Download now Syarikat Faiza Uploaded by Punitha 56% (18) · 8K views · 19 pages AI-enhanced title Document Information Original Title syarikat faiza.docx Copyright © © All Rights Reserved Available Formats DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd Share this document Facebook Twitter Email Did you find this document useful? Is this content inappropriate? Report this Document Sara Latar Belakang Syarikat SYARIKAT FAIZA SDN.BHD. PLO 442, Jln Wawasan 16, Kawasan Industri Sri Gading 2, 83300 Batu Pahat, Johor. Tel: 607-4556900 Fax: 607-4557800 Email: [email protected] Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada 1992, Syarikat FAIZA secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”. Setelah melihat pontensi beras “Ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza herba Ponni telah diedarkan seluruh Malaysia. SFSB juga telah menghasilkan pengeluaran padi yang lain seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Thai Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama. Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan. Syarikat Faiza Sdn. Bhd beralamat di PLO 442, Jalan Wawasan 16, Kawasan Industri Sri Gading 2, 83300 Batu Pahat, Johor. Jarak antara syarikat tersebut dengan bandar Batu Pahat kira-kira 10 kilometer dan tapak yang digunakan untuk membina kilang adalah hak yang dimilki oleh pemilik Syarikat Faiza Sdn. Bhd iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1997 pula, syarikat itu menjalankan usaha sama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Syarikat ini berhampiran dengan kawasan taman perumahan seperti Taman Mutiara dan Taman Sri Panchor. Oleh itu, ia lebih memudahkan syarikat ini untuk berkembang dengan lebih maju kerana penduduk setempat boleh membeli produk yang dijual oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Syarikat ini juga berhampiran dengan Jalan Kluang. Ia menggalakkan lagi permintaan produk yang ditempah oleh pasar raya seperti Aeon Big, Wellward, BP Mall dan lain-lain. Lokasinya yang strategik juga mempengaruhi pasaran dan permintaan produk yang dihasilkan oleh Syarikat Faiza Marketing Sdn. Bhd. 2.0 Isu-isu Dalam Kajian Kes 2.1 Komponen Paduan Produk Syarikat Faiza Sdn.Bhd 2.1.1 Kelebaran Produk Syarikat Faiza Sdn.Bhd Kelebaran campuran produk Syarikat Faiza merujuk kepada bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang besar dapat menarik minat pengguna dalam pelbagai segmen pasaran. Campuran produk Syarikat Faiza terdiri daripada produk beras, rempah, bihun, sos cili dan kicap. Kepelbagaian jenis produk mampu menarik minat pengguna untuk memilih tanpa rasa ragu-ragu. Pada masa yang sama, kepelbagaian produk juga menyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini amat memberi kesan baik kepada aktivit seharian masyarakat. 2.1.2 Kepanjangan Produk Syarikat Faiza Sdn.Bhd Kepanjangan merujuk kepada jumlah item produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Faiza Sdn.Bhd di dalam lingkungan barisan produknya. Syarikat Faiza Sdn.Bhd mempunyai pelabagai produk yang panjang yang berbeza dan banyak. Sebagai contoh, syarikat ini menjual 50 jenis jenama beras, 12 jenis jenama rempah, 20 jenis jenama bihun, 15 jenis jenama sos cili dan 13 jenis jenama kicap. Contohnya, Syarikat Faiza mengeluarkan pelbagai jenis jenama beras seperti Cap Rambutan, Jati, Basmathi and Ponni. Barisan produk yang panjang mempunyai pelbagai produk yang berbeza dan banyak. Dengan ini, pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli produk keluaran Syarikat Faiza. 2.1.3 Kedalaman Produk Syarikat Faiza Sdn.Bhd Kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam satu barisan produk syarikat ini. Sebahagian jenis produk di dalam barisan akan dipecahkan kepada versi atau sub kumpuluan tertentu. Contohnya, Syarikat Faiza menawarkan produk rempah pelbagai jenis seperti rempah kari ayam,rempah briyani, dan rempah kurma serta rempah rendang. Syarikat Faiza juga menyediakan beras yang terdiri daripada “ Thai Brown Rice” dan “ Thai Red Rice “ yang terbaru yang sedang mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Selain daripada item-item tersebut Syarikat Faiza juga mengeluarkan produk kicap yang sentiasa mendapat tempat dalam pasaran dan menjadi kegemaran kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan juga orang dewasa. Kicap-kicap seperti Kicap Manis dan Kicap Lemak Manis. 2.1.4 Ketekalan Produk Syarikat Faiza Sdn Bhd Ketekalan produk menunjukkan tahap perkaitan hubungan di antara semua barisan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Faiza Sdn.Bhd dari segi penggunaan, pengeluaran dan pengedaran. Produk Faiza mempunyai konsistensi dari segi pengedaran tetapi amat berbeza dari segi penggunaan dan pengeluaran. Syarikat Faiza Sdn.Bhd mempunyai ketekalan yang rendah kerana mengeluarkan banyak jenis produk di antara lini produk. 2.2 Empat paduan pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat Faiza Sdn.Bhd 2.2.1 Produk Pemasaran bermula dengan produk iaitu satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada Syarikat Faiza Sdn Bhd yang juga mengambil kira persekitaran yang sentiasa berubah setiap masa. Syarikat Faiza amat mementingkan kualiti produk yang diberikan kepada pelanggan-pelanggan kami kerana produk yang dikeluarkan merupakan keperluan asas. Pengawalan dan pemantauan sentiasa dibuat dari segi pemantauan perkhidmatan dan pengawalan bahan-bahan yang digunakan. Syarikat Faiza Sdn Bhd akan melakukan pemantauan dan kawalan sebulan sekali bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kepuasan pengguna. Dengan ini, pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan kami pasti mereka akan lebih tertarik dan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Syarikat ini juga sangat mementingkan kebersihan ruang dan kawasan persekitarannya. Syarikat kami dibersihkan dan dikemas pada setiap hari sebelum melaksanakan operasi. Tujuan penjagaan kebersihan ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang tidak diingini. Sementara itu, kebersihan dan kekemasan pekerja ditekankan supaya memberikan satu imej yang baik kepada pelanggan. Trusted by over 1 million members Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Cancel Anytime. Start Free Trial Download Search