The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAFIZAH MOHAMED, 2019-05-13 10:24:28

Sifat sama’ Allah

Sifat sama’ Allah

Sifat sama’ Allah



ALLAH ialah nama kepada Diri (Zat) yang wajib ada.
Apakah yang wajib diisi dalam kepercayaan kita
terhadap Diri (Zat) yang bernama ALLAH itu? Yang
wajib diisi dalam kepercayaan terhadap Diri (Zat)
ALLAH ialah ALLAH mempunyai sifat-sifat
ketuhanan (iaitu sifat 20)

Pengertian Sifat Sama' ALLAH

Erti sama' ialah mendengar. ALLAH bersifat mendengar. Adalah sangat
penting kita tahu membezakan antara sifat mendengar ALLAH dengan sifat
mendengar makhluk. Makhluk mendengar melalui sesuatu perantara.
Contohnya, manusia dan sebahagian dari haiwan mendengar dengan telinga
(pancaindera). Jika telinga itu tidak berfungsi atau dihilangkan dari diri makhluk
berkenaan, maka makhluk itu pun tidak mungkin dapat mendengar

* ALLAH mendengar tanpa perantaraan (pancaindera).
* ALLAH mendengar yang qadim (Diri-NYA) dan yang baharu (alam).
* ALLAH mendengar yang bersuara dan yang tidak bersuara.
* ALLAH mendengar semua yang bersuara atau yang tidak bersuara

serentak dalam satu masa.
* ALLAH mendengar sentiasa dan berterusan tanpa henti.
* ALLAH mendengar tiada permulaan dan tiada akhir.
* Tiada yang terlepas dari pendengaran ALLAH.
* Pendengaran ALLAH tidak berkurangan atau tersalah dengar.
* Diri (Zat) ALLAh yang mendengar.

• Antara ayat al-Qur'an yang menjadi dalil sifat mendengar ALLAH:-

Firman ALLAH dalam surah an-Nisaa' ayat 48, yang bermaksud; "ALLAH
tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali orang yang
dianiayakan. Dan ingatlah ALLAH sentiasa Mendengar lagi Maha
Mengetahui."

Firman ALLAH dalam surah al-An'aam ayat 13, yang bermaksud; "Dan bagi
ALLAH jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia-lah yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."








Click to View FlipBook Version