The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3451a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM80622 Nurul Shuhada Binti Hariman, 2024-03-01 04:59:03

BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

MPU3451a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESCENT BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NURUL SHUHADA BINTI HARIMAN BAHASA MELAYU 8 AMBILAN JUN 2021/2026 030104-08-0744 CIK KRISTIL TAN AI TENG 22 FEBRUARI 2024


PRINSIPPRINSIP ASAS PERGERAKAN ISI KANDUNGAN BIODATA SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL TAMBAHAN UNDANGUNDANG KEMANUSIAAN SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN LAPORAN AKTIVITI PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM BIBLIOGRAFI


NAMA : NURUL SHUHADA BINTI HARIMAN UMUR : 21 TAHUN UNIT : BAHASA MELAYU 8 EMEL : [email protected] KURSUS: MPU3451a KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1 BIODATA DIRI ANGKA GILIRAN : 2021142340394


SEJARAH PENGASAS DAN PENUBUHAN


SEJARAH PENGASAS & PENUBUHAN Jean Henry Dunant merupakan Bapa Palang Merah. Jean Henry Dunant dilahrikan pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland.Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawa Kristian aliran Calvinsme yang kuat. Jean Henry Dunant Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Pergerakan yang paling diminati neliau ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan ini juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Cadangan penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Semasa usia 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehinggan dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Kemuadian, beliau meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan yang diusahakan oleh beliau berjaya dan beliau mendapat banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah oerjalanan hidupnya.


SEJARAH PENGASAS & PENUBUHAN Pada Jun 1859, ketika berusia 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglionedelta Pieve di utara Itali. Semasa itu, Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan itu berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas berlangsung peperangan berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera. Peperangan Solferino yang berlaku antara tentera Austria dan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Inisiatif Jean Henry 1) Membantu dalam keadaan sakit dan cedera. 2) Memberi dan membeli ubat serta makanan untuk diberikan kepada mangsa peperangan. 3) Menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara. 4) Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan cemas tan[pa mengira agama dan negara tentera terbabit. 5) Menggunakan kempen dan slogan ‘Tutti fratelli’ (Kitakan bersaudara) Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglionedelle Stiviere.


SEJARAH PENGASAS & PENUBUHAN Kenangan pahit di Solferino meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean Henry. Apabila kembali ke Switzerland, beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang diberikan judul ‘A Memory of Solferino’. Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku itu dan diterbitkan pada November 1862. Buku tersebut telah dikirimkan kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka penderitaan mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu : Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. Mengadakan perjanjian antarangsa agar tentera yang cedera daripada mana-mana pasukan hendaklah dibantu.


SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustave Moynier, Dr. Maunior, Dr, Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokuskan untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku ‘A Memory of Solferino’. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabngsa telah dilaksanakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan tiga cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang pertama yang dihadiri oleh 16 buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut : Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan Ambulans, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatarbelakangkan putih. Ahli-Ahli Jawatankuasa Berlima


PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA & PROTOKOL TAMBAHAN


Dilindungi dan dihormati tanpa dikriminasi. Tidak boleh diseksa, dimusnah dan dibunuh untuk tujuan eksperimen biologikal. Menerima rawatan yang mencukupi. Dilindungi daripada jangkitan penyakit dan dirompak. Organisasi lain yang telah diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan. Semua perti yang terlibat dalam konflik haruslah mengumpul dan mencari mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan serta memberi info kepada Pusat Agensi Menjejak (ICRC). KONVENSYEN GENEVA PERTAMA (1864) Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan.


Melindungi askar-askar yang berada dalam keadaan sakit dan cedera ketika diatas kapal atau di laut. Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mengumpul, mencari dan merawat mereka yang sakit, cedera dan terkaram di laut. Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang mestilah dilindungi dan dihormati. KONVENSYEN GENEVA KEDUA (1899)


Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap. Kapal tersebut tidak boleh diserang atau ditahan. Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh merawat dan mengumpul mereka yang cedera dan terkaram di laut. Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. KONVENSYEN GENEVA KEDUA (1899) Namun, mereka yang sakit, cedera dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut haruslah mempunyai kemudahan perubatan.


Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan makanan yang mencukupi dan rawatan yang memadai. Diberi perlindungan dengan sebaik yang mungkin. Diberi keselesaan dan keperluan hidup yang baik. Tahanan yang dilakukan mestilah tertakluk kepada undang-undnag pertahanan. Penahanan tidak boleh bertindak secara dikriminasi terhadap tahanan perang dari pelbagai aspek seperti bangsa, agama, fahamana politik dan kewarganegaraan. Dari segi jantina, tahanan wanita mestilah dilayan dengan baik. KONVENSYEN GENEVA KETIGA (1929)


KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT (1949) Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang. Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya. Mereka yang cedera, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. Orang awam haruslah diberi layanan yang baik. Agama, adat dan kepercayaan mereka hendaklah dihormati. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang.


Melarang serangan membuta tuli dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan lain untuk hidup. Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemncaran neclear, objek-objek bersejarah dan tempat sembahyang tidak boleh diserang. Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. Perlindingan khas diberikan kepada kanak-kanak, wanita dan pegawai perubatan awal serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta boleh memusnahkan aalam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. Penggunaan salah satu lambang yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah perang. PROTOKOL TAMBAHAN I (1977)


Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mestilah dilayan dengan baik seperti yang telah diisyaratkan dalam Konvensyen Geneva. Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II melarang keganasan atas kesihatan, kehidupan, fizikal atau mental seseorang individu. Kanak-kanak mestilah dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan benda-benda yang mustahak bagi penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti tanaman, sistem pembuangan, sumber air minuman, objek-objek bersejarah dan tempat sembahyang. Menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama. Organisasi bantuan saksama seperti ICRC adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan kemanusiaannya. PROTOKOL TAMBAHAN II (1977) PROTOKOL TAMBAHAN 111 (2005) Pertambahan satu lagi lambang tersendiri iaiatu kristal merah. Kristal merah adalah lambang pilihan dama dengan status palang merah dan bulan sabit merah.


UNDANGUNDANG KEMANUSIAAN


Merupakan satu badan peraturan yang menggunakan had terhadap berkaitan penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Undang-undnag ini dikenali sebagai : *Undang-undang peperangan *Undang-undang konflik bersenjata. APA ITU UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) ?


MENGAPAKAH UUKA PENTING ? UUKA adalah salah satu undang-undang yang terpenting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin maruah manusia dan keselamatan mereka semasa perang. UUKA bertujuan untuk memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu berpandukan prinsip bahawa peperangan juga mempunyai hadnya. BILAKAH UUKA DIGUNAPAKAI ? Konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara). Konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak).


SIAPAKAH YANG DILINDUNGI OLEH UUKA ? UUKA melindungi mereka yang tidak terlibat dan tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya : -Orang awam. -Anggota perubatan. -Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran seperti penempur yang cedera, karam atau sakit. -Tawanan perang.


UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh mengakibatkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara orang awam dan penempur. Membezakan antara orang awam dan penempur serta tidak menyerang orang awam. Membantu mereka yang berada dalam keadaan sakit dan cedera serta melindungi anggota perubatan. Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengam membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. BAGAIMANAKAH UUKA MELINDUNGI ?


PRINSIPPRINSIP ASAS PERGERAKAN


1) KEMANUSIAAN (HUMANITY) Bulan Sabit Merah ditubuhkan dengan hasrat memberi bantuan dan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran. Berusaha meringankan dan mencegah kesengsaraan di mana jua ianya terjadi. Melindungi nyawa dan kesihatan serta hormatmenghormati sesama manusia. 2) KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY) Tidak membezakan agama,kaum, bangsa, fahaman politik atau darjat dalam kegiatannya. Meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3) KEBERKECUALIAAN (NEUTRALITY) Untuk terus mendapatkan kepercayaan daripada orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan atau tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik,agaama, ideologi dan perkauman.


4) KEBEBASAN (INDEPENDENCE) Bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. 5) KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE) Merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. 6) KETUNGGALAN (UNITY) Terdapat hanya satu persatuan Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. 7) KESEJAGATAN (UNIVERSALITY) Meliputi serluruh dunia. Semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama. Saling bantu-membantu di antara satu sama lain.


SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA


SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu iaitu di Sarawak sebagai satu Cawangan Palang Merah British Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950. Pada tahun 1951 BSMM ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor manakala pada tahun 1952 ditubuhkan di negeri Melaka, Johor dan Pahang. 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah dibacakan di Parlimen. 16 April 1962, Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu iaitu Akta 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.


Selaras dengan penubuhan Malaysia, parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah iaitu (Akta No. 47 tahun 1965). SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA 4 Julai 1963, Jawatnkuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menerima pengiktirafan dengan rasmi sebagai satu Persekutuan Palang Merah. 21 Ogos 1975, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


NEGARA-NEGARA MENANDATANGI KONVENSYEN GENEVA PERSIDANGAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Suruhanjaya Tetap Majlis Delegasi Pergerakan palang merah dan bulan sabit merah antarabangsa IFRC JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH GENEVA 1863 ICRC JAWATANKUASA PALANG MERAH ANTARABANGSA GENEVA,1863 STRUKTUR ORGANISASI BSMM ANTARABANGSA PERSATUANPERSATUAN PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH


JAWATANKUASA KEBANGSAAN JAWATANKUASA EXECUTIVE CAWANGAN CABANG UNIT URUSETIA KEBANGSAAN URUSETIA CAWANGAN URUSETIA CABANG BANTUAN SUKARELA BELIA LINK STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PASUKAN KEBAJIKAN LAIN-LAIN UNIT


SENATOR (SENAT BSMM) MAJLIS KEBANGSAAN JK EKSEKUTIF KEBANGSAAN JK CABANG UNIT BELIA & KANAK-KANAK PASUKAN KUMPULAN KEBAJIKAN STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN PASUKAN BANTUAN KEBANGSAAN


PENAUNG (PENGARAH) PENGERUSI (KETUA JABATAN) GURU PENASIHAT PRESIDEN (PELAJAR) NAIB PRESIDEN (PELAJAR) BENDAHARI KOMANDEN KUARTER MASTER PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI SETIAUSAHA KETUA PATROL/BIRO STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPG


GURU BESAR GURU PENASIHAT (PKK) PENGERUSI (PELAJAR) NAIB PENGERUSI (PELAJAR) BENDAHARI PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI SETIAUSAHA AJK STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH DAN KUMPULAN


Ahli Kehormat Ahli Seumur Hidup Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/Tidak Berpakaian Seragam (18 Tahun ke atas) JENIS KEAHLIAN Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan. Yuran : RM 500 Yuran : RM 2.00 setahun tetapi digalakkan membayar yuran sekaligus untuk 5 tahun.


Ahli Belia (13-18 Tahun) Ahli Belia Terbuka (13-17 Tahun) Ahli Kanak-kanak PBSMM (RC Link) (9-12 Tahun) Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut : -Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanakkanak. -Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di Unit Bulan Sabit Muda. -Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD) JENIS KEAHLIAN Berumur 9 tahun sehingga 12 tahun.


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM BSMM NO.2


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM BSMM NO.3


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM KORPORAT BSMM


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM MUFTI BSMM


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM MUFTI BSMM


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO. 3


PAKAIAN SERAGAM UNIFORM NO. 3


Berasal dari lambang palang merah yang diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929. Lambang ini digunakan oleh pasukan pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan. LOGO BSMM


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU BSMM


BAHAWA KAMI AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA BERIKRAR TAAT SETIA KEPADA DULI YANG MAHA MULIA SRI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG DAN PEMERINTAH-PEMERINTAH DI NEGARA KAMI. BAHAWA KAMI BERIKRAR AKAN SENTIASA PATUH PADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG SERTA ARAHAN PERSATUAN WALAU DI MANA KAMI BERADA. BAHAWA KAMI BERIKRAR AKAN SENTIASA MEMBERI KHIDMAT SUKARELA KAMI KEPADA MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA DI WAKTU AMAN ATAU BENCANA BERDASARKAN PRINSIP BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT: 1. KEMANUSIAAN 2. KESAKSAMAAN 3. KEBERKECUALIAN 4. KEBEBASAN 5. KHIDMAT SUKARELA 6, KETUNGGALAN 7. KESEJAGATAN IKRAR BSMM


LAPORAN AKTIVITI Minggu 1 - Lantikan Jawatankuasa dan taklimat kursus di DTF. Minggu 2 - Proses PdP berkaitan dengan sejarah penubuhan BSMM.


LAPORAN AKTIVITI Minggu 3 - Taklimat pentaksiran berterusan dan melaksanakan lawatan ke SJKC Bukit Beruang. Minggu 4 - Melakukan latihan kawad kaki I .


LAPORAN AKTIVITI Minggu 5 - Melaksanakan latihan kawad kaki III bersama unit BM 6 dan PAKK 1. Minggu 4 - Melaksanakan latihan kawad kaki II .


LAPORAN AKTIVITI Minggu 8 - Melaksanakan latihan kawad kaki dan interaksi bersama pensyarah di dalam kelas.


PERANCANGAN ORIENTASI UNIT UNIFORM


Click to View FlipBook Version