The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kumpulan 4 : Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ilmu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmxdfikri, 2022-05-15 05:35:06

Kumpulan 4 : Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ilmu.

Kumpulan 4 : Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ilmu.

AL – QURAN DAN AS – SUNNAH SEBAGAI SUMBER ILMU

MPU 31032 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA

PENSYARAH : DR. SALWA AMIRAH BINTI AWANG

KUMPULAN 4 :
AHMAD FIKRI BIN ABD RAHMAN (F3027)
SITI NABILAH BINTI SARINGAT (F3005)
NIK MUHAMMAD DANIAL BINTI BAHARUDDIN (F3015)
MUHAMMAD FARRES SYEEMER BIN ABDUL RAHMAN (F3032)

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA 2
3
Isi kandungan 4
Penghargaan 5
Pendahuluan 7
Al-Quran dan kepentingannya 9
As-Sunnah dan kepentingannya 11
Ilmu dan kepentingannya 13
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ilmu 14
Akibat menolak Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber ilmu 15
Kesimpulan
Rujukan

2

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Falsafah Dan Isu Semasa (MPU31032) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada
Dr Salwa Amirah Binti Awang, selaku Pensyarah Falsafah dan Isu Semasa kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan in mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.

3

PENDAHULUAN
Islam adalah agama Allah yang diturunkan dengannya kitab-kitab suci yang terakhir dan diutuskan Rasulnya yang
penutup untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan keizinan tuhan mereka ke arah jalan
yang benar lagi mulia lagi terpuji.

Hukum-hukum islam adalah himpunan tanggungjawab dan ajaran yang diserukan oleh Rasulullah SAW serta
disampaikan kepada umat melalui AL-Quran dan melalui lidah Rasulnya yang terdiri daripada hakikat –hakikat
kewujudan dan alam ghaib yang mempunyai hubungan dengan ketuhanan atau kenabian dan juga akhirat.

Hukum-hukum islam tidak terbatas dalam aspek amali atau perundangan sahaja seperti ibadat dan ia juga tidak
terbatas dalam aspek teori atau akidah (ilmu tauhid atau ilmu kalam). Dalam aspek kerohanian atau akhlak yang
dibincangkan didalam ilmu tasawwuf atau akhlak. Sebaliknya hukum-hukum islam merangkumi semua itu secara
seimbang, sepadu, dan serasi.

Al-Quran al –hakim al- sunnah al-nabawiyyah merupakan dua sumber asasi yang maksum yang menjadi punca
pengambilan hokum-hakam islam keseluruhannya. Al-Quran adalah sumber pertama dan Al- sunnah adalah
sumber kedua.

4

AL-QURAN DAN KEPENTINGANNYA

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril a.s., ditulis dalam mushaf,
dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadah apabila membacanya.

Allah SWT telah menjamin akan terjaganya kesucian kitab Al-Quran ini sehingga yaumul akhir. Ini
terdapat dalam firman-Nya di dalam Surah An-Nisa ayat 59,

‫َࣖا ُِّيباهّاٰل ِْٓيلَا ُّيواه ْلايا َّْلوِِذم ْيا ْْنل ٰاِخم ُنر ْْٓواذ َِال ِط ْكي ُعخوْا رياّ َّٰلوَال ْحوَا ِسط ُْين ُعت ْأواو ْياًل َّلر ُس ْول وُاو ِل ا ْْل ْمر ِم ْن ُك ْم فِا ْن تناز ْع ُت ْم ِ ي ْف ي ْشء ف ُر ُّد ْو ُه ِا َل اّ ٰل ِل وال َّر ُس ْو ِل ِا ْن ُك ْن ُت ْم ُت ْؤ ِم ُن ْون‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri
(pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kamudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Itu lebih utama (bagi kamu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisa, 4:59)

5

Intisari Al-Quran Kepentingan Al-Quran

6

AS-SUNNAH DAN KEPENTINGANNYA

As-Sunnah adalah salah satu dari wahyu Allah, di mana maksud dan isi
kandungannya dilafazkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. As-Sunnah juga ditakrifkan

sebagai setiap yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad S.A.W. sama ada kata-
kata, perbuatan, perakuan, kelakuan, sifat kejadian, sifat akhlak dan setiap yang

disandarkan kepada baginda sebelum kerasulannya mahupun selepasnya dan sama
ada sunnah tersebut mensabitkan hukum syarak atau sebaliknya.

As-Sunnah adalah sumber yang memperincikan penjelasan-penjelasan yang terkandung di dalam
Al-Quran serta bertindak sebagai pengukuh terhadap kebenaran ajaran Islam. Dengan kata lain ia
adalah setanding Al-Quran dalam penetapan ajaran Islam.

ِّ‫َع ِّْن َما ِل ِّك أَ َِّّن َر ُسو ِ َلّ ّل َّلِ ِّا َصلَّى ّل َّلِّاُ َع َل ْي ِِّه َو َسلَِّ َمّ قَا ِ َلّ تَ َر ْك ُِّت ِفي ُكِّْم أَ ْم َر ْي ِِّن َل ِّْن تَ ِضلُّوا َما تَ َم َّس ْكتُِْمّ ِب ِه َما ِكتَا َِّب ّل َّلِ ِّا َو ُسنَّ ِّةَ َنبِ ِي‬

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua
perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu
Kitabullah dan Sunnah Nabi “. (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis
Sahih.

7

Kepentingan as-sunnah

8

ILMU DAN KEPENTINGANNYA

 Bahasa: Berasal daripada perkataan arab iaitu kalima, yang bereti mengetahui atau
perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu yang sebenarnya.

 Istilah: Segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah S.W.T.
yang diturunkan kepada rasul-rasul-Nya dan alam ciptaan-Nya termasuk manusai yang
memiliki aspek lahiriah dan insaniah.

Ilmu merupakan usaha kita untuk menemukan dan meningkatkan pemahaman manusia dari
berbagai segi kenyataaan yang terjadi di alam manusia. Jika seseorang yang ingin berilmu maka
perlu memiliki pengetahuan. Ilmu merupakan suatu pengetahuan yang disusun secara bersistem.
Ilmu adalah hasil proses berfikir yang diperoleh dari sekitar pengalaman untuk dijadikan objek
penelitian dan dapat diakui mahupun diyakini kebenarannya. Terdapat 2 jenis ilmu, iaitu:

✓ Ilmu Fardu Ain: Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap muslim yang akil baligh untuk mempelajari
dan mengamalkannya. Contohnya, berkaitan akidah, syariat dan akhlak

✓ Ilmu Fardu Kifayah: Ilmu yang wajib dipelajari oleh masayarakat Islam secara kolektif dan
bukannya sebagai kewajipan ke atas individivu kecuali sekiranya hanya seorang sahaja yang
keahlian dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain lagi yang mengetahui bidang itu maka
kewajipan itu menjadi farhu ain.

9

Kepentingan ilmu

10

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI SUMBER ILMU
1. Panduan untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

Ini kerana Al-Quran dan as-sunnah menjadi petunjuk kepada kehidupan berakidah yang sebenar melalui
peraturan dan undang-undang dalam menjalani kehidupan seharian yang dinamakan syariat dan juga aspek
pembinaan keperibadian manusia iaitu akhlak. Ketiga-tiga elemen ini iaitu akidah, syariat dan akhlak mampu
membentuk peribadi insan yang sempurna merangkumi roh, akal dan jasad. Maka, 2 panduan ini sangat
berguna dalam membina peradaban dan ketamadunan manusia sejagat. Kesannya, manusia dapat mencapat
kejayaan di dunia dan seiring itu juga mendapat ganjaran yang baik di akhirat.

2. Menjadikan manusia lebih berilmu dan dihormati

Di dalam Al-Quran dan as-sunnah terdapat pelbagai ayat yang menerangkan tentang cabang sains. Ia menjadi
garis panduan para saintis membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan untuk menghasilkan suatu
teknologi baharu yang berguna untuk masyarakat. Sebagai contoh, di dalam Al-Quran terdapat 1 surah yang
menyebutkan berkenaan besi iaitu Surah AL-Hadid dan pada hari ini besi digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang seperti pembinaan, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa
manusia akan menjadi lebih berilmu jika manjadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai sumber ilmu.

11

3. Menyempurnakan tanggungjawab khalifah

Manusia sebagai khalifah di bumi diertikan sebagai pemimpin yang menerima amanah dari Allah S.W.T
untuk memimpin diri menjadi lebih beriman dan bertaqwa. Antara tugas khalifah seperti menjalankan amar
ma'ruf nahi mungkar, menjaga dan memelihara diri serta menjaga kelestarian alam. Semua tugas khalifah
memerlukan seseorang itu menuntut ilmu tidak kira ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Di dalam Al-Quran ada
menyebutkan perihal hukum sesuatu perbuatan manakala di dalam as-sunnah menerangkan lebih terpeinci
tentang perbuatan tersebut. Dengan memilih Al-Quran dan as-sunnah sebagai sumber ilmu akan
membentuk khalifah yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, negara malahan agamanya.

4. Sikap dan peribadi bertambah mulia

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh berfikir apa yang betul dan apa yang salah kerana mempunyai
panduan yang boleh dijadikan rujukan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran dan as-sunnah menjadikan
seseorang yang berilmu itu mempunyai had yang sepatutnya dalm segala tindakan. Jikalau dia ingin
melakukan sesuatu itu dia akan memikirkan akibatnya bukan sahaja mendapat hukuman di dunia malahan
hukuman yang berat akan menantinya di akhirat kelak. Maka, secara tidak langsung seseorang itu akan
terpelihara tingkah lakunya sepertimana yang diajarkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sepanjang masa.

12

AKIBAT MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI SUMBER ILMU
1. Bersikap melampaui batas

Ini kerana tiada panduan yang boleh dijadikan rujukan dan pegangan membuatkan seseorang itu bertindak
sesuka hati dan melebihi had dalam sesuatu perbuatan meskipun dia berilmu. Maka, dia merasakan apa yang
dibuatnya itu betul tetapi pada orang lain ianya salah apatah lagi di sisi undang-undang agama. Sebagai contoh,
seseorang yang menjalankan bisnes tetapi membuat pemasaran murahan adalah salah meskipun dia berilmu.
Menurut Al-Quran dan as-sunnah, cara yang digunakannya adalah salah dan dianggap melebihi batas. Kesannya,
seseorang itu akan tetap bertindak melampau disebabkan oleh tiada panduan dalam mempraktiskan ilmu
tersebut.

2. Berfikiran terlalu terbuka

Ini kerana mereka terlalu bebas dalam berfikir dan tiada erti salah dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Contohnya, golongan lgbt yang mana mereka membuat perarakan untuk mempertahankan hak mereka secara
terbuka yang biasanya terjadi di negara-negara barat. Orang-orang yang dalam golongan ini juga merupakan
individu yang cerdik pandai serta berpendidikan tinggi. Namun, disebabkan oleh kebebasan berfikir yang mereka
amalkan menjadikan mereka bertindak di luar pemikiran normal. Ini menjadi suatu kesalahan menurut Al-Quran
dan as-sunnah kerana mendatangkan kesan negatif yang sangat buruk di masa akan datang.

13

3. Tidak seimbang antara dunia dan akhirat

Ini kerana seseorang itu hanya meningkatkan ilmu lahiriah seperti pembelajaran di sekolah berkaitan subjek fizik,
matematik, sains dan lain-lain tetapi tidak belajar ilmu kerohanian seperti tasawuf, ibadat dan muamalat.
Kesannya, dia lebih cenderung dan hanya fokus pada urusan dunia tanpa mempedulikan hal-hal untuk akhirat.
Menurut Al-Quran dan as-sunnah, perbuatan ini ditegah kerana bersikap berlebihan dalam urusan dunia akan
mendatangkan kerugian ketika di akhirat kelak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tiada bekalan amalan
yang banyak untuk dihisab di akhirat kelak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Orang yg berpegang kpd al Quran dan mengikuti Sunnah nabi akan mendapat petunjuk dan
rahmat Allah di dunia dan akan di masukkan ke syurga di akhirat kelak. Tamadun Islam hanya mampu dicapai
sekiranya ia terpancar atas dasar yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hanya melalui al-Quran dan
as-Sunnah segala nilai, prinsip, dasar dan hukum dapat dibangunkan dengan sempurna dan mampu
membimbing dan memandu manusia mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidup serta menyelesaikan
segala persoalan-persoalan yang berlaku. Melalui Al-Quran dan as-Sunnah tamadun dapat dibina merangkumi
aspek pengabdian yang sebenarnya terhadap Allah swt, segala amalan yang dilakukan berasaskan akidah, nilai
kemanusiaan diutamakan daripada nilai kebendaan, mengutuhkan institusi kekeluargaan, setiap individu dapat
berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan ruang lingkup masing-masing dan
kesejahteraan dapat dicapai samada di dunia mahupun14di akhirat.

RUJUKAN

20102011, U. (2022, May 14). As-Sunnah. Blogspot.
http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/pendahuluan-dalam-mempelajari-sumber.html

A. (2020, October 28). Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup. MyWilayah.Com.
https://www.mywilayah.com/2020/10/al-quran-dan-sunnah-panduan-hidup.html

Astro Awani. (2020, May 8). Lima fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains. astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-fakta-menarik-tentang-alquran-dan-sains-241999

Azzahra, S. F. (2021b, February 12). 6 Isi Kandungan Al-Qur’an yang Paling Utama. DalamIslam.com.
https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/isi-kandungan-al-quran

Konsep Ilmu Dalam Islam. (n.d.). Scribd. Retrieved May 14, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/89427298/Konsep-Ilmu-Dalam-Islam

15

Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (2018, November 23). IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-304:
HADITH BERAKHLAKLAH SEPERTI AKHLAK ALLAH. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2796-irsyad-al-hadith-siri-ke-304-hadith-
berakhlaklah-seperti-akhlak-allah

mkazree. (2011). ilmu dalam islam. Ilmu Dalam Islam. https://www.slideshare.net/mkazree/ilmu-dalam-
islam

Please Wait. . . | Cloudflare. (2016, May 11). BH ONLINE. https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2016/03/132662/perkara-ghaib-tak-terjangkau-akal

Putri, A. N. (2015, December 14). Apa Itu Ilmu dan Apa Itu Pengetahuan? Halaman 1 - Kompasiana.com.
KOMPASIANA. https://www.kompasiana.com/anggitputri/566e3fed379773510853d863/apa-itu-
ilmu-dan-apa-itu-pengetahuan

R. (2017, January 6). Tazkirah Ringkas: Maksud Al-Quran. Kampung Siglap Mosque.
https://www.mks.org.sg/tazkirah-ringkas-maksud-al-quran/

16

Rasulullah, B. (2019). PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. Ppt Download.
https://www.google.com.my/amp/s/slideplayer.info/amp/14344059/

17


Click to View FlipBook Version