KISAH RUSA YANG SOMBONG AHMAD AIMAN HAZIQ
Pada zaman dahulu, di dalam hutan yang indah, hiduplah sekumpulan haiwan yang tinggal di hutan tersebut. Mereka hidup dengan aman dan harmoni.
Namun begitu, semua haiwan di dalam hutan tersebut sangat takut dengan Si Raja Rimba iaitu singa, kecuali seekor haiwan iaitu rusa. Rusa terkenal dengan kakinya yang panjang dan kebijaksanaannya tentang selok-belok hutan itu. Oleh itu, jika dia terserempak dengan singa, dia akan menggunakan pengetahuannya tentang selok-belok hutan untuk berlari dengan sangat pantas
Rusa tidak mengendahkan pesanan arnab itu dan hanya memberi perhatian untuk mencari makanannya sahaja. Arnab dengan perasan marah berkata “Sudahlah rusa, aku dah beri amaran awal-awal tapi kau tidak mengendahkannya. Jangan sampai kau menyesal!” Semakin lama semakin hilang bayangan arnab daripada pandangan rusa
Tiba-tiba rusa terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Rusa menoleh. Dia ternampak singa sedang menghampirinya. “Oh, singa rupanya. Kejarlah aku kalau kau dapat, ” kata rusa dengan suara mengejek. Singa berasa berang lantas mengejar rusa
Rusa berlari sambil ketawa. Dia tahu bahawa singa tidak akan dapat mengejarnya kerana dia ialah haiwan yang paling laju dan mahir tentang selok-belok hutan itu. Tanpa rusa sedari, dia sudah berlari masuk ke sebuah kampung
Tibanya rusa di kampung, rusa tercengang melihat suasana kampung itu. Keadaan kampung itu sangat berbeza dengan hutan tempat tinggalnya. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang amat segar dan menyelerakan. Rusa sangat teruja tapi dia cuba berlagak seperti biasa.
Tiba-tiba rusa ternampak sebuah pokok yang mempunyai banyak buah-buahan. Rusa tercengang melihat buah-buahan itu dan tanpa rasa ragu, rusa pun terus makan buah-buahan tadi. “Kalau hari-hari dapat makan-makanan begini baik aku duduk sahaja di kampung ini daripada tinggal di dalam hutan” , bisik rusa di dalam hatinya dengan perasaan gembira
Sedang asyik rusa menikmati makanan. Tibatiba satu jaring melekat di atas tubuhnya. Rusa menjerit dan meminta tolong dengan sekuat hati, “Tolong-tolong, selamatkan aku ” ,jerit rusa. Rusa menangis teresak-esak. Dia sedar dia telah diperangkap oleh penduduk kampung. Buah-buahan yang ditawarkan kepadanya hanyalah sebagai umpan sematamata
Di dalam hutan, arnab berasa tidak sedap hati kerana rusa selalu datang mencarinya tetapi pada hari itu dia tidak nampak langsung kelibat rusa di dalam hutan. Arnab pun pergi mencari rusa. Dia bertanya kepada semua haiwan yang ada di dalam hutan. Semua hanya menggelengkan kepala
Arnab semakin risau dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan singa. Dengan beraninya arnab pergi berjumpa dengan singa walaupun singa seekor haiwan yang garang
Setibanya arnab ke tempat singa, arnab bertanya, “Wahai singa, adakah kau terserempak dengan rusa?” tanya arnab. “Ya arnab, aku terserempak dengannya dan aku mengejarnya sehingga menuju ke sebuah kampung di hujung hutan. Namun aku tidak nampak kelibat rusa setelah sampai di hujung hutan. Aku rasa rusa telah masuk ke kampung itu” , jelas singa. arnab segera menuju ke kampung itu kerana dia tahu rakannya mahir akan selok-belok hutan tetapi bukan di luar kawasan hutan
Sedang rusa memikirkan riwayatnya yang akan tamat, rusa terdengar satu suara yang sayupsayup kedengaran. Semakin lama semakin dekat suara itu. “Bertahan rusa, aku datang untuk selamatkan kau ” kata pemilik suara itu. “Eh, itu seperti suara arnab!” , kata rusa. Rupa-rupanya arnab datang untuk selamatkan rakannya. Rusa berasa sangat bersyukur kerana arnab sanggup mencari dan menyelamatkannya
Arnab cuba sedaya upaya untuk membebaskan rusa daripada jaring dengan menggunakan giginya yang tajam tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba, Arnab mendapat idea yang sangat bernas dia segera memberitahu rusa supaya menggunakan tanduknya yang tajam untuk mengoyakkan jaring itu
Dengan pantas rusa menghayunkan tanduknya pada jaring dengan bantuan arnab dan akhirnya jaring itu dapat dikoyakkan. Rusa dan monyet terus berlari dan meninggalkan kampung dengan cepat tanpa diketahui oleh penduduk kampung
Setibanya di hutan, rusa meminta maaf kepada arnab kerana selalu tidak mengendahkan nasihat arnab dan dia sangat menyesal akan perbuatannya. Rusa berjanji bahawa dia tidak akan mengulangi lagi perbuatannya. arnab memaafkan rusa. Semenjak hari itu, rusa dan arnab menjadi sahabat baik dan mereka selalu mencari makanan bersama-sama.
Sikap sombong dalam diri perlu dielakkan kerana perkara tersebut tidak mendatangkan manfaat Kita perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh orang lain kita perlu berbuat baik dengan semua orang PENGAJARAN
TERIMA KASIH