The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiruzphone, 2022-08-22 01:14:36

SekolahSelamat

SekolahSelamat

POLISI KESELAMATAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk
merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang menekankn aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) murid tersebut.

Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan psikologikal yang
sihat dan selamat bagi peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu, keselamatan di sekolah amatlah
penting dikekalkan.

2.0 MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan secara berterusan dengan kerjasama semua warga
SMK Seri Tanjong dan sokongan daripada keluarga khasnya dan masyarakat setempat umumnya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.
3.2 Mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dari segi mental, fizikal, emosi dan social.
3.3 Memastikan hak individivwarga SMK Seri Tanjong, Melaka selamat, dihormati dan dijaga.
3.4 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.5 Memastikan tatacara untuk setiap tindakan yang perlu diambil.
3.6 Meningkatkan tahap penumpuan terhadap akademik, ko-kurikulum dan aktviti lain.
3.7 Melaksanakan dan mengikut semua polisi keselamatan dan tatacara tindakan dengan
efisien, efektif dan sistematik.
3.8 Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan untuk bersedia menghadapi
sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
3.9 Melahirkan rasa tanggungjawab, keikhlasan dan rela di kalangan warga sekolah untuk
menyumbang secara positif kepada sekolah.
3.10 Meningktkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan terhadap kepentingan keselamatan
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti sekolah.

4.0 RASIONAL
4.1 Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan amat terhad, tanpa keprihatinan,
sokongan keluarga dan masyarakat setempat.
4.2 Kurang kerjasama dan sifat sensitif daripada keluarga dan masyarakat setempat
dengan institusi pendidikan'sekolah dari segi keselamatan.
4.3 lsu keselamatan kurang diberi perhatian dan dijadikan asas utama pertimbangan sebelum
merancang atau menjalankan aktiviti sekolah.
4.4 Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan seolah.
4.5 Warga sekolah kini terdedah dengan isu keselamatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
teknikal di sekolah.

5.0 ASPEK KESELAMATAN
5.1 Keselamatan diri
5.2 Keselamatan fizikal sekolah dan warganya
5.3 Keselamatan emosi
5.4 Keselamatan sosial
5.5 Keselamatan kesihatan

3

6.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TIN DAKAN:
6.1 Di Dalam Kelas

Merujuk kepada:
6.2.13 Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995 — Tatacara mengenakan tindakan & hukuman terhadap

pelajar sekolah
6.2.14 Surat Pekeliling lkhtisas bil 4/1996 — Pelaksanaan kuasa disiplin & hukuman di sekolah
6.2.15 Surat Pekeliling lkhtisas bil 16/1998 — Menangani kegiatan gengster di sekolah
6.2.16 Surat Pekeliling Ikhtisas bil 18/1998 — Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan

TINDAKAN MURID

A. Sentiasa mematuhi arahan guru pada setiap masa
B. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
C. Menjaga kebersihan kelas (menyapu lantai, membersih tingkap, membuang sampah dan

menyusun keiusi dan meja di dalam kelas) setiap hari
D. Memastikan suis kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas
E. Dilarang memanjat/mendaki tembok kaki lima (beranda) di tingkat atas bangunan sekolah
F. Tidak bermain dengan alatan yang boleh mencederakan diri murid seperti penyapu,

cermin tingkap dan lain-lain
G. Tidak membawa senjata tajam, barang kemas, telefon bimbit, bahan lucah, buku komik

dan lain-lain barang yang tidak dibenarkan mengikut peraturan sekolah.
H. Tidak menggunakan kata kesat, menghina, merendahkan seseorang sehingga

menyinggung perasaan dan membangkitkan isu perkauman
I. Tidak bermain di dalam kelas atau mengganggu murid lain
J. Tidak melakukan sebarang salah laku yang melanggar peraturan orang lain sekolah

seperti vandalisme, membuli, peras ugut, mencederakan orang lain, merokok, berjudi
dan sebag ainya
K. Melaporkan sebarang kerosakan, pergaduhan dan kegitan salah laku murid kepada guru
dengan segera
L. Murid SMK Seri Tanjong dilarang membabitkan orang luar untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam kawasan sekolah

TINDAKAN GURU/PENTADBIR

A. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid tentang peraturan keselamatan
B. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah
C. Mengambil tindakan segera di atas sebarang salah laku murid
D. Memastikan keadaan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur
E. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat
F. Guru yang mengajar di waktu pengajaran terakhir (last period) pada hari itu hendaklah

memastikan murid keluar dalam keadaan tertib

6.2 Bila Tiada Guru Di Dalam Kelas
Menggalak murid untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan
semasa ketiadaan guru di dalam kelas dan sentiasa mematuhi peraturan dalam kelas yang
terkandung di dalam peraturan sekolah.

4

Tindakan Murid:

1. Murid digalakkan membaca buku untuk Program N ilam atau membuat latihan
yang telah diberikan oleh guru melalui persediaan latihan terancang.

2. Ketua Kelas mencatatkan dan melaporkan murid yang menimbulkan masalah di dalam
kelas.

3. Sekiranya guru tidak masuk ke kelas selepas 15 minit, ketua kelas dikehendaki
memanggil guru mata pelajaran tersebut. Sekiranya guru tidak hadir, periksa jadual
guru ganti (sit-in).

4. Sekiranya tiada guru ganti disebabkan urusan penting atau kecemasan, ketua kelas
dan penolong ketua kelas bertanggungjawab memastikan keadaan kelas sentiasa
terkawal dan selamat.

Tindakan Guru/Pentadbir:

Guru mestilah menyediakan kerja rumah terancang/latihan untuk diberikan kepada kelas,
memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal dan selamat.

6.3 Waktu Rehat

1. Semua murid mesti berada di luar kelas, di kantin atau di ruang legar semasa waktu
rehat. Murid dilarang berada di dalam kelas.

2. Mengelakkan kecederaan, kemalangan dan kesesakan di kantin.
3. Memastikan keadaan sekitar sentiasa selesa, terkawal dan selamat untuk murid.
4. Menggalakkan murid menggunakan waktu rehat dengan cara yang bijak tetapi

menyeronokkan.
5. Murid boleh berada di pondok rehat atau membaca bahan maklumat di papan notis.
6. Murid tidak dibenarkan berlari dan bermain sehingga badan berpeluh dan berbau

menyebabkan murid kurang selesa semasa sesi pembelajaran diteruskan.

6.4 Di Kantin

Tindakan

murid:

1. Mematuhi peraturan am di dalam kawasan sekolah.
2. Mematuhi peraturan am di kantin.
3. Beratur, tertib dan berdisiplin semasa membeli makanan dari kantin sekolah.
4. Membuang sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan.

Tatacara Tindakan Jawatankuasa Kantin

Merujuk kepada:

A. Surat peketiting ikhtisas bit 5/1995 — Keracunan makanan di sekolah-sekolah.
B. Surat peketiting ikhtisas bit 6/1998 — Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

5

Tindakan Jawatankuasa Kantin

A. Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling
Kementerian Pendidikan dan kesihatan.

B. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
Senarai harga hendaklah dipamerkan.

C. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan
penyepit untuk mengambil makanan.

D. Memastikan pengusaha menyediakan keadaan persekitaran dalaman dan luaran
kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.

E. Memastikan semua pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad
kesihatan yang
sah.

F. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
G. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
H. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.
I. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
J. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa

ke semasa.
K. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih

seperti alas kepala, apron dan lain-lain.
L. Memastikan pengusaha kantin mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran Majlis

Bandaraya Miri.
M. Memastikan lawatan pemantauan kantin dan dapur sekolah oleh Inspektor Kesihatan atau

Majlis Bandaraya Miri sekurang-kurangnya dua kali setahun.

6.5 Di Dalam Kelas

1. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas.
2. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
3. Curahkan tandas selepas digunakan.
4. Cuci tangan sebelum keluar tandas.
5. Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas.
6. Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
7. Jangan mengintai.
8. Jangan menjerit atau berteriak.
9. Jangan membuang sampah di dalam tandas.
10. Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.

6

6.6 Di Luar Kelas

Tindakan Murid:

1. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
2. Sentiasa mempratikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam, menghormati guru

dan orang lain, bersopan-santun, menepati masa dan lain-lain.
3. Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
4. Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu

pembelajaran.
5. Tidak melepak dan makan di setiap tangga bloL
6. Tidak merokok
7. Tidak membuli dan memeras ugut murid lain.
8. Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang berjalan.
9. Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
10. Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek dan merendahkan orang lain.
11. Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sek iranya ada sebarang salah laku

disiplin di kawasan sekolah.

6.7 Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Merujuk kepada:

Surat pekeliling ikhtisas bil 1/1995 — Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di
Luar Kawasan Sekolah.

Tindakan Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

1. Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
2. Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan,

walaupun boleh dibantu
oleh murid.

Tindakan Guru Kokurikulum dan Sukan:

A. Mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

B. Memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

Tindakan murid:

A. Semua murid mestilah mematuhi setiap arahan guru dengan sepenuhnya semasa
meng ikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau gerak kerja kokurikulum
dan sukan.

B. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
hendaklah bersama guru.

7

Cuaca/Musim:
Guru hendaklah menggunakan budi bicara supaya keadaan cuaca/musim tidak
membahayakan murid sewaktu melaksanakan aktiviti.

Laporan Kemalangan atau Kecederaan:
Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan
kepada guru besar dengan segera.

6.8 Pengusiran Bangunan

1. Membunyikan isyarat kebakaran
2. Mengosongkan bangunan.
3. Memanggil bomba
4. Berkumpul di gelanggang bola keranjang.
5. Panggilan baris dan memadamkan kebakaran.
6. Kawad kebakaran dilakukan 2 kali setahun.

Tindakan murid:

A. Apabila terdengar isyarat loceng, berdiri di sisi meja dan ikut arahan guru.
B. Bergerak dalam satu barisan mengikut lorong dan tangga yang diarahkan oleh guru.
C. Jangan membuat bising dan bermain.
D. Jangan memasuki bangunan semula untuk mengambil barang yang tertinggal.
E. Berkumpul di gelanggang dalam barisan (seperti waktu perhimpunan) mengikut kelas.
F. Ketua Kelas memastikan bilangan murid mencukupi dan memaklumkan kepada guru

kelas dengan serta- merta sekiranya ada murid yang tiada di dalam barisan.

Tindakan Guru/Pihak Pentadbir:

A. Memberi arahan kepada murid untuk keluar mengikut lorong dan tangga yang selamat.
B. Mengawal keselamatan dan disiplin murid.
C. Tidak membenarkan murid masuk semula ke kawasan kebakaran.
D. Memastikan semua murid ada dengan mengambil kehadiran.
E. Mengesan murid yang tidak dalam kumpulan dengan serta merta.
F. Melaporkan kepadaGuru Besar keadaan semua murid di bawah jagaan.
G. Pihak sekolah perlu menghubung i pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian

supaya lebih mudah bagi mereka bertindak.

6.9 Semasa Aktiviti Kecerian & Kerja

Kumpulan Tindakan murid:

1. Mematuhi peraturan am sekolah.
2. Sentiasa mematuhi arahan guru.
3. Mengutamakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
4. Mengambil peralatan dari stor dan memulangkan semua peralatan yang telah digunakan.
5. Tidak bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan yang boleh menyebabkan

kecederaan atau kemalangan.
6. Melaporkan segera kepada guru sekiranya berlaku kecederaan/kemalangan.

8

Tindakan Guru/Pihak Pentadbir:

A. Mengagihkn tugas dan merekodkan kehadiran pelajar.
B. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
C. Memantau dan memastikan murid tidak bermain di mana-mana kawasan sekolah yang

tiada kaitan dengan aktiviti yang sedang dijalankan.
D. Memastikan semua peralatan dikembalikan ke dalam stor dan tidak ditinggalkan di kawasan

sekolah.
E. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan, kecederaan atau kemalangan.
F. Meronda dan memastikan aktiviti telah dijalankan dengan sempurna.

6.10 Kawalan Keselamatan 24 jam

1. Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang
pengawal akan bertugas di pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk
untuk keselamatan warga SMK Seri Tanjong

2. Pengawal bertugas juga dikehendaki menutup pintu pagar sekolah sewaktu masa
persekolahan.

3. Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum memasuki kawasan sekolah.
4. Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat rondaan dari semasa ke semasa

di sekitar kawasan sekolah untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara
yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes luar biasa dengan segera kepada
Pengetua /pihak pentadbir sekolah.
5. Pengawal keselamatan hendaklah memakai pakaian seragam semasa bertugs agar mudah
dikenal pasti oleh murid, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

7.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI DALAM BILIK KHAS:

7.1 Pejabat Am

1. Semua pelawat dikehendaki melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui
guru/murid.

2. Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat kebenaran daripada
Guru Besar/Pkl/ PK Hem dan mengisi borang yang disediakan.

3. Sebarang alat yang dipinjam mestilah mendapat kebenaran, dicatatkan dalam buku rekod
pinjaman barang pejabat dan dipulangkan seperti keadaan asal.

4. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa
kebenaran.

5. Sila pastikan kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan
elektrik ditutup sebelum meninggalkan pejabat.

6. Sila jimatkan penggunaan elektrik
7. Tidak dibenarkan membuat bising dalam pejabat.
8. Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra.
9. Murid tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusan penting.
10. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
11. Sila berhubung dengan kakitangan di pejabat am sebelum berjumpa dengan Guru

Besar/PKI/PK HEM.

9

7.2 Bilik Guru
1. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
2. Guru memastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bilik guru.
3. Jaga kebersihan tandas dengan menarik ‘flush’ setelah digunakan.
4. Murid mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
5. Murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
6. Pelawat/lbu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat dan mesra.
7. Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa bersih,
kemas dan ceria.

7.3 Bilik Sains
1. Sentiasa mematuhi tatacara keselamatan di dalam Bilik Sains dan arahan guru.
2. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Bilik Sains tanpa kebenaran.
3. Murid mesti beratur dan senyap semasa masuk ke Bilik Sains.
4. Murid yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah
dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup angin.
5. Jangan bising dan bermain.
6. Jangan makan dan minum di dalam Bilik Sains.
7. Jangan menjalankan sesuatu aktiviti tanpa kebenaran guru.
8. Baca label pada botol bahan kimia dengan teliti sebelum memulakan eksperimen.
9. Jangan berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
10. Jangan membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik.
11. Jangan membawa sebarang bahan kimia atau radas keluar dari Bilik Sains tanpa kebenaran
guru.
12. Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan pada tempat asal.
13. Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas meja serta tutup semua sui
elektrik dan paip air sebelum meninggakan Bilik Sains.
14. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
15. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.

10

7.4 Perpustakaan
Tindakan Murid:

1. Peraturan am sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi

11

2. Sentiasa mematuhi arahan guru bertugas.
3. Semasa waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan

pengawasan guru. Kelas hanya dibenarkan masuk mengikut jadual waktu
perpustakaan yang telah ditetapkan.
4. Murid tidak dibenarkan masuk sekiranya tiada guru atau pustakawan.
5. Murid sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
6. Murid tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk kecuali mendapat kebenaran
daripada pihak-pihak berkenaan.
7. Murid menyerahkan semua bahan bacaan kepada pustakawan untuk pemeriksaan.
8. Sentiasa berada dalam keadaan senyap dan tertib.
9. Murid tidak dibenarkan merosakkan peralatan di dalam perpustakaan.
10. Memastikan perpustakaan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
11. Memastikan tingkap, kipas dan suis elektrik ditutup sebelum keluar dari bilik.
Pastikan juga pintu ditutup dan dikunci setelah meninggalkan biliL

7.5 Bilik Skim Pinjaman Buku Teks/BOSS

Tindakan Murid:

1. Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
2. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun pengawasan guru.
3. Murid tidak boleh membawa masuk beg atau sebarang peralatan kecuali dengan

kebenaran guru.
4. Murid tidak dibenarkan makan dan minum di bilik ini.
5. Murid tidak dibenarkan membuat bising ataupun bermain di dalam bilik tersebut.
6. Murid tidak boleh membawa sebarang bahan keluar tanpa kebenaran guru.
7. Merekodkan sebarang pinjaman mengikut prosedur yang ditetapkan atas arahan

guru SPBT.
8. Memastikan tingkap, suis elektrik dan pintu bilik ditutup sebelum keluar

meninggalkan bilik.

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Tindakan murid:

A. Peraturan am sekolah haruslah dipatuhi.
B. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan kehadiran guru Bimbingn dan

Kaunseling.
C. Beg dan alatan lain tidak dibenarkan dibawa masuk tanpa kebenaran guru.
D. Murid dikehendaki menanggalkan kasut dan meletakkannya di tempat yang dikhaskan

sebelum masuL
E. Murid tidak boleh boleh membawa makanan dan minuman ke dalam bilik.
F. Murid tidak boleh membawa sebarang bahan keluar daripada bilik tanpa kebenaran

guru.
G. Murid tidak dibenarkn bising dan sentiasa tertib.
H. Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
I. Memastikan tingkap, kipas dan suis elektrik ditutup sebelum keluar dari bilik.

Pastikan jugg pintu dan pagar gril ditutup dan dikunci setelah meninggalkan bilik.

12

J. Sentiasa menjaga kebersihan bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Stor Peralatan Sukan
Tindakan Murid:
A. Peraturan am sekolah mestilah dipatuhi.
B. Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru bertugas.
C. Murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sukan tanpa kebenaran

guru.
D. Sebarang peralatan yang dipinjam mestilah direkod di dalam buku keluar masuk alatan.
E. Murid mesti sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga/berhati-hati ketika menggunakan

peralatan sukan.
F. Semua peralatan hendaklah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asal di dalam bilik

stor.
G. Murid perlu memastikan bilik stor sentiasa bersih dan peralatan sukan disusun

dengan teratur setelah digunakan.
H. Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan kemalangan semasa bersukan

kepada guru yang bertanggungjawab.
I. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci selepas

digunakan.

13

8.0 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN UNTUK SEMUA BILIK
KHAS:

1.0 Memastikan kunci-kunci bilik khas dipulangkan kepada guru yang bertanggungjawab ke
atas bilik-bilik tersebut.

2.0 Guru perlu membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya.
3.0 Memastikan semua bahan dilabel dan diletak di tempat yang dikhaskan.
4.0 Semasa cuti persekolahan, kunci-kunci bilik tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak

pentadbiran dan disimpan di pejabat am.
5.0 Memantau aktiviti murid di dalam bilik khas secara aktif. F Memastikan disiplin dan

keselamatan murid terkawal.
6.0 Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas selesai

menggunakan bilik khas.
7.0 Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau

masalah untuk diambil tindakan segera.

9.0 POLIS I KESELAMATAN DISIPLIN DAN TATACARA TINDAKAN GURU/PIHAK
PENTADBIR

F Memaklumkan peraturan sekolah kepada murid semasa perhimpunan oleh Guru Besar/PK
I/PK HEM di dalam kelas oleh semu guru kelas dan guru mata pelajaran.

F Menguatkuasakan peraturan sekolah dengan menjalankan pemeriksaan disiplin semasa
perhimpunan dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.

F Melaksanakan sebarang siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan disiplin yang telah
ditetapkan oleh peraturan sekolah.

F Menjemput pihak polis atau pihak yang berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan air
kecing, beg dan fizikal murid secara mengejut.

F Menjalankan hukuman disipin sekiranya diarahkan oleh Guru Besar.
F Bertindak sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu

bapa/penjaga khasnya yang berkaitan dengan masalah disiplin murid.

POLISI KESELAMATAN JALAN RAYA PERGI & BALI K DARI SEKOLAH:

Polisi ini harus dibaca bersama:

A. Surat Pekeliling lkhtisas bil 8/1999 — Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri
Berkelompok Bagi Semua Murid Sekolah Kerajaan & Bantuan Kerajaan.

B. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999 — Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi & Balik
Dari Sekolah

Objeftif

A. Membekalkan maklumat kepada warga sekolah tentang undang-undang dan penggunaan
jalan raya.

B. Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaaan jalan raya di dalam dan di luar kawasan
sekolah.

C. Meningkatkan kesedaran tentang prosedur keselamatan jalan raya.
D. Membimbing & menekankan tatacara selamat kepada pejalan kaki.
E. Menyediakan maklumat yang jelas tentang polisi keselamatan jalan raya kepada warga

sekolah.

Pelaksanaan Prosedur Keselamatan

Jawatankuasa Keselamatan adalah bertanggungjawab untuk:

A. Menyemai kesedaran kepada warga sekolah tentang keselamatan di jalan raya.
B. Meningkatkan taraf kesedaran penggunaan jalan raya dari semasa ke semasa.
C. Memanfaatkan sepenuhnya kerjasama erat antara Jawatankuasa Keselamatan Jalan

Raya Sekolah dan agensi luar dan merancang serta melaksanakan langkah-langkah
keselamtan jalan raya.
D. Mempamerkan poster/peraturan tentang keselamatan jalan raya bagi meningkatkan
kepekaan warga sekolah tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan
berwaspada.
E. Menggunakan pelbagai saluran dan peluang (perhimpunan, makluman guru darjah,
mesyuarat staf dan sebagainya) untuk meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan
di jalan raya.

F. Memastikan semua warga sekolah sentiasa peka tentang kemungkinan berlakunya
kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah.

G. Mewujudkan tatacara yang jelas tentang cara membuat pelaporan kes-kes keselamatan jalan
raya.

H. Mengimplementasikan, memantau dan menyemak dan menyemak semula polisi dan
prosedur pelaksanaan keselamatan jalan raya dari semasa ke semasa.

Tatacara Pengurusan /Guru

A. Kehadiran guru adalah seperti berikut:

6.30 am — 2.40 pm

B. Kenderaan guru/staf haruslah diletakkan di zon yang telah ditetapkan dan
menggunakan pelekat sekolah yang berdaftar dengan Jawatankuasa Keselamatan Jalan
Raya Sekolah.

C. Memasukkan unsur-unsur keselamatan jalan raya dalam pdpc di dalam kelas.
D. Menasihati murid agar melaporkan semua kes kemalangan jalan raya sama ada di

dalam atau di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan murid.
E. Peka dan mengambil tindakan segera terhadap makluman yang diterima tentang keselamatan

murid sekoah.

Tatacara Murid

A. Sekiranya berlaku kecemasan, sila dapatkan kebenaran untuk balik atau ke hospital dari
PK 1, PK HEM atau guru bertugas harian.

B. Wajib menunggu ibu bapa atau bas sekolah dalam kawasan sekolah.
C. Terns pulang ke rumah masing-masing.
D. Jangan sekali-kali menumpang orang yang tidak dikenali atau tanpa kebenaran ibu

bapa'penjaga.

Tatacara ibu bapa/penjaga

A. Memastikan anak dihantar sehingga ke pagar sekolah dengan selamat.
B. Kenderaan ibu bapa/penjga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
C. Ibu bapa'penjaga hanya dibenarkan menghantar/mengambil/ menunggu anak jagaan

mereka di luar pagar sekolah.
D. Mengingatkan / menasihati anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak

dikenali dan berhati- hati semasa pergi dan balik dari sekolah.
E. Menghatar dan mengambil anak yang terlibat dalam Ko-Kurikulum / Kelas komputer /

kelas bimbingan / kelas tambahan.

Tatacara Pelawat

A. Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan sekolah kecuali atas
urusan rasmi.

B. Pada hari persekolahan, para pelawat mestilah mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah sebelum berjumpa dengan mana-mana warga sekolah.

C. Mendaftarkan diri di pondok pengawal.
D. Mematuhi peraturan keluar masuk sekolah.

9


Click to View FlipBook Version