The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zurapizatul11, 2021-11-24 20:58:53

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM



PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN
PELAJAR IPT



NAMA NO. PENDAFTARAN



NURUL TASNEEM BINTI RAHMAN 20DSK20F2017


NURUL ALEA ATIQAH BINTI JAFREE 20DSK20F2016



NURZURAFIEZATUL RAZAIDA BINTI MUHD AZHAR 20DSK20F2035
BAKING ABDULLAH






PN. DAYANGKU FARAH AZEILA AWG MOHAMMAT


DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN/DSK2A

ISI KANDUNGAN



1. OBJEKTIF



2. PENGENALAN


3. PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG


3.1 Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Pelajar IPT



3.2 Kesan Kepada Kesihatan Mengambil Bahan Terlarang


3.3 Kesan Tingkahlaku Seseorang Bila Mengambil Bahan Terlarang


3.4 Langkah-Langkah Menangani Gejala Pengambilan Bahan Terlarang


4. KESIMPULAN



5. RUJUKAN


6. LAMPIRAN

1. OBJEKTIF KAJIAN:



Terdapat beberapa objektif kajian yang kami dapati antaranya termasuklah
dapat membuat kajian mengenai factor-faktor penyalahgunaan bahan
terlarang. Seterusnya, kami juga dapat mengenalpasti Langkah-langkah bagi
membendung masalah penyalahgunaan bahan terlarang tersebut. Selain itu,
dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kesan penyalahgunaan
bahan terlarang kepada pelajar IPT. Akhir sekali, kami juga dapat
mengenalpasti factor pengetahuan terhadap dadah mempengaruhi
penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar.

2. PENGENALAN:

Penyalahgunaan bahan terlarang yang sering berlaku dikalangan
remaja antaranya bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol,
gam, turpentine, ubat batuk, dan dadah. Menyalahgunakan bahan seperti
dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih
secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.
Perbuatan menyalahgunakan bahan adalah salah dari segi agama dan
undang-undang. Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan
menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Keadaan ini boleh
membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Bahan yang sering
disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah.

Istilah ini mempunyai pelbagai takrifan meluas yang berkaitan dengan
pengambilan dadah psikoaktif atau dadah meningkatkan prestasi bagi kesan
bukan rawatan atau bukan perubatan. Semua takrifan ini membayangkan
suatu rumusan negatif penggunaan dadah yang dipersoalkan (bandingkan
dengan istilah penggunaan dadah berhemah bagi pandangan alternatif).
Penggunaan ubat-ubatan ini boleh membawa kepada kemungkinan hukuman
jenayah di samping kecedaraan fizikal, social, dan psikologi, kedua-duanya
banyak bergantong pada bidang kuasa tempatan. Sesetengah ubat yang
sering dikaitkan dengan istilah ini termasuk alkohol, amphetamines, gentian,
barbiturates, benzodiazepines (terutama sekali alprazolam, temazepam,
diazepam dan clonazepam), kokaine, methaqualone, dan opioid. Terdapat
banyak kes di mana jenayah atau tingkah laku anti-sosial berlaku apabila
seseorang itu di bawah pengaruh dadah. Perubatan personality jangka
panjang pada individu juga mungkin berlaku juga. Istilah lain penyalahgunaan
dadah masuk di bawah empat kategori utama:

• takrifan kesihatan awam
• komunikasi massa dan penggunaan vernacular
• takrifan perubatan
• politik
• takrifan jenayah kehakiman

Penyalahgunaan dadah adalah lazim dengan anggaran 120 juta pengguna
dadah keras seperti kokain, heroin, dan ubat-ubatan sintetik yang lain.
Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui lam web
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan

3. PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG


3.1 KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP
PELAJAR IPT

• Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar pada hari ini akan
memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat
kita pada hari ini. Pelajar iaitu dikategorikan sebagai remaja
merupakan aset utama negara pada masa akan dating, mereka
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan
negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaiman untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Banyak kejadian seperti
pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan
dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari ini yang
kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan
yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin
berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.
Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan
kesan yang mendalam pada diri pelajar tersebut.


3.2 KESAN KEPADA KESIHATAN MENGAMBIL BAHAN TERLARANG

• Dadah yang disalahguna mempunyai implikasi atau risiko yang
menjejaskan risiko kesihatan tubuh badan manusia. Setiap jenis dadah
yang diambil mempunyai tindak balas yang berbeza. Sebagai contoh
kesan pengambilan dadah jenis Stimulus (perangsang) seperti
amphetamine menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan
tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan dan
sebagainya. Malahan, kesan jangka panjang hasil pengambilan dadah
tersebut berkemungkinan diserang sakit jantung yang menyebabkan
kematian.

3.3 KESAN TINGKAH LAKU SESEORANG BILA MENGAMBIL BAHAN
TERLARANG

- Sikap diri sendiri itu apabila ia mengambil dadah dan minuman
alkohol dan lain-lain. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat
umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah,
penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau
persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga,
malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan
tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang
berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil
dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah
dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan
sebagainya dan ia akan menimbulkan perselisihan faham antara satu
sama lain. Contohnya, apabila seseorang pelajar itu tinggal di rumah sewa
yang mempunyai rakan yang mengambil minuman alkohol, ini akan
menimbulkan ketidakpuasan hati dan keselesaan kepada orang lain
kerana sikapnya itu.

Ini juga boleh menyebabkan rakan-rakan yang lain hilang kepercayaan
kepada seseorang itu. Selain itu, kesan keatas keluarga keluarga apabila
anaknya mengambil bahan terlarang ialah Maruah dan nama baik
keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih
boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan
masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu
bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah
tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara
ahli keluarga mungkin berlaku.seterusnya, kesan kepada masyarakat pula
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya
kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –
penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40%
daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini
sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan
dan undang-undang negara. Perpaduan,pembangunan dan kemajuan
masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan
dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga
dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak
dengan dadah.


Implikasi sosial termasuk :



• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi
pelajaran
• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
• Kelakuan Delinkuen/salah laku
• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan
alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang,
pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat,
tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan
dan juga boleh menyebabkan kematian).


Gangguan kesihatan termasuk:

• Kerosakan otak yang kekal
• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin
ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya perubahan
personality:

• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif



➢ Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

- Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan
lelaki. Di antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

• Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersebut.
• Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk
mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang sempurna
• Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan
ereksi.

➢ Merokok Mengakibatkan Strok

• Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–
12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan
kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)
• Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
• Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah
akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah.
• Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan
maut.


➢ Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

- Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko
utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di
Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Sayangkan Jantung Anda

Oleh itu, anda seharusnya:
• Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit
jantung.
• Jauhkan diri daripada asap rokok basi
• Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
• Sentiasa berfikiran positif

3.4 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA PENGAMBILAN
BAHAN TERLARANG

Terdapat beberapa cara untuk menangani gejala pengambilan
bahan terlarang. Antarnya ialah pihak kerajaan dan pihak ipt boleh
mengadakan kempen kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan
bahan terlarang di kampus-kampus.selain itu, Melaksanakan
pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.Pihak yang
berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk
membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan
pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-
aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini
bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman
kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah
dan kesedaran mereka.Selain itu, pihak yang berkenaan boeh
mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya. Seterusnya, mewujudkan kerjasama di antara orang
awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-
sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin
berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh,
masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak
pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu
bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-
anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu
dilaksanakan. Seterusnya, ibubapa juga perlu memainkan peranan
penting dengan sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan
mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan.ibubapa juga perlu
sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan
sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang
negative. Akhlir sekali, Pihak kerajaan juga perlu menubuhkan rumah-
rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi
penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan
lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah
rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat
serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada
jalan yang benar serta di redhai Allah. Individu juga perlu sentiasa
berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam kancah bahan
terlarang.

4. KESIMPULAN

• Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan
pelajar IPT banyak memberi impak negative kepada individu itu sendiri
dan masyarakat. Para remaja seharusnya bijak menggunakan peluang
yang ada pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya
menyalahgunakan kemudahakn tersebut. Oleh itu, ibubapa perlu
memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak
sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti
rokok, dadah, alcohol dan sebagainya serta kesan menggunakan
barang-barang terlarang tersebut.

Rakan juga mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang lain
untuk tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang
terlarang ini. Pada zaman ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-
ikut dengan budaya hasrat yang sering mengamalkan unsur negatif
dalam penggunaan bahan terlarang ini. Hal ini mendorong remaja
sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan
bahan tersebut yang boleh menyebabkan kematian. Bahan ini lebih
banyak kesan negatif berbanding positif oleh masyarakat.

Akhir sekali, pihak IPT wajar mengadakan kempen kesedaran
kepada para pelajar agar menjauhi diri daripada bahan-bahan
terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada
mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.

5. RUJUKAN



• https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan
- 2002). Mosby's Medical, Nursing, & Allied Health Dictionary. Sixth Edition.
Drug abuse definition, p. 552. Nursing diagnoses, p. 2109. ISBN 0-323-
01430-5.

• http://www.myhealth.gov.my/remaja-alkohol/
- Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin

• https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html
- Saha, P. S., Bhalla, K. D., Whayne, F. T dan Gairola, C. G. 2007. Cigarette
smoke and adverse health effects: An overview of research trends and future
needs. International Journal of Angiol. 16 (3): 77 – 83.

• https://penyalahgunaanbahanterlarang/kerja-kursus

• https://bahanterlarangpelajarIPT.blogspot.com/2020/10/kesimpulan_1.
html?m=1
- Abdul Ghafar Taib (1989), Dadah dan Pencegahannya di Malaysia, Kuala
Lumpur: Pam Publishing (M) Sdn. Bhd.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version