MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,
05050 ALOR SETAR, KEDAH
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
2021
KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI DI SEKITAR
KAMPUNG BENUA
NAMA : NUR ALIA NATASHA BINTI FUZAIMI
NO IC : 070219020756
TINGKATAN : 2 MAWADDAH
NAMA GURU : ASIAH BINTI ASMUNI
TARIKH HANTAR : 31 OKTOBER 2021
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN 3
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN 4
RUMUSAN
RUJUKAN 5
6
11
12
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2.
Setinggi - tinggi penghargaan kepada Pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar, Puan Zaiton Binti Ismail
kerana memberi kebenaraan untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya
iaitu Puan Asiah Binti Asmuni kerana telah membantu
saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa saya iaitu Fuzaimi Bin Dahlan dan Norhafiza Binti
Nayan yang banyak memberi kewangan dan idea untuk
menjayakan kerja lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan -
rakan sekelas yang banyak membantu memberi
sokongan dan dorongan yang tidak terhingga
sepanjang menyediakan laporan ini.
1l
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk " Kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di sekitar Kampung Benua " sebagai tajuk
kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem
telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan
kepada penduduk setempat. Selain itu juga, kawasan
ini berdekatan dengan tempat tinggal saya jadi ini
dapat memudahkan saya untuk mendapatkan
maklumat objektif kajian.
Tempoh masa yang telah saya ambil untuk
menyiapkan kerja lapangan ini ialah selama seminggu.
Pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan
dalam kerja lapangan ini dilakukan selepas waktu
persekolahan. Manakala, penulisan laporan kerja
lapangan dilakukan pada waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran geografi yang diadakan
oleh guru secara atas talian.
2l
OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di sekitar Kampung Benua,
adalah untuk mencapai objektif yang
berikut
1. Konsep alat telekomunikasi.
2. Jenis - jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian.
3. Kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi
di kawasan kajian.
4. Cadangan cara penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika.
3l
KAWASAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN:
Kawasan kajian saya adalah di
sekitar Kampung Benua, Alor
Setar Kedah. Kawasan kajian
saya terletak berdekatan dengan
alor star mall. Jaraknya, kira -
kira 6 km dari alor star mall.
Terdapat pelbagai ciri budaya
di Kawasan Kajian saya iaitu
sebuah masjid, taman
perumahan dan restoran.
Terdapat juga jaringan jalan raya
yang memudahkan perhubungan
antara satu destinasi ke
destinasi yang lain.
4l
KAEDAH KAJIAN
SAYA MENGGUNAKAN BEBERAPA
KAEDAH DALAM MENJALANKAN
KAJIAN INI. ANTARANYA IALAH :
TEMU BUAL : Saya telah menemubual 3
orang responden untuk mendapat
maklumat tentang tugasan ini.
SOAL SELIDIK : Saya telah soal selidik
kepada 10 orang responden untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.
RUJUKAN : Saya telah melayari beberapa
laman web untuk mendapat maklumat
berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.
5l
HASIL KAJIAN
Menurut wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama
ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi
menggunakan radio, televisyen, telefon dan
komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui
sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik,
gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer
dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar
jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang
jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan data
disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem
atau komponen yang terlibat dalam proses
penghantaran maklumat tersebut.
6l
JENIS ALAT KOMUNIKASI
DAN PENGGUNAANNYA
Terdapat banyak alat komunikasi.
Berdasarkan soal selidik/temu bual,
berikut adalah alat komunikasi yang
responden berikan
1.Telefon pintar
2. Komputer
3. Internet tanpa wayar (WiFi)
4. Ipad
7l
KEPENTINGAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI
"Mengeratkan hubungan
silaturahim"
Berdasarkan soal selidik dengan
responden, telefon pintar merupakan alat
komunikasi yang mampu mengeratkan
hubungan silaturahim antara ahli keluarga
yang berada jauh dan rakan - rakan.
Silaturahim ini dapat kekal berterusan
tanpa masalah.
Sebagai contoh anak yang berada di luar
negara seperti London dapat berhubung
dengan ahli keluarga melalui telefon
pintar atau komputer dengan mudah dan
cepat 8l
KESAN POSITIF DAN
NEGATIF PERKEMBANGAN
SISTEM TELEKOMUNIKASI
" Kesan Positif "
E-Dagang
Melalui pemerhatian yang telah saya
lakukan serta soal selidik dengan responden,
perkembangan sistem telekomunikasi di
kawasan kajian telah mampu menggalakkan
orang ramai menggunakan e-dagang untuk
perkhidmatan dan jual beli atas talian.
Sebagai contoh, urusan perkhidmatan
makanan dan jual beli barangan keperluan
yang pantas dan cepat dapat digunakan
dengan hanya menggunakan alat
telekomunikasi
9l
" Kesan Negatif "
Penyebaran Maklumat Berunsur Negatif
Melalui soal selidik dengan responden,
perkembangan sistem telekomunikasi di
kawasan kajian mendapati terdapat
banyak berunsur negatif seperti
hasutan dan khabar angin sukar ditapis
dan berleluasa tanpa kawalan.
Sebagai contoh, maklumat data COVID-
19 yang telah berlaku di sesuatu
kawasan disebarkan tanpa merujuk
kepada data yang sahih dari KKN dan
MKN. Ini boleh menyebabkan maklumat
tersebut menjadi satu berita yang tidak
sahih di atas talian secara berleluasa.
10l
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai alat
telekomunikasi seperti telefon pintar yang
digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan
kajian saya. Alat telekomunikasi ini mempunyai
banyak kepentingan, antaranya adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim dan
memudahkan urusan harian.
Seterusnya, perkembangan dalam
telekomunikasi telah memberi banyak kesan
positif seperti e-dagang. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kesan negatif terhadap
perkembangan telekomunikasi ini seperti
penyebaran maklumat berunsur negatif.
Dengan ini saya berharap kita dapat berusaha
untuk menggunakan pelbagai alat
telekomunikasi dengan betul dan elakkan
menyebar berita atau maklumat palsu kepada
orang ramai.
11l
RUJUKAN
BUKU TEKS
Zulkipli bin Ismail, Rajanderan
Subramaniam dan Kang Chai
Yoeng, 2017. Geografi tingkatan 2.
Johor Bahru:
IMS Books Trading Sdn.Bhd.
INTERNET
https://youtu.be/w5htc7-FKhgl
12l