The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syed Huzairi, 2023-03-05 21:28:43

PUISI MELAYU TRADISIONAL

PB BMMB1104 TUGASAN 1

NAMA : SYED HUZAIRI BIN SYED MOHD HAFIZI NO. KAD PENGENALAN : 040709-03-0925 ANGKA GILIRAN : 2022192310030 KUMPULAN : PPISMP B2 KOD KURSUS : BMMB1104 TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 (PENGHASILAN PRODUK) NAMA PENSYARAH : DATIN PADLON BINTI ABD RAHMAN TARIKH HANTAR : 2 MAC 2023 TARIKH MAKLUM BALAS :


PUISI TRADISIONAL MELAYU


PENGENALAN Puisi Melayu Tradisional merupakan warisan Melayu yang mempunyai estetika yang mengandungi keunikan tersendiri. Puisi Melayu Tradisional ini dicipta untuk menyampaikan hajat, teguran, perasaan serta berkongsi pengalaman hidup berkaitan kehidupan yang dilalui masyarakat Melayu. Segala karya yang dihasilkan perlu mempunyai unsur budi, ilusi dan emosi dengan memasukkan kata-kata indah dan puitis. Tambahan pula, Puisi Melayu Tradisional disampaikan dalam bentuk terikat dan bebas dan setiap bentuk tulisan ini mempunyai rangkap. Menurut Mohd Rusli Saludin (2013), Puisi Melayu Tradisional terdiri daripada beberapa genre seperti pantun, syair, gurindam, peribahasa, seloka dan sajak. Antara genre yang akan dibincangkan ialah pantun, syair dan gurindam yang mempunyai 5 rangkap.


PANTUN


KONSEP PANTUN Pantun berfungsi untuk mengekspresikan emosi, budi dan bahasa dengan mempratikkan kata-kata indah dan halus dalam berpantun. Menurut Kamus Dewan (2015), pantun ialah suatu jenis puisi yang mempunyai empat baris dalam satu rangkap yang bertujuan untuk menyambut dan membalas pantun. Di samping itu, pantun juga mempunyai definisi dari sudut dalaman dan luaran. Dari sudut dalaman pantun lebih merujuk kepada tema dan persoalan manakala dari sudut luaran pula setiap pantun perlu mempunyai pembayang maksud dan maksud bagi setiap rangkap. Berdasarkan konsep tersebut dapat dikatakan bahawa pantun ialah puisi yang mengeratkan ukhwah antara manusia dengan berbalas pantun.


FUNGSI PANTUN Pantun terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pantun nasihat, adat, jenaka, budi dan teka teki. Setiap pantun yang dihasilkan mengandungi fungsi atau kegunaan yang tersendiri. Antaranya ialah untuk menyatakan pandangan, perasaan, gurauan dan teguran sama ada dalam bentuk tulisan mahupun tulisan. Penyampaian pantun perlu menerapkan bahasa yang halus dan buka secara langsung bagi mengelakkan perasaan pendengar tersinggung. Selain itu, pantun juga melatih fikiran untuk berfikir secara produktif dan kritis sebelum mengutarakan sesuatu. Akhir sekali, pantun juga berfungsi sebagai pembuka bicara dalam sesuatu majlis rasmi seperti perhimpunan, mesyuarat dan lain-lain. Contohnya, pantun menjadi salah satu adat Melayu apabila merisik anak dara dalam acara pertunangan. Oleh itu, terbukti bahawa pantun berfungsi untuk mengujarkan perasaan, nasihat dan adat kepada masyarakat Melayu


CONTOH PANTUN TEMA PENDIDIKAN Cantik sungguh taman hiasan, Disinari dengan cahaya lampu, Pendidikan penting dalam kehidupan Tuntutlah ilmu selagi mampu. Pergi ke pekan membeli tikar, Pulang ke rumah dikejar angsa, Rajinkan diri mencari ilmu, Jadikan bekalan sepanjang masa. Anak Cina menanam halia, Minta sedikitjadi santapan, MenuntutIlmu amalan mulia Jadikan kegunaan dalam kehidupan. Tinggi-tinggi pohon meranti, Rendah-rendah pohon kelapa, Jika ingin ilmu diberkati, Taatlah guru juga ibu bapa. Anak kecil menunggang kuda, Perginya jauh tidaklah lama, Tiada guna ilmu yang didada, Kalau tidak dikongsi bersama


PEMIKIRAN PANTUN Pendidikan memainkan peranan dalam kehidupan seseorang. Melalui pendidikan kita mampu meningkatkan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan pula banyak mendatangkan faedah tersendiri malahan perlu dikongsi bersama. Sama seperti guru yang berkongsi ilmu pengetahuan yang ada bagi mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, penting bagi kita untuk menitikberatkan pendidikan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu sekaligus mampu menyumbang kepada negara tercinta. .


SYAIR


KONSEP SYAIR Syair dianggap sebagai puisi yang memperlihatkan akal fikiran dan pengalaman hidup. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), rangkap pertama dalam syair memerlukan rangkap yang lain untuk menghuraikan idea rangkap pertama. Rangkap pertama ialah permulaan cerita dalam bersyair diikuti rangkap-rangkap yang seterusnya dan diakhiri rangkap terakhir. Justeru, syair bertujuan bagi mengujarkan cerita, kisah, akal fikiran dan teguran berkisarkan pengalaman pengarang sendiri atau orang lain yang melagukannya


KONSEP SYAIR Syair adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat Melayu kerana mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Antaranya ialah dapat digunakan untuk teguran melalui majlis seperti pertandingan, ceramah atau acara yang melibatkan ramai pihak. Selain itu, syair juga sesuai digunakan dalam majlis perkahwinan kerana dapat menyampaikan kisah pertemuan pengantin melalui lagu syair yang lebih berunsurkan kesopanan dan menarik. Akhir sekali, syair juga berfungsi menyampaikan pengajaran dan nilai. Oleh itu, tidak dapat dinafikan syair dari zaman dahulu lagi banyak memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.


CONTOH SYAIR TEMA PENGALAMAN HIDUP Hidup aku bermula sepi, Lahir kedunia tanpa ayah ibu disisi, Ajal menjemput telah lama pergi, Kehidupan sukar aku jalani. Pesan ayah ibu masih aku ingati Tuntutlah ilmu tanpa henti Agama pula jangan lupa sesekali Agar hidup sentiasa terisi. Harapan ayah ibu takkan aku khianati Walau ditimpa ujian tanpa henti Cekalkan diri teruskan berdiri Agar mencapai cita-cita yang diidami Pelbagai liku telah aku tempuhi Banyak sudah yang dipelajari Pahit manis telah aku lalui Tidak akan aku sia-siakan usaha ini Usia dewasa kini telah aku jejaki, Aku bersyukur kepada Ilahi Atas segala apa yang diberi Akhirnya kejayaan telah dikecapi.


PEMIKIRAN SYAIR Pengalaman yang dilalui akan mendewasakan diri kita untuk menjadi manusia yang lebih matang dan berguna dalam hidup. Setiap ujian yang dihadapi pasti ada hikmahnya. Teruskan perjuangan dalam kehidupan tanpa merungut kesusahan untuk mencapai cita-cita yang diingini. Walau ibu bapa telah pergi meninggalkan namun kasih sayang tetap akan tersemai di dalam hati.


GURINDAM


KONSEP GURINDAM Gurindam berkebolehan dalam menyampaikan banyak kata-kata teguran, pengajaran, motivasi dan gaya bahasa yang indah. Gurindam dihasilkan untuk masyarakat Melayu yang terdiri daripada ibu bapa, saudara-mara, murid sekolah khususnya untuk orang yang memiliki minat yang mendalam terhadap gurindam. Menurut Sultan Muhamad Zain, gurindam merupakan sebuah sajak yang terbina daripada dua baris iaitu baris pertama yang merupakan persoalan dan baris kedua yang merupakan akibat.


FUNGSI GURINDAM Oleh sebab gurindam banyak disorot dengan tema, maka gurindam sesuai digunakan dalam pelbagai acara. Antara fungsi gurindam ialah dijadikan sebagai medium dakwah dan pendidikan untuk menyebarkan ilmu. Selain itu, penggunaan kata-kata dan mendalam dalam gurindam dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Selain itu, gurindam juga berfungsi untuk menyampaikan teguran atau nasihat dan pengajaran kepada masyarakat Melayu khususnya anak muda. Tambahan pula, gurindam juga boleh dijadikan hiburan dan diselitkan unsur-unsur motivasi. Oleh itu, terbukti bahawa gurindam mampu melahirkan masyarakat yang harmoni


CONTOH GURINDAM TEMA ILMU Betapa banyak manfaat ilmu Jangan sesekali berasa jemu. Selagi ajal belum bertemu Wajib terus menuntut ilmu. Ilmu bukan sahaja hafalan Tak lupa juga patut diamalkan Ilmu ibarat cahaya pelita Menyinari hidup gelap gelita Jika ilmu di dada di sebar Nescaya pintu pahala terbuka lebar


PEMIKIRAN GURINDAM Kekayaan tanpa ilmu pengetahuan ibarat rumah yang tidak berdinding. Tanpa ilmu pengetahuan akan menyukarkan kita memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Jadi, usahlah jemu mencari ilmu pengetahuan untuk digunakan dalam kehidupan kerana kita juga yang akan rugi. Malahan, ilmu yang bermanfaat adalah antara perkara yang kita akan bawa ketika mati nanti. Oleh itu, tidak dapat dinafikan betapa penting peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seseorang.


KESIMPULAN Kesimpulannya, kesemua pantun, syair dan gurindam adalah medium bagi menyampaikan pengajaran, teguran dan luahan perasaan untuk semua orang. Ketiga-tiga puisi ini telah digunakan sejak dahulu lagi hingga sekarang. Oleh itu, penggunaan puisi tradisional ini perlulah diperluaskan khususnya dalam kalangan generasi muda. Dengan kata lain, murid-murid di sekolah akan didedahkan lebih meluas lagi tentang puisi-puisi ini dalam subjek bahasa Melayu agar mereka mengetahui lebih mendalam mengenai keindahan seni bahasa Melayu ini. Tuntasnya, puisi merupakan warisan Melayu yang wajar dipelihara agar tidak hilang ditenggelami peredaran zaman.


Click to View FlipBook Version