ENCIK MUDDIN BIN BETING Setinggi kesyukuran kepada Tuhan, kerana kita dapat berkumpul bersama di sini bagi menjayakan Karnival Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 secara dalam talian. Tahniah kepada pengelola karnival iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Keningau kerana berjaya mengelolakan karnival ini dengan penuh jayanya. Sesungguhnya karnival di peringkat negeri ini menuntut komitmen yang padu, pengorbanan serta kebersamaan semua pihak bagi memastikan karnival ini dapat berjalan dengan lancar. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada setiap aktiviti yang dipertandingkan, pasti ada yang akan memperoleh kemenangan. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan atas kejayaan para peserta yang sentiasa berusaha gigih demi menaikkan nama pasukan masing-masing seterusnya bakal menyerlahkan nama Negeri Sabah pada pertandingan peringkat seterusnya. Selaras dengan tema pendidikan, "Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)", saya berharap karnival ini akan dapat membentuk karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Sesungguhnya, dalam apa jua pertandingan yang disertai, bukan kemenangan semata-mata yang dicari. Namun, jauh yang lebih penting dari itu adalah semangat juang murid-murid untuk membuat yang terbaik dalam apa jua pertandingan yang diceburi. Tingkah laku positif seperti semangat kerjasama, ketekunan, disiplin dan keikhlasan berjuang wajar menjadi pegangan diri demi meraih kejayaan yang berpanjangan. Semoga pada masa akan datang karnival ini akan terus meriah dan dapat dilaksanakan peringkat demi peringkat untuk memastikan kejayaan tercapai bukan setakat di negeri Sabah tetapi juga di peringkat seterusnya. Akhir sekali saya ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada tuan rumah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau atas komitmen dan kejayaan mengelolakan Karnival Pasukan Badan Beruniform (PBB) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Secara Dalam Talian. Diraut kemas rotan seikat, Usai ambilnya di Gunung Daik, Anak emas diasah bakat, Tingkahnya baik lagi cerdik. ~ Sekian, terima kasih ~ Karnival ini adalah wadah yang dapat memupuk budaya semangat pasukan serta dapat menyemai kerjasama dalam kalangan murid dan kita semua barisan pendidik yang setia menjalankan tugas. Ucapan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Kokurikulum Nadi Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) dan Salam PPD Keningau Di Hadapan Menerajui Perubahan. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk bersama-sama mengikuti Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah (Program Secara Dalam Talian Tahun 2023. Berakhirlah sudah Karnival ini yang dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Keningau. Saya mewakili seluruh warga kerja pihak pengelola ingin menzahirkan rasa syukur atas kelancaran kesemua pertandingan dalam karnival pada kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Terdapat beberapa objektif penganjuran program ini, antaranya: 1. Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli unit pasukan badan beruniform. 2. Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada jurulatih dan guru. 3. Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21. 4. Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian bagi membina amalan adab Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). Karnival ini telah menyediakan empat kategori pertandingan yang utama iaitu, Pertandingan Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara), Pertandingan Gajet, Pertandingan Bantu Mula dan Pertandingan Simpulan dan Ikatan. Setiap kategori ini dipecahkan lagi kepada kategori Lelaki GO, Lelaki NGO, Perempuan GO dan Perempuan NGO menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 16 pecahan kategori pertandingan dalam karnival kali ini. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi ruang kepada peserta untuk mengasah bakat dan berkongsi kemahiran walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat iaitu bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dalam karnival kali ini. Sesungguhnya penyertaan anda telah membantu menyemarakkan lagi kemeriahan penganjuran karnival ini. Dalam apa jua pertandingan yang disertai, sudah menjadi adat pertandingan pasti akan ada yang menang dan ada yang kalah. Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan kepada peserta yang belum bernasib baik untuk terpilih sebagai pemenang pada edisi kali ini, jangan berputus asa dan sila cuba lagi pada masa akan datang. Hadirin dan hadirat sekalian, Saya mewakili pihak pengelola ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kerana telah memberikan kepercayaan dan peluang kepada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau untuk mengelolakan Karnival Pasukan Badan Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023. Sebagai penutup bicara, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran karnival kali ini sama ada telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kerana telah memastikan program ini dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancang. ~ Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~ Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara, Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan Negara ENCIK JOHARI @ JAIBET BIN SABIN
Aturcara Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan & Jawatankuasa Pelaksana MASA PERKARA 8.30 Pagi Ketibaan semua Jawatankuasa Pelaksana 8.45 Pagi Ketibaan semua Hakim Pertandingan 8.50 Pagi Ketibaan Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau 8.55 Pagi Ketibaan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 9.00 Pagi MAJLIS RASMI BERMULA : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku Bacaan doa : Mejar Mohd Rizal bin Zakaria, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Ucapan alu-aluan oleh Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Ucapan penutupan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Persembahan montaj pertandingan Sesi penyerahan keputusan rasmi oleh ketua pertandingan untuk pemenang Johan – Kelima bagi semua kategori pertandingan kepada Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau: 1) Pertandingan Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara) 2) Pertandingan Gajet 3) Pertandingan Bantu Mula 4) Pertandingan Simpulan dan Ikatan Sesi penyerahan sijil penghargaan dan saguhati kepada semua hakim pertandingan Sesi penyerahan sijil penghargaan kepada wakil Jawatankuasa Pelaksana Sesi penyerahan sijil penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau (Pengelola) oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Sesi penyerahan cenderamata kepada perasmi (oleh pihak JPN Sabah) Sesi bergambar Jamuan 11.30 Pagi Majlis dijangka selesai 01 NOVEMBER 2023 (PROGRAM SECARA DALAM TALIAN)
Aturcara Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pasukan Badan Berunifom Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 MASA PERKARA 2.30 Petang MAJLIS RASMI BERMULA : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku Bacaan Doa : Mejar Mohd Rizal bin Zakaria, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Ucapan alu-aluan oleh Encik Johari @ Jaibet bin Sabin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Ucapan perasmian oleh Encik Ruslan bin Madisal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Persembahan montaj pertandingan Sesi pengumuman keputusan rasmi untuk semua kategori pertandingan 02 NOVEMBER 2023 (PROGRAM SECARA DALAM TALIAN-YOUTUBE LIVE)
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Induk Penasihat : YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi : En. Muddin bin Beting Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Naib. Pengerusi 1 : En. Johari @ Jaibet bin Sabin Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Naib. Pengerusi 2 : En. Marious Bongkuloh Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Setiausaha 1 : En. Sudirman bin Sinti Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Setiausaha 2 : En. Mohd Rizal bin Ramelin Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Bendahari : Pn. Ajijah @ Azizah binti Hj. Baba Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan (Kewangan, Akaun dan Pentadbiran), JPN Sabah Penolong Bendahari : Datin Aidah binti Murshid Ketua Pembantu Tadbir Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Ahli Jawatankuasa : Semua Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Induk Penasihat : En. Muddin bin Beting Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Sabah Pengerusi : En. Johari @ Jaibet bin Sabin Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Timb. Pengerusi 1 : En. Erce @ Etor bin Dius Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, PPD Keningau Timb. Pengerusi 2 : Pn. Jamilah binti Talib Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, PPD Keningau Timb. Pengerusi 3 : En. Arinin bin Naiman Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Keningau Timb. Pengerusi 4 : Pn. Francisca John Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, PPD Keningau Setiausaha : En. S.Faddly bin Epor Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, PPD Keningau Pen. Setiausaha 1 : Cik Fadylah binti Mohd Firdaus Latihan Industri, PPD Keningau Pen. Setiausaha 2 : Cik Nur Asyikin Amran Latihan Industri, PPD Keningau
Ahli Jawatankuasa Pelaksana DASHBOARD PERTANDINGAN & BORANG PENDAFTARAN PESERTA : En. Ectrisal Liberty, Unit ICT PPD Keningau PROTOKOL : En. Patrick Gobilik, SPM PPD Keningau PENYEDIAAN E-SIJIL PENYERTAAN PESERTA DAN GURU PEMBIMBING : En. Ectrisal Liberty, Unit ICT PPD Keningau URUSETIA PENDAFTARAN DAN KEMASKINI DATA PENYERTAAN PESERTA : Cik Fadylah binti Mohd Firdaus, Latihan Industri PPD Keningau Cik Nur Asyikin Amran, Latihan Industri PPD Keningau En. Henroland Aping, Latihan Industri PPD Keningau FLOOR MANAGER : En. Morhaide bin Mokhtar, SPb PPD Keningau MONTAJ PELANCARAN : En. Salehhuddin bin Ismail, Unit ICT PPD Keningau MONTAJ SEMASA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN HAKIM PERTANDINGAN DAN AJK PADA 01 NOVEMBER 2023 (RABU) : En. Stellson Jital, Unit ICT PPD Keningau RAKAMAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYEDIAAN YOUTUBE LIVE PPD KENINGAU MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL PBB SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2023 : En. Salehhuddin bin Ismail, Unit ICT PPD Keningau En. Leong Chung Huei, Unit ICT PPD Keningau BUKU PROGRAM / BUKU ATURCARA : Cik Dayang Musyirah Shazwani binti Musahini, Unit ICT PPD Keningau Cik Noramirah binti Satung, Unit ICT PPD Keningau DOKUMENTASI PELAPORAN : En. S.Faddly bin Epor, SPM PPD Keningau PENCTAKAN SIJIL DAN SUSUNAN SIJIL : Cik Fadylah binti Mohd Firdaus, Latihan Industri PPD Keningau Cik Nur Asyikin Amran, Latihan Industri PPD Keningau
PERSIAPAN TEMPAT, PENYEDIAAN PERALATAN DAN PENGENDALIAN ICT : En. Ectrisal Liberty (K), Unit ICT PPD Keningau En. Jason Vitus, Unit ICT PPD Keningau Cik Dayang Musyirah Shazwani binti Musahini, Unit ICT PPD Keningau Cik Noramirah binti Satung, Unit ICT PPD Keningau PENYEDIAAN BORANG PERTANDINGAN (GOOGLE SHEET) : En. Alfian Abdul Karim, SPb PPD Keningau PENYEDIAAN TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PPD KENINGAU : En. S.Faddly bin Epor, SPM PPD Keningau PENYEDIAAN TEKS UCAPAN PERASMI : Pn. Jalifah binti Muhamin, SPD PPD Keningau JURUACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN CENDERAHATI HAKIM PERTANDINGAN : Cik Zarina Zainon, SK Patikang Laut Keningau JURUACARA RAKAMAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN : Cik Zarina Zainon, Latihan Industri PPD Keningau Cik Fadylah binti Mohd Firdaus, Latihan Industri PPD Keningau Pn. Jalifah binti Muhamin, SPD PPD Keningau PENYEDIAAN TANDA NAMA AJK DAN HAKIM PERTANDINGAN : Cik Fadylah binti Mohd Firdaus, Latihan Industri PPD Keningau Cik Nur Asyikin Amran, Latihan Industri PPD Keningau MAKAN MINUM HAKIM DAN AJK : En. S.Faddly bin Epor, SPM PPD Keningau PENGURUS HAKIM PERTANDINGAN : En. Mohd. Azlie bin Mohd. Tali (K), SPS PPD Keningau En. Morhaide bin Mokhtar, SPb PPD Keningau PENYEDIAAN HADIAH, HAMPER DAN CENDERAMATA : En. S.Faddly bin Epor, SPM PPD Keningau En. Mohd. Azlie bin Mohd. Tali, SPS PPD Keningau BACAAN DOA MAJLIS PENUTUPAN MAJLIS Mejar Mohd Rizal bin Zakaria, SPb PPD Keningau Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penghargaan “JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH” “PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KENINGAU” “PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELURUH SABAH”