The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM80622 Nurul Shuhada Binti Hariman, 2024-02-08 09:28:29

BUKU SKRAP DIGITAL (SEKOLAH DALAM HOSPITAL)

BUKU SKRAP DIGITAL

SEKOLAH DALAM HOSPITAL DISEDIAKAN OLEH : NUR ATHIRAH, NUR AIDA & NURUL SHUHADA


KONSEP Sekolah dalam hospital adalah satu inisiatif bersama KPM dan KKM bagi mengatasi keciciran murid yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh yang lama di hospital. SDH merupakan pusat pembelajaran di hospital yang khusus dan berstruktur, berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid bermasalah kesihatan. SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel.


OBJEKTIF PENUBUHAN SDH Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif secara santai dan didik hibur bagi murid yang sedang dirawat di hospital. Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir dalam pelajaran. Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur kanakkanak yang bersekolah tanpa batasan dan keadaan. Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.


SDH Hospital Ampang, Selangor LOKASI SEKOLAH HOSPITAL DI MALAYSIA SDH Hospital Serdang, Selangor SDH Hospital Kuala Lumpur SDH PPUKM SDH Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang SDH Hospital Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang SDH Hospital Pakar Sultanah Aminah SDH PPUM


SDH Hospital Selayang SDH Hospital Sultanah Fatimah SDH Hospital Tuanku Jaafar Seremban SDH Hospital Wanita dan KanakKanak Likas, Sabah SDH Hospital Umum, Sarawak SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu SDH Hospital Tawau LOKASI SEKOLAH HOSPITAL DI MALAYSIA


Pelajar yang diterima masuk dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam hospital terdiri daripada pelajar atau murid yang menghadapi masalah kesihatan. Setiap sesi dan aktiviti PdP bergantung kepada kesesuaian dan kesediaan murid. Pembelajaran lebih bersifat fleksibel mengikut keperluan murid. Subjek Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diajar manakala subjek lain bergantung kepada pilihan dan keperluan murid. Guru menggunakan kaedah berpusatkan bahan dan sumber dalam sesi penyampaian PdP. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL


Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. PROSEDUR BELAJAR DI SDH Doktor menjalankan rawatan di wad dan mengesahkan murid stabil untuk belajar. Jururawat serahkan nama murid yang layak ke SDH. Guru memulakan sesi PdP (kelas, wad, taman atau tempat yang bersesuaian).


PDP DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH) Kepelbagaian masalah kesihatan. 1. 2. Pembelajaran fleksibel mengikut kesediaan murid. 3. Kaedah PdP a. Laporan Pengajaran Harian & Pembelajaran Individu. b. Gabungan pelbagai kaedah. 4. Kembali ke sekolah asal atau menamatkan pendidikan di SDH (Bawa laporan pmebelajaran individu bagi murid yang menerima sesi PdP lebih 7 hari.) 5. Tempoh pembelajaran: 2 Jam pagi (10.00 pg - 12.00 tengahari) 2 Jam pagi (2.00 petang - 4.00 petang) 6. Lokasi pembelajaran : a. Kelas b. Wad c. Taman d. Tempat bersesuaian


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version