BUDAYA DAN ADAT RESAM
KAUM TERBESAR DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: PUAN NORZIRA BINTI AHMAD
KOD KURSUS: MPU 21032
NAMA AHLI KUMPULAN: GURUNATHAN A/L VENGADESAN
: NURUL ASYIKA BINTI SABARUDDIN
: MUHAMMAD FARIS HAIQAL BIN MUHAMMAD FADHIZAL
: MUHAMMAD HAZIQ HAZMI BIN HUSSAIN
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh
diamalkan dengan aman dan damai. Adat secara umumnya didefinasikan sebagai suatu
aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Ianya juga satu peraturan yang diamalkan secara turun temurun dalam
masyarakat sehingga menjadi suatu hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan
ini menjadi kebiasaan dan tabiat manusia semula jadi serta kemestiaan yang diikuti dari
satu generasi ke generasi yang lain bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu. Adat ialah
peraturan yang sudah lama diamalkan yang merangkumi selutuh aspek kehidupan seperti
kelahiran , perkahwinan dan kematian. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat mengambarkan corak budaya masyarakat
tersebut. Di Malaysia, adat resam dan kebudayaan dapat dilihat dalam kehidupan bagi
setiap ras seperti adat resam masyarakat Melayu, Cina dan India.
ADAT MASYARAKAT
MELAYU
ADAT KELAHIRAN PERALATAN UPACARA
Mengandung – Tujuh helai kain dengan
tujuh warna berlainan
Melenggang Perut
-Segantang Beras
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh
masyarakat Melayu di bahagian utara – Sebiji kelapa
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah
tempat dikenali sebagai Mandi Tian. – Beberapa urat benang
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mentah
mengandung anak sulung ketika – Damar
kandungan berusia dalam lingkungan
– Minyak kelapa atau minyak
tujuh atau lapan bulan. urut
Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk – Lilin
membuang geruh atau kecelakaan yang
– Tepak sirih yang lengkap
mungkin menimpa wanita hamil yang isinya
bakal bersalin dan bagi membetulkan
– Pengeras sebanyak RM1.25
kedudukan bayi di dalam perut.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh
hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau.
Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah
rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita
yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa
menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat Azan/Qamat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan Kelazimannya bayi lelaki akan
menyambutnya dengan jampi dan diazankan di kedua-dua belah
serapah lalu disemburkan dengan daun telinganya manakala bayi
sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali perempuan akan diqamatkan.
pusatnya akan dipotong dengan Biasanya, bapa atau datuk bayi
menggunakan sembilu buluh dan dialas tersebut akan melakukan
di atas sekeping wang perak satu ringgit. upacara ini. Ia bukanlah satu
adat, sebaliknya lebih
Di sesetengah tempat tali pusat dipotong merupakan amalan berunsur
menggunakan cincin emas. Baki tali keagamaan.
pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit
dan kapur lalu dibungkus dengan daun
sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam
agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian.
Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia
diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan
ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut
bayi yang baru lahir tersebut.
Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat
ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang
bermaksud larangan.
Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan.
Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin
dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau
berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan.
Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota
badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti
ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.
Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar, direbus dan
dibenarkan minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku
dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal.
Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu
dibalut dengan kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun
lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi
sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi
masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya
dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung.
Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun
selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
Adat
Perkahwinan
ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat
merisik.
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan
teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan
tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau
hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan
dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat
ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini
penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu
atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik
kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki
antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan
kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si
dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si
dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun
untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk
MEMINANG DAN BERTUNANG
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang
tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya,
ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana
mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana
hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk
menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam
menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian
masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap
hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar
rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan
diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan
majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak
lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima
oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal
dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah
pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah
sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki
tersebut.
ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan
secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu
berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan
dan kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya,
pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking,
jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai
secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika
mahu melaksanakan adat berinai besar.
ADAT RESAM KAUM CINA
Adat Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan
oleh
masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat
sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh
wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas
bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Sewaktu Mengandung
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga
wanita mengandung dan bukannya suami.
Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana
anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan
nama nenek moyang.
Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu
sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik
keluarga suaminya.
Pantang Larang Semasa Mengandung
Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Adat Perkahwinan
Perkahwinan adalah satu perkara yang dipandang berat oleh
masyarakat Cina secara turun-menurun. Walaupun berada dalam
zaman yang moden kini, banyak adat tradisional dalam perkahwinan
tidak diamalkan oleh masyarakat cina lagi, tetapi juga mempunyai
adat-adat yang kekal diamalkan dalam perkahwinan Cina.
Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga,
pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap
tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh
mereka iaitu Eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan Implisit iaitu perkahwinan di
mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk
memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
ADAT RESAM KAUM INDIA
Adat Kelahiran
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Upacara ini juga
dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi
dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan
bunga-bungaan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli
oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Para cumanggali akan memulakan
upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita
hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Adat Perkahwinan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah
satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya
dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India
mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini
jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat
lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan
agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan
moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.
Adat Kematian
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau
dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini,
pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Pemakaian mengikut budaya
-Lelaki
● Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444)
lebih kurang 700 tahun lepas.
● Terdapat dua jenis iaitu :
1)Baju melayu teluk belanga - sampin dipakai diluar
2)Baju melayu cekak musang - baju di dalam sampin
-Perempuan
● Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal
dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan
baju kebaya belah panjang.
● Diberi maksud mengurung atau menutup
anggota tubuh.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN
● Masyarakat Kadazan atau orang
dusun merupakan penduduk
majoriti Sabah.
● Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi
Kadazan adalah sederhana berbeza dengan
etnik lain.
. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju
lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan
ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot
(Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala),
Tupi’ sinikat (Topi bulat).
● Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
● Sinuangga’ baju blaus pendek dan
leher berbetuk U dipakai oleh wanita
muda.
● Sinompukung Blaus dengan
lengan ¾ dan tidak mempunyai
sulaman dipakai oleh wanita
pertengahan.
● Kihongon Blaus dengan lengan
panjang, dipakai oleh wanita tua dan
spesialis ritual
● Aksesori yang dipakai seperti Himpogot
(Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut),
Hamai (Rantai leher), Simbong
(Subang), Paun Kerongsang
Pemakaian Budaya Cina
-Dunia umumnya mengetahui Cheongsam bagi perempuan dan Samfu bagi
lelaki adalah pakaian tradisional masyarakat China dan kita juga kebiasaanya
melihat pakaian ini dipakai ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tetapi tahukah
anda sebenarnya Cheongsam dan Samfu ini hanyalah pakaian klasik dan
bukannya pakaian tradisi.
Asal-Usul Cheongsam
-Cheongsam atau dalam Bahasa Mandarin disebut 旗袍( qípáo ) ini
tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han yang merupakan
kaum majoriti di China tetapi ianya merupakan pengadaptasian
pakaian orang Manchu iaitu kelompok etnik yang memerintah China
dari 1644 hingga 1911.
-Orang Manchu juga dikenali sebagai 旗人(Qírén) dan mereka ini
bukan etnik cina tetapi berasal daripada kawasan Manchuria di
bahagian timur laut China dimana kini terletaknya provinsi
Heilongjiang,Jilin dan Liaoning.
-Ketika mereka menakluk China, mereka ini cuba untuk
mengasimilasikan orang cina dengan mengharamkan pakaian tradisi
cina yang asli iaitu 汉服( hànfú )atau pakaian orang Han. Bukan itu
sahaja kaum lelaki juga dipaksa mencukur rambut depan dan
mengikat rambut belakang dalam bentuk tocang mirip orang Manchu.
-Cheongsam versi moden
-Jika mahu lihat kita benar-benar kurus atau tidak,
pakailah Cheogsam! Cheongsam yang kita lihat
pada hari ini tidak seperti Qipao yang sesuai untuk
semua kelompok umur.
–Nilai Kesantunan Hanfu
-Hanfu mempunyai kesinambungan reka bentuk kelepak
yang longgar dan terbuka serta lengan yang panjang dan
longgar. Ia berbeza dengan pakaian orang Manchu yang
berkolar tertutup, dan berlengan sempit dan ketat. Reka
bentuk busana tradisi Korea (Hanbok) dan Jepun (Kimono)
juga adalah berdasarkan Hanfu.
Hanfu mengandungi nilai-nilai kesantunan dan keadaban
yang tidak dapat dibawa oleh fesyen moden. Sesuatu yang
sangat menyedihkan apabila pemuliharaan terhadap tradisi
ini tidak dilakukan.
Samfoo
Samfoo bermaksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek kantonis. Ia
merupakan pakaian harian wanita selain Cheongsam. Ia digemari
oleh wanita-wanita separuh umur.Samfoo juga turut dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina tetapi terdapat sedikit perbezaan dengan
samfoo yang dipakai oleh kaum wanita.
Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di
hadapan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar yang
longgar. Ia biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera.
Revolusi perubahan qipao yang sopan kepada cheongsam yang kita
lihat pada hari ini juga ada persamaannya dengan revolusi pakaian
tradisonal orang melayu iaitu baju kurung. Jika dahulu baju kurung
yang dipakai labuh,longgar dan tidak menampakkan bentuk badan
tetapi baju kurung yang dijual dipasaran hari ini kebanyakannya
singkat, ketat dan mengikut bentuk badan.
-Ia telah dimodenkan mengikut peredaran zaman tetapi saya tidak melihat ini satu perubahan yang
bagus dimana nilai tradisional yang terdapat pada baju tersebut telah hilang dan kita boleh lihat ia
dimodenkan seperti ada kainnya yang terbelah hingga ke paras lutut. Baju kurung juga sama
seperti pakaian tradisi China Hanfu, mempunyai nilai kesopanan buat si pemakai tetapi pakaian
versi moden ini telah menghakis kesemua elemen tersebut.
-Kesimpulan yang dapat kita buat ialah tradisi pakaian Cina Han iaitu Hanfu yang pernah
berlangsung selama 2000 tahun itu boleh tenggelam begitu sahaja kerana tiada usaha untuk
memeliharanya dilakukan.
-Sama juga dengan sejarah tradisional negara kita, jika kita sendiri yang tidak peliharanya ianya
juga akan lenyap begitu sahaja dan jika kita sendiri yang tidak kenalkan ia pada generasi muda
maka ia juga akan lenyap begitu sahaja.
Pemakaian kaum India
-SARI merupakan pakaian tradisional India yang mudah
dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6
ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna
seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna
sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada
badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam dengan cara
tersendiri mengikut adat. Kain dalam dipakai di atas atau di
bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari
terlucut.Berikut adalah beberapa contoh cara kain sa
CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon,
infographics & images by Freepik
-Pakaian SALWAR KAMEEZ atau Punjabi adalah
popular dalam kalangan kaum wanita India.Punjabi
terdiri daripada blaus yang panjang dengar seluar
yang panjang yang longgar serta tudung yang sesuai
dengan warna punjabi itu.Wanita India gemar
memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai
salwar kameez.
-DHOTI merupakan pakaian untuk kaum lelaki.Pakaian
ini diperbuat daripada kain yang berwarna putih.Kain
putih itu dililit di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkutkan pada
bahu.Kemudian kain tersebut dihiasi dengan
manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.Ada juga
dhoti yang berwarna kuning berjalur.Pakaian ini
banyak di pakai oleh golongan ceti.
-KURTA merupakan pakaian tradisional bagi lelaki
kaum India.Kurta merupakan kemeja panjang yang
sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas
atau lime dan sutera.Kurta selalunya dipadankan
dengan salwar longgar,seluar longgar atau seluar
churidar.Kurta selalunya dipakai ke majlis-majlis
rasmi seperti perkahwinan.Kurta juga boleh dipakai
CARA HIDUP 4 KAUM TERBESAR DI
MALAYSIA.
CARA HIDUP KAUM MELAYU.
Cara hidup masyarakat Melayu merupakan masyarakat majoriti di Malaysia yang unik
dengan adat resam yang dilakukan oleh mereka.Perayaan yang diraikan oleh
masyarakat Melayu ialah Hari Raya Aidilfitri Raya Haji. Perayaan ini diraikan dengan
amat meriah.Selain itu makanan masyarakat Melayu juga amat unik iaitu
lemang,ketupat,rendang dan sebagainya.Hal ini menyebabkan cara hidup kaum
Melayu di Malaysia ini menjadi unik.
KAUM CINA
Cara hidup kaum cina di Malaysia amat berbeza dengan cara hidup kaum cina di
China.Hal ini dikatakan demikian kerana,masyarakat Cina memperkenalkan beberapa
makanan tradisional seperti kuih bulan,kuih bakul,char koay teow dan
sebagainya.Disamping itu,masyarakat Cina meraikan Tahun Baru Cina,Gap Goh May
dan sebagainya.
KAUM INDIA
Cara hidup masyarakat India banyak berteraskan kepada agama Hindu.Kaum
India di Malaysia banyak berkonsepkan tradisional iaitu dalam
makanannya.Makanan tradisional yang amat senang untuk membuktikannya
ialah tosei dan iddli.Makanan ini ialah makanan tradisional utama kaum
India.Masyarakat India juga meraikan perayaan Tahun Baru
Tamil,Poggal,Deepavali dan sebagainya.
KAUM SABAH
Di Sabah terdapat pelbagai kaum dan pelbagai adat resam yang diamalkan
oleh mereka berzaman-zaman.Antara kaum-kaum mereka adalah masyarakat
Kadazandusun,masyarakat Bajau,masyarakat Iban dan sebagainya.Perayaan
yang diraikan oleh masyarakat-masyarakat di Sabah ialah Pesta Gawai
Dayak,Pesta Keamaatan,Pesta Kaul Melanau.Pesta-pesta ini diraikan
bertujuan menunjukkan kesyukuran dalam menanam dan menuai padi dan
memberi penghormatan.
KAUM SARAWAK
Di Sarawak,terdapat beberapa kaum seperti kaum Melanau,kaum
Dalat,kaum Balingian dan sebagainya.Selain itu,masyarakat Sarawak
juga banyak melibatkan diri mereka dalam aktiviti tenunan kain seperti
kain kapas dan kain sutera.Masyarakat di Sarawak juga mahir dalam
aktiviti kraf tangan seperti bakul,manik dan tikar.
PEMAKANAN TRADISIONAL MELAYU
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.Makanan tradisional ini
bukan sahaja diminati oleh masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan antarabangsa.Malaysia
terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India.Terdapat pelbagai jenis makanan
tradisional mengikut kaum utama di Malaysia.Antaranya ialah Nasi Lemak,Roti Canai dan Yong Tau
Fu.Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular walaupun Malaysia kini sudah mencapai
status negara maju.Makanan tradisional ini boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan,tak lekang dek
panas.Terdapat juga pelbagai usaha dalam memajukan lagi makanan tradisional di Malaysia
ROTI CANAI NASI LEMAK YONG TAU FU
PEMAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kaum Cina merupakan suatu kaum masyarakat yang bertutur dalam bahasa cina.
Masyarakat kaum cina mempunyai makanan tradisional sendiri yang membawa
maksud dan lambang tersendiri. Makanan tradisional ini telah diwarisi secara
turun-temurun dalam masyarakat cina supaya tidak pupus. Hal ini demikian untuk
memastikan generasi yang akan datang dapat merasai makanan tradisional kaum
masing-masing
KUIH BULAN LIMAU MADARIN DIM SUM
PEMAKANAN TRADISONAL ORANG INDIA
Masakan India yang dibawa oleh etnik India di Malaysia ini telah sebati dengan jiwa
dan raga rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India diperbuat dari rempah ratus
yang berbeza, namun ia memiliki keenakan yang tersendiri. Daun kari, minyak sapi,
serbuk kari, pelbagai rempah, herba serta sayuran antara bahan yang sering
digunakan dalam masakan India terutama bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan
agama serta budaya India telah memberi pengaruh dalam sesuatu masakan.
Murukku antara makanan tradisional masyarakat India.
Sebut sahaja Namanya pasti ramai mengenalinya. Ia
antara makanan ringan yang sangat digemari ramai.
Tosai, ada juga yang menggelarnya dosa, dosai,
dosay, dose, dhosha, thosai atau juga chakuli.
Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang, tosai rawa, tosai ghee
dan sebagainya.