The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Copy of Wellness Retreat Center by Slidesgo (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 767-9-nuraqilah, 2021-11-21 02:40:35

E-PORTFOLIO SEJARAH

Copy of Wellness Retreat Center by Slidesgo (3)

Here is where your presentation
begins

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur saya kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan secara individu bagi kursus Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu (BMMB1074) dalam tempoh yang telah
ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah kursus saya iaitu Puan Azim Normiza binti
Ahmad kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini dengan
cemerlang.

Selain itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu
dan ayah yang saya amat sayangi dan kasihi, Noraini binti
Yunoh, Zuhairi bin Mohamad atas dorongan dan semangat yang
diberikan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
turut memberi kerjasama dan pendapat secara langsung ataupun
tidak langsung. Tanpa mereka, mungkin saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan lancar. Sekian, terima
kasih.

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

1. PENGENALAN

PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
2. 2.1 SEBELUM KEMERDEKAAN

2.2 SELEPAS KEMERDEKAAN

PERANAN DEWAN BAHASA DAN
3. PUSTAKA (DBP) DALAM

MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

4. CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA
KINI

5. KESIMPULAN

6. BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALAN

Dalam tugasan ini, penulis akan membuat kajian di
dalam e-portfolio tentang perkembangan sistem ejaan rumi
mengikut kronologi yang telah berkembang sejak zaman
dahulu lagi bermula dari zaman penjajahan dan berakhir
pada zaman selepas merdeka iaitu pada tahun 1957. Di
samping itu, penulis akan menghuraikan peranan-peranan
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi serta menilai cabaran mahupun halangan sistem
ejaan rumi masa kini.

Sejarah pernah mencatatkan bahawa kekata bahasa
Melayu sudah dituliskan dalam bentuk Latin (rumi)
semenjak David Barbosa menjadi seorang kapten tentera
Portugis (TM 1516). Catatan tersebut menggambarkan
bunyi kekata Melayu mengikut kaedah ejaan Portugis yang
secara kebetulan menggunakan tulisan rumi juga.

Beberapa perkataan Melayu telah dikumpul David
Barbosa untuk kepentingan pemerintahan, ketenteraan,
memerangi agama Islam dan sekaligus mengembangkan
agama Kristian. Namun begitu, tiada keterangan rasmi
yang dapat ditinjau daripada kumpulan kekata Barbosa ini
(Muhammad Ariff Ahmad, 1981).

Apabila kita mengatakan sejarah ejaan rumi bahasa
Melayu tadi, tidaklah bermakna bahawa sejarah penulisan
lambang-lambang yang dapat menggambarkan bunyi
kekata Melayu hanya bermula kira-kira 450 tahun sahaja.
Sebenarnya sejarah tulisan Melayu telah terkesan kira-kira
seribu tiga ratus tahun yang lalu. Bukti-bukti konkrit adanya
penggunaan lambang-lambang dalam bahasa Melayu
mula dikesan dengan perjumpaan batu-batu bersurat.

PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN
RUMI MENGIKUT KRONOLOGI

2.1 SEBELUM MERDEKA
2.2 SELEPAS MERDEKA

2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT
KRONOLOGI

Bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan pada
awal abad ke-20. Oleh itu, keperluan kepada sistem ejaan
Rumi menjadi utama penyusunan satu sistem ejaan dan
tulisan rumi yang seragam serta lebih mudah diperlukan
untuk menggantikan sistem ejaan dan tulisan Jawi. Antara
sistem ejaan Rumi yang pernah digunakan adalah Sistem
Ejaan Wilkinson, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Fajar
Asia dan Sistem Ejaan Rumi Kongres.

2.1 SEBELUM MERDEKA
SISTEM EJAAN WILKINSON

Menurut sejarah, perancangan ejaan yang pertama di
Tanah Melayu adalah Sistem Ejaan Wilkinson. Pada tahun
1902, sebuah Jawatankuasa Ejaan yang dianggotai oleh
beberapa orang pegawai tinggi seperti En. H. Conway
Belfield (Pemangku Residen British, Perak), En. D. G.
Campbell (Pemangku Residen British, Selangor) dan En. R.
J. Wilkinson (Nazir Sekolah-sekolah Melayu, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu) selaku pengerusi jawatankuasa
berkenaan telah diwujudkan yang merupakan hasil usaha
Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu iaitu negeri
Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Tugas jawatankuasa ini adalah mengkaji dan membentuk
sebuah sistem ejaan Rumi. Sistem Ejaan Wilkinson ini juga
bertujuan untuk memperkemaskan ejaan-ejaan sebelumnya
seperti Sistem Marsden (1812) dan Shellaber (1901). Sistem
ejaan ini telah digunakan di dalam kamus Romaised malay
Spelling atau dikenali sebagai Sistem Ejaan Wilkinson.
Sistem inilah merintis kepada kewujudan Sistem Ejaan
Sekolah-sekolah umum.

Seterusnya, Sistem Ejaan Wilkinson ini juga mengambil
pendekatan transliterasi daripada jawi kepada rumi sebagai
kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyatakan
bahawa terdapat dua jenis sistem yang logik bagi perumian
bahasa Melayu iaitu perumian secara harafiah dan perumian
secara fonetik. Perumian secara harafiah menurut ejaan atau
lebih dikenali sebagai translitersi yang bermaksud
pengambilan huruf-huruf rumi tertentu yang diterima. Dalam
sistem jenis ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya
yang tersendiri. Antara kebaikan sistem ini adalah sistem ini
dapat menjurus kepada keseragaman yang bermaksud
mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis.

Manakala, kelemahan bagi sistem ini pula adalah sistem
vokal bahasa Arab tidak mencukupi untuk disepadukan
dengan bunyi-bunyi vokal Melayu serta huruf-huruf yang
tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi-bunyi vokal
Melayu serta huruf-huruf yang tersedia itu menghalang
kajian sistem bunyi (fonetik) yang sebenar.

Selain itu, perumian secara fonetik menurut sebutan
sesuatu kata. Sistem ini adalah sukar untuk membunyikan
bunyi-bunyi Melayu yang sebenar daripada huruf-huruf arab
yang melambangkan sistem bunyi yang berlainan. Sebutan
bahasa Melayu yang mengikut dialek memberi kesan
sesuatu kata dirumikan secara berbeza. Keberhasilan ejaan
juga amat bergantung kepada individu (penulis) dan ini akan
mengakibatkan kesukaran untuk mendapat keseragaman
dalam bentuk penulisan. Kaedah transliterasi yang
digunakan dalam sistem ejaan ini adalah sistem fonetik
rough - and ready yang menggunakan dasar prinsip
Hunterian (bunyi vokal tengah, pepet) tidak wujud dalam
rumi kerana tiada disebut dalam jawi.

SISTEM EJAAN ZA’BA

Pada tahun 1933 Za’ba telah menyusun sistem ejaan
Rumi bahasa Melayu dan tersiar dalam Daftar Ejaan
Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkison yang
dipakai sebelum ini mempunyai beberapa kelemahan.
Maka, Sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk
memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa
Melayu.

Terdapat beberapa pembaharuan dalam Ejaan Za’ba
adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada
huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal
yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a,e,i,o dan u. Huruf
benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21
huruf

Dalam sistem Ejaan Za;ba, terdapat 40 peraturan yang
telah dikemukakan. Peraturan satu hingga peraturan lima
menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama dan
kedua jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara
peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h dan k
adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka
vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu.
Sebagai contoh aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek,
chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi
diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik,
baik, raih dan lain-lain.

Jika suku kata terakhir tertutup, tidak diakhiri oleh
konsonan h dan konsonan k, maka vokal i yang digunakan
bukan vokal e seperti nasib, katil, kutip, pasir dan
sebagainya, tetapi jika vokal dalam suku kata pertama
adalah vokal o dan vokal e, maka vokal e yang digunakan
bukan vokal i. Contohnya deret, leher, chomel dan montel.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum
diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi
asalnya dengan memakai tanda ‘ dan sebagainya dan
ditulis dengan huruf condong. Contohnya, wa’sala’m,
ahlu’n-nujum, ‘amiru’l-minim dan sebagainya.

Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi
jika digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf
i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Perkataan yang menggunakan
huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan ejaan
menurut Sistem Ejaan Wilkinson. Misalnya (r sahaja)
berteh, terbang, terpa, terkam dan merdu. Bagi (re)
meregang, berebut dan sebagainya.

Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga
yang berderet, dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam
tulisan Rumi. Contohnya langgar, hinggap, manggis,
menanggong, menenggelamkan dan lain-lain.

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris
yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu
sebagai contoh saman, repot, pereman, geran, sain, rasip
dan sebagainya. Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p,
maka awalan pe- dan me- mengalami perubahan jika
digabungkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i,
m, n, ng, ny, r, w dan y seperti pelawat, melawat, pemalas,
penaung, penyanyi dan lain-lain.

Jika perkataan asal berawalkan huruf a, e, i, o, u, g, h, k
maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan
meng-. Misalnya (pe) pengaku, pengempang, pengekor,
pengikut, penggali, penghubung, pengait. Contoh bagi
(me), mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan
sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur kerana tak
bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang
mengekalkan huruf k. Misalnya mengakibatkan dan juga
perkataan mengkemudiankan.

Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja
dengan sempang dan huruf s dalam bentuk si-eja dengan
huruf besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya
si-mati, si-laki, si-Abu, di-bawa dan sebagainya.
Kekecualiannya adalah dalam ejaan perkataan sianu dan
siapa yang tidak memakai sempang.

Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah,
kaedah yang pertama pada awal perkataan di pangkal ayat,
kemudian selepas noktah, seterusnya daripada tanda
tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian
daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan
pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului
setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap
ajuk dan huruf pertama dalam perkataan teriakan.

Kaedah yang kedua adalah digunakan pada huruf awal

dalam kata nama khas ayau gelaran, nama Tuhan kata

gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau

pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk atau fasal

dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya,

nama bulan, hari cuti, nama perkara atau benda0yang
diserukan.
3

0
4

SISTEM EJAAN RUMI FAJAR ASIA

Selain daripada sistem ejaan Za’ba dalam zaman
pendudukan Jepun tahun 1942-1945, terdapat
penggunaan “Ejaan Fajar Asia”. Terdapat sedikit
perbezaan ejaan daripada Za’ba di Tanah Melayu dan
ejaan Van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan
‘50 yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos 1950
kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai
ejaan rasmi mereka.

Penubuhan angkatan ini bertujuan untuk
menyedarkan masyarakat tentang perpaduan
kebangsaan dan menganggap kemerdekaan sebagai
jambatan ke arah keadilan dan keamanan masyarakat.
Selain daripada itu, terdapat juga “Ejaan Bebas” yang
seperti ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem
yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem-sistem
yand ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia.
Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam
urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan
akhbar, majalah dan buku.

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di
Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya
kekurangan dalam sistem ejaan Za’ba dan ketidakpuasan
pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, wujud
pula “Sistem Ejaan Kongres” kerana hasil daripada
rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
yang diadakan di Singapura. Indonesia juga berlaku
perubahan-perubahan sistem seperti ini. Dengan ini kita
dapat simpulkan bahawa kedua-dua buah negara
mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke
semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah
menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah
Melayu, lebih kepada cara Inggeris.

Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat
perhatian ahli-ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk
mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang
digunakan (Ahmad Hafiz Wahy et al, 2005). Secara tidak
langsung, proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan
kedua-dua negara dapat dilakukan.

Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah
diusahakan oleh ahli-ahli bahasa berdasarkan
rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga. Usaha-usaha ini mendapat perhatian
kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa
Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan
ketetapan-ketepatan yang telah diambil dalam Kongres
tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya
dengan ejaan bahasa Indonesia.

2.2 SELEPAS MERDEKA
SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA
MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)

Sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal
Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun
1959 ialah Kaedah Ejaan Rumi PBMUM . Kaedah PBMUM
bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan
tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah
penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai Ejaan Fajar
Asia dan Ejaan Soewandi.

SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA
(EJAAN MALINDO)

Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan
kajian, diadakan perundingan dan termaktublah perjanjian
persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan
negara Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah
ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah
Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir bin Ismail
dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah
pimpinan Dr. Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta pada
tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan Malindo. Namun begitu
usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan
disambung semula pada 1966.

Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari
Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo
mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta
mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya
Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan
istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk
mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau
bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi
sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu.

SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Beberapa perundingan terus disusun atur yang
melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan dari itu,
pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah
ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu
itu iaitu Dato Hussain Onn dengan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk
melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut
diisytiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua negara
pada 16 Ogos 1972. Risalah " Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk kegunaan ramai.

Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah
kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala
masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam
persidangan-persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali
bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa
Indonesia-Malaysia ini berhasil mengeluarkan pedoman
umum ejaan yang lebih lengkap iaitu " Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember
1974.

PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP) DALAM

MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DALAM MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI

Pada tanggal 22 Jun 1956, kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha
memartabatkan dan menyeragamkan ejaan Rumi.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan
untuk mengembangkan bahasa Melayu yang bakal dijadikan
bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP
telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun
menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Antara
peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
menyeragamkan ejaan Rumi adalah dengan membina dan
memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi. Seperti mana yang
diketahui

umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya
perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang
digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu
penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam
bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah berusaha dan memainkan
peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa
kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak
perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam
bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains
dan teknologi.

Di samping itu, DBP memajukan bakat kesusasteraan
terutama dalam bahasa kebangsaan. Menurut Berita
Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa
iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan
memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan
melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan.
Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP
sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi
menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang
ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah

begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan
sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun
1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa
sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan
memupuk bahasa sastera dengan baik.

Selain itu, DBP membakukan ejaan dan sebutan, dan
membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi
menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh
DBP. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan
oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam
untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah
bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.
Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa
Melayu berkembang dengan cepat sekali.

Seterusnya, DBP berperanan dengan menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan yang betul kepada
masyarakat. Seperti mana yang sedia maklum, tidak
ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat
Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan
betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa
Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling
ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar
sebagai bahasa percakapan harian mereka. Oleh hal yang
demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang
sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah
berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan
buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.

Akhir sekali, DBP berperanan menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan
berkesan dalam semua bidang. Bidang yang
dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang
pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju serta
kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan
kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang
timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa
bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat
saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu
pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu
yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi
oleh golongan pedagang, golongan agama dan golongan
pemodal di nusantara ini.

CABARAN SISTEM EJAAN RUMI
MASA KINI

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957, sistem ejaan Rumi terus diperkasakan agar ejaan ini
tidak telan dek zaman yang kian membangun maju. Oleh
itu, bahasa amat penting dalam memastikan kejayaan
pembangunan sesebuah tamadun itu (Awang Sariyan 2010
dalam Mohamad Kamil & Mohamad, 2020). Sesungguhnya
setiap perkara pasti mempunyai cabaran dan rintangan.
Begitu juga dengan sistem ejaan Rumi yang mempunyai
cabaran pada masa kini.

Oleh hal demikian, telah wujud beberapa cabaran
sistem ejaan Rumi pada masa kini. Antaranya adalah
penggunaan bahasa rojak. Fenomena penggunaan bahasa
yang bercampur dalam media sosial semakin berleluasa.
Penggunaan bahasa yang bercampur atau bahasa rojak
adalah suatu jenis penulisan atau percakapan di Malaysia
yang didefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan. Dari sudut sejarahnya, bahasa rojak
dikesan seawal Kesultanan Melayu Melaka apabila
perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara
pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah berjaya
menarik pedagang yang secara keseluruhannya bertutur
lebih 80 bahasa. Jika masyarakat terus membudayakan
penggunaan bahasa ini, ia akan memberi kesan kepada
generasi yang akan datang.

Selain itu, penggunaan bahasa loghat ketika bercakap
ataupun mengajar. Sebagai contoh, menggunakan dialek
negeri masing-masing ketika perbincangan mahupun ketika
pembentangan. Kebiasaannya, guru menggunakan bahasa
loghat bagi memudahkan pelajar untuk faham perkara yang
dipelajari. Hal ini menyebabkan pelajar akan terbiasa
dengan bahasa loghat dan kurang mahir menggunakan
bahasa Melayu baku. Secara tidak langsung, ejaan Rumi
pelajar juga akan mempunyai kesalahan yang banyak.

Seterusnya, cabaran sistem ejaan Rumi masa kini juga
adalah bahasa Inggeris yang digunakan secara menyeluruh
terutamanya dalam bidang ekonomi serta penggunaannya
di IPTA atau IPTS dijadikan sebagai bahasa pengantar.
Kesannya, ejaan Rumi semakin tenggelam dalam kalangan
pelajar Institut Pendidikan Tinggi.

Akhir sekali, sikap orang Melayu itu sendiri tidak
bangga dengan bahasa warisan ibundanya. Mereka berasa
tidak hebat dan memandang rendah kepada individu yang
menggunakan bahasa Melayu. Jika bangsa Melayu itu
sendiri tidak yakin dengan bahasa ibundanya, bagaimana
mereka ingin mengukuhkan dan memartabatkan bahasa
tersebut. Oleh itu, kita wajarlah berusaha dan bangga
menggunakan bahasa ibunda kita sendiri iaitu bahasa
Melayu agar ejaan Rumi juga dapat diperbaiki dengan lebih
baik dan penggunaannya menjadi lebih tepat.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai konklusinya, sistem ejaan Rumi ini adalah
hasil satu pengorbanan yang sangat besar oleh wira-wira
Tanah Melayu. Oleh itu, kita haruslah bangga dan yakin
dalam menggunakan bahasa ibunda kita dan pihak yang
bertanggungjawab haruslah mengambil inisiatif bagi
meningkatkan sistem ejaan Rumi dan tidak dihanyut
dibawa arus zaman yang kian hebat dipersada dunia.

BIBLIOGRAFI

Chaplin, D. (1977). Cape of Good Hope? RUSI Journal,
122(3), 75–77.
https://doi.org/10.1080/03071847709428742

Hussin, W. E. B. S. I. T. E. (2018, May 1). Peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa
Melayu. website.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dew
an-bahasa-dan-pustaka.html

Timur, P., II. (2012, May 14). Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu. website.
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-ru
mi-bahasa-melayu.html

W.E.B.S.I.T.E. (2021b, November 21). EJAAN RUMI ZA’BA.
Website.
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.
html

W.E.B.S.I.T.E. (2021c, November 21). INSTITUT
PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. Website.
https://caeser-rio.blogspot.com/2012/08/ejaan-rumi-ejaa
n-wilkinson.html

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version