FIZA/EM/SSM 0073
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL , KOMPLEKS SUKAN NEGARA, 57000 KUALA LUMPUR
NAMA : ______________________________ KELAS: ____________________
EKONOMI MALAYSIA : SSM 0073
BAB 2: INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
2.1 Indeks Harga dan Inflasi
Maksud Indeks Harga Pengguna
a. IHP mengukur perubahan purata harga sekumpulan barang dan perkhidmatan dalam pasaran untuk
satu tempoh tertentu.
b. IHP terbahagi kepada dua iaitu :
i. Indeks harga pengguna tanpa wajaran – ia dibentuk berasaskan perubahan harga sekumpulan
barang yang dipilih tanpa mengambil kira corak perbelanjaan pengguna
ii. Indeks harga pengguna berwajaran - ia dibentuk berasaskan perubahan harga sekumpulan barang
yang dipilih dengan mengambil kira corak perbelanjaan pengguna
Cara Menghitung Indeks Harga Pengguna Dengan Wajaran
a. Pemilihan tahun asas
i. Tahun asas merupakan tahun di mana tingkat harga dijadikan asas perbandingan
dengan tahun lain.
ii. Biasanya pada tahun asas tingkat harga adalah yang paling stabil
iii. Indeks harga asas biasanya bernilai 100.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
b. Pemilihan barang pengguna
i. Barang yang dipilih merupakan barang dan pekhidmatan yang mewakili barangan
pengguna dalam ekonomi.
ii. Di Malaysia kira 430 jenis barang dan perkhidmatan diambil kira
iii. Antara kumpulan barang yang terlibat ialah
1. Makanan dan minuman bukan alcohol
2. Minuman alcohol dan tembakau
3. Pakaian dan kasut
4. Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api
5. Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah
6. Kesihatan
7. Pengangkutan
8. Komunikasi
9. Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
10. Pendidikan
11. Restoren dan hotel
12. Pelbagai barang dan perkhidmatan
c. Pemberian wajaran
i. Wajaran merujuk kepada kepentingan relative sesuatu barang dalam pola
penggunaan masyarakat
ii. Wajaran yang besar diberi kepada barang yang lebih penting.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
d. Penghitungan wajaran
Contoh 1 : Andaikan tahun asas ialah 2010. Pada tahun tersebut Eesma membeli tiga jenis
barang iaitu buku, baju dan roti. Harga ketiga-tiga barang tersebut adalah masing-masing RM20,
RM20 dan RM10. Eesma telah membelanjakan 50% daripada pendapatannya untuk buku, 30% untuk
baju dan 20% untuk makanan. Manakala pada tahun 2013, harga ketiga-tiga barang tersebut ialah
RM25,RM30 dan RM15.
Barang Harga IHP tanpa wajaran Wajaran IHP Berwajaran
2010 2013 2010 2013 2010 2013
Buku 5
Baju 3
Makanan 2
10
Contoh 2 : Andaikan tahun asas ialah 2010. Pada tahun tersebut Hanie membeli tiga jenis barang iaitu
buku, baju dan roti. Harga ketiga-tiga barang tersebut adalah masing-masing RM20, RM20 dan
RM20. Hanie telah membelanjakan 50% daripada pendapatannya untuk buku, 30% untuk baju dan
20% untuk makanan. Manakala pada tahun 2013, harga ketiga-tiga barang tersebut ialah RM25,RM30
dan RM15.
Barang Harga IHP tanpa wajaran Wajaran IHP Berwajaran
2010 2013 2010 2013 2010 2013
Buku 5
Baju 3
Makanan 2
10
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
2. INFLASI
- Inflasi didefinisikan sebagai kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terbatas.
- Cara menghitung inflasi
o Kadar Inflasi
- Kadar inflasi merupakan kadar kenaikan harga umum yang berlaku pada satu tahun tertentu.
- kadar inflasi dihitung menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP)
- Rumus Kadar inflasi ialah :
IHP 1 – IHP 0 x 100
IHP0
IHP 1 = Indeks Harga Pengguna tahun semasa
IHP 0 = Indeks Harga Pengguna tahun sebelumnya
- Contoh pengiraan :
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga bagi tahun 2010 hingga 2013 dan tahun 2000 merupakan tahun
asas bagi sesebuah negara.
Tahun 2000 = 100
Tahun Indeks Harga Kadar Inflasi (%)
2010 100
2011 103
2012 108
2013 112
Purata
a. Hitung kadar inflasi tahun 2011 hingga 2013
b. Hitung kadar inflasi purata daripada pengiraan di atas.
Jadual di bawah menunjukkan indeks harga bagi tahun 2010 hingga 2013 dan tahun 2000 merupakan
tahun asas bagi sesebuah negara.
Tahun Indeks Harga Kadar Inflasi (%)
2010 100
2011 101.4
2012 103.1
2013 112
Purata
a. Hitung kadar inflasi tahun 2011 hingga 2013
b. Hitung kadar inflasi purata daripada pengiraan di atas.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
o JENIS-JENIS INFLASI
a. Inflasi Tarikan Permintaan
➢ Iaitu kenaikan tingkat harga umum yang disebabkan oleh kenaikan permintaan agregat(AD) yang tidak
diikuti oleh kenaikan dalam penawaran agregat (AS)
➢ Faktor yang menyebabkan kenaikan AD adalah:-
i. Kenaikan dalam pendapatan pada tingkat GTP.
ii. Pertambahan penawaran wang akibat proses penciptaan kredit
iii. Pertambahan perbelanjaan kerajaan akibat dasar belanjawan kurangan
Rajah inflasi tarikan permintaan
b. Inflasi Tolakan Kos
➢ Proses kenaikan harga umum yang disebabkan oleh kenaikan dalam kos pengeluaran dan tidak diikuti
oleh peningkatan dalam produktiviti
➢ Faktor yang menyebabkan kenaikan kos ialah :
a. Kenaikan harga bahan mentah seperti minyak
b. Kenaikan upah akibat tuntutan kesatuan sekerja
c. Kenaikan keuntungan akibat keinginan firma untuk menambah keuntungan.
Rajah inflasi tolakan kos
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
c. Inflasi Diimport
➢ Proses kenaikan harga umum disebabkan kenaikan harga barang yang diimport.
➢ Ini terjadi apabila kita mengimport barang dari Negara yang sedang mengalami inflasi.
Rajah Infllasi diImport
Inflasi di Malaysia
Arah Aliran Inflasi di Malaysia
i. Keadaan Inflasi Secara Umum
a. Keadaan ekonomi yang berlaku juga dipengaruhi oleh faktor yang berlaku di pasaran antarabangsa
kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
Kadar Inflasi Mengikut Kawasan
Kawasan Tahun
2008 2009 2010 2011
Semenanjung Malaysia 5.4 0.5 1.8 3.3
Sarawak 6.0 0.2 1.5 2.6
Sabah dan W.P Labuan 6.0 1.7 1.6 2.9
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
Kadar Inflasi Mengikut Kumpulan Barang
Kumpulan Barang wajaran 2008 Tahun 2011
8.8 2009 2010 4.8
Makanan dan minuman bukan alcohol 30.3 7.3 4.6
Minuman alcohol dan tembakau 2.2 -0.5 4.1 2.4 -0.2
Pakaian dan kasut 3.4 1.6 6.1 4.0 1.8
Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api 22.6 -0.9 -1.4
Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi 3.0 1.4 1.1 1.8
rumah 4.1
Kesihatan 2.2 2.9 0.7 2.7
Pengangkutan 1.3 8.8 4.4
Komunikasi 14.9 -0.6 2.3 1.6 -0.3
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 5.7 1.8 -9.4 1.6 2.0
Pendidikan 4.6 2.3 -0.5 -0.2 2.2
Restoren & hotel 1.4 6.6 1.5 1.6 5.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan 3.2 3.3 2.4 1.7 2.4
6.3 2.9 2.0
3.8 2.7
Faktor-faktor yang mempengaruhi Inflasi
a. Permintaan agregat melebihi penawaran agregat
b. Kenaikan kadar upah
c. Kenaikan harga factor pengeluaran
d. Kecenderungan mendapatkan untung yang tinggi
e. Peningkatan harga barang import
f. Dasar kerajaan
KOS SARA HIDUP
i. Kos sara hidup merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk seeorang individu
meneruskan kehidupan seharian
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
ii. Taraf hidup pula merujuk kepada sejauh manakah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa
dan tempat tertentu dapat memenuhi keperluan hidup mereka.
iii. Hubungan antara kos sara hidup dan taraf hidup adalah songsang
KESAN INFLASI
a. Kos sara hidup meningkat
b. Taraf hidup masyarakat jatuh
c. Pertumbuhan ekonomi.
Merujuk kepada peningkatan pendapatan Negara benar.
Terdpat dua situasi
- Pertama, inflasi boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi semakin rancak.
- Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan
d. Nilai wang merosot
e. Pendapatan benar jatuh
f. Beban hutang berkurangan
- Hutang benar = IHP0 X hutang nominal
IHP1
- Contoh : Andaikan Ahmad berhutang sebanyak RM1000 dan IHP pada tahun tersebut ialah
100. Maka jumlah sebenar hutangnya ialah RM1000. Jika pembayaran dibuat semasa inflasi
dan indeks harga ialah RM110, maka
100 X 1000
110
= RM909.09
Oleh itu hutang yang dibayar ialah RM909.09.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL INFLASI
DASAR MAKROEKONOMI
1. DASAR FISKAL
Langkah kerajaan untuk menstabilkan keadaan ekonomi melalui perubahan dalam perbelanjaan kerajaan
(G) dan Cukai (T). Juga dinamakan dasar belanjawan
Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian
untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar
cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk
mengatasi masalah inflasi.
Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang,
iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.
Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan
perbelanjaan kerajaan.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
2. DASAR KEWANGAN
Langkah kerajaan melalui bank pusat untuk mengawal kegiatan ekonomi melalui perubahan penawaran
wang atau mempengaruhi kadar bunga
Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang
dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga
dan mengawal inflasi.
Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan
penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk
mengatasi masalah inflasi.
Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan mengembang,
iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkan
perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.
Dasar Kawalan Langsung
Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah,
eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi.
Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan tertentu
bagi mengatasi masalah inflasi.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
ALAT DASAR KEWANGAN
i. Dasar Kewangan Kuantitatif
- Langkah bank pusat bertujuan mempengaruhi jumlah penawaran wang dan kadar bunga
dalam ekonomi
Alat dasar kewangan kuantitatif ialah
a. Kadar Bank
- Iaitu kadar bunga yang dikenakan oleh bank pusat terhadap pinjaman oleh
bank perdagangan. Juga dikenali sebagai kadar diskaun
- Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, bank perdagangan akan menaikkan
kadar bunga atas pinjaman oleh orang ramai. Ini akan mengurangkan jumlah
pinjaman.
b. Operasi Pasaran Terbuka
- Iaitu tindakan bank pusat membeli dan menjual surat jaminan di pasaran terbuka iaitu
kepada orang ramai.
- Apabila bank pusat menjual surat jaminan kerajaan, maka jumlah simpanan bank
perdagangan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan kemampuan bank
perdagangan untuk memberi pinjaman.
c. Pendanaan
- Tindakan bank pusat melanjutkan tempoh matang surat jaminan. Iaitu menukarkan
surat jaminan jangka pendek kepada jangka panjang
d. Nisbah Rizab Berkanun
- Iaitu simpanan wang tunai di bank pusat yang wajib dilakukan oleh semua bank
perdagangan
- Apabila bank pusat menaikkan rizab ini, simpanan di bank pusat akan bertambah dan
mengurangkan kemampuan bank untuk memberi pinjaman
-
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
e. Nisbah Mudah Tunai(Rizab Tunai)
- Iaitu jumlah rizab yang perlu disimpan di sesebuah bank perdagangan dalam bentuk
harta cair iaitu wang tunai dan surat jaminan jangka pendek. Bertujuan untuk
memenuhi tuntutan daripada pelanggan. Jika nisbah ini dinaikkan ia akan
mengurangkan kemampuan bank untuk memberi pinjaman atau mencipta kredit.
ii. Dasar kewangan Kualitatif
- langkah bank pusat yang bertujuan mengawal jenis pinjaman dan pelaburan yang dilakukan oleh
institusi kewangan
Alat Dasar Kewangan Kualitatif
1. Kredit Ansuran
- Langkah ini mempengaruhi pembelian barang secara kredit. Jika bank pusat
menaikkan bayaran deposit dan memendekkan tempoh bayaran maka ia akan
mengurangkan pinjaman untuk tujuan membeli barang tahan lama dan seterusnya
dapat mengurangkan perbelanjaan.
2. Arahan Khas
- Mengarahkan bank perdagangan untuk meningkatkan pinjaman untuk tujuan
produktif dan mengurangkan pinjaman untuk tujuan spekulasi.
3. Pujukan Moral
- Memujuk bank perdagangan untuk member kerjasama dan sokongan untuk
melaksanakan dasar yang dijalankan.
iii Lain-lain Kawalan.
a. Dasar pendapatan
- Dasar kerajaan untuk mengawal kenaikan upah terutamanya sewaktu inflasi.
- Melalui dasar upah maksimum.
b. Dasar catuan
- Dasar untuk menghadkan pembelian pengguna terhadap sesuatu barang.
- Dilaksanakan melalui pemberian kupon.
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
DASAR BELANJAWAN DI MALAYSIA
1. Belanjawan Negara merupakan satu penyata yang menunjukkan anggaran hasil kerajaan dan
perbelanjaan kerajaan untuk satu tahun kewangan akan dating.
2. Belanjawan = Hasil kerajaan – perbelanjaan kerajaan
3. Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2013 dianggarkan berjumlah RM208,650 juta.
4. PENJENISAN HASIL
Hasil Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada 4 kategori umum iaitu
i. Hasil Cukai,
ii. Hasil Bukan Cukai,
iii. Terimaan Bukan Hasil
iv. Hasil Daripada Wilayah Persekutuan.
5. Hasil Cukai dikelaskan kepada
i. Hasil Cukai Langsung
ii. Hasil Cukai Tidak Langsung.
6. Hasil Cukai Langsung termasuklah hasil daripada:
i. cukai pendapatan (individu, syarikat, petroleum, pegangan dan koperasi);
ii. duti setem;
iii. cukai keuntungan harta tanah; dan
iv. cukai aktiviti perniagaan Labuan.
7. Hasil Cukai Tidak Langsung pula termasuk hasil daripada
i. duti eksport,
ii. duti import,
iii. duti eksais,
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
iv. cukai jualan,
v. cukai perkhidmatan
vi. levi.
8. Hasil Bukan Cukai terdiri daripada:
i. lesen dan permit (merangkumi semua bayaran yang dikenakan berhubung dengan pemberian hak
kepada individu, perbadanan, perniagaan termasuk royalti daripada petroleum dan lain-lain
perusahaan bagi tujuan kawalan atau peraturan dan lesen kenderaan bermotor);
ii. bayaran perkhidmatan (merangkumi terimaan bagi perkhidmatan yang diberi oleh Kerajaan
Persekutuan kepada orang awam);
iii. perolehan daripada jualan barang (merangkumi terimaan daripada jualan harta benda fizikal yang
dimiliki oleh Kerajaan termasuk tanah, bangunan, peralatan pejabat, stor dan jualan barang pelbagai
jenis kepada orang awam);
iv. sewaan (merangkumi sewa tanah, sewa bangunan, sewa kenderaan dan sewa jentera);
v. faedah dan perolehan daripada pelaburan (merangkumi faedah pinjaman yang diberi oleh Kerajaan,
faedah bank, dividen yang diperoleh daripada bon atau saham dan perolehan daripada jualan
pelaburan);
vi. denda dan penalti; dan
vii. sumbangan dan bayaran ganti rugi/pampasan daripada dalam dan luar negara.
9. Terimaan Bukan Hasil termasuk:
i. pulang balik perbelanjaan (merangkumi terimaan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan
daripada tahun lepas, pulang balik gaji kerana perletakan jawatan dan pulang balik perbelanjaan
latihan);
ii. kredit antara jabatan (merangkumi pindahan dana di antara Kementerian atau Jabatan bagi
perkhidmatan yang diberi di antara agensi Kerajaan);
iii. pulang balik bagi bayaran berlebihan atau kekhilafan bayaran dalam tahun fiskal yang lalu;
iv. bayaran balik seperti bayaran balik ke atas sumbangan Kerajaan di bawah Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja;
v. sumbangan daripada jabatan Kerajaan, badan berkanun atau syarikat milik Kerajaan.
10. Hasil daripada Wilayah Persekutuan terdiri daripada
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
i. hasil cukai dan hasil bukan cukai termasuk penerimaan daripada lesen dan permit,
premium, cukai tanah, jualan aset, sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan.
11. HASIL KERAJAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI 2010-2012
JENIS HASIL 2010 2011 2012 HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
HASIL CUKAI 109515 129182 135618
CUKAI LANGSUNG 79009 96457 102099 HASIL
CUKAI TAK
LANGSUNG BUKAN CUKAI
HASIL BUKAN CUKAI LANGSUN
JUMLAH HASIL CUKAI CUKAI
TAK G
31% 50%
LANGSUN
30507 32725 33519 G
50138 54193 51288
159654 183375 186906 19%
PERBELANJAAN KERAJAAN
1. Perbelanjaan kerajaan terdiri terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.
2. Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk mengurus dan emmbiayai keperluan
semasa bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan
3. Perbelanjaan ini meliputi perbelanjaan semasa untuk mengekalkan perkhidmatan kerajaan seperti
emolument, pembelian peralatan pejabat untuk kegunaan pelbagai jabatan kerajaan.
4. Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan kerajaan untuk membiayai berbagai projek
pembangunan seperti pembinaan institusi pendidikam, hospital dan jalanraya untuk tujuan penjanaan
ekonomi.
5. Perbelanjaan perkhidmatan ekonomi seperti perbelajaan terhadap pertanian dan pembangunan luar
Bandar, kemudahan awam dan pengangkutan merupakan komponen perbelanjaan terbesar.
6. Akaun semasa kerajaan ialah nilai perbezaan antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah perbelanjaan
mengurus.
7. Akaun semasa = Jumlah hasil – perbelanjaan mengurus
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
Perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan mengikut objek
tahun/ jenis perbelanjaan RM juta
2010 2011 2012
Emolumen 46663 49913 52017
Bayaran khidmat hutang 15621 18517 20453
pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri 4689 5511 5846
pencen dan ganjaran 11515 12957 12088
bekalan dan perkhidmatan 23841 29532 30480
subsidi 23106 32798 33197
pemberian kepada badan berkanun 12407 13368 14451
bayaran balik dan hapus kira 601 1083 1362
lain-lain 13189 16604 11690
jumlah 151632 180283 181584
% kepada KDNK 19.8 21.3 19.8
60000 2010
50000 2011
40000 2012
30000
20000
10000
0
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
1. Perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan ke atas pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan
untuk projek-projek pembangunan Negara seperti hospital, sekolah dan jalanraya.
2. Perbelanjaan ini akan meningkatkan pembentukan modal fizikal yang akan mempengaruhi guna tenaga
dan seterusnya pendapatan Negara.
3. Ia terbahagi kepada 4 sektor utama iaitu sector perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan social,
keselamatan dan pentadbiran am.
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKUT SEKTOR
Tahun/jenis perbelanjaan 2010 2011 2012
Perkhidmatan ekonomi 26121 28201 29819
perkhidmatan sosial 20784 15774 13623
keselamatan 3970 4373 4383
pentadbiran am 1917 957 1424
Jumlah 52792 49305 49249
35000 2010
30000 2011
25000 2012
20000
15000
10000
5000
0
Perkhidmatan perkhidmatan keselamatan pentadbiran am
ekonomi sosial
Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan Mengikut Sektor
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
HUTANG NEGARA
1. Hutang Negara terdiri dari Hutang Dalam Negara dan Hutang Luar Negara. Hutang Negara wujud
apabila kerajaan menjalankan dasar belanjawan kurangan. Untuk menutupi kekurangan tersebut
kerajaan akan membuat pinjaman dalam dan luar negeri.
2. Pinjaman dalam negeri diperolehi dengan cara
Jenis pinjaman Huraian Sumber Pinjaman
Sekuriti Kerajaan
• melibatkan perjanjian bertulis antara • Sektor awam (kerajaan
Sijil Pelaburan kerajaan dengan peminjam negeri), badan berkanun dan
Bil Perbendaharaan
• merupakan bentuk pinjaman berjangka perusahaan awam
panjang iaitu melebihi setahun • KWSP
• komponen pinjaman dalam Negara • PERKESO
yang terbesar • BSN
• dijial pada nilai muka • BNM
• kerajaan akan membayar faedah • Institusi perbankan
kepada pemilik sekuriti kerajaan • syarikat insuran
• merupakan instrumen pinjaman yang • LUTH
diterbitkan oleh kerajaan khusus untuk • Institusi Perbankan Islam
institusi Islam • Syarikat Insurans Islam
• dijual pada nilai muka
• menerima pulangan dalam bentuk
dividen
• bentuk pinjaman jangka pendek • institusi perbankan
• dijual pada harga diskaun • syarikat insurans
• menerima untung • Bank Rakyat
• LUTH
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
HUTANG LUAR NEGARA Huraian Sumber Pinjaman
Jenis Pinjaman
Pinjaman pasaran • kerajaan memperolehi • Amerika Syarikat
pinjaman pasaran melalui • Jepun
Pinjaman Projek
penjualan bon dan nota • Negara Kesatuan Eropah
terapung yang dijual dipasaran • United Kingdom
modal antarabangsa seperti
London, Tokyo dan New York
• kerajaan juga meminjam dari
pasaran antarabangsa melalui
pinjaman bersindiket
• kerajaan meminjam daripada • Bank Pembangunan Asia,
institusi kewangan Bank Dunia, Japan Bank
antarabangsa dan Negara lain for International
bagi membiayai projek Corporation
pembangunan negara • Negara asing spt US,
Jepun, UK, Arab Saudi,
Kanada
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
3. Penjualan Aset Kerajaan – digunakan untuk menampung kekurangan hasil sedia ada.
HUTANG NEGARA 2009 2010 2011
BUTIRAN/TAHUN 13786 16745 16166
KERAJAAN PERSEKUTUAN 6049 9355 9164
PINJAMAN PASARAN LUAR NEGERI 7738 7390 7002
PINJAMAN PROJEK LUAR NEGERI 71600 66589 61367
PABK 2010 2011 2012
HUTANG MENGIKUT SEKTOR/TAHUN 85386 83334 77533
SEKTOR AWAM 69941 64327 71966
SEKTOR SWASTA 77390 79447 92191
HUTANG JANGKA PENDEK 232717 227108 241690
HUTANG NEGARA
80000
70000
60000
50000
40000
30000 2009
2010
20000 2011
10000
0
KERAJAAN PINJAMAN PINJAMAN PABK
PERSEKUTUAN PASARAN LUAR PROJEK LUAR
NEGERI NEGERI
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP
FIZA/EM/SSM 0073
100000 SEKTOR AWAM
90000 SEKTOR SWASTA
80000 HUTANG JANGKA PENDEK
70000
60000
50000
40000
30000
20000
10000
0
2010 2011 2012
KEDUDUKAN HUTANG NEGARA MENGIKUT SEKTOR
BAB 2 @ INFLASI DAN KOS SARA HIDUP