The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marzukisyamsul03, 2022-06-11 21:04:22

FIRDAUS E-FOLIO

FIRDAUS E-FOLIO

TAJUK :

PENGAMBILANVAKSIN COVID-19 DARI SUDUT HUKUM DAN PERMASALAHAN SERTA APLIKASINYA DALAM
KAEDAH FIQH YANG MERUJUK KEPADA KAEDAH FIQH : KEMUDHARATAN HARUS DIHILANGKAN

NAMA NO MATRIKS
AHMAD FIRDAUS BIN MAZLAN 17DKA21F1049
17DKA21F1029
SYAMSUL ARIF BIN MARZUKI

AKTA PENTADBIRAN HUKUM ISLAM
(BAB 3, BAHAGIAN 32)

FATWA YANG DIKELUARKAN

OLEH
JAWATANKUASA FATWA, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

Jawatankuasa Fatwa telah mengadakan mesyuarat fatwa khas pada 18 Februari 2020 bagi membincangkan
soalan yang diterima daripada Unit Pembangunan Masjid dan Masyarakat (MCM) Muis mengenai langkah-

langkah di peringkat masjid di dalam menangani penularan Covid-19

FATWA

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
،‫ اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه‬.‫ والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬، ‫الحمد لله رب العالمين‬

.‫ وبعد‬،‫وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه‬
1. .Jawatankuasa Fatwa menerima dua soalan berikut daripada Unit Pembangunan Masjid dan Masyarakat
(MCM) Muis, berkaitan penularan virus Covid-19:

a) Adakah pihak masjid boleh menghalang seseorang yang kurang sihat daripada memasuki kawasan
masjid?

b) Adakah solat berjemaah dan solat Jumaat boleh dihentikan dan bolehkah masjid ditutup sekiranya
terdapat keperluan untuk melaksanakan sedemikian?

LATARBELAKANG

2. Virus korona (Covid-19) mula menjejas dunia sejak akhir tahun 2019.1 Menurut laporan terkini, ramai yang telah
dijangkiti di banyak negara, dan ribuan nyawa telah terkorban. Singapura telah melaporkan kes pertamanya pada 23
Januari 2020,

Virus ini telah menular kepada beberapa warga tempatan. Berdasarkan perkembangan tersebut, pihak berkuasa
Singapura telah meningkatkan Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) kepada tahap jingga pada
tarikh 7 Februari 2020.

Beberapa langkah telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengawal penularan virus.
Pengumuman ini disusuli dengan beberapa panduan umum, seperti pembatalan ataupun penundaan sebarang acara
yang berskala besar.

3. Beberapa rumah ibadat juga telah terjejas. Hal ini terjadi kerana terdapat penganut yang telah dijangkiti virus
menghadiri upacara keagamaan di tempat-tempat peribadatan tersebut. Terdapat pula sebahagian individu tidak
mengamalkan langkah berjaga-jaga walaupun ketika sakit. Sikap tidak ambil peduli seperti ini akhirnya telah
memburukkan keadaan, menjejas kesihatan orang ramai dan sekaligus menjejas rumah ibadat itu sendiri.

Dengan penularan virus ini, beberapa rumah ibadat di Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga serta telah
menangguhkan kesemua upacara berskala besar mereka dan menawarkan khidmat keagamaan alternatif, sama ada
di atas talian (online) dan sebagainya.

Sebagai persiapan bagi masjid-masjid di Singapura dalam menghadapi sebarang kemungkinan, Jawatankuasa

PRINSIP-PRINSIP UTAMA

4. Dalam mempertimbangkan persoalan ini, Jawatankuasa Fatwa telah meneliti perkara-perkara berikut

I. Dalil-dalil syarak berkaitan pencegahan penularan wabak;

II. Keringanan untuk meninggalkan solat Jemaah dan solat Jumaat bagi yang berkeuzuran;

III. Peranan maqāṣid di dalam membentuk panduan keagamaan bagi suasana darurat seperti penularan wabak.

I) Dalil-dalil syarak berkaitan pencegahan penularan wabak
5. Di antara ajaran Nabi s.a.w. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan.Adalah menjadi
tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari
tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫َال يُو ِر اد َّن ُم ْم ِر ٌض اعلاى ُم ِصح‬

Yang bermaksud:“Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

6. Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya.
Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

ُ‫ِإذاا اس ِم ْعتُ ْم ِب ِه ِبأا ْرض افلاا تا ْق اد ُموا اع ال ْي ِه اوإِ اذا اوقا اع بِأا ْرض اوأا ْنتُ ْم بِ اها فالاا تا ْخ ُر ُجوا فِ ارا ًرا ِم ْنه‬

Yang bermaksud:“Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan
apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).8

7. Nabi s.a.w. juga pernah didatangi oleh sekumpulan orang dari Bani Thaqif untuk berbai’ah, dan salah seorang daripada
mereka menghidapi sejenis penyakit yang berjangkit. Nabi s.a.w. mengutus kepadanya dan tidak bersentuhan dengan dia,
seraya berkata:“Sesungguhnya kami telah menerima ba’iah kamu, maka pulanglah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).9

II) Keringanan untuk meninggalkan solat berjemaah dan solat Jumaat bagi yang berkeuzuran.

8. Rukhsah merupakan suatu bentuk keringanan syarak yang diberikan kepada orang-orang yang berhadapan dengan
situasi atau keadaan yang sukar dalam melaksanakan kewajipan keagamaan. Ia bertujuan untuk menghilangkan kesukaran
yang dihadapi individu ataupun masyarakat dengan diberinya kemudahan sehingga mampu melaksanakan kewajipannya.

9. Berdasarkan naṣ agama, para ulama’ telah membahaskan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu dikecualikan
daripada melaksanakan solat berjemaah serta solat Jumaat. Di antaranya, keuzuran yang diberikan untuk meninggalkan solat
Jumaat kerana hujan, seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Abdullah bin Abbas r.a. telah
mengarahkan muazzin semasa hujan lebat untuk menambah pada lafaz azan laungan “( ”‫صلوا في بيوتكم‬Sembahyanglah kalian di
rumah-rumah kamu). Ibn Abbas r.a. lalu berkata:

.‫ اوإِ ِني اك ِر ْه ُت أا ْن أُ ْخ ِر اج ُكم افتا ْم ُشوا ِفي ال َّطي ان اوال َّد اح ِض‬،ً‫ إِ َّن ال ُج ْمعاةا اع ْز امة‬،‫ أاتا ْع اجبُو ان ِمن اذ ِلك! القا ْد افعا ال ذا ِل اك ام ْن ُه او اخ ْي ٌر ِمنِي‬: ‫فقال ابن عباس‬

Yang bermaksud:“Ibn Abbas berkata:Adakah kamu merasa hairan tentang hal ini? Sesungguhnya ia telah dilakukan oleh
yang lebih mulia daripadaku (iaitu Rasulullah s.a.w.). Sesungguhnya solat Jumaat merupakan satu kewajipan, dan saya tidak
suka untuk menyuruh kamu keluar (mengerjakan solat Jumaat) dalam keadaan kamu berjalan di atas tanah dan lumpur.”

10. Imam Al-Nawawī menjelaskan dalam kitab al-Majmū’ bahawa terdapat beberapa keuzuran yang menjadi sebab gugurnya
solat berjemaah, sama ada solat tersebut solat sunnat atau solat yang wajib:

(‫ تسقط الجماعة بالأعذار سواء قلنا إنها سنة أم فرض كفاية أم فرض عين‬: ‫أما حكم المسألة) فقال أصحابنا‬

Yang bermaksud:“(Ada pun mengenai hukum masalah ini) Maka sahabat-sahabat kami (iaitu ulama al-Shafi’iyah) berkata:
Solat berjemaah dikira gugur dengan keuzuran, tidak kira sama ada kita mengatakan itu solat sunat atau pun fardu kifayah
atau pun fardu ain…”

11. Beliau turut menegaskan bahawa faktor-faktor yang diterima sebagai keuzuran yang membolehkan solat berjemaah
ditinggalkan juga diterima sebagai keuzuran yang membolehkan Solat Jumaat tidak dilaksanakan:

‫ يرخص في ترك الجمعة‬،‫من الأعذار المرخصة في ترك الجماعة‬

Yang bermaksud:“Di antara keuzuran yang menjadi penyebab solat berjemaah itu boleh ditinggalkan, ia diterima sebagai satu
keringanan untuk ditinggalkan solat Jumaat.”

12. Maka sekiranya terdapat keuzuran yang muktabar, seperti seorang Muslim yang sedang sakit dengan penyakit yang
berjangkit, maka beliau dibenarkan untuk meninggalkan solat Jumaat.Akan tetapi, beliau perlu menggantikan solat Jumaatnya
itu dengan solat Zohor.

III) Peranan maqāṣid di dalam membentuk panduan keagamaan bagi suasana darurat seperti penularan wabak.

13. Islam sangat menitikberatkan keselamatan manusia berhadapan dengan situasi yang menjejas kehidupan serta
mengancam nyawanya.Agama telah menetapkan beberapa panduan khusus dalam menghadapi keadaan darurat seperti
situasi penularan wabak. Situasi darurat ini membenarkan individu, mahupun masyarakat, untuk mengambil langkah-langkah
yang tertentu sepertimana yang dijelaskan dalam kaedah fiqh yang berbunyi:

‫الضرورة تبيح المحظورات‬

Yang bermaksud:“[Pada] keadaan darurat, dibenarkan untuk melaksanakan perbuatan yang dilarang.”

14.Apabila terdapat pertembungan antara maṣlaḥah (kemaslahatan) dan mafsadah (kemudaratan), maka menolak sesuatu
kemudaratan itu (mafsadah) diutamakan. Kerana sesuatu kemudaratan sekiranya tidak dibendung, ia akan memberi kesan yang
berpanjangan berbandingkan meninggalkan suatu kemaslahatan. Bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w. agar kita menjauhi dari
sebarang bentuk kemudaratan atau memudaratkan orang lain dalam sabdanya:

‫َلا اض ار ار اوَلا ِض ارا ار‬

Yang bermaksud:“Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

15. Begitu juga prinsip ( ‫الضرر يزال‬kemudaratan hendaklah dihilangkan) yang disepakati oleh para fuqaha sebagai salah satu
daripada lima prinsip utama di dalam penetapan hukum Islam. Prinsip ( ‫المشقة تجلب التيسير‬kesulitan mengakibatkan kemudahan) pula
membawa maksud bahawa Islam sebagai agama rahmah bukan sahaja memperuntukkan keringanan apabila terdapat keadaan
darurat di mana nyawa manusia terancam, malah jika terdapat kesulitan yang tidak mengancam nyawa juga, keringanan dan
kemudahan turut dipertimbangkan. Untuk itu, walaupun tiada kemestian bahawa keseluruhan penduduk akan dijangkiti penyakit
Covid-19 ini jika ia melanda sesebuah negeri, dan tiada juga kemestian bahawa semua orang yang dijangkiti pasti akan mati, wabak
ini tetap merupakan satu kesulitan besar yang amat mencemaskan, yang dideritai dan ditakuti masyarakat umum.

16.Agama juga memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap urusan masyarakat dan negara untuk mengambil
langkah-langkah yang tertentu bagi menjaga kemaslahatan individu ataupun masyarakat awam. Nasihat atau arahan yang dikeluarkan
oleh pakar kesihatan hendaklah diikuti dalam usaha memelihara kemasalahatan bersama, sepertimana yang dijelaskan dalam agama:

‫تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة‬

Yang bermaksud:“Tindakan seorang ketua ke atas rakyat, berdasarkan kepada kemaslahatan.”

17. Mengamalkan langkah-langkah pencegahan dari dijangkiti penyakit berjangkit merupakan suatu perkara penting dalam
usaha memenuhi tuntutan agama untuk menjaga dan memelihara nyawa.

Pemeliharaan nyawa adalah salah satu dasar utama yang menjadi keutamaan syarak.

Dari itu, syarak menitikberatkan bahawa setiap individu yang sakit perlu berusaha mencari rawatan, bersandarkan kepada
kaedah Sadd al-Zarā’i’.

18. Nabi s.a.w. turut memerintahkan agar mereka yang sihat pula untuk tidak berhubungan dengan individu yang
menghidapi penyakit berjangkit.

Ini dijadikan asas oleh para ulama untuk merumuskan bahawa mencegah diri dari dijangkiti sesuatu penyakit adalah lebih
diutamakan berbanding merawat diri daripada sesuatu penyakit.

KEPUTUSAN FATWA

19. Berdasarkan dalil-dalil serta prinsip agama di atas, Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa pihak masjid bertanggungjawab untuk
meminta serta melarang mana-mana jemaah yang mempunyai tanda-tanda sakit untuk tidak masuk ke kawasan masjid, sama ada
untuk menunaikan solat ataupun melaksanakan urusan lain.

Ini adalah kerana keberadaan mereka boleh menyebabkan jangkitan virus dan membawa kemudaratan kepada masjid dan masyarakat
Kemaslahatan umum para jemaah masjid perlu dijaga dan dipelihara.

20. Jawatankuasa Fatwa juga berpendapat bahawa sekiranya penularan virus Covid-19 semakin meluas dan kritikal yang memerlukan
penutupan tempat-tempat awam, termasuk rumah-rumah ibadat seperti masjid, atau jika perlu dihadkan penyertaan ramai ke tempat
tempat awam seperti masjid, maka itu merupakan suatu situasi darurat.

Untuk itu, Jawatankuasa Fatwa berpandangan bahawa penutupan masjid di dalam keadaan darurat sedemikian, ataupun penggantunga
solat berjemaah serta solat Jumaat sepanjang tempoh penutupan tersebut, adalah diharuskan.18

21. Jawatankuasa Fatwa turut menasihati masyarakat Islam Singapura, di samping kita melaksanakan segala usaha mencegah penularan
wabak yang berlaku, supaya menitikberatkan daya tahan kerohanian serta memperkukuhkan keimanan pada saat-saat yang getir ini da
memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah s.w.t. Masyarakat Islam harus terus bersatu padu dan memainkan tanggungjawab
bersama dengan seluruh warga Singapura untuk memelihara keselamatan bersama.

.‫ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم‬، ‫ وبالله التوفيق‬، ‫والله أعلم‬

KESIMPULAN

Vaksin menampilkan gaya bahasa yang mudah difahami bertujuan untuk orang awam membaca sekalipun tiada latar
belakang perubatan atau kesihatan. Maklumat yang dicatatkan dalam 16 bab berbeza, sangat relevan kerana
beberapa persoalan dan isu berkaitan vaksin, kesan mudarat, program imunisasi kebangsaan turut diterangkan.

Pelbagai fakta sains dan perubatan, serta penjelasan isu salah faham berkaitan vaksin agar masyarakat faham tujuan
suntikan vaksin dan faedahnya.Vaksin juga sering dikaitkan dengan bahan beracun atau bahan berbahaya kepada
badan, justeru penulis turut menerangkan maklumat sebenar bahan dan proses pembuatan vaksin.

Tidak dinafikan vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan, namun pada dasarnya semua kesan sampingan itu
terkawal dan mendapat perhatian pihak berkuasa perubatan. Sebaliknya, jika seseorang individu itu tidak menerima
suntikan vaksin, sistem imun badan tidak mampu melawan penyakit sekiranya nanti terdedah kepada penyakit
berkenaan. Ini boleh mengakibatkan lebih kesan mudarat berbanding kesan sampingan.

RUJUKAN
• https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Fatwa-Covid-19-Malay


Click to View FlipBook Version