The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul khairiyah, 2023-05-31 22:50:05

Laporan Tahunan MAIM 2021

info korporat

1


2


3 Sekapur Sireh, Sejambak Kasih PENGERUSI MAIM Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasul Allah penghulu segala nabi, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta kepada para tabiin dan para ulama. Saya memanjatkan rasa sukacita dan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana di atas limpahan rahmat, takdir dan izin-Nya jua maka dapatlah kita sama-sama menatap Laporan Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) khususnya untuk rujukan umat Islam di Negeri Melaka. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MAIM di atas usaha gigih dan cemerlang dalam memastikan MAIM diurus dengan amanah, telus dan berintegriti. MAIM sentiasa berusaha maju ke hadapan dengan penambahbaikan program dan aktiviti dari semasa ke semasa supaya lebih inovatif dan kompetitif demi menjaga kebajikan serta panduan umat Islam di negeri Melaka khususnya. Penerbitan Buku Laporan Tahunan MAIM 2021 ini juga diharapkan dapat menambah sumber rujukan MAIM dan kerajaan negeri di samping memberi aspirasi dan inspirasi dalam menilai peningkatan pencapaian MAIM yang sentiasa efisyen dan bermutu setiap tahun. Saya juga percaya, dengan penerbitan buku tahunan ini akan dapat memberikan impak positif kepada masyarakat tentang gambaran sebenar visi dan misi MAIM menguruskan syiar dan syariat Islam di Negeri Melaka selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia. Akhir sekali, dengan penuh rasa bangga saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja MAIM di atas sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam memastikan kejayaan yang ditempa bagi tahun kewangan 2021 ini tercapai dengan begitu cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan. Sekian. Terima Kasih. YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali


4 Syukur kehadrat Illahi, berkat usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat, maka terhasillah sebuah buku Laporan Tahunan MAIM yang mengisarkan dan menggambarkan aktiviti mahupun program sepanjang tahun 2021 dengan satu harapan ianya menjadi medium atau platform bagi menyampaikan ilmu pengetahuan serta maklumat tahunan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri ini. Perkara ini tidak mungkin akan tercapai tanpa komitmen yang tinggi dan usaha padu pengurusan MAIM yang sentiasa melaksanakan dasar-dasar penting yang ditetapkan oleh ahli-ahli MAIM di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md.Ali, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi MAIM. Sepanjang tahun 2021, beberapan dasar dan keputusan penting telah dibuat melalui Mesyuarat MAIm. Segala keputusan ini dilakukan selari dengan usaha memperkasakan kemajuan dan menjaga kebajikan umat Islam serta memperkemaskan pengurusan MAIM agar lebih proaktif dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat. MAIM sentiasa mengambil perhatian dengan perkembangan dan perubahan semasa. Justeru langkah dan usaha bagi menambah baik aktiviti dan program sedia ada sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan. MAIM juga tidak ketandusan idea bagi pelaksanaan aktiviti baru yang lebih inovatif dalam memastikan kebajikan dan maslahah umat Islam di negeri ini sentiasa didahulukan. Akhir kata, pada kesempatan ini, saya mewakili warga kerja MAIM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada MAIM sepanjang tahun 2021. Sekian. Terima Kasih. Y.B Datuk Wira Haji Md. Rawi bin Mahmud Seulas Kata, Secebis Bicara TIMBALAN PENGERUSI MAIM


5 Seulas Pinang, Secangkir Bahasa SETIAUSAHA MAIM Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di atas usaha gigih dan cemerlang dalam memastikan MAIM diurus dengan amanah, telus dan berintegriti. MAIM sentiasa berusaha maju ke hadapan dengan penambahbaikan program dan aktiviti dari semasa ke semasa supaya lebih inovatif dan kompetitif demi menjaga kebajikan serta panduan umat islam di negeri Melaka khususnya. Pengagihan dan penerimaan bantuan MAIM merupakan agenda utama dalam kebajikan Islam bagi meringankan bebanan dan masalah keluarga serta menuju ke arah sifar kemiskinan di masa hadapan. Syukur ke hadrat Ilahi, berkat usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat, maka terhasillah sebuah buku Laporan tahunan MAIM yang mengisarkan dan menggambarkan aktiviti mahupun program sepanjang tahun 2021 dengan satu harapan ianya menjadi medium atau platform bagi menyampaikan ilmu pengetahuan serta maklumat tahunan kepada masyarakat Islam khususnya di negeri ini. Penerbitan Buku Laporan Tahunan MAIM 2021 ini juga diharapkan dapat menambah sumber rujukan MAIM dan kerajaan negeri di samping memberi aspirasi dan inspirasi dalam menilai peningkatan pencapaian MAIM yang sentiasa efisyen dan bermutu setiap tahun. Saya juga percaya, dengan penerbitan buku tahunan ini akan dapat memberikan impak positif kepada masyarakat tentang gambaran sebenar visi dan misi MAIM menguruskan syiar dan syariat Islam di negeri Melaka selaras dengan aspirasi Rahmatan Lil Alamin. Akhir kata, saya berharap dan berdoa agar warga kerja MAIM sentiasa optimis dengan amalan budaya kerja yang cemerlang, amanah, harmoni dan berkualiti demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan di masa hadapan. Sekian, Terima Kasih. YBhg. Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim


6


7


8


9


10


11


12 CARTA ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA


13 CARTA ORGANISASI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA SETIAUSAHA


14 Pengerusi Y.A.B Datuk Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali Ketua Menteri Melaka Timbalan Pengerusi Y.B Datuk Hj Md Rawi Bin Mahmud Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Y.B Datuk Seri Dr Hasim Bin Hasan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Ex-Officio) Y.B Datuk Mohamad Abazafree Bin Mohd Abbas Pegawai Undang-Undang Negeri Melaka(Ex-Officio) Y.B Datuk Zaidi Bin Johari Pegawai Kewangan Negeri (Ex-Officio) Y.Bhg S.S Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka YDH DCP Dato’ Abdul Majid Bin Mohd Ali Ketua Polis Melaka YBhg. Tuan Haji Munir Bin Hj Md Salleh Pegawai Agama Istana Negara YBhg. Dato Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim YBhg. Prof Datuk Dr. Mizan Bin Hitam Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM YBhg. Dr Mohamad Nazli Bin Omar Dekan Fakulti Pengajian Islam, KUIM YBhg. Tan Sri Abdul Latip Bin Bakar Pengerusi Majlis Penasihat Warisan Dan Peradaban Melayu YBhg. Datuk Hj Mohd Yusof Bin Osman Ahli Perniagaan YBhg. Datuk Haji Kamarudin Bin Sedik Penasihat Agama Yab Ketua Menteri Melaka YBhg. Datuk Md. Azhan Bin Samat Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka YBhg. Haji Muhammad Ikram Bin Ibrahim Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka AHLI MAJLIS SESI 2020 / 2021 AHLI MAJLIS SESI 2020 / 2021


15 CARTA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA


16


17


18


19


20


21 Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka telah dilaksanakan pada awal Januari tahun ini bagi membantu mangsa banjir sekitar negeri Pahang. Misi ini sertai oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). MAIM turut menyediakan 200 kit makanan yang berasaskan beras, tepung, gula dan susu bagi meringankan beban mangsa banjir. MISI BANTUAN PASCA BANJIR MAIM KE PAHANG


22 S eramai lebih 9,800 anak asnaf dalam kalangan penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) layak menerima sumbangan pakaian sekolah pada tahun ini. Bantuan yang diberi merupakan bantuan berbentuk pakaian dan perlatan sekolah bagi anak-anak asnaf yang bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah. Pada tahun ini, MAIM telah memperuntukan sebanyak RM 2.45 juta dan ini melibatkan semua penerima bantuan di seluruh negeri. Untuk rekod, setiap anak-anak asnaf tersebut menerima bantuan berjumlah RM 250 yang merangkumi pakaian, kasut dan juga beg sekolah bagi sesi persekolahan untuk tahun 2021. MAIM juga menyerahkan bantuan pakaian sekolah kepada golongan saudara muslim ataupun muallaf yang layak di sekitar negeri ini. 9 RIBU ANAK ASNAF TERIMA BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH


23 CAKNA KASIH ASNAF SEKITAR DAERAH JASIN Cakna Kasih Asnaf Sekitar Daerah Jasin. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Jasin menyantuni asnaf dan meninjau proses pembaikan rumah milik asnaf yang telah siap dibaiki.


24 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Agihan Zakat dan Seksyen Pembangunan Insan telah menyantuni kegigihan dan kecekalan petugas barisan hadapan yang melaksanakan tugasan di musim pandemik Covid-19. Program Marahaban Ya Ramadan tahun ini dianjurkan setiap tahun bagi menghargai titik peluh petugas barisan hadapan bertugas tanpa mengira hari dan waktu. Dalam program ini antara lain pengisian menyantuni barisan hadapan khususnya anggota polis, bomba dan juga pihak hospital dengan bertanya khabar dan melihat sendiri pengoperasian mereka di kala ramai dalam kalangan umat Islam dan masyarakat amnya sedang lena dan berehat. Penyampaian kit makanan berupa hidangan sahur juga diagihkan kepada mereka. Sejumlah wang tunai dan kit cenderahati berisi kurma, sejadah dan pelitup muka disampaikan kepada pesakit-pesakit di hospital seluruh daerah di negeri ini. Pelaksanaan program ini memberi ruang dan peluang kepada MAIM memastikan setiap rezeki yang diperolehi harus dikongsi dengan orang lain dan berusaha untuk meringankan bebanan masyarakat dengan menganjurkan program-program khidmat sosial dan kerja amal. IMARAH PROGRAM MARHABAN YA RAMADAN MAIM


25 PEMANTAUAN KEDAI PEMBEKAL MAIM Pemantauan kedai pembekal MAIM oleh Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) di setiap DUN negeri ini. Tinjauan berkala bagi memastikan setiap panel pembekal yang dilantik dapat menyediakan perkhidmatan dan barangan bantuan yang berkualiti dan bersih kepada asnaf.


26 Penyampaian sumbangan cek kepada 16 badan kebajikan di negeri Melaka bagi melaksana program sepanjang bulan Ramadan. Disampaikan oleh Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan turut sama hadir, Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Sharif bin Somathulla. SUMBANGAN CEK KEPADA 16 BADAN KEBAJIKAN Serahan wakaf tunai oleh wakil ahli jawatankuasa Masjid Klebang Besar kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi tujuan wakaf khas tapak baru masjid berkenaan. SERAH WAKAF TUNAI MASJID KLEBANG BESAR


27 S kuad Agihan Zakat (SAZ) Melaka kali ini menziarahi seorang penerima bantuan bulanan MAIM yang kehilangan harta benda dalam kebakaran rumah di Kg. Pasir Putih, Bachang. Zamzam Abdullah, 53; yang merupakan penerima bantuan zakat dialisis setiap bulan telah kehilangan harta benda dan kerosakan rumah dalam kebakaran yang dialami pada pagi Jumaat yang lalu. Beliau yang juga merupakan OKU sebelah kaki kerana telah dipotong akibat kencing manis kronik yang dialami sejak beberapa tahun yang lalu tinggal bersama adik lelaki beliau di rumah tersebut. Pihak SAZ yang mengunjungi beliau pada pagi tadi telah menyerahkan bantuan segera kepada beliau dan ahli keluarga berbentuk bantuan wang kecemasan dan barangan keperluan makanan. Setiausaha MAIM, Hj. Muhammad Ikram Ibrahim yang turut hadir dalam ziarah tersebut akan berbincang dengan agensi-agensi yang berkelayakan bagi membantu memberi bantuan-bantuan sokongan kepada beliau agar rumahnya dapat dibaikpulih semula.


28 Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan besar dalam memastikan kebajikan dan keperluan asnaf di negeri ini diperlihara sebaiknya. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 2.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak awal tahun ini MAIM melalui Bahagian Agihan Zakat sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah. Permohonan bantuan, menjejaki asnaf dan kebajikan mereka sentiasa dijaga khususnya asnaf yang terkesan berikutan ketiadaan pendapatan dan perbelanjaan untuk meneruskankehidupan. SAZ yang telah diberi amanah sentiasa turun padang tidak kira masa mahupun waktu bagi menjejaki mereka yang memerlukan serta memastikan keperluan itu sampai ke tangan asnaf tanpa ada ketirisan. Penularan pandemik Covid-19 di negara ini pastinya memberi kesan mendalam kepada golongan asnaf kerana sebahagian besar mereka merupakan bekerja sendiri dan terdapat juga yang telah diberhentikan kerja. Program ziarah dan jejak asnaf sentiasa dilaksanakan pada setiap minggu dan pastinya tanpa mengira waktu dan masa MAIM akan memastikan segala keperluan asnaf sama ada dari sudut makanan, kesihatan, pendidikan dan perbelanjaan harian diteliti sepenuhnya. Sebaran maklumat dan infomasi berkaitan skim bantuan melalui media sosial dan media elektronik tetap dilaksanakan dan diperhebat setiap masa bagi memastikan semua masyarakat Islam faham wujudnya skim bantuan yang bersesuaian kepada asnaf yang layak. Matlamat MAIM dan SAZ adalah untuk menangani kemiskinan di negeri ini iaitu kepada golongan yang layak, namun masih belum disantuni oleh skuad ini atas beberapa faktor. Bagi operasi di lapangan dalam tempoh sukar ini, siasatan dilaksanakan secara dalam talian dan juga terus dari rumah ke rumah bagi menyemak keperluan berdasarkan haddul kifayah serta keadaan semasa kehidupan asnaf di negeri ini. Aktiviti turun padang turut menjejaki keperluan lain bagi asnaf dan umat Islam di kawasan sekitar melalui agihan wang zakat kepada asnaf gharimin mahupun fisabilillah. MAIM SANTUNI ASNAF KETIKA PKP/PKPB


29 Timbalan Pengerusi MAIM, YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud meninjau rumah asnaf, Puan Mardinah bin Abdullah yang telah siap baik pulih. Turut memantau dan meninjau proses baik pulih bumbung rumah asnaf, Encik Ab Rahman bin Ghapur di Kampung Banda Hilir dan menyampaikan sumbangan kit makanan serta wang tunai kepada asnaf. ZIARAH KASIH BAIK PULIH RUMAH ASNAF


30 Bertanya khabar dan berbual mesra bersama asnaf saudara muslim yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 2.0. Ketua Unit Saudara Muslim MAIM, Ustaz Hafizi bin Ab Kadir turut menyampaikan sumbangan kit makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mereka. CAKNA KASIH SAUDARA MUSLIM


31 Ziarah Mahabbah dan menyantuni asnaf muallaf di sekitar daerah Alor Gajah dan Jasin yang keciciran menghadiri kelas agama di Kompleks Darul Huda berikutan kekangan kewangan dan lojistik. Menyelami kesulitan yang dihadapi merupakan antara intipati ziarah ini dilaksanakan dan memastikan mereka mempunyai ruang dan peluang seterusnya untuk menghadiri kelas bimbingan agama yang diadakan di masa akan datang. ZIARAH MAHABBAH SAUDARA MUSLIM


32 Pemurnian ibadat antara wadah penyampaian yang dilihat cukup berkesan untuk membina sahsiah terpuji termasuk dalam kalangan saudara muslim atau mualaf. Berdasarkan wadah itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalu Bahagian Balai Islam mengambil insisiatif menganjurkan Popgram Tafaqquh Fiddin Saudara Muslim Negeri Melaka. Program itu berjaya menghimpunkan seramai 50 orang saudara muslim sekitar negeri ini yang mana mereka merupakan saudara muslim yang baru memeluk Islam pada tahun ini. Perlaksanaan program bertujuan memberi kefahaman lebih mendalam kepada saudara Muslim tentang ajaran Islam yang disulusuri aturan berasaskan Al-Quran dan sunnah Rasullah S.A.W. serta pemahaman sejati ahli sunnah wal jamaah. Program diisi dengan ceramah dan tazkirah oleh penceramah jemputan itu, sentiasa memberi semangat tambahan kepada saudara muslim supaya meningkatkan azam dan iltizam bagi mendalami pengetahuan serta kefahaman Islam. Menjadi keutamaan MAIM untuk memastikan kekerapan penganjuran program seperti ini sebagai satu usaha untuk bersama-sama menyantuni golongan saudara muslim yang kebanyakannya terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Dari segi aspek keturunan, budaya dan bahasa mahupun pendidikan merupakan kriteria utama yang sentiasa diberi perhatian dalam usaha untuk menyelami jiwa kefaqihan mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam. Intipati program juga menerapkan kaedah terbaik kepada peserta tentang keindahan serta hikmah apabila menyusuri hidup berpandukan ajaran Islam dan memastikan penghayatan ilmu berpaksikan syariat Islam. Saudara Muslim juga perlu mengikuti kelas pengajian harian yang dianjurkan oleh MAIM secara percuma supaya mereka dapat mendalami pelajaran agama Islam yang dikendalikan guru bertauliah. PERKUKUH AKIDAH ISLAM SAUDARA MUSLIM


33 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Balai Islam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengadakan majlis pernikahan saudara baru muslim di Kompleks Darul Huda MAIM. Lima pasangan pengantin diraikan dalam program ringkas ini bersama keluarga terdekat pasangan. Timbalan Pengerusi MAIM, YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud bersama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam, Ustaz Mohd. Hairulamin bin Mohd. Sis meluangkan masa hadir menyaksikan majlis berkenaan. Perjalanan program dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih tertakluk kepada Prosuder Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). RAI PERNIKAHAN PASANGAN SAUDARA MUSLIM


34 Seramai 37 orang guru telah menerima watikah pada Majlis Serahan Watikah Perlantikan Guru Pembimbing Muallaf anjuran Bahagian Balai Islam MAIM. Guru-guru berkenaan akan ditempatkan di beberapa premis mengajar di sekitar negeri ini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kepada saudara muslim. Watikah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, YB. Datuk Md Rawi bin Mahmud. MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN GURU PEMBIMBING MUALLAF


35 Penyampaian cek sumbangan bagi pembinaan surau baharu di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan naik taraf surau di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Selandar. Pihak MAIM turut menyediakan skim sumbangan kepada beberapa surau dan masjid di sekitar negeri ini yang memerlukan bagi proses baik pulih mahupun pembinaan baharu. SERAHAN SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU


36 Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim menyampaikan sumbangan cek kepada beberapa buah surau dan masjid di sekitar negeri ini bagi proses baik pulih dan projek naik taraf premis berkenaan. SERAHAN SUMBANGAN MASJID DAN SURAU NEGERI MELAKA


37 Program vaksinasi dos pertama kepada penduduk Taman Seri Serkam dan Taman Rimbunan Kaseh bertempat di premis milik MAIM antaranya Dewan Terbuka Taman Rimbunan Kasih, Learning Center dan Pusat Internet Komuniti Serkam. Seramai 360 orang penduduk sekitar taman berkenaan menerima manfaat berkenaan dan hadir sama meninjau proses vaksinasi berkenaan ADUN Serkam, YB. Datuk Zaidi bin Attan dan EXCO Kesihatan Negeri, YB. Datuk Rahmad bin Mariman. PROGRAM VAKSINASI DI RIMBUNAN KASEH


38 Hasrat wakaf oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, YB. Datuk Wira Ar. Ismail bin Othman. Tanah di atas lot 1328, Mukim Kuala Sungai Baru, Daerah Alor Gajah, Melaka seluas 2.0 ekar diwakafkan bagi tujuan tapak surau dan pusat pengajian agama. HASRAT WAKAF ADUN KUALA LINGGI LAFAZ DAN SERAHAN SIJIL WAKAF Lafaz wakaf oleh pewakaf, Ybhg. Dato’ Sarif bin Hamid yang juga merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Selangor. Mewakafkan tanah di atas lot 2521, Mukim Rim daerah Jasin bagi memberi kemudahan tambahan Sekolah Rendah Agama (JAIM) Chenderah. Perbincangan bersama Sungai Rambai Agro Tourism Park dan tinjauan laluan masuk ke tanah wakaf milik MAIM di atas lot 3646, Mukim Merlimau yang berpotensi untuk dimajukan. PEMANTAUAN TANAH WAKAF UNTUK DIMAJUKAN


39 Perbincangan bersama pewakaf, Puan Hasmah binti Kamit untuk pewakafan tanah di atas lot 3923, Mukim Sungai Rambai di daerah Jasin. PERBINCANGAN BERSAMA WAKAF Wakaf sebahagian tanah lot 1543 Mukim Tangga Batu oleh pewakaf, Puan Zainon binti Suboh bagi tujuan manfaat bersama penduduk Kariah Masjid Baru Tangga Batu Kechil. WAKAF UNTUK MASJID BARU TANGGA BATU Penerimaan wakaf tunai oleh pewakaf, Puan Noraini binti Rahmat dan Fauziah binti Rahmat bagi melaksana hasrat untuk pembangunan masjid surau dan madrasah. WAKAF TUNAI Perkongsian maklumat wakaf oleh Ketua Unit Wakaf MAIM, Ustaz Nasri bin Buchik bersama pewakaf Puan Konya binti Dalib serta Puan Kamariah binti Ahmad. Lot yang diwakaf 680 dan 677 bagi manfaat bersama Kariah Masjid Pegoh daerah Alor Gajah.


40 SERAHAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN Bilik Gerakan Covid-19 Agensi Agama Islam Negeri Melaka Serahan sumbangan bakul makanan kepada beberapa buah masjid sekitar daerah Melaka Tengah bagi proses penghantaran kit makanan (Bakul Rezeki) sumbangan MBSB Berhad melalui wakalah zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Bakul rezeki tersebut dimanfaatkan oleh jawatankuasa pengurusan masjid tersebut untuk diagihkan kepada anak-anak kariah yang memerlukan. Berikut senarai masjid yang menerima sumbangan : - 1) Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang : 6 unit kit 2) Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil : 6 unit kit 3) Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil :6 unit kit 4) Masjid Al-Nekmah,Bukit Piatu : 6 unit kit 5) Masjid Al-Ehsan,Bukit Baru : 6 unit kit 6) Masjid An-Nur, Peringgit : 6 unit kit 7) Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam : 6 unit kit


41 500 KIT MAKANAN KECEMASAN UNTUK PERKAMPUNGAN ORANG ASLI Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud menyampaikan sumbangan kit makanan kepada salah seorang wakil penduduk orang asal di daerah Jasin. Sebanyak 500 kit makanan kecemasan telah disalurkan MAIM dengan kerjasama JAIM kepada lebih 8 perkampungan orang asal di negeri ini. Musa’adah Bilik Gerakan Agensi Agama Islam Melaka kekal meneruskan penyampaian bantuan kit makanan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen Negeri Melaka. Sumbangan sebanyak 300 kit makanan beserta beras itu mampu mengurangkan keluhan dan beban mereka yang terjejas pendapatan pada ketika PKP 2.0 ini masih dilaksanakan. BANTUAN KIT MAKANAN KEPADA PERSATUAN VETERAN (ATM)


42 Menggerak semula pengoperasian Bilik Gerakan Cobid-19 Agensi Agama Islam Melaka bermula pada Januari 2021 selaras dengan pengumuman Perdana Menteri tentang pelaksanaan Perintah KAwalan Pergerakan (PKP). Bilik gerakan berkenaan merupakan kerjasama padu antara Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) dan Zakat Melaka (ZM). Fungsi dan peranan operasi bilik gerakan ini bagi memudahkan orang ramai khususnya masyarakat Islam di negeri ini mendapatkan maklumat dan bantuan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan. Sejumlah 10,000 kit Bantuan Makanan Kecemasan (MUSA’ADAH) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disalurkan ke 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dan 195 masjid di negeri ini. Kit makanan ini juga turut disalurkan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan 700 Orang Asli di sekitar daerah Jasin dan Alor Gajah. Pelbagai barangan asas yang terdapat dalam kit makanan berkenaan antaranya beras, susu, tepung, sardin, gula dan biskut yang mana setiap satunya bernilai RM40. 10,000 KIT MAKANAN DISEDIAKAN KEPADA MEREKA YANG TERJEJAS


43 Bilik Gerakan Musa’adah Agensi Agama Islam Melaka menyampaikan 1,126 kit makanan kepada Persatuan Nelayan Negeri Melaka di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Seramai lebih 1,200 orang nelayan di negeri ini khususnya di daerah Melaka Tengah memerlukan bantuan kit makanan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP). Penyerahan sumbangan kit makanan kecemasan Bilik Gerakan Covid-19 Agensi Agama Islam Melaka kepada beberapa agensi dan persatuan sekitar negeri ini. Lebih 15,000 kit makanan kecemasan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan yang mana secara dasarnya MAIM memperuntuk sebanyak hampir RM 900,000.00 bagi penyediaan kit berkenaan. BILIK GERAKAN MUSA’ADAH AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA SUMBANGAN KIT MAKANAN PKP 2.0


44 Penyampaian sumbangan 300 kit makanan kepada kerajaan negeri Melaka bagi tujuan pengagihan kepada mereka yang terkesan. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, YB. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud kepada Ketua Menteri, YAB. Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md Ali. SUMBANGAN KIT MAKANAN KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA


45 Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bilik Gerakan Covid-19 Agensi Agama Islam menyerahkan sejumlah 550 sumbangan kit perubatan dan kesihatan kepada penghuni Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Kit berkenaan mengandungi barangan kesihatan antaranya losyen sanitasi tangan, pelitup muka dan pil vitamin C. SUMBANGAN KIT KESIHATAN KE PKRC, MITC MELAKA


46 Sumbangan 600 kit makanan berupa nasi ayam kepada beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sekitar negeri ini. Program ini merupakan kerjasama antara Bahagian Pengurusan Masjid Dan Madrasah JAIM bersama QSR Brand dan Seksyen Pembangunan Insan MAIM. KIT MAKANAN UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS DI MELAKA SUMBANGAN 2 UNIT KATIL KEPADA ASNAF DI DUN ASAHAN


47 Sumbangan 1,000 bakul makanan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Bank Berhad melalui skim wakalah zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Barangan asas yang disediakan adalah beras, tepung, gula dan minyak masak. Penyampaian disampaikan oleh Penolong Pegawai Besar Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP, Encik Nor Mukshar bin Harun dan Setiausaha MAIM, Ybh. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Turut bersama Timbalan Pengerusi MAIM, YB. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud bersama Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil. SUMBANGAN 1000 BAKUL MAKANAN OLEH MBSB BANK


48


49


50


Click to View FlipBook Version