KERJA KURSUS
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
NAMA PELAJAR NOOR KATIJAH BINTI DRAHMAN
ANGKA GILIRAN 20200123800018
NO KAD 870917-13-5302
PENGENALAN PDPM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KURSUS PAKK 2302 D
DR. HANIFAH BINTI SABIN
KOD KURSUS 09 OKTOBER 2021
PENGHASILAN PRODUK
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR
TAJUK TUGASAN
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN 4-5
BELAJAR SAMBIL BERMAIN 7 - 10
FAKTOR PERSEKITARAN 12 - 13
AKTIVITI KANAK-KANAK 0-2 TAHUN 15 -19
AKTIVITI KANAK-KANAK 3-4 TAHUN 21 - 26
AKTIVITI KANAK-KANAK 5-6 TAHUN 28 - 32
PENUTUP 34 - 35
RUMUSAN 36
RUJUKAN 37 - 38
2
3
4
5
6
BELAJAR SAMBIL BERMAIN
1.0 Definisi
• Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.
Mereka belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti bermain kerana
imaginasi mereka yang tinggi (Erikson, 1985). Bermain penting untuk
perkembangan kanak-kanak sebab ia menyumbang kepada perkembangan
kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka.
• Friedrich Froebel (1782-1852) dalam Spodek (2003), mengatakan bermain adalah
fitrah kanak-kanak (work of children). Mariani (2013) menjelaskan main atau
bermain merupakan sebarang aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan
kepada kanakkanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti.
2.0 Ciri – ciri belajar sambil bermain
• 0 – 2 tahun
Dalam kalangan bayi sejak lahir hingga 2 tahun Pada tahap ini kanak-
kanak bermain menggunakan apa sahaja yang berada di sekelilingnya
seperti botol susu, bantal dan selimut malah bermain cara mereka sendiri.
Menurut Piaget kanak-kanak berumur 18-24 bulan melakukan imitasi
terhadap tingkah laku yang dilihat atau diperhatikannya.Sebagai contoh
menekan telefon untuk hasilkan bunyi. Pada peringkat ini mereka menyukai
permainan ba ba cak, tepuk amai-amai, bertepuk dan bertampar tangan
sambil diringi nyanyian.
• 4 -7 tahun
Perkembangan bermain dari 2 tahun hingga 7 tahun Aktiviti permainan
kanak-kanak menjadi lebih kompleks dan pelbagai dan terdapat beberapa
aktiviti bermain iaitu:
Permainan dramatis- melibatkan kanak-kanak melakonkan semula watak
–watak yang sentiasa dilihat sekitarnya - dikenali sebagai permainan
membayangkan seperti meniru watak power rangers dan spiderman.
Permainan fizikal - ia termasuklah bermain batu seremban, galah panjang,
polis pencuri dan ‘teng-teng’(kapal terbang).
Permainan imaginasi - kanak-kanak menggunakan objek untuk tajamkan
daya imaginasi, biasanya mereka suka bermain plastisin
7
untuk membuat objek @ bermain logo untuk realisasikan watak @ objek
idaman mereka.
3.0 Jenis – jenis pemainan yang sesuai mengikut umur
i) Permainan ‘solitary’ Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain
atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi
pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan
menggembirakan.
ii) Permainan ‘parallel’ Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi
berhampiran dengan kanak-kanak lain. Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain
benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama.
iii) Permainan ‘associative’ Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam
aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat
kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam
kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi cadangan.
iv) Permainan ‘cooperative’ Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain.
Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat
dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru.
4.0 Kepentingan kaedah belajar sambil bermain
• Bermain meningkatkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah
dalam diri kanak-kanak tersebut seperti membina istana pasir di tepi pantai
atau membina bangunan menggunakan lego.
• Bermain menyumbang kearah memperkembangkan kemahiran kawalan
kendiri (selfregulation) dan kemahiran sosial seperti menunggu giliran,
kolaborasi, mematuhi peraturan, empati dan motivasi (Bordrova & Leong,
2007; Kraft & Berk, 1998 dalam
• Ginsgurg, 2007) seperti dalam bermain “teng-teng” atau kapal terbang.
• Kanak-kanak yang selalu bermain drama yang melibatkan interaksi sosial
didapati lebih memahami sesuatu perkara (perspektif orang lain) dan dinilai
oleh guru sebagai kanak-kanak yang cerdik dan pandai bergaul (Sawyer,
2001 dalam Ginsburg, 2007) seperti dalam bermain “masak-masak”.
8
• Permainan di luar rumah atau sekolah seperti bermain pasir akan dapat
meningkatkan kesihatan fizikal kanak-kanak, mengatasi konflik, koordinasi
motor, lebih tumpuan dan berat badan sihat (Pellegrini,1980 dalam
Spodek, 1993). Jika guru-guru mengajar kanak-kanak menggunakan
bahan berkaitan bahasa atau kesusasteraan seperti semasa dialog dalam
permainan dramatis akan dapat memperkembangkan kemahiran
berbahasa, membaca dan menulis..
• Kanak-kanak yang melakonkan sesuatu cerita atau peristiwa akan lebih
memahami sesuatu peristiwa, dapat mengembangkan teori berfikir dan
lebih memahami perasaan orang lain (Pellegrini,1980 dalam Spodek,
1993)
9
5.0 Literature review
1) Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak.
Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi,
sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin &
Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain
dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan
pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak
pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial,
mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi,
belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
2) Hubungan yang kukuh antara pelaksanaan dengan keberkesanan alam
kajian Faridah (2008).
3) Sheal Valekshemi (2006) Dapatan kajian ini menunjukkan kanak-kanak
lelaki lebih dominan dalam mainan berfungsi, mainan membina dan mainan
lasak, manakala perempuan menguasai mainan dramatik dan mainan
4) berperaturan. Seterusnya, dari segi pelakuan sosial pula, dapatan
menjelaskan kanak-kanak prasekolah berkelakuan dan menggunakan
bahasa yang berlainan mengikut ciri dan sifat sesuatu permainan semasa
bermain.
5) Dalam kajian Nor A’ini (2010), beliau menggunakan pendekatan belajar
melalui bermain untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Melalui pendekatan belajar melalui bermain, mereka mula menunjukkan
perubahan tingkahlaku positif, berminat untuk belajar, mula berinteraksi dan
fokus kepada aktiviti yang diberi.
10
11
Faktor Persekitaran
Keluarga
Kanak-kanak yang diasuh dengan dan dididik dengan cara yang baik pastinya akan
mengalami potensi,tingkahlaku dan emosi yang sempurna.Unsur-unsur keluarga ini
melibatkan corak kehidupan mereka di rumah , makanan asuhan dan status
ekonomi.Contoh kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang
pastinya akan melahirkan perkembangan emosi yang sihat kepada kanak-kanak
tersebut.Makanan berzat dan seimbang juga akan membantu memperkembangkan
jasmaninya dengan sempurna.
Pengaruh rakan sebaya
Merangkumi perkembangan intelek,sahsiah ,emosi dan sosial.Contohnya kanak-kanak
yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang baik,bersopan santun pastinya akan
menyerap nilai-nilai murni yang positif dan pembentukan sahsiah yang baik.
Status sosioekonomi
Keluarga yang baik atau tinggi pastinya akan membantu perkembangan intelek dan fizikal
kanak-kanak ke tahap yang optimum.Contohnya ibu bapa yang berupaya memberikan
makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan Pendidikan yang sempurna
kepada anak-anak mereka pastinya akan mendapat banyak kelebihan berbanding
keluarga yang kurang berkemampuan.
Guru dan sekolah
Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya
di bilik darjah akan melahirkan kanak-kanak yang pintar,berilmu dan bertanggungjawab.
Sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan pengajaran-pengajaran
pastinya akan membantu perkembangan kognitif ,afektif dan psikomotor kanak-kanak
tersebut.
12
Budaya
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbza-beza akan mempengaruhi
proses perkembangan kanak-kanak dari segi mental,sosio emosi dan
personaliti.Contohnya perbezaan pegangan agama akan membezakan corak kehidupan
dan perlakuan.
Sumber teknologi
Merujuk kepada sumber teknologi maklumat seperti
televisyen,suratkhabar,iklan,computer dan lain-lain.Pendedahan kepada sumber teknolgi
yang sihat pastinya akan meningkatkan kadar perkembangan emosi dan sosial kanak-
kanak.
Pengaruh media
Ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media seperti majalah, bahan
ilmiah dan internet sebagai sumber rujukan bagi pemakanan dan Pendidikan anak secara
sihat. Ini akan membantu anak-anak mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang
lebih baik.
Pusat ibadat
Kanak-kanak yang tinggal berhampiran pusat ibadat atau sering mengunjungi pusat ibadat
mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif.
13
14
Nama aktiviti : Capan Tangan Saya
Penerangan berkenaan aktiviti :
Nama Pendidik: Tarikh: Hari: Masa:
Minggu: 2 tahun
Umur: Deria Bil. Kanak-Kanak: 5
Tema: Capan Tangan Saya
Tajuk:
Bidang PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
Kanak-kanak sudah boleh membuat capan jari di atas kertas.
Perkembangan:
Pengetahuan 1. Kanak-Kanak boleh buat capan tangan yang pelbagai dancop di
sedia ada: atas kertas.
Objektif: 2. Kanak-kanak boleh mengenal warna asas ( merah, biru,kuning,
hijau )
3. Kanak-kanak boleh buat mengecop capan tangan bersama-
sama dalam satu kertas A4.
Tempat/Ruang: Ruang Aktiviti Kanak-Kanak
Bahan:
Kertas mah-jong
Warna air – merah, biru, kuning, hijauBekas
membancuh warna
Berus lukisan.
Apron
Langkah Aktiviti: 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik bermesra dahulu dengan kanak-kanak sebelumaktiviti
dimulakan.
3. Pendidik pakaikan kanak-kanak dengan apron danberitahu
aktiviti yang akan dijalankan.
4. Pendidik keluarkan warna-warna asas dan kenalkanwarna
tersebut kepada kanak-kanak.
5. Pendidik letakkan warna asas di dalam bekas warna danminta
kanak-kanak buat capan jari serta copkan pada kertas mah-jong.
15
Perhatian: 6. Pendidik tunjuk contoh pendidik buat capan tangan kanak-kanak (
warnakan tangan kanak-kanak) dan mintakanak-kanak cop kan
tangannya di atas kertas A4 tadi mengikut kreativitinya sendiri.
7. Pendidik buatkan capan tangan untuk kanak-kanak lain.
8. Pendidik beri galakan untuk kanak-kanak mengecop capan tangan
masing-masing di atas kertas A4.
9. Pendidik minta kanak-kanak buat aktiviti ini bersama-sama.
10. Pendidik beri pujian dan dorongan berterusan kepadakanak-
kanak.
11. Pendidik akhiri aktiviti dengan minta kanak-kanak mencucitangan.
12. Pendidik ucapkan terima kasih.
1. Pastikan ruang aktiviiti TASKA sesuai dan selamat untuk jalankan
aktiviti.
2. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti. Pastikan
bahan yang digunakan tidak merbahayakan kanak-kanak.
Refleksi: Sebelum: kanak – kanak tiada keyakinan diri dan takut mencuba untuk
menghasilkan karya seni.
Semasa: kanak – kanak seronok melakukan aktiviti apabila mengaplikasikannnya
dengan pelbagai warna.
Selepas: Apabila guru melihat tindakbalas dari kanak-kanak, guru membuat
perancangan menggunakan pendekatan projek dengan pelbagai bahan bantu
mengajar yang lain dan kreatif.
16
Kaedah perlaksanaan yang melibatkan proses perancangan dan simulasi perlaksanaan
aktiviti.
Cara Perlaksanaan
Terlebih dahulu Guru menerangkan secara ringkas aktiviti Capan dan kemudian
mendemontrasikan cara atau kaedah membuat capan.Guru juga akan banyak menggunakan
Teknik soal jawab semasa aktiviti ini. Oleh kerana kanak-kanak masih berumur 1 hingga 2
tahun, maka guru akan memberi bimbingan lebih untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan
lancar.Setiap penggunaan warna air, guru sentiasa memastikan bahawa langkah-langkah
keselamatan semasa melaksanakan aktivti ini perlu diambil kira.
Kaedah pendekatan belajar sambil bermain
Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi dan
bersosial,melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti,belajar menyelesaikan
masalah,membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri serta keinginan untuk meneroka
bagi memenuhi perasaan ingin tahu.Sebagai contoh,apabila melakukan aktiviti capan
tangan,kanak-kanak akan berasa teruja dengan pelbagai warna di samping dapat
mengembangkan kemahiran deria dan motor kanak-kanak.
Pendekatan Bertema boleh diintegrasikan dalam pembelajaran kanak-kanak di Taska apabila
guru memilih sesuatu tema sebagai pembelejaran mingguan atau bulan.Sebagai contoh
aktiviti ini bertemakan Deria.Aktiviti ini boleh digabungjalin dengan perkembangan yang lain
seperti Perkembangan fizikal dan perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.
Aktiviti ini menggunakan konsep pembelajaran melalui pengalaman langsung (First Hand
Experience) iaitu kanak-kanak dapat merasai pengalaman sendiri membuat capan melalui
teknik ulangan. Ini dapat dibuktikan dengan Teori Psikososial Erikson(1902-1994) yang
menyatakan kanak-kanak umur 1 hingga 2 tahun membina sifat ingin mencuba melakukan
sesuatu dengan cara dan kemampuannya sendiri.
Kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 2 tahun amat sesuai menggunakan Teknik ulangan
dalam pembelajaran supaya memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari apada hari
ini.
17
Kaedah tunjuk cara dapat membantu kanak-kanak mempelajari cara guna alat dan bahan
dalam sesuatu aktiviti.Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna,guru boleh membimbing
dan memberi “scaffolding” kanak-kanak semasa mereka bermain.Ini selaras dengan Teori
pembelajaran Sosial bandura yang mendapati kanak-kanak belajar dengan cara meniru gaya
atau gelagat orang lain.
Bahan atau peralatan yang diperlukan dalam aktiviti.
Kertas A4, warna air, berus lukisan,
Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkahlaku kanak-kanak.
1. Bermain dapat memenuhi fitrah keinginan dan keseronokan kanak – kanak
sehinggakan kanak-kanak berasa gembira dengan aktiviti dan selesa berdekatan
dengan guru.
2. Kanak – kanak dapat mempelajari satu kaedah baru dalam seni kreativiti iaitu
capan.Apabila menjalankan aktiviti ini akan mewujudkan dan merapatkan hubungan
yang mesra, interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat dan
harmoni antara guru dengan muridnya.Ini selaras dengan Teori Perapatan yang
dikemukakan oleh Bowlby(1969,1988) bahawa perapatan ialah “ikatan emosi yang
istimewa”antara bayi dengan ibu bapa ataupun pengasuh.
3. Kanak – kanak mendapat pengalaman menggunakan bahan – bahan pembelajaran.
Menurut Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan
melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan
merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting
untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung.
Simulasi aktiviti:
Link video https://www.youtube.com/watch?v=c_iPs-1xuGk
18
Gambar dan grafik
19
20
Tajuk : Bermain teng teng
Penerangan berkenaan aktiviti
Fokus: Fizikal dan estetika
(aktiviti Luar)
FK 2.0 perkembangan motor kasar
Standard FK 2.2.1 Melakukan pergerakan:
Pembelajaran: i) Berjalan
ii) Berlari
Kesepaduan iii) Melompat
Tunjang: iv) Melompat sebelah kaki
Objektif: v) Mencongklang (galloping)
vi) Menggelongsor beskip
KD 3.2.3 menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu permainan yang sedang
berlangsung (play entry)
PM 6.1.2 menyatakan cara menunjukkan hormat dalam pelbagai situasi.
1) Kanak kanak dapat melakukan pergerakan utama sepertimelompat sebelah
kaki
2) kanak-kanak dapat mengikut giliran dalam bermain.
Langkah / Masa: Strategi /Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran catatan
Set induksi: video
Langkah 1 1) Guru menerangkan permainan teng Video
teng kepada murid. buah
2) Guru menerangkan kepada murid
alatan yang perlu ada semasa bermain
teng teng.
3) Guru melukis gelanggang teng teng di
papan putih sebagai gambaran awal
kepada kanak-kanak.
4) Guru memperkenalkan gundu atau
buah.Buah berbentuk leper seperti
pecahan batu yang leper atau pecahan
mozaik yang kecil.
21
Langkah 2 5) Guru menerangkan tentang peraturan
Langkah 3 permainan teng teng secara ringkas
kepada murid.
1) Guru membawa kanak-kanak ke tempat
yang mempunyai ruangan bermain teng
teng.
2) Guru menunjukkan contoh bagaimana
untuk memulakan permainan.
Untuk memulakan permainan, pemain mesti
membuat undian dengan lai lai li tamplung untuk
menentukan pemain pertama, kedua dan
seterusnya.
1) Untuk memulakan permainan, pemain
pertama mesti membaling buah ke
dalam petak yang pertama dan
melompat dengan satu kaki sahaja
tanpa jatuh. Jika jatuh, pemain
tersebut akan kalah dan pemain kedua
akan bermain dan seterusnya.
2) Sama juga ketika pemain ingin
membaling buah ke dalam petak tetapi
buah tersebut terkeluar dan secara
automatik pemain tersebut akan kalah
dan pemain seterusnya akan bermain.
3) Setiap pemain tidak dibenarkan
memijak petak yang di dalamnya
terdapat buah sendiri atau pemain lain.
Jika pemain memijak petak
4) tersebut, maka pemain akan kalah dan
permainan diteruskan dengan pemain
seterusnya.
22
Langkah 4 1) Apabila pemain berjaya dalam
Penutup: pusingan pertama
Refleksi
permainan teng teng ini, pemain boleh
membuat rumah dengan cara
memusingkan badan dan membuang
buah ke dalam petak yang diingini.
Apabila buah masuk dalam petak,
pemain tersebut boleh meletakkan x
atau 0 di dalam petak tersebut
menandakan petak yang bertanda itu
adalah rumah pemain. Hanya rumah
pemain yang boleh meletakkan dua
kaki ke dalam petak
tersebut.Walaubagaimanapun, jika
buah tersebut tidak masuk ke dalam
petak, giliran pemain lain akan
menyambung permaianan tersebut.
3)Permainan hanya tamat apabila semua petak
bertanda X.
Pemenang akan di nilai berdasarkan petak X hadiah
yang mereka perolehi.
Sebelum:Guru menyediakan objektif catatan
pembelajaran.
Semasa; Guru melaksanakan aktiviti secara
berkumpulan untuk melibatkan secara aktif
kepada semua murid.
Selepas : Guru melaksanakan aktiviti fasa
seterusnya dengan permainan yang lebih besar
seperti Dam Ular apabila objektif tercapai.
23
Kaedah perlaksanaan yang melibatkan proses perancangan dan simulasi perlaksanaan
aktiviti.
Cara perlaksanaan
Terlebih dahulu Guru menerangkan secara ringkas tentang tujuan bermain dan kemudian
mendemontrasikan cara atau kaedah bermain Teng Teng.Guru juga menggunakan Teknik
soal jawab semasa aktiviti ini.Seorang atau sekumpulan murid dipilh untuk melakukan semula
demonstrasi guru.Semua murid menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan kecil
masing-masing.Guru beredar dari sekumpulan ke sekumpulan dengan tujuan mengawasi
aktiviti murid dan memberi bimbingan jika perlu.Selepas aktiviti,seorang murid dipilih untuk
untuk memberi rumusan apa yang dipelajari pada hari ini.
Strategi perlaksanaan aktiviti
Pendekatan yang digunakan ialah kaedah belajar sambil bermain.Jill Hadfield (1984)
berpendapat bahawa aktiviti permainan haruslah diajar demonstrasi dan bukan disampaikan
dengan cara penerangan lisan.Guru menggunakan strategi berpusatkan murid bagi
melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan interaksi antara murid secara
tidak langsung akan terbentuk.Sekiranya ada masalah, guru akan mengguna pakai kaedah
perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
Kaedah tunjuk cara dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu permainan dengan
baik.di samping itu permainan ini banyak kebaikan yang tersirat terutama dari segi kerjasama
dan mengikut peraturan mudah.
Bahan bantu mengajar
Petak nombor,buah serta simbol pemain,objek
Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkahlaku kanak-kanak
1. Kanak – kanak dapat mempelajari konsep nombor melalui permainan Teng
Teng.Melalui permainan ini dapat memastikan keadilan dan layanan sama rata
kepada semua murid.apabila guru menyediakan suasana pembelajaran yang
24
kondusif dan mempelbagaikan cara mengajar dan cara pengajaran yang kreatif
pastinya dapat menarik perhatian kanak-kanak.
2. Kanak – kanak mempelajari konsep dengan melaksanakan aktiviti permainan. Ini
bermaksud kanak-kanak memahami peraturan permainan Teng Teng dan dapat
memahami arahan mudah guru,Di samping itu,kanak-kanak akan diterapkan nilai-nilai
murni bahawa dalam permainan ada menang ada yang kalah dan perlu kesabaran
dalam menunggu giliran untuk bermain,bekerjasama,tolong menolong dan saling
hormat menghormati antara satu sama lain.
3. Aktiviti yang melibatkan permainan,pastinya kanak – kanak akan melibatkan diri
dengan lebih aktif kerana dapat memberi peluang kepada kanak-kanak berinteraksi
antara satu sama lain.Guru turut menggunakan teknik menyoal supaya murid
memberi tindakbalas demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru
dan murid.
Simulasi aktiviti
Link video https://www.youtube.com/watch?v=X5XXpXDdBVY
25
Gambar dan grafik
(Kanak-kanak belajar mengenal nombor sambil bermain Teng Teng )
26
27
Tajuk aktiviti: “Mari bercerita”
Penerangan aktiviti :
Tajuk: “Topeng Saya”
17 september 2021
Tarikh: Komunikasi
Tunjang:
Standard BM 2.0 kemahiran membaca
Kandungan:
Standard BM 2.5 Membaca dan memahami bahan bacaan
Pembelajaran: BM 2.5.3 membaca dan meluahkan idea daripada bahan bacaan yang
Bahan bantu dibaca
mengajar: Topeng itik, lembu,buku cerita, laptop dan speaker.
Objektif Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :
Pembelajaran: Murid boleh memahami bahan bacaan dan dapat menceritakan
semula kepada guru.
Nilai Murid: Murid dapat mengenali bunyi dan warna haiwan.
Tunjang Murid dapat melakonkan watak haiwan dengan bimbingan guru.
Kesepaduan: Berdisiplin,Kerjasama,keberanian,keyakinan, sabar
Tunjang kerohanian,sikap dan nilai
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Langkah / Strategi / aktiviti pengajaran dan Catatan
masa
pembelajaran
Set induksi
(3 minit) - Guru menyorokkan ABM:
topeng lembu dan Topeng lembu, itik dan buku cerita.
itik dibelakang
beserta buku cerita.
- Guru meminta murid meneka
apa yang ada dibelakang
guru.
28
Aktiviti 1: - Murid memilih buku cerita yang guru bawa. ABM:
(5 minit) - Guru memilih salah satu buku cerita dan
Topeng lembu,
Aktiviti 2: bersoal jawab dengan murid – Ini haiwan apa itik,kucing,arnab
(9 minit) buku cerita.
sambil menunjukkan gambar haiwan yang
Objektif :
terdapat pada buku cerita? -Murid dapat
- Guru memakai topeng sambil membuat memahami cerita
-Murid dapat mengenali
bunyi haiwan dan meminta murid bunyi haiwan
mengikutnya. ABM:
Gambar
Lembu-moo lembu,kucing,arnab
,itik(sebesar muka
Itik- kuek murid)
- Guru menerangkan sambil mengeluarkan bahan
aktiviti hari ini.
- Guru membahagikan murid kepada dua
kumpulan
Kumpulan 1-
lembu,kucing
Kumpulan 2- Objektif:
itik,arnab - Murid dapat
Guru melakonkan terlebih dahulu watak melakonkanwatak
lembu dan itik.Contoh: menggunakan topeng
Lembu- Hai, saya lembu. Warna saya coklat. haiwan dengan
Bunyisaya moo. bimbingan guru
Itik- Hai saya itik. Warna saya kuning. Bunyi -Murid dapat mengenal
sayakuek,kuek. warna haiwan
- Guru mengedarkan topeng gambar
lembu,kucing,arnab dan itik kepada setiap
ahli kumpulan.
- Guru meminta kumpulan pertama dan kumpulan
kedua melakonkan watak lembu dan
kucing sambilbercerita.
Murid diminta bercerita mengikut kreativiti masing-
masing.
29
Penutup: - Guru menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ ABM:
(3minit)
sambil membuat gaya. Contoh sebahagian lirik Gambar lembu dan itik
Refleksi:
lagu: (sebesar muka murid)
Pak mamat ada kebun a e i o u
Di kebunnya ada lembu a e i o u
Moo moo sana, moo moo sini
Pak Mamat ada kebun a e i o u
(Sambung dengan haiwan itik)
- Guru meminta murid mengikuti guru sambil
memegang watak masing-masing.
Sebelum : Menyediakan objektif pembelajaran
Semasa : Melaksanakan aktiviti secara berkumpulan – meningkatkan penyertaan
Selepas : Mencipta boneka tangan – RPH seterusnya
Kaedah perlaksanaan yang melibatkan proses perancangan dan simulasi perlaksanaan
aktiviti
Cara perlaksanaan
Terlebih dahulu guru menerangkan secara ringkas aktiviti ini.Guru boleh memilih peranan
berdasarkan watak haiwan yang pernah dilihat ,melalui buku cerita yang dibaca dan
diaplikasikan di dalam kelas.Dalam aktivti ini kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi
haiwan seperti yang ada di dalam buku cerita.Guur memberikan peranan tertentu dan
meminta kanak-kanak memikirkan cara untuk beraksi dan memberikan respons terhadap
sesuatu situasi.Untuk menghayati watak, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakonkan watak
haiwan dengan memakai topeng yang mereka perolehi.Sebagai contoh sesiapa yang dapat
topeng lembu,terpaksa melakonkan watak dan bunyi seekor lembu.
Kaedah perlaksanaan
Kaedah pembelajaran bersepadu iaitu aktiviti yang membantu kanak-kanak untuk memahami
hakikat kehidupan sebenar.Selain itu guru juga menggunakan pengalaman seharian kanak-
kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai contoh, kanak-kanak melakonkan
aktiviti main peranan sebagai kucing atau itik di mana kanak-kanak pernah nampak dan
mengenal bunyi haiwan tersebut. Kaedah secara berkumpulan yang berorientasikan proses
iaitu kanak-kanak berlakon atau mengsimulasikan situasi dalam kehidupan sebenar yang
dilihat.Aktiviti ini mempunyai semangat saling bergantung untuk mencapai kemenangan dan
30
dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran
kanak-kanak.
Turut diselitkan aktiviti nyanyian yang dilakukan secara berkumpulan di dalam kelas,Kanak-
kanak berpeluang mendapat bimbingan langsung daripada pendidik untuk menyanyi
mengikut seni kata yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bersama murid.
Bahan bantu mengajar
Buku cerita, topeng itik,lembu,topeng kucing,topeng arnab,laptop,speaker
Implikasi aktiviti terhadap perkembangan emosi dan tingkahlaku kanak-kanak
Untuk menarik minat murid, guru memasukkan unsur elemen kejutan kepada murid.Murid
diminta melaksanakan aktiviti secara berkumpulan supaya boleh melibatkan semua murid
dalam aktiviti ini di samping boleh berinteraksi antara satu sama lain.Murid juga mengikuti
arahan guru semasa menjalankan aktiviti ini.
Selepas aktiviti,murid menunjukkan sifat empati dan boleh bekerjasama antara satu sama lain
selain turut berinteraksi dan berkomunikasi di dalam kelas.Ini selaras dengan Teori
Perkembangan Kognitif Piaget (1952), ada menyatakan bahawa di hujung peringkat pra
operasi(dua hingga tujuh tahun), kanak-kanak berada pada kemuncak kebolehan untuk
berimaginasi dan mencipta berbagai-bagai benda. Kita hendaklah menggalakkan kanak-
kanak itu memperkayakan daya imaginasi dan daya kreatifnya melalui perantaraan bercerita
dan lukisan.
Begitu juga dengan perubahan riak wajah murid yang begitu gembira,ceria,ketawa apabila
diminta oleh guru untuk mengubah pelbagai suara haiwan .Perubahan sosioemosi murid juga
signifikan dengan teori yang dibangunkan oleh Vygotsky (1978) yang mana ia percaya
bahawa ketika bermain kanak-kanak berkembang secara emosi dan mental yang mana
menjadikan kanak-kanak itu mampu mengawal suasana sekelilingnya dengan baik
Guru boleh menambah aktiviti nyanyian serta peralatan muzik(Gerakan kreatif) dalam
rancangan pengajaran akan datang
Simulasi aktiviti
Link video https://www.youtube.com/watch?v=Nuhyys0nhBc
31
Gambar dan grafik
32
33
Peranan Guru Dalam Perkembangan Sosioemosi dan Tingkahlaku kanak-kanak
Kompetensi sosioemosi melibatkan keupayaan seseorang individu untuk memahami,
mengurus dan mengekspresikan aspek sosial dan emosi yang membolehkan mereka
membina hubungan, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan
(Elias, Zins, Weissberg, Frey, Greenberg, Haynes & Kessler 1997; Koivula, Turja & Laakso
2019; Kwong, Lam, Li, Chung, Cheung & Leung 2018). Proses pembentukan kompetensi ini
dalam kalangan kanak-kanak boleh diterangkan melalui Teori Pembelajaran Sosial yang telah
diperkenalkan oleh Albert Bandura (Bandura 1977). Menurut Bandura (1977), sesuatu
tindakan yang berhubungkait dengan tingkah laku merupakan suatu hasil interaksi yang wujud
antara ketiga-tiga faktor iaitu manusia, persekitaran dan tingkah laku manusia. Melalui Teori
Sosial Kognitif pula, Bandura (1986) telah menerangkan tentang bagaimana pendedahan
berterusan kepada corak tingkah laku dan ekspektasi sosial boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu.
Peranan guru hendaklah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Suasana
pembelajaran yang kondusif akan dapat menjalinkan hubungan mesra dan erat(sebahagian
murid kurang kasih sayang dari ibu bapa). Mereka perlu memahami bagaimana untuk
membuka dan memaksimumkan peluang bagi pembelajaran sosial dan emosi kanak-Kanak
(SEL) di bilik darjah (Ng & Bull 2018). Guru perlulah menggunakan strategi pembelajaran
berpusatkan murid. Guru sebagai fasilitator dan murid menjadi lebih berkebolehan di samping
dapat memupuk perkembangan sosial apabila beradadalam aktiviti berkumpulan. Ini dapat
dibuktikan dengan menurut Stone & Morris, dalam Isaac (2010), strategi pengajaran adalah
pelan umum untuk pelajaran yang merangkumi struktur, objektif pengajaran dan garis
panduan taktik yang dirancang, yang diperlukan untuk melaksanakan strategi.Selain itu, Isaac
(2010) menerangkan bahawa taktik pengajaran adalah tingkah laku guru yang ditunjukkannya
di dalam kelas iaitu perkembangan strategi pengajaran, memberikan rangsangan yang tepat
untuk respons yang tepat pada masanya, penggerudian jawapan yang dipelajari
meningkatkan respons dengan aktiviti tambahan dan sebagainya.
Guru seharusnya memberi peluang kepada murid untuk menyalurkan emosi. Sebagai
contoh penggunaan puisi,sajak,pantun dan cerita bantu murid menguasai kemahiran
emosi.Prosa berkaitan emosi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut M.C. Green
(2004), cerita mempunyai beberapa peranan di dalam bilik darjah, termasuk menaikkan minat
murid, membantu perjalanan kuliah (pengajaran), menjadikan bahan bermakna, mengatasi
halangan dan rasa cemas pelajar, dan juga membina hubungan yang baik antara guru dengan
pelajar dan pelajar sesama pelajar.Guru mengintegrasi elemen emosi dan nilai-nilai murni
dengan menggalakkan sikap tolong menolong.Kaedah pembelajaran koperatif dapat
34
memupuk sikap bekerjasama, tolong menolong dan mempunyai sikap empati dalam murid-
murid. Murid lebih bersedia melakukan kerja berkumpulan dan berkolaborasi.
Guru boleh membantu murid menguruskan konflik dengan berkesan terutama dari
aspek agama dan bangsa. Murid prasekolah mudah memahami arahan melalui penggunaan
bahasa yang mudah dan bermakna. Mereka mudah menyerap ucapan dan tingkah laku di
persekitaran. Ini kerana murid mewarisi lambang etnik dan budaya yang diamalkan di sekolah.
Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaan nama murid, warna kulit, fizikal murid, bahasa
pertuturan dan tingkah laku dalam bilik darjah (Najeemah, 2010; Giugni, 2008).Guru boleh
menggalakkan tingkah laku prososial di samping menggunakan kata-kata positif dan
membantu membangunkan emosi yang positif dalam kalangan murid-murid.Ini selaras
dengan Kurikulum Prasekolah ini juga berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai
kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin (KPM 2017).Guru boleh membantu
murid dalam proses bersosialisasi di mana murid berinteraksi dengan rakan-rakan lain dalam
menghayati nilai-nilai murni. Semasa interaksi, terdapat komunikasi antara seseorang kanak-
kanak dengan kanak-kanak yang lain sama ada secara verbal atau simbol (Loy, 2017).
35
Rumusan
Secara keseluruhannya,faktor persekitaran yang banyak menyumbang kepada
perkembangan sosio emosi dan tingkahlaku kanak-kanak.Hal ini sekaligus mengisyaratkan
bahawa urusan mengembangkan potensi dan pendidikan bukan hanya terletak dalam konteks
persekolahan semata-mata malah perlu dilakukan secara holistik oleh semua pihak yang
terlibat.Begitu juga setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang yang dijalankan di
sekolah mempunyai impak terhadap sosio emosi dan tingkahlaku kanak-kanak tidak kira
melalui guru mahupun murid.Apa yang diajar positif maka positif juga yang akan sampai
kepada kanak-kanak begitu juga sebaliknya.Guru dianggap sebagai modelling di mana
proses kanak-kanak belajar bagaimana bertingkahlaku dengan meniru tingkahlaku orang lain
ataupun guru.Oleh itu, guru perlulah bijak dan kreatif dalam menarik minat kanak-kanak untuk
mengikuti secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
36
Rujukan
Mohammad, S. A., Osman, Z., & Abdul Aziz, A. N. (2021). Perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran di peringkat prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 10(2), 47-60.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.5.2021
Aishah binti Abdul Malek & Mohd Nazri Abdul Rahman. (2019). Pendekatan
Bercerita Berasaskan Kurikulum Berkepelbagaian Budaya Untuk Pembelajaran
Literasi Awal Kanak-Kanak.Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent, Tuaran Julai.
Hasan, N. D., & Zaini, S. H. (2021). Application of social skills to children through
role-playing activities. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(1), 25-
40.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.3.2021
Abdullah Kadir et al., (2019). Pemupukan Amalan Pendidikan Anti-Bias (Apab) Dalam
Pendidikan Prasekolah Di Luar Bandar.Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Siti Sarah Hasbullah et al., (2020). Pembelajaran Awal Sains dan Kompetensi Sosioemosi
Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Literatur Sistematik.
https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK3-05
Implikasi Perkembangan Emosi Dan Sosio-emosi Terhadap Proses Pengajaran.
(n.d.) Scribd.Com.Retrieved Oktober 9,2021,from
https://www.scribd.com/doc/158385093/Implikasi-Perkembangan-emosi-Dan Sosio-
emosi-Terhadap-Proses-Pengajaran.
37
Ghavan.K, (n.d).KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
(KSPK.retrieved Oktober 9,2021, from
https://www.academia.edu/30699296/KURIKULUM_STANDARD_PRASEKOLAH_K
EBANGSAAN-KSPK
Razaly,S.(n.d).Kurikulum PERMATA Negara.Retrieved Oktober 9,2021,from
https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara
38