lebihan dana

c. menerima tabungan daripada unit yang mempunyai lebihan dana
d. Menyediakan pinjaman atau pembiayaan kepada mereka yang kekurangan dana

BANK SEBAGAI PENGANTARA KEWANGAN

 institusi kewangan menanggung liabiliti ke atas dana yang dikumpulkan dari pasaran kewangan
dengan meminjamkan dana tersebut dalam terma dan syarat yang berbeza kepada unit institusi
yang lain.

 Bertindak sebagai orang tengah antara pihak yang mempunyai lebihan dan kekurangan dana
 Menerima deposit dalam bentuk deposit tabungan, deposit tetap dan deposit semasa yang

digunakan untuk memberi pinjaman berjangka kepada orang ramai
 menyediakan kemudahan overdraf untuk pemegang akaun deposit semasa.

PENYERAKAN DAN PERKONGSIAN RISIKO

 penyerakan risiko bermaksud menyebarkan risiko seperti kerugian ke tahap yang paling
minima.

 perkongsian risiko pula berkongsi bebanan kerugian dengan sekumpulan orang atau institusi
 penyaluran dana boleh dibuat melalui penjualan bil perbendaharaan, bon, sekuriti kerajaan,

pinjaman peribadi , pinjaman korporat dan pembelian saham

2

EM SSM 0073 / FIZA

5.2 INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA

a. BANK PUSAT

Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal
keseluruhan sistem kewangan negara.

FUNGSI BANK PUSAT

i. BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara

 Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit
syiling (Sen Malaysia)

 Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran
setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak
menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi.

 Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.

ii. BNM - Jurubank Kepada Kerajaan

 Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan.

 Mentadbir hutang negara:

 Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil
perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan.

 Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.

 Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan.
Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.

 Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll

iii. BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran

 Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar
Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk
menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh
menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 =
RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.)

 Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.

3

EM SSM 0073 / FIZA

iv. BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan
dasar kewangan

 Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.
 Dasar kewangan menguncup semasa inflasi
 Dasar kewangan mengembang semasa deflasi

v. BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan

 Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM.
Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit .

 Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank
perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada
gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang
mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan
mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

vi. BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir
 Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi

tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara).
 Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.
 Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan

pinjaman terus dengan cagaran.

4

EM SSM 0073 / FIZA

b. BANK PERDAGANGAN
 ditubuhkan untuk tujuan keuntungan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989
dan dikawal selia oleh BNM
 Di Malaysia bank perdagangan menjalankan dua sistem perbankan (dwiperbankan) iaitu skim
perbankan konvensional dan skim perbankan Islam
 Fungsi bank perdagangan :
i. menerima simpanan
ii. member pinjaman
iii. membantu pelanggan membuat dan menerima pembayaran melalui sistem cek dan arahan
kepada bank
iv. menjalankan urusniaga pertukaran mata wang asing
v. menyediakan perkhidmatan seperti peti simpanan, khidmat nasihat, draf bank, cek
kembara dan pemegang amanah
 Bank terawal yang ditubuhkan ialah Standard Chartered (1875) dan HSBC (1884)
 Bank tempatan tertua ialah Bank Kwong Lee yang ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1905
 Bank Pertama di Semenanjung ialah Kwong Yik Bank ditubuhkan pada tahun 1913. Selepas
kemerdekaan banyak bank yang telah ditubuhkan termasuklah Maybank (1960)
 Bagaimanapun pada antara tahun 2000 hingga 2003 kerajaan telah mengambil langkah
menggabungkan bank-bank yang banyak ini untuk mengatasi masalah tekanan kekurangan
kecairan, meliberalisasikan sistem kewangan dan menangani arus global. Kini terdapat 10
kumpulan Bank yang utama di Malaysia iaitu :

a. Affin Bank
b. Alliance Bank
c. Ambank
d. Bumiputera Commerce Bank
e. EON bank

Fasa kedua penggabungan melibatkan penggabungan Southern Bank bergabung dengan Bumiputera
Commerce menjadi CIMB Bank dan EON Bank bergabung dengan Hong Leong Bank menjadi Hong
Leong Bank.

5

EM SSM 0073 / FIZA

c. PERBANKAN ISLAM
 Bank Islam ditubuhkan hasil daripada persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun

1980.
 Bank Islam pertama ditubuhkan pada tahun 1983 dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad

(BIMB).
 Menawarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) mulai tahun 1993
 Antara perkhidmatan yang ditawarkan :

PERKHIDMATAN PERBANKAN ISLAM

WADIAH MUDHARABAH MUSYARAKAH IJARAH BAI BAI AT
BITHAMIN TAKJIRI

AJIL

• konsep simpanan • menjalankan • konsep jual beli yang
keselamatan antara perniagaan secara melibatkan bayaran
pendeposit dengan usahama . tertangguh
bank
• keuntungan atau • urusniaga berbentuk
• meliputi kemudahan kerugian dikongsi jangka panjang.
deposit semasa dan bersama berdasarkan biasanya melibatkan
deposit tabungan nisbah yang telah asset tetap
dipersetujui oleh
kedua-dua pihak

• konsep simpanan • konsep • melibatkan pemindahan hak
keselamatan antara pemajakan/penyewaan milik harta yang disewa
pendeposit dengan
bank • melibatkan perjanjian • harta yang disewa menjadi
antara pemilik harta hak milik penyewa selepas
• meliputi kemudahan dengan pelanggan yang hutang pinjaman dijelaskan
deposit semasa dan menyewa
deposit tabungan

6

EM SSM 0073 / FIZA

d. BANK PELABURAN
 Bank ini dikenali sebagai bank bank saudagar sebelum ditukar kepada Bank Pelaburan
 Bank Saudagar pertama yang ditubuhkan di Malaysia ialah International Merchant Bankers
Berhad pada 3 hb Disember 1970.
 Pada tahun 2005 – 2006 bank pelaburan dibentuk hasil gabungan antara bank saudagar,
syarikat broker saham dan syarikat diskaun
 Bank Pelaburan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pelaburan
dan tidak menawarkan kredit langsung.
 Bank pelaburan menerima deposit tetap daripada syarikat korporat dan perbadanan
dengan jumlah simpanan minimum RM500,000
 Fungsi utama bank pelaburan :
a. menerima simpanan dari syarikat besar
b. memberikan pinjaman bersindiket kepada syarikat korporat bersaiz besar dan badan
berkanun
c. menawarkan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan, penggabungan dan
pengambilalihan syarikat berhad.
d. menanggung jamin terbitan syer dengan membeli baki saham yang tidak terjual
e. menjalankan aktiviti pembrokeran produk pasaran modal
f. menguruskan pelaburan bagi syarikat besar
 Sehingga kini terdapat 15 buah bank pelaburan di Malaysia

e. INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN
 Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) di Malaysia ialah institusi kewangan khas yang
ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk membangunkan dan menggalakkan sector ekonomi
yang dianggap penting dan strategic bagi mencapai matlamat-matlamat menyeluruh
pembangunan sosio ekonomi Negara.
 Antara sector strategic termasuk pertanian, PKS, infrastruktur , maritime dan sector
berorientasikan eksport
 IKP menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan khusus yang sesuai dengan
keperluanspesifik sector strategic yang disasarkan
 Terdapat 6 IKP di Malaysia.

7

EM SSM 0073 / FIZA

Jenis IKP Huraian

SME BANK • menjadi pusat sehenti kewangan dan pembangunan perniagaan

• menyediakan kemudahan pembiayaan dan khidmat nasihat kepada PKS dengan

tempoh bayaran balik yang lama dan kadar faedah yang rendah.

• keutamaan diberi kepada pengusaha dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan

pembinaan

EXIM BANK • Mempromosikan pelaburan berbalik dan eksport bagi sector strategic seperti

barangan modal, projek infrastruktur, perkapalan dan produk pengeluaran bernilai

tambah

• memudahkan kemasukan syarikat Malaysia ke dalam pasaran baharu.

• menyediakan kemudahan kredit bagi membiayai dan menyokong eksport dan import

barangan dan perkhidmatan insurans kredit eksport , insurans pembiayaan eksport,

insuran pelaburan luar Negara dan kemudahan jaminan

AGROBANK • Bank milik kerajaan yang menyediakan pembiayaan bagi sector pertanian . Sebelum

ini dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia.

• mempromosikan pembangunan pertanian

• mengkoordinasi dan menyelia pemberian kredit daripada dana awam untuk tujuan

pertanian

• menyediakan pinjaman, pendahuluan dan perniagaan berkaitan pertanian

• menggerakkan simpanan dalam bentuk tabungan dan tetap dari orang ramai

terutamanya dikalangan petani

• menyediakan perkhidmatan kewangan moden untuk memenuhi keperluan pelanggan

• antara produk yang diijalankan ialah pembiayaan mikro, skim jaminan kredit, Program

Usahawan Agrobank dan Tabung untuk Makanan

BANK • ditubuhkan pada tahun 1973.

PEMBANGUNAN • menyediakan kemudahan pembiayaan , latihan dan khidmat nasihat terutamanya

MALAYSIA kepada usahawan bumiputera dalam bidang infrastruktur, maritime, petroleum dan

BERHAD gas

• tahun 1998 bertukar menjadi Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia

Berhad

8

EM SSM 0073 / FIZA

• menawarkan perkhidmatan taja jamin (underwriting) kepada syarikat yang terlibat

dalam projek infrastruktur

• pada tahun 2005 ditukar semula kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad kerana

penstrukturan semula fungsi. Sebahagian fungsi telah dipindahkan ke anak syarikat

BPMB iaitu SME Bank.

Bank Simpanan • BSN bertujuan untuk menggalakkan tabiat menyimpan dan berjimat cermat oleh

Nasional orang awam

• memberi focus kepada perbankan runcit dan pembiayaan perseorangan.

• Skim di bawah BSN:

- Akaun GIRO BSN

- Sijil Simpanan Premium

- Akaun SEDAR BSN

- Mikro Kewangan Tema Niaga

- Skim Galakan Simpanan Pelajar

9

EM SSM 0073 / FIZA

f. KWSP

 KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang
Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah
persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh
dipercayai.

 KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan
memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum
kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

 Kenggotaan wajib kepada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam.
Sehingga Jun 2011, KWSP mempunyai seramai 12.9 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih
mencarum adalah seramai 6.11 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 481,886.

 Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri
daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja
yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan .

 simpanan anggota KWSP dibahagi dalam dua akaun. Akaun pertama, digelar "Akaun I",
menyimpan 70% daripada caruman anggota, manakala akuan kedua, digelar "Akaun II",
menyimpan baki selebihnya (30%). Pengeluaran Akaun I terhad kepada pengeluaran mencapai
55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia. Akaun II pula
membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah
pertama, tujuan pendidikan dan belanja perubatan, pelaburan dan apabila mencapai 50 tahun.

10

EM SSM 0073 / FIZA

g. SYARIKAT INSURAN
 Insurans merupakan satu badan swasta yang memberi perlindungan kepada orang yang

diinsuranskan atas risiko kematian atau kemalangan.
 Terdapat dua jenis syarikat insurans di Malaysia iaitu :

a. Syarikat insurans Konvensional
b. Syarikat insurans takaful
 Syarikat insurans konvensional ditubuhkan di bawah akta insurans 1963 dan dikawal selia oleh
Bank Negara Malaysia.
 Syarikat insurans takaful pula ditubuhkan di bawah akta 1984. Aktivitinya dikawal oleh
Lembaga Pengawasan Syariah dan beroperasi mengikut hukum syarak.
 Syarikat insurans konvensional dibahagi kepanda insuran nyawa dan insurans am.
 Insurans nyawa memberi perlindungan kepada sidiinsurans yang mengalami kematian ata
kehilangan keupayaan bekerja. Pampasan dibayar jika berlaku risiko yang diisuranskan
 Insurans am pula dilindungi sidinsurans daripada kerugian pendapatan ayau harta benda yang
diakibatkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian. Pampasan dibayar jika berkalu risiko
yang diinsuransan.

h. Syarikat Takaful

 Tabarru’

- Sumbangan wang dibayar untuk memperoleh perlindungan seandainya kerugian berlaku.

 Syarikat insurans takaful menawarkan dua jenis produk iaitu Takaful keluarga dan takaful am.

 Takaful Keluarga

- Merupakan skim perlindungan ke atas individu sidiisurans daripada ditimpa malapetaka

seperti kematian dan kehilangan upaya bekerja.

 Takaful Am

- Merupakan insurans am yang melindungi sidiisurans daripada kerugian pendapatan atau

harta benda yang diakibatkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian.

 Contoh Syarikat Insurans Konvensional

Prudential Assurance Malaysia Berhad Allianz Life Insurance Malaysia Berhad

Etiqa Insurance Berhad AmLife Insurance Berhad

Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Tokio Marine Life Insruance Malaysia Bhd
Berhad

CIMB Aviva Assurance Berhad MCIS Zurich Insurance Berhad

ING Insurance Berhad American International Assurance Berhad

 Contoh Syarikat Insurans Takaful

MAA Takaful Berhad Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Etiqa Takaful Berhad

Syarikat Takaful Malaysia Prudential BSN Takaful HSBC Amanah Takaful

Berhad Berhad (Malaysia) Sdn Bhd

11

EM SSM 0073 / FIZA

i. BURSA MALAYSIA

Bursa Malaysia, adalah sebuah syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta
Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007. Ia mengendalikan satu integrasi urusniaga sepenuhnya,
menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan pertukaran termasuklah perkhidmatan perdagangan,
pelangsaian, penjelasan dan simpanan.

Bursa Malaysia dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE, Kuala Lumpur Stock
Exchange) bermula pada tahun 1930 apabila Persatuan Broker-broker Saham Singapura ditubuhkan
sebagai satu pertubuhan rasmi sekuriti-sekuriti di Tanah Melayu. Pada tahun 1937, ia didaftarkan
semula sebagai Persatuan Broker-broker Saham Tanah Melayu, tetapi ia masih tidak mendagangkan
saham-saham awam.

Bursa Saham Malaysia telah dibentuk secara rasmi pada tahun 1964 dan pada tahun berikut, dengan
pemisahan Singapura daripada Malaysia, bursa saham terus berfungsi di bawah Bursa Saham Malaysia
dan Singapura (SEMS).

Bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) mengambil alih operasi sebagai bursa saham KLSEB. Pada 1994, ia
adalah dinamakan semula sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bursa Saham Kuala Lumpur menjadi satu pertukaran yang mutual dan telah dinamakan semula sebagai
Bursa Malaysia dalam 2004. Ia mengandungi satu papan utama, satu papan kedua dan papan MESDAQ
dengan jumlah permodalan pasaran RM700 bilion (US$189 bilion). Pada 2005, Bursa Malaysia telah
disenaraikan sendiri pada 18 Mac. Pada 28 April, Bursa Malaysia memperkenalkan CBRS, satu skim
yang membenarkan semua pelabur untuk memasuki laporan-laporan penyelidikan syarikat-syarikat
tersenarai Bursa dengan bayaran percuma.

1. Bursa Malaysia Securities Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan pertukaran
sekuriti

2. Bursa Malaysia Derivatives Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan urusniaga
pertukaran hadapan dan opsyen

3. Labuan International Financial Exchange Inc. - Menyedia, mengendali dan mengekalkan
urusniaga pertukaran kewangan persisiran

4. Bursa Malaysia Bonds Sdn Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan pertukaran
bangunan elektonik berdaftar bagi pasaran bon sekunder

5. Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan satu
gedung penjelasan clearing house bagi pertukaran saham/sekuriti

6. Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan satu
gedung penjelasan bagi pertukaran hadapan dan opsyen

7. Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd - Menyedia, mengendali dan mengekalkan satu
simpanan pusat

8. Bursa Malaysia Depository Nominees Sdn Bhd - Bertindak sebagai satu penama bagi
simpanan pusat dan menerima cagaran terhadap simpanan/deposit bagi jagaan selamat atau
pengurusan

9. Bursa Malaysia Information Sdn Bhd - Provide and disseminate prices and other
information relating to securities quoted on exchanges within the group

12

EM SSM 0073 / FIZA

10. Bursa Malaysia Islamic Services Sdn Bhd - Mengendali semua pernigaan Pasaran Islam dan
aktiviti-aktiviti yang dimulakan di bawah Bursa Malaysia

Pasaran Sekuriti Pasaran Derivatif Penawaran Islam Lain-lain

Pasaran Bon

• Pasaran Utama: 823 - Platform perdagangan

companies elektronik bagi:

• Ace Market: 117 • Bon-bon

Companies Sepuluh Produk kerajaan

Derivatif: • Sukuk • Bon-bon

Pasaran modal pada 31 Mac • Komoditi • Ekuti korporat

2011: MYR1.287 trilion / hadapan berasaskan

USD429 bilion • Ekuiti Shari'ah Pasaran luar pesisir

hadapan • i-Reits • Sekuriti Bukan-

Produk-produk: • Ekuiti • i-ETFs Ringgit

• Saham opsyen • Bursa Suq Al- • Penyenaraian

• REITs • Kewangan Sila' sukuk

• ETFs hadapan

• TSR/Warrants Tabung simpanan

• Pinjaman Closed-end

• Bon • icapital.biz

Berhad

13

EM SSM 0073 / FIZA

5.3 Institusi Pemberi Kredit

a. Bank Negara Malaysia

Bentuk Pinjaman Huraian
Pendahuluan • member I pendahuluan sementara apabila kerajaan mengalami deficit
Sementara
dalam belanjawan
Sumber pinjaman • jumlah pendahuluan terhad kepada 12.5% daripada jumlah hasil
terakhir
kerajaan
• tempoh bayaran balik tiga bulan daripada tarikh tamat tahun kewangan
• memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang mengalami

kekurangan tunai untuk memenuhi keperluan pelanggan
• pinjaman diberikan dalam bentuk pinjaman langsung dan pendiskaunan

sekuriti

a. Bank Perdagangan

Bentuk Pinjaman Huraian
Pinjaman Bercagar • perlu menyediakan cagaran contohnya geran rumah, tanah, saham dan

Pinjaman peribadi/ polisi insurans nyawa
persendirian • berbentuk jangka panjang ( 3- 25 tahun)
• bertujuan untuk membeli asset tetap atau suntikan modal dalam
Kad kredit
perniagaan
Overdraf • tempoh pinjaman tidak melebihi tiga tahun.
• digunakan untuk tujuan seperti membiayai persekolahn, membeli unit
Pendiskaunan bil
pertukaran amanah atau memulakan perniagaan
• bank membiayai perbelanjaan pemegang kad kredit terlebih dahulu .
• faedah dikenakan ke atas jumlah kredit yang gagal dilunaskan untuk

satu tempoh tertentu
• pemegang kad kredit boleh juga mengeluarkan tunai dan jumlahnya

bergantung kepada jenis kad yang digunakan
• kemudahan pendahuluan jangka pendek yang disediakan untuk pelanggan

yang mempunyai akaun deposit semasa
• bank akan menentukan jumlah maksimum overdraf yang boleh

dikeluarkan.
• faedah harian akan dikenakan berdasarkan jumlah OD yang dikeluarkan.
• bank memberikan pendahuluan dengan mendiskaunkan bil pertukaran

yang dimiliki oleh pelanggan
• untung diperolehi apabila sampai tempoh matang bil berkenaan

14

EM SSM 0073 / FIZA

b. Syarikat Kewangan

Bentuk Pinjaman Huraian
Pinjaman Individu • pinjaman jangka pendek berpenjamin, pinjaman harta tetap dan
Sewa beli
pinjaman PKS
Pajakan • bertujuan untuk membeli barang pengguna, kenderaan, mesin dan

Pemfaktoran jentera
• syarikat akan membeli barang dan disewakan kepada pelanggan . barang

adalah milik syarikat sehingga langsai kesemua hutang
• syarikat kewangan akan membeli harta yang diperlukan oleh pelanggan
• pelanggan membuat bayaran balik secara ansuran.
• setelah selesai tempoh pajakan harta akan dipindahmilik kepada

pelanggan
• member wang pendahuluan kepada syarikat yang mengeluarkan invois
• setelah membeli invois syarikat berkenaan, syarikat kewangan akan

menuntut daripada pelanggan

c. Syarikat Insurans

Bentuk Pinjaman Huraian
Pinjaman polisi • pinjaman kepada pemegang polisi yang mempunyai nilai tunai selepas

Pinjaman Individu beberapa tahun
• diberi dalam bentuk pinjaman harta, perumahan dan perniagaan

d. Koperasi

Bentuk Pinjaman Huraian
Pinjaman bercagar • pemohon perlu menyediakan cagaran
• harta cagaran akan hilang sekiranya gagal membayar hutang dalam
Pinjaman tidak
bercagar tempoh yang dipersetujui
• bentuk cagaran termasuk penjamin, geran, SSP.
• tempoh bayaran balik boleh melebihi 15 tahun
• meliputi pinjaman peribadi dan kecemasan
• tempoh bayaran balik tidak melebihi 15 tahun
• bayaran balik akan dibuat melalui Biro ANGKASA atau potongan gaji

majikan

15

EM SSM 0073 / FIZA

e. Amanah Ikhtiar
 badan persendirian yang ditubuhkan untuk membantu isi rumah miskin untuk keluar daripada garis

kemiskinan melalui penyediaan peruntukan pembiayaan ikhtiar untuk menjana pendapatan.

Bentuk Pinjaman Huraian
Ikhtiar Mesra • terbuka kepada ahli AIM yang memerlukan pembiayaan dalam

Ikhtiar Srikandi melaksanakan projek berpotensi tinggi dan berdaya maju
Ikhtiar Wibawa • jumlah pembiayaan maksima ialh RM19900 dengan tempoh bayaran balik

pinjaman antara 25 minggu hingga 150 minggu.
• peminjam dikenakan caj pengurusan
• menyediakan kemudahan kepada ahli yang inginkan modl tambahan
• boleh memohon walau masih mempunyai hutan dengan AIM
• Syarat-syarat sama seperti Ikhtiar Mesra
• Skim ditawarkan kepada mereka yang menceburi bidang perniagaan

bermusim dan timbul dalam jangka masa yang singkat.
• had maksimum RM5000 dan tempoh bayaran balik ialah 6 bulan

Ikhtiar Wawasan • khusus untuk ahli yang menceburkan diri di dalam PKS
Ikhtiar Penyayang • jumlah pinjaman yang dibenarkan ialah antara RM20000 hingga
RM50000. Tempoh bayaran balik antara 25 hingga 250 minggu
Ikhtiar Bestari • mengurangkan beban kewangan ahli yang gagal dalam perniagaan akibat
Ikhtiar Sejahtera bencana alam atau perubahan persekitaran ekonomi
• had maksimum ialah RM5000 dengan tempoh bayaran balik 25-150
minggu
• bertujuan membiayai kos pendidikan dan latihan
• jumlah pembiayaan ialah RM5000 tempoh bayaran balik ialah enam bulan
• menyediakan pembiayaan untuk perbelanjaan keperluan semasa seperti
membeli rumah, mesin, tanah dan jentera, kenduri perkahwinan dan
Program Kewangan • penebusan barang kemas mengikut hokum Islam
Mikro bandar member peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk
• menceburkan diri dalam perniagaan
• tidak melibatkan cagaran atau penjamin
milikan asset pemohon mestilah kurang daripada RM50,000 dan
pendapatan bulanan kurang RM2000.

16

EM SSM 0073 / FIZA

PAJAK GADAI ISLAM ( AR-RAHNU)

 Ar-Rahnu ialah sistem pajakan berlandaskan hukum syariah. Pelanggan akan menggadaikan barang
berharga sebagai sandaran untuk mendapatkan pembiayaan.

 Caj upah antara 1.0 – 12,0% akan dikenakan sebulan atau setahun. dan ia bebas daripada riba.
 had maksimum pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun (barang yang ingin digadai). Jumlah

pinjaman ialah RM100 hingga RM150000
 tempoh gadaian ialah 6 bulan hingga 9 bulan
 pembayaran balik hanya dibuat dalam bentuk tunai.

Pemberi Pinjam Wang Berlesen

 memberi pinjaman dengan cara yang mudah dan sah.
 mereka yang disenarai hitan dalam CTOS da CCRIS boleh memohon pinjaman
 peminjam akan dikenakan faedah sehingga 1.5% hingga 18 % bagi pinjaman tidak bercagaran dan

12% untuk pinjaman bercagar.
 Jenis pinjaman yang ditawarkan seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman

perumahan , bayaran balik hutang kad kredit dan pinjaman pendidikan.

MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN

1. MASALAH CAGARAN
 Cagaran bertujuan untuk mengelakkan kerugian akibat kegagalan pelanggan membayar balik
pinjaman
 kebanyakan peminjam gagal menyediakan cagaran untuk meyakinkan pihak bank.

2. PENYEDIAAN KERTAS KERJA
 Peminjam perlu menyediakan kertas kerja yang merangkumi penyata kewangan bagi
menunjukkan unjuran kedudukan kewangan peminjam.
 penyata kewangan merupakan dokumen penting yang boleh meyakinkan pihak bank untuk
meluluskan pinjaman.
 penyata kewangan yan glemah dan tidak lengkap akan menipiskan peluang untuk mendapatkan
pinjaman

3. PROSEDUR MEMBERI KREDIT
 biasanya pemohon gagal menyediakan dokumen sokongan atau maklumat tidak lengkap. Ini
menyebabkan kegagalan dalam permohonan

4. PEMBAYARAN BALIK KREDIT
 peminjam yang mempunyai sejarah kredit yang kurang baik member gambaran negative
tentang keupayaan peminjam untuk membayar balik hutang pada masa depan.

17

EM SSM 0073 / FIZA


Click to View FlipBook Version
Previous Book
What Do You Think About Network Marketing Opportunities-converted
Next Book
Focus KSSM 2021 Tingkatan 5 - Add Maths DLP