Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali
sebagai Rumah Melaka dan bentuk bumbungnya panjang.
Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur-unsur seni
bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau dan tangga
batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh
seni bina Cina.
Jenis Rumah Melaka.
Rumah Rumah Rumah
Bujang. Berbandung Berbandung
Dua. Tiga.
Rumah Melaka mempunyai tiga jenis, yang terkecil dinamakan
rumah bujang iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam
batang tiang utama.
Jenis sederhana dinamakan rumah berbandung dua, terdiri
daripada dua belas batang tiang utama.
Sementara jenis yang terbesar dinamakan rumah berbandung
tiga terdiri daripada 16 batang tiang utama.
Rupa bentuk fizikal rumah Melaka dapat diperjelaskan sama ada
secara menegak atau melintang.
Secara menegak bentuk rumah Melaka dapat dibahagikan kepada
tiga penggalan iaitu penggalan tiang, penggalan badan dan
penggalan bumbung.
Sementara secara melintang, terdiri daripada unit komponen iaitu
ruang serambi dan anjung, ibu rumah dan rumah dapur.
Bahagian Rumah Melaka.
Serambi. Rumah Ibu. Selang.
Dapur. Pelantar.
beranda atau selasar yang agak panjang, bersambung
dengan induk rumah (biasanya lebih rendah daripada induk
rumah).
Mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Rumah
ibu juga merupakan Ruang terbuka yang luas.
Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih
terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang
sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah
dapur serta mempunyai dinding.
Rumah dapur adalah tempat dari segala peralatan
memasak dan ruang makan.
Pelantar adalah bagian belakang dari dapur yang pada
zaman dahulu biasanya sebagai tempat untuk meletakkan
hasil yang diperolehg dari kebun atau sungai.
Tangga Rumah Tradisional Melaka terkenal dengan ciri-
cirinya yaitu memiliki corak dan jubin.
Motif jubin yang digunakan ini banyak dipengaruhi oleh China.
Kebiasaannya, tangga batu ini mempunyai bilangan anak tangga
yang ganjil seperti 3, 5, 7 dan 9. Apabila melihat rekabentuk
tangganya itu seolah-olah menggambarkan pemilik rumah
mengalu-alukan kedatangan tetamu atau pengunjung ke
rumahnya.
Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu Melaka mengikut
citarasa dan kepandaian tukang-tukang rumah dahulu.
Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukanya ke luar dan punyai
kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar
dan masuk juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak kecil.
Selain itu, bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan
yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang
punyai motif flora dan geometri yang pelbagai.
Kayu tiang dipilih daripada jenis yang baik supaya tidak mudah
dirosakkan serangga. Biasanya tiang rumah dibuat daripada kayu
kempas, cengal, merbau atau damar laut.
Tiang dilapik dengan batu alas sementara struktur penting pada
penggalan tiang adalah kayu rasuk dan gelegar.
Kayu rasuk dikenali sebagai rasuk panjang dan rasuk pendek.
Seterusnya kayu yang panjang dihubungkan dari tiang ke tiang
melalui lubang pada tiang.
Penggalan tiang juga mempunyai kayu gelegar disusun berbaris
di atas rasuk panjang.
Cara susunan adalah melintang atas rasuk pendek. Di atas rasuk
pendek dan gelegar itulah disusun papan lantai.
Kesimpulan:
Rumah tradisional Melayu memiliki banyak keuinikan dan bentuk
fisiknya dapat dibedakan menjadi dua jenis iaitu secara vertikal
dan horizontal. Di mana vertikal terbagi menjadi bahagian tiang,
badan dan bumbung dan secara horizontal terbahagi menjadi
ruang serambi dan anjung, ibu rumah dan rumah dapur.
Rumah tradisional Melaka juga memiliki keunikan tersendiri iaitu
pada bahagian tangganya yang merupakan tangga batu dengan
jubin dan bercorak kerana pengaruh Cina.