MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31
1 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
2 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31
3 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020
4 Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG sesi 2019/2020
5 Pembubaran atau Pengekalan AJK PIBG sesi 2019/2020
6 Perkara-perkara berbangkit
7 Pembentangan usul dan cadangan
8 Hal-hal lain
9 Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK MURNI JAYA KALI KE-31 SESI 2020/2021
TARIKH : 16 FEBRUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN BESTARI SK MURNI JAYA
PENGERUSI : TN.HJ.SURONO BIN KARIMEN
KEHADIRAN : 150 orang
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2020
1.1 Yang Dipertua PIBG, Tn.Hj.Surono bin Karimen mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa dan hadirin yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-31.
1.2 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi
2019/2020 serta semua ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang telah
diberikan dalam segala acara dan program sekolah.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-30 SESI 2019/2020
2.1 Setiausaha Kehormat PIBG, Pn.Nooraishah bt Ahmad meminta hadirin merujuk
buku program Mesyuarat Agung PIBG sesi 2019/2020 bermula halaman 23
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
hingga 31. Beliau membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG tersebut secara
ringkas.
2.2 En.Soleheh bin Paiman merujuk kepada Ucapan Penangguhan di para 10.1 yang
mana terdapat kesilapan jawatan Ketua Kampung Murni Jaya, En.Azmi bin
Wagiman yang ditulis sebagai ‘Ketua Kampung Sri Muar’. Beliau memohon dan
berharap kesilapan tersebut dapat diperbetulkan. YDP PIBG mengucapkan terima
kasih atas teguran tersebut dan akan diperbetulkan.
2.3 Seterusnya, Yang Dipertua PIBG merujuk para 8.2.1.1 berkaitan sumbangan
PIBG. Beliau meminta pandangan para hadirian sama ada ingin dikekalkan kadar
sumbangan sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga atau dinaikkan. En.Solehen
bin Paiman bertanyakan tentang status pemberian sumbangan PIBG oleh ibu bapa
yang berkadar RM50.00 satu keluarga. Bendahari Kehormat PIBG,
Pn.Noorfadillah Akma bt Desa memaklumkan bahawa setakat kini masih terdapat
ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan PIBG. Hal ini telah menyebabkan
Kedai Buku SKMJ di bawah kelolaan Ust.Mohd.Syafiq bin Abd Salam terpaksa
mendahulukan wang bagi menjelaskan sumbangan PIBG untuk keluarga yang
belum menjelaskannya.
2.4 En.Solehen bin Paiman memohon perhatian semua hadirian agar mengambil
cakna akan hal ini. Beliau menegaskan bahawa sumbangan PIBG digunakan
untuk anak-anak SKMJ. Jika terdapat ibu bapa yang tidak menjelaskannya, hal
tersebut telah menjadi satu masalah kepada pihak sekolah untuk melakukan
pelbagai program dan aktiviti. Jadi, pada hemat beliau, apabila melihatkan status
pemberian sumbangan seperti yang telah diterangkan oleh Pn.Noorfadillah, kadar
sumbangan RM50.00 satu keluarga dikekalkan.
2.5 En.Mohd.Azam bin Saadon menyatakan pendapat bahawa sumbangan PIBG
dinaikkan sebanyak RM10.00 menjadikan jumlah sumbangan untuk satu keluarga
ialah RM60.00. Beliau menjelaskan bahawa begitu banyak program sekolah yang
memerlukan sumber kewangan yang banyak. Program tersebut juga diadakan
untuk anak-anak SKMJ semata-mata. Jadi, pada pandangan beliau tidak salah
sekiranya ibu bapa menyumbang lebih dan cadangan beliau ini dipersetujui
sebulat suara oleh ahli mesyuarat dewan.
2.6 YDP PIBG juga membangkitkan isu di para 8.2.4 berkenaan penapis air kedua
COWAY. Beliau bersyukur kerana cadangan ini telah dilaksanakan. Para hadirin
boleh lihat penapis air COWAY yang kedua telah dipasang di kantin dan telah
digunakan oleh anak-anak dan warga SKMJ. Guru Besar menerangkan bahawa
bayaran dibuat dengan cara kutipan bulanan sebanyak RM1.00 oleh setiap murid.
Jumlah setahun bagi setiap murid ialah RM12.00.
2.7 En.Solehen bin Paiman mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung PIBG sesi
2019/2020 disahkan dan disokong oleh En.Mohamad bin Bakron.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI
2019/2020
3.1 Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi
2019/2020 seperti yang diedarkan dalam buku program pada halaman 33.
3.2 Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020 telah dicadang untuk disahkan oleh
En.Solehen bin Paiman dan disokong untuk diluluskan oleh En.Mohamad bin
Bakron.
4. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI
2018/2019
4.1 Bendahari Kehormat PIBG, Pn.Noorfadillah Akma bt Desa membentangkan
penyata kewangan PIBG sesi 2019/2020 pada halaman 34 hingga 37 secara
menyeluruh.
4.2 En.Mohamad bin Bakron menyatakan kepuasan hatinya kerana penyata kewangan
PIBG pada kali ini dibuat dengan lebih teliti dan jelas. Hal ini kerana pada
Mesyuarat Agung PIBG tahun lepas, beliau menegur tentang cara penyata
kewangan dicatat. Beliau mengucapkan tahniah kepada Bendahari PIBG.
4.3 Jumlah pendapatan tahunan PIBG bagi tahun 2019 ialah sebanyak RM15 963.80
manakala jumlah perbelanjaan sebanyak RM12 138.90. Baki berakhir pada 31
Disember 2019 ialah RM3608.70.
4.4 En.Mohd.Azam bin Saadon mencadangkan memandangkan baki sumbangan
PIBG masih banyak, jadi bolehlah disediakan kertas A4 bagi kegunaan anak-anak
SKMJ. Hal ini dipersetujui oleh YDP PIBG dan Guru Besar.
4.5 En.Mohd.Azam bin Saadon mencadangkan agar penyata kewangan PIBG sesi
2019/2020 diluluskan dan disokong oleh En.Mohamad bin Bakron.
5. PEMBUBARAN ATAU PENGEKALAN AJK PIBG SESI 2019/2020
5.1 YDP PIBG sesi 2018/2019 membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019
pada jam 12.23 tengah hari.
6. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
6.1 YDP PIBG menyerahkan majlis kepada Guru Besar SK Murni Jaya yang juga
selaku Penasihat PIBG, En.Hanapiah bin Bahal sebagai pengerusi sementara.
7. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021
7.1 Guru Besar menerangkan bahawa mengikut prosedur, pelantikan AJK PIBG
haruslah dibuat setiap tahun sama ada mahu dikekalkan atau dibubarkan.
Sekiranya dikekalkan, lantikan baharu juga haruslah dibuat dengan nama yang
sama dan dipersetujui oleh semua ibu bapa.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
7.2 En.Solehen bin Paiman mencadangkan bahawa AJK PIBG dikekalkan dan
pemilihan dibuat dua tahun sekali. Hal ini bagi memberi ruang dan peluang
kepada AJK PIBG yang dilantik untuk melaksanakan tugas dengan lebih
sempurna. Sekiranya hanya setahun tempoh masa diberi, tidak cukup untuk
menampakkan kesan. Hal ini dipersetujui oleh hadirin.
7.3 En.Mohd.Azam bin Saadon mencadangkan agar mantan Yang Dipertua PIBG,
Tn.Hj.Surono bin Karimen dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi
2020/2021.
7.4 Tn.Hj.Surono bin Karimen menyatakan bahawa beliau sudah tiada anak atau cucu
yang bersekolah di SKMJ. Beliau mencabar ibu bapa yang mempunyai anak di
SKMJ untuk mengambil jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG. Kalangan wanita
juga boleh memandangkan wanita juga ada kelebihan. Sebagai contoh, di daerah
Kulai ini terdapat kira-kira 9 orang YDP dalam kalangan kaum wanita.
7.5 Encik Solehen bin Paiman mencadangkan Tn. Hj. Surono Bin Karimen
dikekalkan, dewan sebulat suara bersetuju dan AJK yang tidak hadir selalu boleh
digantikan dengan yang baru.
7.6 Tn.Hj.Surono Bin Karimen menerima pelantikannya dengan syarat iaitu jika
PIBG mengadakan mesyuarat semua ahli PIBG mesti hadir tidaklah hanya guru
sahaja yang ramai hadir. Beliau menyatakan lagi, sebaik-baiknya kita sebagai ahli
PIBG menjalankan amanah dengan baik. Beliau merujuk muka surat 33 buku
program iaitu senarai kehadiran AJK PIBG ke mesyuarat. Terdapat ahli yang tidak
pernah hadir ke mesyuarat.
7.7 Encik Solehen Bin Paiman menyatakan bahawa,semestinya ke mesyuarat
diadakan pada waktu sekolah kerana terdapat ibu bapa yang bekerja pada masa
tersebut.
7.8 Tn.Hj.Surono Bin Karimen menerangkan berkaitan mesyuarat diatas diadakan pada
waktu persekolahn ini kerana jika dibuat pada hari cuti sekolah guru-guru agak sukar
untuk rehat. Biasanya mesyuarat AJK PIBG tidak mengambil masa yang lama jika
semua ahli patuh pada masa.
7.9 Cikgu Hanapiah Bin Bahal guru besar SK Murni Jaya mengulas isu kehadiran di atas,
beliau melihat senarai kehadiran sebenarnya sangat baik kecuali Encik Azmi yang
perlu digantikan kerana tidak hadir ke semua mesyuarat yang diadakan.
7.10 Tn.Hj.Surono hendak mengekalkan Encik Azmi kerana terdapat nota-nota di
dalam mesyuarat nanti yang boleh diajukan kepada pegawai daerah tetapi hajat ini
tidak kesampaian pada tahun lepas.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
8. USUL DAN CADANGAN
8.1 USUL 1( dibawa oleh Cikgu Muadzam Bin Mahmod )
Bayaran Coway yang dikiutip pada setiap bulan dan duit rumah sukan
dimasukkan terus ke dalam bayaran awal persekolahan. Bagi
memudahkan urusan guru-guru dan ibu bapa dengan sekali bayar
sahaja.
8.1.1 Tn Hj.Surono Bin Karimen meminta persetujuan semua ahli mesyuarat
dan telah dipersetujui sebulat suara.
8.1.2 En Mohamad Bi Bakron mencadangkan bayaran ini dimasukkan ke dalam
bil-bil persekolahan pada setiap tahun.
8.1.3 Cikgu Hanapiah Bin Bahal menyatakan bahawa apa yang dimasukkan oleh
Cikgu Muadzam sama seperti Encik Mohamad Bin Bakron iaitu
dimasukkan ke dalam bayaran awal persekolahan. Cadangan ini akan
dimulakan pada tahun hadapan kerana pada tahun ini sudah lepas.
9. HAL-HAL LAIN
9.1 En Mohd Azam Bin Saadon memohon pada pihak sekolah supaya kelas tambahan
untuk murid tahun 6 diteruskan contohnya kelas tambahan Cikgu Norisham
Bahasa Melayu kerana sejak kebelakangan ini menurut En Mohd Azam Bin
Saadon terdapat penurunan prestasi murid. Beliau juga menasihatkan kepada ibu
bapa jangan terlalu banyak sangat bertanya kepada guru-guru. Tambah beliau lagi,
wakil ibu bapa perlu ada di dalam “whatApp Group “kelas dan ibu bapa bolehlah
menyumbangkan sejumlah kewangan kepada guru-guru kelas tambahan untuk
menampung perbelanjaan kelas tambahan.
9.2 Cikgu Hanapiah Bin Bahal memberi respon isu diatas, beliau menyatakan bahawa
kelas tambahan memang berlangsung pada setiap hari jumaat seperti yang telah
dijadualkan dan sepatutnya tidak boleh diadakan pada hari jumaat kerana cuti
minggu.Menjelang UPSR kelas-kelas tambahan akan giat diadakan. Keputusan
tahun lepas UPSR sangat cemerlang BM 100%,Matematik 100%, Sains 100% dan
hanya Bahasa Inggeris penulisan jatuh 1% sahaja.Bagi tahun 2020, ibu bapa tidak
perlu risau kerana sekolah mempunyai guru yang pakar dalam setiap subjek.
9.3 Cikgu Adanan Bin Ramli memberi respon mengenai kelas tambahan iaitu ia
berjalan seperti yang telah dirancangakan dan telah dimaklumkan kepada murid-
murid.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
9.4 En Mohd Azam Bin Saadon memohon supaya jadual diberikan semula kerana
terdapat anak-anak darjah 6 yang kurang ingat tentang jadual kelas tambahan ini.
9.5 Encik Solehen Bin Paiman menyatakan bahawa ibu bapa murid tahun 6 pada
tahun ini telah mengadakan tabung dana sumbangan tahun 6. Sumbangan
berbentuk pemberian kertas A4 setiap 2 bulan sekali. Pada bulan Januari sebanyak
16 rim kertas A4 telah disumbangkan kepada Tahun 6. Bulan Februari akan
menyusul juga. Inisiatif ini telah diambil oleh ibu bapa tahun 6 yang
mengharapkan kecemerlangan semua anak tahun 6.
9.6 Cikgu Hanapiah Bin Bahal Guru Besar SK Murni Jaya memberitahu hadirin
bahawa selepas ujian pertama, terdapat satu perjumpaan pihak sekolah dengan ibu
bapa murid. Guru besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Encik
Solehen Bin Paiman serta ibu bapa murid tahun 6.
10. UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Tn.Hj.Surono selaku YDP PIBG sesi 2020/2021 menyeru semua sama-sama
kita meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita di tahun 2020/2021 ini.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 tengah hari
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
………………………………………… …………………………………………
( NOORAISHAH BINTI AHMAD ) ( HJ.SURONO BIN KARIMEN )
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Murni Jaya SK Murni Jaya
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA
SESI 2019/2020
MESYUARAT
AJK PIBG sesi 2019/2020 telah mengadakan mesyuarat sebanyak 6 kali pada tahun 2019 iaitu:
BIL MESYUARAT TARIKH
18 FEBRUARI 2019
1. Mesyuarat AJK PIBG baru 16 JUN 2019
2. Mesyuarat AJK PIBG bersama guru besar 14 JULAI 2019
baharu ( Cikgu Hanapiah Bin Bahal )
21 JULAI 2019
3. Mesyuarat bersama IKRAM IBADAH
QURBAN 8 OGOS 2020
4. Mesyuarat bersama IKRAM PROGRAM 28 JANUARI 2020
IMPAK
5. Mesyuarat bersama IKRAM IBADAH
QURBAN BIL 2
6. Mesyuarat AJK PIBG hari anugerah
cemerlang,mesyuarat agung PIBG dan
Pemberian sumbangan awal
persekolahan 2020
AKTIVITI
BIL PROGRAM
1. IKRAM-PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
2. IKRAM-PROGRAM IBADAH KORBAN
3. GOTONG-ROYONG PERDANA
4. SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA
5. SUKAN SEKOLAH 2019
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
6. IKRAM IMPAK-GRADUASI IMPAK ,TAHUN 6 DAN PRA SEKOLAH
7. KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2020
8. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI K3-31,HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN
PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2020
9. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -30
10. PERKHEMAHAN NIT BERUNIFORM
11. KARNIVAL-KARNIVAL KECEMERLANGAN MATAPELAJARAN
12. PERKAMPUNAGN UPSR
13. PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
14. SOLAT HAJAT PERDANA
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
………………………………………… …………………………………………
( NOORAISHAH BINTI AHMAD ) ( HJ.SURONO BIN KARIMEN )
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Murni Jaya SK Murni Jaya
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE-31 SESI 2020/2021
SK MURNI JAYA
1 Nama : Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru kali ke-31 sesi 2020/2021
program SK Murni Jaya
2 Tarikh : 16 Februari 2020
3 Hari / Masa : Ahad / 7.30 pagi
4 Tempat : Dewan Bestari SK Murni Jaya
5 Objektif : 1. Membahaskan usul-usul yang telah dikemukakan oleh ibu bapa kepada PIBG
atau pentadbir sekolah
2. Membentangkan belanjawan PIBG bagi tahun lepas.(2019)
3. Perlantikan jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.
6 Sasaran : Semua ibu bapa/penjaga dan guru serta kakitangan yang terlibat dengan AJK PIBG
SK Murni Jaya
7 Butiran : 7.30 pagi : Pendaftaran ibu/bapa/penjaga
aktiviti
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar SKMJ
Ucapan Yang Dipertua PIBG SKMJ
: Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi
2019/2020
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 bermula
Pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020
Pelantikan jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 yang baharu
Perbincangan usul
: Majlis bersurai
8 Penilaian : 8.1 Kekuatan Program
Program • Aturcara majlis berjalan seperti yang dirancang.
• Semua pihak memberikan kerjasama dan sokongan yang baik.
• Usul-usul yang dikemukakan adalah rasional.
• Kehadiran ibu bapa memberangsangkan kerana berlangsung Hari
Anugerah Kecemerlangan dan pengagihan bantuan RM100.00 bantuan
awal persekolahan.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
8.2 Kelemahan Program
• Sambutan ibu bapa dalam mesyuarat agak suram.
8.3 Cadangan penambahbaikan
• Mempelbagaikan daya tarikan untuk menarik lebih ramai ibu bapa yang
hadir, misalnya pengiklanan menggunakan pelbagai sumber dan
diadakan serentak dengan hari penyerahan bantuan persekolahan dan
hari Anugerah Kecemerlangan.
9 Dokumentasi : Rujuk lampiran
bergambar
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
…………………………………… ……………………………………
( NOORAISHAH BINTI AHMAD ) ( Cikgu Hanapiah Bin Bahal )
Guru Besar
Setiausaha Kehormat PIBG SK Murni Jaya
SK Murni Jaya
Disahkan oleh :
……………………………………
( HJ.SURONO BIN KARIMEN )
Yang Dipertua PIBG
SK Murni Jaya
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA
81850 LAYANG-LAYANG,JOHOR
LAPORAN MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK MURNI JAYA
KALI KE 31
SESI 2020/2021
ANJURAN :
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK MURNI JAYA
NO. PENDAFTARAN PIBG : PIBG / SK / 8018
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU NOORAISHAH BINTI AHMAD
SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG SK MURNI JAYA
LAMPIRAN DOKUMENTASI BERGAMBAR
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
SESI PENDAFTARAN
KETIBAAN TETAMU SEBELUM MEMULAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 31
16 FEBRUARI 2020
BANNER MESYUARAT AGUNG PIBG , HARI ANUGERAH CEMERLANGAN
DAN PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
MENUNGGU KETIBAAN TIMBALAN PEGAWAI DAERAH KULAI