The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zzainatul, 2019-03-05 23:47:38

Inspirasi SPM BM (1)

Inspirasi SPM BM (1)

MODUL SPM

inspirasi
BAHASA
MELAYU

KATA
ALUAN

Assalamualaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam
Negaraku Malaysia,
Ucapan terima kasih kepada Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) kerana sudi memberi ruang kepada
saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam
Modul Inspirasi YaPEIM 2018.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YaPEIM
yang telah berjaya menganjurkan Program Inspirasi YaPEIM pada tahun 2016 dan 2017 dengan
kerjasama seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah serta warga sekolah terutamanya guru dan murid.
Pada tahun 2018 ini juga, YaPEIM terus memberi komitmen dalam usaha meningkatkan sosio
ekonomi ummah dengan menjadikan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rakan kerjasama
dan kumpulan sasar. Saya sentiasa menyokong usaha murni seperti ini di mana kita perlu
membantu dan memberi keutamaan kepada golongan yang memerlukan. Dalam pendidikan,
konsep ekuiti boleh bermaksud semua golongan diberi perhatian mengikut keperluan
masing-masing.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YaPEIM dan semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk seluruh warga Kementerian
Pendidikan Malaysia yang membantu menjayakan program inspirasi ini terutamanya dalam
menyantuni golongan-golongan yang memerlukan.

Datuk Dr. Amin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

KATA
ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang
Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt
kerana terus diberi kekuatan dalam
meneruskan tugasan yang
dipertanggungjawabkan kepada saya dalam
merealisasikan visi dan misi Institusi ini disamping
komited menyantuni masyarakat melalui
aktiviti-aktiviti sosioekonomi yang diperkenalkan
khususnya melalui penganjuran 3 Program Inspirasi iaitu
Ramadhan, UPSR dan SPM.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya seluruh warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan
Guru Besar serta guru-guru yang tidak pernah serik memberi sokongan dan dokongan kepada
YaPEIM.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh masyarakat di
Malaysia yang merupakan sebahagian daripada keluarga kecil YaPEIM yang terdiri daripada para
penyumbang atau yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam program/skim
yang dilaksanakan oleh YaPEIM.

Semoga jalinan kerjasama yang sudah terjalin ini dapat dieratkan bagi persediaan program di
masa hadapan.

Akhir sekali, saya mendoakan agar segala keringat, cerahan idea dan sumbangan yang
dicurahkan sepanjang menjayakan program ini moga-moga diangkat sebagai pahala amal
jariah kita sebagai bekalan ke akhirat kelak.

Sekian.

Dato’ Abibullah Haji Samsudin
Ketua Pengarah | Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

AKTIVITI UTAMA YaPEIM

dan CMASA

OBJEKTIF

2

Membantu 3
meningkatkan
pengetahuan dengan Membantu
meningkatkan
1 teknik yang betul untuk pencapaian murid
menjawab soalan dalam peperiksaan
peperiksaan. terutama dari gagal
kepada lulus.
Membantu
meningkatkan
pengetahuan dengan
kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang

sesuai dan
berkesan.

STATISTIK INSPIRASI RAMADHAN YaPEIM
BAGI TAHUN 2016 & 2017

15

17,371

STATISTIK INSPIRASI SEKOLAH RENDAH YaPEIM
BAGI TAHUN 2016 & 2017

LOKASI 136 LOKASI 152

202 daerah 1,823 ppd
TEMPAT & daerah
TEMPAT
A+ NEGERI sekolah

sekolah 14 1,903
buah
3,530 NEGERI sekolah

2016 buah BAJET
sekolah
PENERIMA PENERIMA 3.7
MANFAAT BAJET MANFAAT
JUTA
65,201 2.259 72,671
ORANG JUTA ORANG

STATISTIK INSPIRASI SPM YaPEIM
BAGI TAHUN 2016 & 2017

873BAJET R I B U PENERIMA 3.7 PENERIMA
MANFAAT MANFAAT
BAJET J U T A

NEGERI 12,637 NN1E GE4EGREI RISPINM2S0PYaI1RPA7ESIIM71OR1,A8N,42Gs7e5ko9lah
ORANG
13
INSPIRASI
NEGERI
SPM20Ya1P6EIM
buah
sekolah

36 LOKASI 152

daerah 1,261 A+ ppd & daerah

1 |INSPIRASI BM SPM 2018

KATA-KATA ALUAN KETUA PENGGUBAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) atas inisiatif dan kesungguhan bagi menjayakan pembinaan Modul Inspirasi
Bahasa Melayu SPM 2018. Sesungguhnya usaha ini memberi peluang dan kesempatan untuk
kami barisan penggubal modul terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga
demi meneruskan kelangsungan kemajuan pendidikan negara.

Pembinaan modul untuk guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu ini adalah untuk
mendedahkan kepada guru bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM
yang memberi penekanan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT merupakan salah
satu aspek peningkatan kemenjadian murid ke satu tahap yang membanggakan dan murid
yang dilahirkan kelak boleh bersaing pada peringkat antarabangsa. Rentetan itu, bagi
menjayakan kemenjadian murid, modul ini mencadangkan beberapa yang aktiviti Pengajaran
Abad Ke-21 (PAK-21) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang boleh
dipraktikkan oleh guru di dalam kelas nanti. Selain itu, modul ini dapat mendedahkan guru-
guru cara penandaan yang betul mengikut standard SPM terkini dan teknik menjawab soalan
SPM Bahasa Melayu. Harapannya modul ini akan menjadi panduan dan pegangan kepada
guru untuk memeriksa latihan jawapan murid dan memeriksa jawapan peperiksaan murid
mengikut standard terkini yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Akhir kata, saya dengan rasa rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
sahabat penggubal dan semua warga YaPIEM yang telah berusaha gigih sehingga berjaya
menyempurnakan Modul Inspirasi Bahasa Melayu SPM 2018. Sama-samalah kita
menjalankan tugas dengan penuh keyakinan dan tanggungjawab supaya usaha ini akan
diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.
“BERTUGAS HIDUP BERJASA”

HASLINDAR NOR BINTI ISMAIL

2 |INSPIRASI BM SPM 2018

SENARAI NAMA PENGGUBAL MODUL
BAHASA MELAYU SPM 2018

1. Haslindar Nor bt Ismail (Ketua)
SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur.

2. Asmah bt Tayeb
SMK Agama Johor Bahru, Johor.

3. Zurina bt Othman
SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah.

4. Mohd Ibrahim bin Isa
SMK Bahau 2, Negeri Sembilan.

5. Mohamad Shaharudden bin Muhamad Kalam
Maktab Sultan Ismail, Kelantan.

6. Zainafsiah binti Zakaria
SMK Seri Perling, Johor.

7. Siti Mariam binti Abd Rahman
SMK Agama Sibu,Sibu, Sarawak.

8. Ramli bin Sukurani
SMK Bugaya II, Semporna,Sabah.

9. Azizah binti Abd Rahman
SMK Bandar Baru Sg Long, Selangor.

ISI KANDUNGAN

1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Cadangan aktiviti PAK-21 dalam PdPc.
2.1 Karangan Bahagian A
2.2 Karangan Bahagian B
2.3 Rumusan
2.4 Komponen Sastera (KOMSAS)

3. Teknik menjawab dan menanda.
3.1 Kertas 1 – Bahagian A
3.2 Kertas 1 – Bahagian B
3.3 Kertas 2 – Rumusan
3.4 Kertas 2 – Pemahaman
3.5 Kertas 2 – Tatabahasa
3.6 Kertas 2 - Novel

3 |INSPIRASI BM SPM 2018

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU.

Kertas 1

KBAT akan berlaku dalam Kertas 1 atau dalam karangan sekiranya murid berjaya
mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai suatu maklumat sama ada
statistik, data, berita, kata pemimpin, peribahasa dan murid menghuraikannya semasa
mengarang. Dalam erti kata lain, KBAT akan berlaku apabila murid berjaya menghurai,
memberi penjelasan berkaitan fakta sama ada statistik, kata-kata pemimpin, maklumat
daripada berita, kajian sains, serta mengaitkan kesan dan akibat berdasarkan data-data
tersebut. Kesan dan akibat ini boleh dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.
Selain itu, KBAT dalam karangan juga ialah calon mampu memberikan jawapan atau idea
selain idea yang terdapat dalam bahan ransangan (Bahagian A).

Kertas 2

Unsur-unsur KBAT diserap dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM melalui soalan-soalan
berbentuk pendapat atau pandangan calon.

Berikut adalah perincian KBAT dalam kertas 2 bersama dengan markah yang
diperuntukkan:

Soalan Tajuk Markah
Isi Tersirat 4
Soalan 1 Kesimpulan 2
Rumusan Soalan 2 (a) (iii) 4

Soalan 2 Soalan 2 (b) (ii) 3
Pemahaman

Soalan 2 (c) (ii) 3

Soalan 4 Soalan 2 (d) (ii) 3
Novel Soalan 4 (b) 8

JUMLAH KESELURUHAN 27

4 |INSPIRASI BM SPM 2018

CADANGAN AKTIVITI PAK-21 DALAM PdPc KARANGAN BAHAGIAN A
Contoh soalan :
Gambar di bawah menunjukkan kepelbagaian kaum yang terdapat di negara kita.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

RUMAH TERBUKA
1MALAYSIA

GOTONG-ROYONG ZIARAH MENZIARAHI

5 |INSPIRASI BM SPM 2018

AKTIVITI 1 : Team Word-Web
Huraian Aktiviti
1. Murid menulis topik di tengah-tengah kertas sebak atau kertas mahjong.

2. Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang
berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea daripada mereka.

Contoh Soalan : Nyatakan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia

India Melayu

Kaum di Malaysia

Iban Cina

AKTIVITI 2 : Team Statements
Huraian Aktiviti
1. Murid berfikir dan berbincang secara berpasangan untuk membentuk pernyataan

2. Kemudian, semua murid bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang
telah dipersetujui oleh semua.

Contoh Soalan: Jelaskan Kepentingan Perpaduan dalam kalangan masyarakat.

AKTIVITI 3 : The Yarn Yarn

Huraian Aktiviti

1. Setiap kali seorang murid memberikan pendapat, dia diberikan benang untuk dililit di
tangan (Selain benang, boleh gunakan gegelung getah)

2. Akhirnya, setiap kumpulan dapat mengetahui kumpulan yang memberikan idea atau
pendapat yang paling banyak.

6 |INSPIRASI BM SPM 2018

Contoh Soalan: Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat
(Langkah-Langkah lain selain yang terdapat dalam bahan
Rangsangan - KBAT)

CADANGAN AKTIVITI PAK-21 DALAM PdPc KARANGAN BAHAGIAN B

Contoh soalan :

Remaja kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa
dan guru untuk menjadi pelajar cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan
segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai dan mendatangkan kesan negatif
kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani masalah tekanan.

AKTIVITI 1 : Same - Different

1. Dua orang murid dipanggil secara bergilir-gilir ke hadapan dan diminta mencari
persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang
daripada mereka. (Lampiran 1)

2. Kemudian, mereka bandingkan jawapan daripada gambar itu.
3. Tukar pasangan dalam kumpulan.

7 |INSPIRASI BM SPM 2018

LAMPIRAN 1
AKTIVITI 2 : Rally Table

1. Secara berpasangan murid bergilir-gilir memberikan respons atau menyelesaikan
masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen atau
pensel yang sama.

Contoh soalan : Kesan negatif stres kepada diri, keluarga dan masyarakat.
AKTIVITI 3 : Team- Stand ‘n’ Share

1. Ahli pasukan berdiri.
2. Guru atau rakan memberikan soalan.
3. Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan atau pendapat

dengan pasukan lain.

8 |INSPIRASI BM SPM 2018
Contoh soalan : Nyatakan usaha-usaha menangani stres.

Usaha-usaha
menangani stres

9 |INSPIRASI BM SPM 2018

CADANGAN AKTIVITI PAK-21 DALAM PdPc KERTAS 2

Soalan Kertas Ulangan SPM 2017 LAMPIRAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi muda di negara kita yang bijak menguruskan
kewangan. Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor.
Antaranya, mereka lebih mementingkan gaya hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap
kemampuan kewangan mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar atau alat berteknologi
tercanggih di pasaran dan bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini
menunjukkan generasi muda perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi
semasa berlakunya kegawatan ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak
membazir ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada mereka gemar membeli
barangan berjenama yang mahal harganya yang menyebabkan mereka menghadapi masalah
dalam menguruskan kewangan. Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan untuk
memastikan kewangan sentiasa terurus.

Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik
wang pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan
sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut.
Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-
masing. Dalam hal perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang
terdapat di pasaran. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan
masing-masing. Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan
penghidupan baru dalam berkeluarga. Oleh hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin
disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh
berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung untuk untuk dijadikan wang pendahuluan bagi
membeli rumah. Sebenarnya, pembelian rumah pada usia muda adalah lebih baik untuk
mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah,
mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulanan
isi rumah.

Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga
merancang untuk melancong. Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun kerana pelancongan merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal untuk menguruskan
kewangan bagi tujuan melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah, mengikut nafsu ketika
berbelanja terutamanya apabila kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila
mendapat bonus, pelbagai keinginan akan terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabut
baharu dan percutian. Pengurusan kewangan menjadi semakin mencabar apabila kad kredit
mudah dimiliki. Penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya menyebabkan
penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu, perbelanjaan dengan menggunakan kad
kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam pengurusan kewangan seseorang
bergantung pada usaha masing-masing.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Generasi Y Suka Membazir”

oleh Alzahrin Alias, Berita Harian, 15 Mac 2014

10 |INSPIRASI BM SPM 2018

HURAIAN KEHENDAK SOALAN

Tugasan diberikan bagi meningkatkan pemahaman murid tentang keperluan dalam menjawab
soalan rumusan. Berikut dicadangkan aktiviti yang bersesuaian. Setiap kumpulan diberikan
dua keping kad teks petikan. (Lampiran 2). Murid membaca petikan secara senyap dalam
kumpulan/ secara bergilir-gilir/ secara berpasangan. Tugasan ini dijalankan berdasarkan lima
aktiviti di bawah.

AKTIVITI 1 : Menyusun Kata Kunci
1. Setiap ahli mempunyai peranan masing-masing dan peranan itu perlu dilakukan
secara bergilir-gilir.
2. Murid 1 : Mengambil kad (Lampiran 3) dan membaca arahan soalan.
3. Murid 2 : Jawab soalan.
4. Murid 3 : Memberi maklum balas dan pujian.

AKTIVITI 2 : Perbincangan Secara Berpasangan (Pair Discussion)
1. Perbincangan secara berpasangan (Mencari isi tersurat)
2. Murid menggariskan jawapan.

AKTIVITI 3 : Team Word-Web
(Pelajar berdiri jika setuju dengan jawapan rakan)

1. Murid membaca dan mengenal pasti isi-isi tersurat dalam petikan yang diberi
dalam kumpulan. (Aktiviti Team word-web)

2. Guru mengedarkan lampiran peta buih pada setiap kumpulan.
3. Murid menulis jawapan dalam lampiran (Lampiran 4) yang disediakan.

AKTIVITI 4 : Pair Compare
Isi tersurat/ isi tersirat
1. Wakil setiap kumpulan menyatakan jawapan masing-masing.
2. Setiap kumpulan menyemak jawapan dan membuat perbandingan
3. Murid membuat penambahbaikan setelah selesai perbincangan
4. Guru membuat komentar.

AKTIVITI 5 : Gallery Walk
1. Murid menampal hasil kerja pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
2. Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain.
3. Murid diberi peluang untuk menulis kesimpulan bagi rumusan di papan putih.
4. Murid memberi komen tentang jawapan.
5. Guru membuat rumusan keseluruhan.
6.

11 |INSPIRASI BM SPM 2018 LAMPIRAN 3

CONTOH KATA KUNCI
Kata kunci untuk menulis pendahuluan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat.

LAMPIRAN 4

Sila gunakan peta buih di bawah bagi mengisi isi tersurat /isi tersirat

CARA-CARA

MENGURUS
KAN

KEWANGAN

12 |INSPIRASI BM SPM 2018

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN

SOALAN 1 (RUMUSAN) Markah
Pendahuluan [2 markah ] 2

P1 Petikan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/ kaedah-kaedah/
strategik/ strategi-strategi/ untuk menguruskan kewangan dalam kalangan
generasi muda/ remaja/ masyarakat (Malaysia)

P2 Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ 2
strategik/ strategi-strategi untuk menguruskan kewangan dan peranan
pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara berhemat.

Isi Tersurat [ 4 hingga12 markah]

S1 tidak membazir ketika berbelanja
S2 menyenaraikan senarai perbelanjaan
S3 memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar

balik wang pinjaman
S4 memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing
S5 pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa
S6 memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan isi rumah
S7 perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan melancong
S8 janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja
S9 perbelanjaan menggunakan kad kredit perlu dikawal

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah]

T1 Peranan pihak sekolah menubuhkan Persatuan Pengguna/ menerapkan nilai
jimat cermat dalam pengajaran dan pembelajaran

T2 Peranan pihak kerajaan/ berkuasa/berwajib mengadakan kempen kesedaran/
menubuhkan kementerian yang khusus(KPDNKK)

T3 Peranan pihak swasta / Institusi Kewangan/bank-bank mengenakan kadar faedah
pinjaman yang rendah

T4 Peranan pihak media massa menyiarkan iklan / mengadakan kempen kesedaran
/menerbitkan artikel/ rencana / risalah

T5 Peranan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) /Persatuan Pengguna menyampaikan
maklumat tentang hak-hak pengguna kepada masyarakat

T6 Peranan ahli keluarga ibu bapa mendidik anak-anak berjimat dalam berbelanja

Kesimpulan

K1 Kesimpulannya, generasi muda/pelbagai pihak/ semua lapisan masyarakat/ perlulah
berbelanja dengan cara berhemat agar kehidupan tidak dibebani hutang

K2 Kesimpulannya, pelbagai pihak/generasi muda/ semua lapisan masyarakat/ perlulah
berbelanja secara berhemat
(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekitanya sesuai)

13 |INSPIRASI BM SPM 2018

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan'
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Kalung Bunga Za'ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

SOALAN:

i) Nyatakan maksud tujuh bulan tujuh purnama, istana siap dengan alatnya
[2 markah]

i) Pada pendapat anda, mengapakah istana yang dibina dapat disiapkan dalam

jangka masa yang singkat? [3 markah]

ii) Huraikan nilai yang terdapat dalam seloka di atas. [4 markah]

14 |INSPIRASI BM SPM 2018

AKTIVITI 1 : Video
1. Guru memasang video contoh melagukan seloka (Seloka Pak Kaduk / Seloka Si
Luncai).
2. Wakil setiap kumpulan melagukan seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu.

AKTIVITI 2: Pairs Compare
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lampiran 5).
2. Murid berbincang dan menulis jawapan.
3. Guru bergerak ke setiap kumpulan untuk menyemak jawapan.

AKTIVITI 3 : All Write Round Robin
1. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lampiran 6).
2. Setiap ahli kumpulan menulis jawapan pada lembaran kerja.
3. Guru menyemak jawapan murid dan memberi komentar.

AKTIVITI 4 :
1. Guru mengedarkan kertas sebak kepada setiap kumpulan.
2. Setiap kumpulan melakarkan rajah pada kertas sebak (Murid hendaklah memilih
mana-mana peta I think yang sesuai).
3. Guru menyemak jawapan murid.

AKTIVITI 5 : Gallery Walk
1. Guru meminta setiap kumpulan melakarkan gambar istana impian masing-masing.
2. Murid menampal hasil kerja pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
3. Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain.
4. Murid memberi komen tentang hasil kerja kumpulan.
5. Guru membuat rumusan keseluruhan.
6. Murid membuat nota Seloka yang lengkap.

15 |INSPIRASI BM SPM 2018 LAMPIRAN 5

Tuliskan jawapan anda pada ruangan yang disediakan
Berikan maksud bagi setiap rangkap seloka.

16 |INSPIRASI BM SPM 2018

LAMPIRAN 6

Nyatakan sebab istana dapat disiapkan dalam jangka masa yang singkat.

17 |INSPIRASI BM SPM 2018

KEMAHIRAN MENJAWAB DAN MENANDA
KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM 2018

Panduan kriteria pemberian markah karangan Bahagian A (30 markah)

CEMERLANG 26-30 MARKAH
● Karangan menepati tema bahan rangsangan.
● Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
● Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik.
● Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan
matang.

KEPUJIAN 20-25 MARKAH
● Karangan menepati tema bahan rangsangan.
● Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas.
● Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
● Idea relevan dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan jelas.

MEMUASKAN 15-19 MARKAH
● Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.
● Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih

betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan
kosa kata umum.
● Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.
● Idea masih relevan dengan tema bahan ransangan. Huraian idea masih jelas.

KURANG MEMUASKAN 10-14 MARKAH
● Karangan kurang/masih menepati tema bahan ransangan.
● Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa

ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan
yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.
● Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.
● Idea kurang / masih relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya
kurang jelas.

PENCAPAIAN MINIMUM 01- 09 MARKAH
● Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
● Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
● Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

NOTA :
Maksud gramatis – mengikut hukum tatabahasa yang betul, ayat tidak berbelit-belit.
Maksud variasi - kepelbagaian atau kelainan
Maksud kosa kata – perbendaharaan kata
Maksud frasa - kumpulan kata yang membentuk ayat
Maksud laras – variasi bahasa berdasarkan pengunaanya (Cth : laras bahasa klasik dan
laras bahasa sains.
Maksud wacana – kesatuan pemikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan

18 |INSPIRASI BM SPM 2018

BAHAGIAN A [ 30 markah ]
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri sekolah selamat. Huraikan
pendapat anda tentang ciri-ciri sekolah selamat. Panjang huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

HURAIAN

1. Murid dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam
soalan.

2. Sekiranya murid menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan
ditambah dengan idea sendiri, murid layak mendapat markah cemerlang.

3. Murid tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan tetapi
mengemukakan idea sendiri, markah maksimum ialah kepujian (20-25 markah).

4. Ketiga-tiga idea hendaklah dihuraikan dengan memberikan contoh lain
berdasarkan dalam gambar, barulah murid layak mendapat cemerlang.

5. Huraian isi mestilah menjurus kepada keselamatan di dalam sekolah itu sendiri.

Isi yang dipertimbangkan murid layak mendapat cemerlang (26-30 markah)

1. Khidmat Pengawal keselamatan - menyediakan buku rekod pelawat – buat
rondaan di kawasan sekolah untuk memastikan tiada pelajar ponteng,tiada
pencerobohan dan kecurian. Orang luar masuk melaporkan diri pada pengawal –
tulis nama daalam buku pelawat.

2. Alat Pemadam Api – tempat yang mudah diambil - murid yang akan menggunakan
apabila berlaku kebakaran – kebakaran makmal Sains. Latihan kebakaran – warga
sekolah boleh belajar cara menggunakan alat pemadam api.

3. Papan Tanda Amaran – tangga licin- murid akan lebih berhati-hati. Papan tanda
amaran jangan bermain di padang ketika hari hujan.

4. Pemantauan guru dari semasa ke semasa – elak kecelakaan di kawasan sekolah-
tiada murid yang jatuh dari bangunan.

5. Guru penasihat mesti wajib ada semasa aktiviti kokurikulum - elak kejadian murid
dihempap tiang gol.

Isi yang menyebabkan murid tidak layak mendapat cemerlang

1. Murid menghuraikan keselamatan di depan sekolah. Contohnya pengawal
keselamatan menjaga lalu lintas untuk memudahkan murid melintas.

2. Murid memberikan contoh kes penculikan.
3. Murid menghuraikan alat pemadam api untuk kegunaan bomba.

19 |INSPIRASI BM SPM 2018

BAHAGIAN A [ 30 markah ]
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah. Huraikan pendapat anda tentang peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

PERANAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

HURAIAN
Karangan hendaklah disemak seperti biasa jika :
1. Semua idea daripada bahan rangsangan.
2. Sebahagian idea daripada bahan rangsangan.
3. Gabungan idea daripada bahan rangsangan dan idea sendiri.
4. Semua idea sendiri.
Isi yang dipertimbangkan murid layak mendapat cemerlang (26-30 markah)
1. Menyediakan Khidmat Nasihat – murid berjumpa kaunselor jika ada masalah.
Kaunselor mengadakan sesi kaunseling secara individu atau berkelompok.
Memberikan contoh masalah yang dihadapi oleh murid seperti dibuli atau masalah
keluarga.
2. Memberi Bimbingan Kerjaya – Kauselor menjemput pihak luar seperti IPTA dan IPTS
untuk memberi ceramah peluang melanjutkan pelajaran.
3. Meningkatkan Motivasi Murid – Kaunselor menyampaikan ceramah semasa kem
motivasi- Kemahiran Belajar, Pengurusan Masa Berkesan dan pengurusan stres.
Murid hanya menghuraikan karangan berdasarkan bahan rangsangan yang terdapat
dalam soalan.
1. Menyediakan Khidmat Nasihat – murid berjumpa kaunselor jika ada masalah dan
kaunselor mencadangkan penyelesaian masalah.
2. Memberi Bimbingan Kerjaya – Kauselor memberi ceramah peluang melanjutkan
pelajaran.
3. Meningkatkan Motivasi Murid – Kaunselor menyampaikan ceramah semasa kem
motivasi.

Panduan kriteria pemberian markah karangan Bahagian B (100 markah)

20 |INSPIRASI BM SPM 2018

CEMERLANG 80 -100 MARKAH

• Idea yang releven mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang disertakan
dengan contoh yang sesuai.

• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
• Ejaan dan tanda baca yang betul.
• Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
• Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

KEPUJIAN 66 – 79 MARKAH

• Idea yang releven mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan
contoh yang sesuai.

• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis terdapat kesalahan yang
minimum.

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
• Ejaan dan tanda baca betul.
• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
• Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan

seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.

BAIK 51 – 65 MARKAH

• Idea masih releven mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih
sesuai.

• Pengunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
• Penggunaan kosa kata umum.
• Ejaan dan tanda baca masih betul. ,
• Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
• Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan kurang berkesan.
• Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.
• Wacana masih lengkap.

MEMUASKAN 36 – 50 MARKAH

● Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
● Ayat kurang gramatis.
● Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
● Laras bahasa kurang sesuai.

21 |INSPIRASI BM SPM 2018

● Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
● Idea masih relevan mengikut tugasan,
● Huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
● Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai.
● Wacana masih / kurang lengkap
● Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
● Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan kurang berkesan.

KURANG MEMUASKAN 21 – 35 MARKAH

● Penggunaan kata kurang tepat.
● Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
● Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
● Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

berkembang dan contoh tidak sesuai.
● Pengolahan tidak menarik.
● Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.
● Unsur bahasa tidak bervariasi.
● Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.

PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 20 MARKAH

● Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
● Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
● Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak

sesuai.
● Pengolahan tidak menarik.
● Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
● Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta

tidak menarik.
● Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

NOTA :
Maksud gramatis – mengikut hukum tatabahasa yang betul, ayat tidak berbelit-belit.
Maksud variasi - kepelbagaian atau kelainan
Maksud kosa kata – perbendaharaan kata
Maksud frasa - kumpulan kata yang membentuk ayat
Maksud laras – variasi bahasa berdasarkan pengunaannya (Cth : laras bahasa klasik dan
laras bahasa sains)
Maksud wacana – kesatuan pemikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan

22 |INSPIRASI BM SPM 2018

TEKNIK MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN DENGAN MUDAH
BAHAGIAN B ( 100 MARKAH)

TKKF

T TEMA
K KEHENDAK SOALAN
K KATA NAMA / SUBJEK SOALAN / KATA TUNJANG
F FORMAT

SOALAN SPM 2016

1. Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya,
media massa dan budaya Barat.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-
cabaran tersebut.

TEMA Cabaran hidup
KEHENDAK
SOALAN Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja
menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
KATA NAMA
SUBJEK HURAIAN
SOALAN
Pelajar mestilah menghuraikan :

1. Peranan ahli keluarga dalam membantu remaja
menghadapi cabaran akibat pengaruh rakan sebaya.

2. Peranan ahli keluarga dalam membantu remaja
menghadapi cabaran akibat pengaruh media massa.

3. Peranan ahli keluarga dalam membantu remaja
menghadapi cabaran akibat pengaruh budaya Barat.

1. Remaja kini
2. Cabaran

● Rakan sebaya - merokok, ponteng sekolah
● Media massa – pornografi, Wechat, Wassap.
● Budaya Barat – punk, pakaian mencolok mata,

seks bebas

3. Ahli keluarga – ibu bapa, abang, kakak, adik. Sekiranya
pelajar menulis peranan ibu bapa sahaja (diterima dan
boleh cemerlang)

HURAIAN

1. Pelajar mestilah menghuraikan isi karangan menjurus
kepada tiga cabaran yang dinyatakan. Jika tiada -
markah maksimum ialah 65 markah.

2. Sekiranya pelajar menghuraikan langkah keluarga
sahaja secara umum, markah maksimum ialah 65
markah.

23 |INSPIRASI BM SPM 2018

FORMAT 3. Sekiranya pelajar menulis cabaran pengaruh dari rakan
sebaya, media massa dan budaya Barat tanpa
memberi contoh merokok, ponteng sekolah,
pornografi, punk dan pakaian mencolok mata,seks
bebas maka markah maksimum 65 markah.

4. Sekiranya pelajar tidak mengaitkan peranan ahli
keluarga dengan cabaran, markah maksimum ialah 65
markah.

5. Sekiranya calon mengemukakan cabaran dan tidak
menghuraikan peranan ahli keluarga – markah
maksimum memuaskan (36-50 markah)

6. Sekiranya pelajar hanya menyebut masalah sosial,
dikira contoh yang umum, sepatutnya bagi contoh yang
jelas dan khusus seperti pergaulan bebas.

Tiada

SOALAN SPM 2017

2. Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam
diri murid-murid.

Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.

TEMA Alam sekitar

KEHENDAK Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan mencintai
SOALAN alam sekitar dalam diri murid-murid.

KATA NAMA 1. Sekolah
2. Alam sekitar
SUBJEK 3. Murid-murid
SOALAN HURAIAN

1. Peranan sekolah secara umum – cemerlang
CADANGAN PENEKANAN KEPADA MURID BAGI
MEMUDAHKAN MENDAPAT MARKAH CEMERLANG (80-100m)

1. Sekolah – perincikan peranan pengetua, guru mata
pelajaran, persatuan dan kelab

2. Alam Sekitar – air, udara, flora fauna
3. Murid-murid – ahli persatuan dan kelab
4. Peranan sekolah dengan pihak luar ( NGO,PBT, Majlis

Daerah, Jabatan Alam Sekitar)– cemerlang

FORMAT Tiada

24 |INSPIRASI BM SPM 2018

NOTA: Bahagian A SPM 2016 2017
Tiada penolakan Tiada penolakan
Bil Perkara markah markah
1. Ejaan Tolak maksimum 3 Tiada penolakan
markah markah
Bahagian B (Satu kesalahan
ejaan tolak ½ Tiada penolakan
2. Format Bahagian B markah) markah
Tiada pemotongan (walaupun tiada
3. Patah Bahagian A markah bagi format)
kesalahan ejaan Lebih daripada 250
perkataan yang berulang. patah perkataan –
Tolak maksimum 2 diterima.
markah. Kurang daripada 250
Markah maksimum patah perkataan
79 markah diperiksa seperti
Lebih daripada 250 biasa tetapi
patah perkataan – impression turun
diterima. (tidak boleh
Kurang daripada 250 cemerlang)
patah perkataan
diperiksa seperti
biasa tetapi
impression turun
(tidak boleh
cemerlang)

Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca

() = Kesalahan fakta

_____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan berulang

= Kesalahan tanda baca.

25 |INSPIRASI BM SPM 2018

CONTOH PENGGUNAAN SIMBOL-SIMBOL PENANDAAN DALAM PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN.

Sedasawarsa ini, Malaysia iaitu sebuah negara maju yang terletak di tengah-tengah
benua Asia menjadi sebuah tempat yang kaya dengan berbagai jenis makanan kerana
kepelbagaian kaum di Negara ini. Kualiti makanan yang dihasilkan mencukupi untuk semua
rakyat di Malaysia bahkan mungkin melebihi keperluan yang diperlukan menyebabkan ramai
orang mengalami masalah obessiti dan diabetis akibat daripada tabiat pemakanan yang
banyak dan tidak seimbang. Namun pada masa hadapan, Malaysia mungkin akan
menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan akibat peningkatan mendadak populasi
penduduk Negara. Sumber makanan asas seperti beras, ikan, ayam, dan daging juga sayur-
sayuran. Persoalannya, apakah langkah langkah yang boleh dilakukan bagi menangani
permasalahan ini.

CONTOH PENGGUNAAN SIMBOL-SIMBOL PENANDAAN DALAM PEMERIKSAAN

SKRIP JAWAPAN.

Kesalahan Kesalahan kata Kesalahan Kesalahan Kesalahan
imbuhan ______ Ejaan Bahasa Fakta
______
__ / ()

_________

Sedasawarsa ini, M_al_ay_s_ia_ia_itu (sebuah Negara maju yang terletak di tengah-tengah benua

Asia) menjadi sebuah tempat yang kaya dengan berbagai jenis makanan kerana kepelbagaian kaum

di negara ini. Kualiti makanan yang dihasilkan mencukupi untuk semua rakyat di Malaysia bahkan

mungkin melebihi keperluan yang diperlukan menyebabkan ramai orang mengalami masalah obessiti

dan diabetis akibat daripada tabiat pemakanan yang banyak dan tidak seimbang. Namun pada masa

hadapan, Malaysia mungkin akan menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan akibat peningkatan

mendadak populasi penduduk Negara. Sumber makanan asas seperti beras, ikan, ayam, dan daging

juga sayur-sayuran. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menangani

permasalahan ini.

Kesalahan Tanda Kesalahan Kesalahan Bahasa Kesalahan Ejaan /
baca ___________
Ejaan berulang
//

26 |INSPIRASI BM SPM 2018

KEMAHIRAN MENJAWAB DAN MENANDA KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2018

Soalan 1 : Bahasa Melayu: Kertas 2 (110 markah)
Rumusan (30 markah)

Soalan 2 : Pemahaman (35 markah)
Soalan 2((a) Petikan umum
Soalan 2 (b) Petikan drama / cerpen
Soalan 2 (c) Petikan prosa klasik
Soalan 2 (d) Puisi tradisional/puisi moden

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (35 markah)
3(a) Bina ayat
3(b) Analisis ayat
3(c) Kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan
3(d) Kenal pasti kesalahan bahasa dan istilah
3(e) Peribahasa

SOALAN 4 : Novel (15 markah)

RUMUSAN 2 markah ( 1 ayat)
Pemarkahan rumusan: 30 markah 12 markah ( 6/7 isi)

Pendahuluan 4 markah ( 2 isi)
Isi tersurat 2 markah ( 1 ayat)
Isi tersirat
Kesimpulan

PANDUAN MENULIS RUMUSAN

a. Pelajar digalakkan membuat rumusan dalam empat perenggan yang
berasingan.

b. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

c. Antara perkataan yang dikira sebagai satu perkataan ialah :
● Nama Khas (Hospital Sultan Ismail)
● Perkataan berulang / kata ganda (Usaha-usaha)
● Penggunaan Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ (di hadapan, ke kanan)
● Tarikh (01 Oktober 2011)
● Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan (2011/dua ribu
sebelas)
● Gelaran (Yang Berhormat, Tan Sri)

27 |INSPIRASI BM SPM 2018

Soalan SPM November 2017

KAEDAH MENULIS PENDAHULUAN

a) Buat dalam perenggan pertama.

CARA 1 (GUNAKAN PERKATAAN PETIKAN…)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) (PERKARA PERTAMA) dan cara-cara
pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS (PERKARA KEDUA).
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan:

Petikan membincangkan kelebihan pembelajaran Komponen Sastera dalam kalangan pelajar
di sekolah menengah. (2 markah)

Petikan membincangkan kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan pembelajaran
Komponen Sastera (KOMSAS). (1 markah)

Petikan membincangkan faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan

cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. (0 markah)

(PELENGKAP PENDAHULUAN)

1. Di peringkat antarabangsa / di dunia / di Malaysia / di negara kita
2. Dalam kalangan masyarakat / dalam kalangan pelajar / (pihak yang sesuai

dengan tajuk)

CARA 2: (GUNAKAN PERKATAAN RUMUSAN …)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) (PERKARA PERTAMA) dan cara-cara
pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS (PERKARA KEDUA).
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh jawapan:

Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan pembelajaran

Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari

KOMSAS. 2 markah

Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kepentingan / kelebihan pembelajaran

Komponen Sastera (KOMSAS). 1 markah

Rumusan membincangkan faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan

cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. 0 markah

28 |INSPIRASI BM SPM 2018

KAEDAH MENULIS ISI TERSURAT
a. Buat dalam perenggan kedua.
b. Isi Tersurat ialah isi yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan perkara pertama

dalam tajuk.Biasanya terdapat 9 hingga 12 isi tersurat yang terdapat dalam petikan.

KATA TUGASAN ISI TERSURAT PENANDA / KATA KUNCI
Kebaikan / Faedah/ Kelebihan / Dapat / mampu / boleh
Manfaat / Kepentingan
Usaha / Langkah / Kaedah / Cara / Pihak / hendaklah /haruslah /perlu /mesti/ boleh/
Tindakan wajar/sepatutnya
Akibat / Kesan / Implikasi / Natijah / Akan menyebabkan / akan mengakibatkan/
Impak akan mengalami / akibatnya / kesannya /
mendatangkan / menjadikan
Halangan / Kekangan / Masalah/ Masalahnya / kekangannya / halangannya /
Rintangan

Sebab / Faktor/ Punca Antara sebab / faktor lain / oleh sebab/
disebabkan

Kata kunci lain untuk isi tersurat

a. Kata Penegas – juga,pula
b. Penanda Wacana – Selain itu, seterusnya.
c. Perkataan lain – malahan, turut
d. Kata kerja Transitif – me, mem, men, meng,menge

KAEDAH MENULIS ISI TERSIRAT

a. Buat dalam perenggan ketiga.

b. Isi tersirat ialah isi yang pelajar perlu difikirkan sendiri berdasarkan perkara kedua
dalam tajuk yang diberi.

PIHAK TINDAKAN

SEKOLAH • Pengajaran di dalam kelas
• Aktiviti kokurikulum
• Peranan guru

29 |INSPIRASI BM SPM 2018

IBU BAPA • Memberikan didikan/asuhan

• Memberikan kasih sayang

• Menjadi contoh teladan

M MEDIA MASSA • Pengiklanan /Promosi berterusan

• Membuat dokumentari / edarkan risalah

RAKAN SEBAYA • Pengaruh positif

• Sokongan

K KERAJAAN • Penguatkuasaan undang-undang /

dendaan/hukuman

• Memberikan dana / bantuan

kewangan/pemasaran

• Membuat kempen

KAEDAH MEMBUAT KESIMPULAN

a. Buat dalam perenggan keempat.

b. Kesimpulan perlu ditulis dalam satu ayat sahaja (ada dua unsur iaitu cadangan dan
harapan).

c. Cadangan ditunjukkan oleh perkataan perlu / harus / hendaklah … (lihat tajuk)

d. Tujuan ditunjukkan oleh perkataan supaya / agar / bagi / untuk / demi (rujuk kesan
kepada diri, rakyat, masyarakat,organisasi atau negara).

KAEDAH MENULIS KESIMPULAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik
minat murid mempelajari KOMSAS.

(AMBIL DARIPADA SOALAN)
Contoh kesimpulan :

cadangan

1. Kesimpulannya, murid hendaklah mempelajari KOMSAS agar bahasa Melayu dapat

dimartabatkan.

Kata hubung Matlamat/harapan/tujuan

30 |INSPIRASI BM SPM 2018

PIHAK CADANGAN TEMA SOALAN HARAPAN
Rujuk petikan
Semua pihak Hendaklah Supaya
Remaja/Kita Mestilah mempelajari Agar
Ibu bapa Haruslah KOMSAS Demi
Kerajaan, Sekolah Perlulah Untuk
[boleh diukur/dinilai]
Kesimpulannya, Hendaklah [Disesuaikan
murid mengikut tema
soalan]

agar bahasa Melayu
dapat
dimartabatkan.

PEMAHAMAN (35 markah)

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum (9 markah)
Soalan 2 (b) Pemahaman Petikan Drama atau Cerpen (9 markah)
Soalan 2 (c) Pemahaman Petikan Prosa Klasik (8 markah)
Soalan 2 (d) Pemahaman Petikan Puisi (Tradisional/Moden) (9 markah)

PERKARA PENTING SEMASA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

➢ Berikan Isi mengikut markah yang diperuntukkan
➢ Jawapan ditulis dengan menggunakan ayat yang gramatis /ayat lengkap.

FUNGSI KATA KUNCI SOALAN.
● Huraikan/Jelaskan/Terangkan – perlu ada contoh bagi setiap isi
● Nyatakan/sebutkan/berikan – tidak perlu ada contoh
● Apakah/Mengapakah/Bagaimanakah – tidak perlu ada contoh

PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN PEMAHAMAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

I. Berikan maksud rangkai kata menikmati keseronokan. [2 markah]

CONTOH JAWAPAN

a. Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah merasai / mengecapi

/ memperoleh kegembiraan / keriangan (2 markah)

(Jawapan Tepat, Ayat Gramatis)

31 |INSPIRASI BM SPM 2018

b. Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah merasai / mengecapi /

memperoleh keseronokan (1 markah)

(Jawapan tidak lengkap, tidak menukar istilah)

c. Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah menikmati

kegembiraan / keriangan (1 markah)

(Jawapan tidak lengkap, tidak menukar istilah)

d. – memperoleh keseronokan (1 markah)
Jawapan tepat, ayat tidak gramatis

e. Maksud rangkai kata menikmati keseronokan ialah merasai kesukaan.
(0 markah )

(Jawapan tidak tepat, tidak menunjukkan maksud keseluruhan)

II. Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa pelbagai pertimbangan diambil kira

semasa memilih karya sastera untuk dijadikan teks KOMSAS.

Nyatakan pertimbangan-pertimbangan tersebut. (3 markah)

CONTOH JAWAPAN :

a. Pertimbangan yang diambil kira semasa memilih karya sastera untuk dijadikan teks

KOMSAS ialah mencakupi pelbagai tema dan mengambil kira teknik penceritaan .

Selain itu mengambil kira gaya bahasa yang menarik (3 markah)

(Isi cukup, Ayat Gramatis)

b. Pertimbangan yang diambil kira semasa memilih karya sastera untuk dijadikan teks

KOMSAS adalah dengan mencakupi pelbagai tema ( 2 markah)

(2 markah, Isi tidak cukup, ayat gramatis)

c. -mencakupi pelbagai tema ( 1 markah)

iii. Negara kita masih memerlukan ramai penulis yang berminat untuk menghasilkan karya

sastera.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai

hasrat tersebut? (4 markah)

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah DBP mengadakan
kursus atau bengkel tentang penulisan karya sastera. Selain itu, pihak penerbit
mengadakan pertandingan penulisan karya sastera dan kerajaan menyediakan ganjaran
yang bersesuaian untuk penulis.

(4 MARKAH, Isi cukup 3 tanpa huraian, ayat gramatis)

32 |INSPIRASI BM SPM 2018

a. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah DBP mengadakan

kursus atau bengkel tentang penulisan karya sastera supaya penulis dapat
menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penulisan. Selain itu, kerajaan
menyediakan ganjaran yang bersesuaian untuk penulis supaya lebih bermotivasi
untuk menghasilkan karya.
(4 MARKAH, Isi cukup 2 dengan huraian, ayat gramatis) 1+1 =2

b. Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah DBP mengadakan

kursus atau bengkel tentang penulisan karya sastera. Selain itu, pihak penerbit

mengadakan pertandingan penulisan karya sastera

(2 Markah, Isi tidak cukup, ayat gramatis) 1+0=1

c. ... mengadakan kursus penulisan karya sastera

- mengadakan pertandingan penulisan karya sastera

(1 markah, Isi tidak cukup, ayat tidak gramatis) Jika 3 isi cukup tetapi ayat tidak

gramatis =2 markah

Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON 111 : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir
mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.

IBU : : Nak buat macam mana lagi,encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia
masuk ke universiti.

ARIF : Betul mak cik, tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang
itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.

(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semakin rasa bersalah).

PELAKON 1 : Pak cik, mak cik…. Marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat
memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.
Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua bukan
kutukan dan hukuman.

PELAKON 11 : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan
sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.

ARIF : Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital
dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-
lebih lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu.

Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Shariff Shaary dalam
antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

33 |INSPIRASI BM SPM 2018

(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Azmir

menderita.

Kemukakan faktor-faktor tersebut, [2 markah]

● Menggunakan ayat lengkap / ayat gramatis

● Rujuk petikan

(ii) Andaikan rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi.

Sebagai rakan sebaya, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk

membantu rakan anda itu. [3 markah]

● Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
● Nyatakan tindakan anda sebagai sahabat

(Tindakan yang mampu dilakukan oleh seorang rakan
yang bergelar pelajar)
● ISI CUKUP 2

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

● Menggunakan ayat yang lengkap/ ayat gramatis

● Hanya menyenaraikan SATU nilai sahaja dalam petikan

dan SATU nilai daripada keseluruhan

● Huraikan….perlu ada contoh (Nilai + Huraian)

● Perlu menggunakan istilah KOMSAS yang betul bagi

jawapan nilai.
● Contoh nilai …..keprihatinan, ketabahan, kasih

sayang, tanggungjawab dan sebagainya
● Nilai keprihatinan. Pelakon dan Arif prihatin akan

kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir
dan meminta ibu bapa Azmir segera berjumpa Azmir

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KATA sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman
dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah
angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke
benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka
Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah
tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh
berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu
banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar
Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa
rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak
membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang
berdatang sembah kepada Sultan. “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya

34 |INSPIRASI BM SPM 2018

menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan
perempuan sekali.”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat. [2 markah]

● Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
● Berikan maksud berdasarkan pemahaman dalam petikan

secara keseluruhan

● (BUKAN SATU BETUL DAN SATU SALAH DAPAT MARKAH
TETAPI JIKA SATU BETUL dan SATU TIDAK DITUKAR -
DAPAT MARKAH)

(ii) Nyatakan tindakan-tindakan Raja Benua Siam setelah Sultan Muzaffar Syah

tidak mahu menyembah ke Benua Siam. [3 markah]

● Menggunakan ayat lengkap / ayat gramatis
● Rujuk jawapan dalam petikan sahaja

(iii) Sultan Muzaffar Syah memiliki ciri seorang pemimpin yang dapat menjamin

kedaulatan Melaka.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin

dalam menjamin kedaulatan sesebuah negara? [3 markah]

● Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
● Nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin (yang positif)

● Sebagai contoh : bijak dalam membuat keputusan, gagah/

berani mempertahankan hak/ tegas/ tetap pendirian,

berpengetahuan tinggi

● ISI CUKUP 2
● Boleh senaraikan jawapan lebih

Soalan 2 (d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawah gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

35 |INSPIRASI BM SPM 2018

Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Razali Mohf. Yussof
Dewan Bahasa, Januari, 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua perasaan penyajak. [2 markah]

● Menggunakan ayat lengkap / ayat gramatis
● Rujuk jawapan dalam petikan sahaja
● Jangan menyalin bulat-bulat dalam petikan /Menggunakan

ayat sendiri

(ii) Dalam rangkap akhir, penyajak menyatakan bahawa kedudukan bahasa
Melayu semakin terancam di negara sendiri.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu itu

terancam? [3 markah]

● Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
● Nyatakan faktor-faktor (Berikan pendapat berdasarkan arahan

soalan
● Sama ada berbentuk umum atau merujuk kepada pihak atau

DIMENSI tertentu
● ISI CUKUP 2

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

● Menggunakan ayat yang lengkap/ ayat gramatis

● Hanya menyenaraikan DUA persoalan sahaja dalam keseluruhan puisi.

● Huraikan….perlu ada contoh (Persoalan + Huraian)

● Perlu menggunakan istilah KOMSAS yang betul bagi jawapan persoalan.

● Contoh persoalan …..

Persoalan keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan [1+1]

Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang

digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan

banjaran gunung.

36 |INSPIRASI BM SPM 2018

Persoalan kedaulatan Bahasa Melayu yang kian hilang [1+1]

Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang

mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan

Bahasa kebangsaan.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA (30 MARKAH)

SOALAN 3 (a) MEMBINA AYAT (6 MARKAH)

a. 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
b. 1 markah ditolak bagi setiap kesalahan ejaan/bahasa/tanda baca bagi keseluruhan

ayat [6m -1m = 5 m].
c. Jangan menambah imbuhan atau menggugurkan imbuhan pada perkataan yang

diberi.
d. Elakkan menulis ayat yang tidak jelas maksudnya.
e. Tidak dibenarkan menulis perkataan sebagai kata nama khas atau peribahasa.
f. Jika menulis ayat dalam bentuk dialog pastikan tanda baca ditulis dengan betul.

SOALAN 3 (b) ANALISIS AYAT (6 MARKAH)

TAHUN JUN NOVEMBER
Susunan Songsang kepada susunan biasa
2005 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

2006 Cerakinkan ayat majmuk Cerakinkan ayat majmuk

2007 Bina 3 jenis Ayat Perintah Susunan Biasa kepada Susunan Songsang
2008 Susunan Biasa Kepada Pola Ayat
Susunan Songsang Pola Ayat
2009 Subjek dan Predikat
Gabung Ayat Tunggal Kepada
2010 Ayat Majmuk Kata Tanya
2011 Cakap Ajuk Cakap Pindah Sambungkan ayat
2012 Nyatakan Jenis Ayat Susunan Biasa Susunan Songsang
2013 Cerakinkan Ayat Pola Ayat
2014 Menukarkan Ayat Aktif dan Pasif Subjek dan Predikat
2015 Cakap Ajuk Cakap Pindah Cerakin Ayat
2016 Cakap Ajuk Cakap Pindah Susunan Biasa Susunan Songsang
2017 Cakap Ajuk Cakap Pindah Jenis ayat
Pola Ayat

37 |INSPIRASI BM SPM 2018

SOALAN 3 (c) KENAL PASTI KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN (6 MARKAH)
Jenis Kesalahan ejaan yang diuji:

1. Kesalahan ejaan

SALAH BETUL

Analisa

Urusetia

Merbahaya

Tengahari

Protin

Bowling

2. Kesalahan ejaan kata pinjaman bahasa Arab

SALAH BETUL

Bersyukor

Hajjah

Manafaat

Ramadhan

Masaalah

Hadith

3. Kesalahan ejaan yang melibatkan tanda sempang

SALAH BETUL

80an

Ke 25

Insyaallah

kupukupu

Yang diPertuan Agong

4 .Kesalahan ejaan dengan imbuhan pinjaman

SALAH BETUL
anti dadah
anti Amerika
pra Olimpik
dwi bahasa
tata susila
pra sejarah
pasca merdeka
eka fungsi
sub tajuk

38 |INSPIRASI BM SPM 2018

SOALAN 3(d) KESALAHAN BAHASA DAN ISTILAH Kata panggilan
kehormat/pangkat/ kata pasif diri
Kata sendi Kata keterangan
Kata jamak/ganda Kata pemeri
Kata bilangan Kata hubung
Penjodoh bilangan
Tanda baca
Hukum D-M

SOALAN 3 (e) PERIBAHASA (6 MARKAH)

➢ Menyatakan peribahasa berdasar ayat
➢ Menyatakan peribahasa berdasar petikan
➢ Menyatakan peribahasa berdasar dialog
➢ Makna peribahasa
Skop peribahasa: Buku teks dan teks KOMSAS tingkatan 1 hingga 5 dan peribahasa umum.

NOVEL (15 MARKAH)

Soalan 4 (a) 7 markah (4 markah isi dan 3 markah bahasa)
Soalan 4 (b) 8 markah (6 markah isi dan 2 markah bahasa)

● Perkara yang perlu ada semasa menjawab soalan novel ialah perlu ada pernyataan
dan contoh.

● Jawapan yang dikemukakan perlu menggunakan ayat-ayat yang lengkap.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENJAWAB SOALAN NOVEL DAN
SOALAN PEMAHAMAN

➢ PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG BETUL

KEHENDAK SOALAN KATA KUNCI CONTOH

NILAI KATA NAMA Farisha tabah menghadapi
dugaan hidup apabila dia
KERAJINAN KE ...AN mengetahui bahawa dia
KETABAHAN hanyalah anak angkat dan
KERJASAMA CONTOHNYA NILAI Azraai hanyalah abang
BAIK HATI KETABAHAN angkatnya sahaja.
KASIH SAYANG

PERSOALAN KETABAHAN MENGHADAPI Farisha tabah menghadapi
DUGAAN dugaan hidup apabila dia
mengetahui bahawa dia
hanyalah anak angkat dan
Azraai hanyalah abang
angkatnya sahaja.

PENGAJARAN KITA HENDAKLAH TABAH Farisha tabah menghadapi
MENGHADAPI DUGAAN HIDUP dugaan hidup apabila dia
KITA HENDAKLAH ... mengetahui bahawa dia
KITA HARUSLAH ... hanyalah anak angkat dan
KITA MESTILAH ... Azraai hanyalah abang
angkatnya sahaja.

39 |INSPIRASI BM SPM 2018

PERWATAKAN (KATA SIFAT) Farisha tabah menghadapi
SEORANG YANG TABAH dugaan hidup apabila dia
mengetahui bahawa dia
LATAR MASYARAKAT MASYARAKAT YANG TABAH hanyalah anak angkat dan
Azraai hanyalah abang
angkatnya sahaja.

Farisha tabah menghadapi
dugaan hidup apabila dia
mengetahui bahawa dia
hanyalah anak angkat dan
Azraai hanyalah abang
angkatnya sahaja.

SOALAN 4: NOVEL

(a) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang terdapat dalam novel tersebut.
[ 7 markah ]

CONTOH JAWAPAN CALON CEMERLANG

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah
kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi adiknya Farisya. Dia mengambil
berat tentang keselamatan adiknya Farisya. Dia sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan
intercom yang bersambung dengan rumahnya demi memastikan keselamatan adiknya.

Selain itu, nilai lain ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Farisya seorang gadis yang
sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer
.Kebijaksanaannya berpunca daripada implant yang telah dipasang pada badannya sejak jecil
oleh bapanya, Karl.

Seterusnya, terdapat nilai kerjasama. Sebagai contoh, Rosman dan Farisha saling
bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga
bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab. I = 4

B= 3

Pelajar hanya perlu menulis dua jawapan sahaja.

KOMEN :
Huraian jelas dan tepat
Sebaik-baiknya, huraian perlu ada NAMA WATAK, LATAR TEMPAT dan PERISTIWA
CONTOH JAWAPAN CALON SEDERHANA

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah
kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sayang adiknya.

40 |INSPIRASI BM SPM 2018

Selain itu, nilai lain ialah nilai ketabahan. Sebagai contoh, Farisha tabah hadapi dugaan
hidup.
Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Sebagai contah, Rosman dan Farisha saling
bekerjasama.

I=4
B=2
6 markah

KOMEN :
Calon tidak l mengemukakan contoh yang jelas. huraian terlalu umum ( TIADA MARKAH
UNTUK HURAIAN)

CONTOH JAWAPAN CALON LEMAH

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah
Farisha yang gigih untuk menyelamatkan sistem Dinara.

Isi - 0 markah
Bahasa - 1 markah
Jumlah - 1 markah
__________________

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel ialah…..

Isi - 0 markah
Bahasa - 0 markah
Jumlah - 0 markah
__________________

(TIDAK ADA SEBARANG MARKAH BAHASA)
Pemarkahan bagi Soalan 4b
i. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat yang lengkap
ii. 1 markah bagi setiap peristiwa yang betul
iii. 1 markah bagi penjelasan / contoh yang betul untuk setiap peristiwa.
iv. Markah maksimum 6m ( maksimum 2m bagi setiap peristiwa)
v. Markah bahasa maksimum 2
vi. Markah bahasa secara impression→ baik=2 markah, lemah=1 markah

41 |INSPIRASI BM SPM 2018

vii. Jika calon tidak menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa.
viii. Calon tidak menjawab 0 markah.

Contoh soalan 4b

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap
novel tersebut.

jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara. Persoalan yang terdapat dalam novel ialah
persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Sebagai contoh, Azraai sangat
menyayangi adiknya Farisya. Dia mengambil berat tentang keselamatan adiknya Farisya.
Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik. Azraai telah
memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai
memasang ‘retinal scanner’ dan intercom yang bersambung dengan rumahnya demi
memastikan keselamatan adiknya.

Manakala dalam novel berdasarkan Novel Silir Daksina, hasil karya Md Nizar Parman
terdapat persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan
sebenar ayahnya. Sebagai contoh, Haikal berusaha mengetahui sejarah kehidupan ayah
kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh
Ong See Hwa.

I=6
B=2
8 markah

KOMEN :
Huraian jelas dan tepat
Sebaik-baiknya, huraian perlu ada NAMA WATAK, LATAR TEMPAT dan PERISTIWA

Nota:

Satu novel dengan satu penyataan dan contoh 3 markah= 1+2

42 |INSPIRASI BM SPM 2018

SEMOGA MEMBERI MANFAAT



GAMBAR PROGRAM


Click to View FlipBook Version