The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqkamal, 2023-11-20 10:51:40

RPH Tatabahasa Tahun 1 (Kumpulan 2)

RPH Tatabahasa Tahun 1 (Kumpulan 2)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 1 Cemerlang 3. Bilangan Murid : 36 orang 4. Tarikh : 13 Februari 2022 5. Hari : Isnin 6. Masa : 8.10 hingga 9.10 pagi 7. Tema : Kekeluargaan 8. Tajuk : Lagu ‘Bapaku Pulang’ 9. Kemahiran Fokus: Aspek Tatabahasa: Kata Adjektif 10.Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 11.Standard Pembelajaran 5.1.3 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks. 12.Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyenaraikan lima kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu ‘Adjektif Pancaindera’. ii. Membina ayat berdasarkan kata adjektif yang merujuk benda atau orang yang terdapat di dalam sekolah secara gramatis. 13.Sistem Bahasa • Tatabahasa: morfologi – kata adjektif dan sintaksis • Kosa kata: cantik, comel, manis dan harum 14.Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) • Ilmu: Pendidikan Muzik dan Pendidikan Moral • Nilai Murni: Kasih sayang antara keluarga dan hormat-menghormati • Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Belajar melalui TMK • Kreativiti: Pergerakan kreatif – Imaginasi dan visualisasi, memahami lirik lagu Elemen Keusahawanan: EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi: memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea. 15.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) • KB: menghubung kait pengalaman, menjana idea • KP: verbal linguistik, interpersonal dan kinestetik • BCB: mengumpul maklumat dan memproses maklumat dalam lirik lagu


• Pembelajaran Kontekstual: menghubung kait amalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga • Pembelajaran Konstruktivisme 16.Bahan Bantu Mengajar Bil. Perkara Jumlah 1 Komputer riba 1 2 Projektor LCD 1 3 Lirik lagu ‘Bapaku Pulang’ 36 4 Lirik lagu ‘Adjektif Pancaindera’ 1 5 Kotak 3 6 Batu, jeli, bola 1 7 Lembaran kerja: Pengayaan Pemulihan 30 6 17.Pengetahuan Sedia Ada i. Murid biasa menggunakan kata adjektif semasa berkomunikasi dalam kehidupan harian.


Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan PENGURUSAN BILIK DARJAH (2 minit) • Kebersihan kelas • Persediaan murid untuk belajar Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar Peralatan yang sesuai Set Induksi (5 minit) • Objek misteri di dalam kotak bertuah. Jangkaan jawapan i. Batu ii. Jeli iii. Bola • Isi pelajaran Kata adjektif Sifat-sifat objek/benda yang dapat disentuh Jangkaan jawapan i. Batu: keras ii. Jeli: lembut iii. Bola: bulat Tajuk pelajaran: ‘Lagu Bapaku Pulang’ • Beberapa orang murid meneka objek yang terdapat di dalam tiga kotak bertuah. • Murid menyatakan sifat objek yang dipegang. • Guru membimbing murid untuk menghubungkaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran pada hari ini. BBM Bahan maujud (model) KB Menghubung kait BCB Memproses maklumat Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan


Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Langkah 1 (10 minit) Lagu ‘Bapaku Pulang’ Bapaku pulang dari kota Bapaku belikan kereta Kereta kecil warna merah Akan kubawa ke sekolah Ponponponponpon ponpon ponpon Kereta kecil ku berbunyi Marilah adik mari naik Boleh kubawa jumpa nenek Soalan Guru: 1. Apakah ciri-ciri kereta idaman kamu? Ciri-ciri kereta: Jangkaan jawapan i. Besar-bawa ramai orang ii. Mahal- lebih cantik iii. Kuningwarna kegemaran iv. Hitam-warna kegemaran v. Kecil – mudah dipandu Aktiviti 1 • Lagu ‘Bapaku Pulang’ diperdengarkan kepada murid. • Murid-murid menyanyikan lagu berdasarkan lirik lagu yang disediakan. • Murid melakukan pergerakan kreatif sambil bernyanyi. • Guru meminta murid mengenalpasti kata adjektif dalam lirik lagu. • Guru dan murid bersoal jawab tentang ciri-ciri kereta idaman. • Murid menjelaskan rasional ciri-ciri kereta idaman mereka. . BBM Lirik lagu ‘Bapaku Pulang’ TMK: Video Muzik https://www.youtube.com /watch?v=_vm3I3fUqow KB • Menjana idea Teknik • Pergerakan Kreatif • Soal jawab KP • Interpersonal • Verbal linguistik • Kinestetik Nilai Murni • Mengeratkan hubungan Pembelajaran Kontekstual • Menghubungkain lirik lagu dengan pengetahuan sedia ada


Langkah 2 (18 minit) Lirik lagu ‘Adjektif Pancaindera’ Kata adjektif pancaindera Bau, rasa, lihat, dengar, sentuh Baju sari cantik Kucing comel Bau bunga harum Ikan hanyir Kek lapis manis Nasi lemak sedap Bunyi erhu merdu Jeritan nyaring Aktiviti 1 • Murid menggaris dan menyebut perkataan dalam kategori kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu ‘Adjektif Pancaindera’ Aktiviti 2 • Guru meminta murid menggantikan kata nama yang bersesuaian dengan kata adjektif dalam lagu. BBB • Lirik lagu ‘Adjektif Pancaindera’ TMK: Video Muzik https://www.youtube.c om/watch?v=w5IRq2yY j0g&t=29s Pendekatan • Induktif Teknik • Nyanyian • Permainan Bahasa Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Labu sayong licin Kerang kesat Jangkaan jawapan i. Cikgu cantik ii. Arnab comel iii. Baju harum iv. Coklat manis v. Kuih sedap vi. Lantai licin • Guru mencatat kata nama yang disebut oleh murid pada papan tulis. • Murid melengkapkan lirik lagu adjektif yang disediakan oleh guru dengan kata nama yang bersesuaian dengan kata adjektif berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. • Murid menyanyikan lagu sambil melakukan pergerakan kreatif. KP • Interpersonal • Verbal Linguistik • Kinestetik PAS • Berdikari Penilaian Objektif (i)


Langkah 3 (23 minit) Kata adjektif yang merujuk kepada benda dan orang di dalam sekolah 1. Cikgu 2. Sekolah 3. Kawan 4. Lantai 5. Keropok lekor Jangkaan jawapan : 1. Cikgu itu cantik. 2. Sekolah ini besar. 3. Kawan saya comel. 4. Keropok lekor sedap. 5. Lantai itu licin. Aktiviti 1 • Murid menyenaraikan kata adjektif yang merujuk kepada peralatan dan orang di sekolah. • Berdasarkan kata adjektif yang disenaraikan, murid diminta membuat ayat berdasarkan kata adjektif tersebut. • Beberapa orang murid membacakan ayat yang telah dibina di hadapan kelas. • Guru membuat pembetulan sertamerta sekiranya terdapat kesilapan pada struktur dan maksud ayat. BBB • Pengayaan – Lembaran kerja isi tempat kosong Pemulihan – Lembaran kerja padankan perkataan Ciri PA21 Berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan KP • Verbal linguistik • Interpersonal Penilaian Objektif (ii)


Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Pengayaan Lembaran kerja isi tempat kosong Pemulihan Lembaran kerja padankan perkataan Aktiviti 2 Pengayaan • Murid menulis kata adjektif yang sesuai bagi menggambarkan sifat sesuatu benda. Pemulihan • Murid memadankan perkataan dengan kata adjektif yang sesuai. Penutup (5 minit) Kognitif • Rumusan isi pelajaran • Menyatakan semula sepuluh kata adjektif yang telah dipelajari. Sosial • Pujian atas usaha dan kejayaan • Murid menyebut kata adjektif yang telah dipelajari dan ciri kata adjektif secara ringkas. • Guru memberikan pujian atas kerjasama dan usaha murid sepanjang proses PdP. • Murid menyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’. BBB • Projektor LCD • Skrin • Lirik Lagu KB • Merumus Nilai • Kesungguhan KP • Verbal linguistik • Intrapersonal 18.Refleksi Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, kesemua murid kelas 1 Cemerlang dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan lancar. 36 orang murid dapat mengenal pasti dan menyenaraikan kata adjektif dengan betul dan tepat. Latihan pengukuhan diberikan bagi mengukuhkan kefahaman murid terhadap topik pelajaran. 19. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia


Lembaran Kerja Isi Tempat Kosong AKTIVITI PENGAYAAN Arahan: Isi tempat kosong dengan memilih kata adjektif yang sesuai bagi menggambarkan sifat sesuatu benda.


Lembaran Kerja Aktiviti Memadankan Kata AKTIVITI PEMULIHAN Arahan: Padankan perkataan dengan kata adjektif yang sesuai. Suara Kecil Bangunan Merdu Cikgu Tinggi Kereta Garang


Click to View FlipBook Version