Isi Kandungan , Aturcara majlis , Agenda Mesyuarat
Agung
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Isi kandungan, aturcara dan agenda 1-2
Notis Mesyuarat Agung Kali ke-28 3
Peringatan Mesyuarat Agung kali ke-27 5-15
Laporan tahunan 16-17
Penyata kewangan yang berakhir 2019 /2020 18
Usul Mesyuarat Agung PIBG 2021 19
Jam 3.00 petang ATURCARA MAJLIS
- Pendaftaran ahli
- Bacaan doa
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Penasihat PIBG
- Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Raub.
- Mesyuarat Agung dijalankan
1
AGENDA MESYUARAT AGUNG
➢ Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG SK Kuala
Atok 2019-2021
➢ Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung
PIBG SK Kuala Atok Kali Ke-28
➢ Membentang dan menerima Laporan tahunan PIBG
SK Kuala Atok Kali Ke -27
➢ Membentang dan menerima Penyata kewangan
Tahunan PIBG SK Kuala ATOK Berakhir Pada 31
Disember 2019 dan 2020
➢ Perbahasan usul ( jika ada )
➢ Ucapan penangguhan.
“Hidup untuk hari ini ialah dengan mempelajari kelmarin,tapi sasaran untuk esok hari ialah dengan
perancangan hari ini “
2
Notis Mesyuarat Agung PIBG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KUALA ATOK Tel : 09-3657379
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ATOK, Faks :09-3657379
27600 RAUB.
Ruj.Kami: SKKAPIBG 2021
Tarikh : 08.03.2021
24 REJAB 1442H
Semua ibu bapa/ penjaga,
Guru-guru,
Sekolah Kebangsaan Kuala Atok.
Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK KUALA ATOK KALI KE-28
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke -28 akan diadakan seperti
ketetapan berikut :
Tarikh : 10 APRIL 2021 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SK Kuala Atok
Perasmi : En.Abdul Aziz Bin Karim
Pengerusi JKKK Kampung Kuala Atok
3. Sehubungan dengan itu,tuan / puan dijemput hadir.
4. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung hendaklah dihantar kepada
setiauasaha PIBG atau ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada atau sebelum 5 APRIL
2021.Sila gunakan Borang Penyataan Usul yang di lampirkan bersama-sama notis mesyuarat
5. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharap bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 pada tahun ini.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
“USAHA TANGGA KEJAYAAN”
Saya yang menjalankan tugas,
3
…………………………………………..
(MOHAMED NAJIB BIN ISHAK @ SOHOR )
Yang Dipertua PIBG SK Kuala Atok,
Sekolah Kebangsaan Kuala Atok,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur
s.k. 1. Pendaftar Sekolah
2.Pejabat Pendidikan Daerah
3. Guru Besar SK Kuala Atok
4
BORANG PERNYATAAN USUL
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-28
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK KUALA ATOK,27660 RAUB,PAHANG
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru( PIBG)
Sekolah Kebangsaan Kuala Atok,
27660 Raub,Pahang.
Tuan/Puan ,
PERNYATAAN USUL IBU BAPA/PENJAGA
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
* gunakan kertas berasingan sekiranya ruang tidak mencukupi
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_____________________
Nama pembawa usul :
Alamat :
Nama anak di sekolah ini :
Kelas :
( Sila kembalikamn borang pernyataan usul ini pada atau 26 Mac 2021 ( Jumaat )
melalui anak tuan/puan)
_________________________JAWAPAN KEHADIRAN________________________
Saya ibu bapa /penjaga…………………………………………………………..akan/tidak
hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 pada 10 April 2021 ( Sabtu )
Sekian,terima kasih.
---------------------------------------------------- Tarikh :
(
5
Peringatan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 /2021
PERINGATAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-27
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ATOK
27660 RAUB
TARIKH : 21 Mac 2019 / KHAMIS
3.00 PETANG
MASA : DEWAN SK KUALA ATOK
EN.JAMALUDIN BIN GHAFAR
TEMPAT : (WAKIL Pegawai Pendidikan Daerah Raub )
67 ORANG
PERASMIAAN:
KEHADIRAN :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
Pengerusi majlis Puan Rosmizawati Binti Ahmad.Beliau mengalu-alukan kehadiran
En.Jamaludin Bin Ghafar wakil PPD raub dan semua hadirin serta berharap
dapat mengambil manfaat pada mesyuarat kali ini.
2. Bacaan Doa
Doa dibacakan oleh En.Mohammad Azizi bin Abdul Razak.
3. Persembahan Nasyid dari murid SKKA.
4. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Kuala Atok
– Encik Mohamed Najib Bin Ishak@Sohor
4.1 Beliau memulakan ucapan dengan salam dan terima kasih kepada semua yang
sudi hadir walaupun mempunyai komitmen yang lain dan memaklumkan bahawa
kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah amat baik namun kehadiran ibu yang
lebih ramai dari kaum bapa pada setiap kali mesyuarat menyukarkan pemilihan
AJK di kalangan kaum bapa.
4.2 Beliau berharap agar semua pihak membantu PIBG dan sekolah demi
kecemerlangan anak-anak.
6
4.3 Beliau memaklumkan sekiranya pihak memerlukan bantuan dari segi kewangan
atau peralatan , pihak sekolah boleh memuat surat pemohonan ke ahli Parlimen
Raub.
4.4 Beliau memaklumkan tentang kewangan PIBG sekolah yang semakin menyusut
dan berharap agar lebih ramai penjaga yang sudi menyumbang bagi membiayai
keperluan tabung tersebut.
4.5 Beliau mengakhiri ucapan dengan salam dan terima kasih.
5. Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum mewakili Guru Besar SK Kuala Atok
merangkap Penasihat PIBG
– Encik Zailidon Bin Zainal.
5.1 Menyampaikan salam Guru Besar kepada semua yang hadir dan berterima
kasih kerana sudi meluangkan masa pada petang ini.Beliau melahirkan harapan
agar mesyuarat kali ini dapat ibu bapa dan pihak sekolah berbincang ,
bertukar pendapat dan memberi cadangan untuk memajukan SK Kuala Atok.
5.2 Pencapaian sekolah dari segi akademik dan kokurikulum agak cemerlang.
5.3 Keseimbangan antara kokurikulum dan akademik amat diperlukan untuk murid
memohon ke sekolah SBP.
5.4 Masalah disiplin murid dulu dan sekarang tidak sama.Jika murid bermasalah
harap dapat di selesaikan oleh pihak sekolah terlebih dahulu sebelum di bawa
keluar.Ada kes di mana GPK HEM meninggal dalam menjalankan tugas sebagai
GPK HEM.
5.5 Pihak sekolah mohon kerjasama dari pihak ibu bapa dan penjaga agar memberi
kerjasama dalam menjayakan Program CAKNA Ziarah yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dengan tidak menolak lawatan ke rumah.
5.6 Tiada peperiksaan untuk murid tahap 1 ( tahun 1,2 dan 3 )Peperiksaan hanya
untuk murid tahap 2 sahaja ( 4,5 dan 6 )
7
5.7 Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk mengawal tingkah laku anak
masing-msing di rumah kerana cabaran mendidik anak-anak pada masa kini
amat mencabar.
5.8 Berharap barisan AJK dan ahli PIBG dapat membantu pihak sekolah dalam
melancarkan program-program yang di rancang oleh pihak sekolah demi
kepentingan murid.
6. Ucapan Perasmian Oleh En.Jamaluddin bin Ghafar
(Wakil dari PPD Raub )
.
6.1 Beliau menyampaikan salam tuan PPD En.Nor Ahmad Bin Abdul Rahim kepada
semua hadirin yang hadir.
6.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana sentiasa berjaya
mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.
6.3 Beliau mengingatkan hadirin tentang kepentingan mendidik anak di zaman ini
tidak sama dengan mendidik anak pada zaman dahulu.Zaman sekarang ibu bapa
mendidik anak dengan kemewahan.Anak-anak tidak lagi menghormati ibu
bapa.Semoga ibu bapa dapat mendidik anak menjadi anak yang berguna.
6.4 Beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak memviralkan apa yang berlaku di
sekolah di media sosial.Jika boleh setiap aduan dari anak hendaklah terus di
rujuk kepada pihak sekolah bukan di viralkan.
6.5 Sumbangan PIBG menjadi viral di media social.Ibu Bapa perlu ikhlas dalam
memberi sumbangan kepada pihak sekolah.Banyak aktiviti untuk murid
memerlukan kos yang tinggi antaranya sukan tahunan , kelas bimbingan , kem
kepimpinan dan lain-lain.Sumbangan bukan hanya dalam bentuk wang ringgit
tetapi juga tenaga.Harap pihak sekolah boleh membuat jadual tugas kepada
ibu bapa untuk sumbangan tenaga.
6.6 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi
menjemput beliau menjadi wakil kepada PPD.
8
6.7 Beliau mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Raub , En.Nor Ahmad Bin Abdul
Rahim merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-27 dengan lafaz
Bismillah…………….. sekian, terima kasih.
7.Penyampaian cenderahati kepada AJK pibg SKKA sesi 2017/2019 oleh
En.Jamaluddin bin Ghafar.
AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-27 TAHUN 2019
AGENDA 1 Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP En Mohamed Najib Bin
Ishak @ Sohor.
Menyampaikan beberapa pesanan.
AGENDA 2 Membentang dan mengesahkan peringatan mesyuarat yang lalu.
Setiausaha membetulkan beberapa kesilapan yang terdapat dalam
Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu.
Cadangan : Puan Azian Binti Ahmad.
Sokongan : Puan Suria Binti Suradman.
AGENDA 3 Membentang dan mengesahkan laporan tahunan yang lalu
Cadangan : Puan hasniyati Binti Rahmad
Sokongan :Puan Hamidah Binti Kassim.
AGENDA 4 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan yang lalu
mulai 1.1.2018-31.12.2018.
Pn Rosmizawati Binti Ahmad membentangkan penyata kewangan
yang lalu.
Cadangan :En.Saharudin Bin Mohd Husin.
Sokongan :Puan Zaleha Binti Abdul Majid.
AGENDA 5 Pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2017/2019
9
YDP En.Mohamed Najib Bin Ishak @Sohor mengisytiharkan
pembubaran AJK PIBG sesi 2017/2019.
Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG.
Cadangan : Puan Haslinda Binti Abdul Samad
Pencadang : Puan Hasniyati Binti Rahmad
Sokongan : Norizan Binti Norharimi
AGENDA 6 Pemilihan AJK PIBG sesi 2019/2021
Dipengerusikan Pn Haslinda Binti Abdul Samad.
AJK dipilih mengikut kampung.
Setelah melalui proses pemilihan, berikut merupakan senarai
AJK PIBG sesi 2019/2021.
Yang Dipertua : En. Mohamed Najib Bin Ishak@Sohor
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Azrie Bin Ajiban
Setiausaha : Pn. Rosnani Bt. Mohamed@Daud
Bendahari : Pn. Rosmizawati Bt. Ahmad
AJK : Pn. Nooraniza Bt Mohd Nordin ( Kg K. Atok )
: Pn.Rosnani Binti Ripin ( Kg K.Atok )
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Salmiah Binti Zakaria ( Kg Sejuk )
: Pn. Faridah Binti Ali ( Kg Jenud )
: Pn. Hasniyati binti Rahmad ( Jenud )
: En.Saharudin Bin Mohd Hussin(Jeram besu)
: Pn. Haslinda bt. Abd Samad (Guru)
: En.Hazahari Bin Awang (Guru)
: En.Azizi Bin Abdul Razak (Guru)
: Pn Nor Anani Binti Omar ( guru )
Pn Norizan Binti Norharimi ( Penjaga)
AGENDA 7 Perbahasan Usul
10
Usul 1
Saya ingin memberi usul agar sumbangan PIBG pada tahun 2020 dan tahun-tahun
berikutnya di naikkan kepada RM 50.00 memandangkan kepada kos semasa yang
semakin meningkat.
“Sumbangan PIBG pada tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya dinaikkan dari
RM 40.00 sebelum ini kepada RM50.00 bagi setiap keluarga tanpa mengira
bilangan anak yang bersekolah di SK Kuala Atok.”
Nama pembawa usul : Pn.Hasniyati Binti Rahmad
Nama anak di sekolah ini : Batrisha Balqis Bin Nazri
Darjah : Tahun 4
Usul ini diterima sebulat suara tanpa bahas. Kutipan akan dilaksanakan sebaik
sahaja menerima kelulusan Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Pahang.
AGENDA 8 Ucapan penangguhan.
8.1 Pn.Norzawati Binti Nazri memaklumkan berkaitan dengan haiwan ( kera )
berkeliaran di kawasan sekolah.Pihak PERHILITAN telah hadir namun tiada
tindakan di ambil.
8.2 En.Mohd Azrie Bin Ajiban mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana
memberi kepercayaan kepada beliau memegang jawatan Naib Yang Dipertua
PIBG.
8.3 En.Mohd Saharudin Bin Mohd Hussin mengucapkan terima kasih atas
pemilihan sebagai AJK wakil dari Kampung Jeram Besu
8.4 Pn.Hasniyati mengucapkan terima kasih kerana ahli-ahli PIBG yang lain masih
memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus di lantik sebagai AJK.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
11
Disediakan oleh:
( ROSNANI BINTI MOHAMED@DAUD )
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kuala Atok,
27660 Raub, Pahang DM.
s.k.
Pendaftar Sekolah- Sekolah Pahang
Tuan PPD Raub
Penasihat PIBG
YDP PIBG
Ahli-ahli
Fai
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 / 2019
12
1. NOORRANIZA BINTI MOHD NORDIN 50. ANIZAM BIN UDIN
2. NOREHA BINTI HASSAN 51. HAMIDAH BT KASSIM
52. NURHATIPAH BINTI MOHAMED
3. FARIDAH BINTI SAARI 53. SITI NOR FAZILA BT OSMAN
4. SHUHAIRIAH BINTI SHAMSUDIN 54. CHE NUR LAILA BINTI CHE YUSOF
55. NOOR SURIYA BINTI SURATMAN
5. ROSMIZAWATI BINTI AHMAD 56. NOR ANANI BINTI OMAR
6. ROSNANI BINTI RIPIN 57. ROSLINA BINTI ALIAS
58. IRNANINGSIH
7. SAADIAH BINTI SAHIDY 59. ANA SALINA BINTI ABDUL SAMAD
8. JAWAHIR BINTI HUSAIN 60. ROHAIDA BINTI ABU TALIB
9. NOR SYAMSINAR BT JAMALUDIN 61. HISAMSURIYAMAY BINTI HASIM
62. KHAIRUL AMRAN BIN ABD SAMAD
10. ZURINA BINTI MOKHTAR 63. KHAIRUL AZWAN BIN AZMI
11. HASNIYATI BINTI RAHMAD 64. MOHD SHAFIE BIN YUNAN
65. ZAMZARINA BINTI MAT YASSIN
12. WAN HAFIZUL MIRZA BIN WAN 66. WAN NOR MAYA BINTI WAN SALLEH
KHAIRUL AMIN TURUT HADIR
67. EN.JAMALUDIN BIN GHAFAR ( WAKIL
13. HASLINDA BINTI ABDUL SAMAD
14. NOOR RAMIZAH BT SAHAIMI DARI PPD RAUB )
15. WAN AMALINA BINTI WAN BAHARI Laporan Tahunan PIBG 2019/2020
16. SADIAH BT AHMAD WAHID
17. AZIAN BT AHMAD
18. SALAMIAH BINTI ZAKARIA
19. FARHAN AMRI BIN ABDUL GHANI
20. ROSNANI BINTI MOHAMED@DAUD
21. ZAINON BINTI KASSIM
22. SURIATI BT LOT
23. IDA NOORYANIE BINTI MUSTAPHA
24. ROBIAH BINTI WAHAB
25. HISAMSURIYANA BINTI HASIM
26. LAILE BINTI ALI
27. MOHD ZAILIDON BIN ZAINAL
28. NORIZAN BINTI NORHARIMI
29. FARIDAH BINTI ALI
30. KAMSINAH BT ALI
31. ZAKI BIN HARUN
32. SALLEHUDIN BIN ABDUL RAHMAN
33. ZALEHA BINTI ABDUL MAJID
34. SAHABUDIN BIN MOHD HUSSIN
35. KAMAL AZLAN BIN ABDUL SAMAD
36. MOHAMAD AZIZI BIN ABDUL RAZAK
37. HAFSIAH BT ABDUL MAJID
38. ZURAIDAH BT MOHAMAD MOKHTAR
39. ROHANA BT ABD HAMID
40. ZAINAB BIN ABDUL HALIM
41. NORZAWATI BINTI NAZRI
42. SITI MAYAM BT CHE SOH
43. MOHAMAD JAMI BIN ALIAS
44. MOHD NAJIB BIN SOHOR@ISHAK
45. KHAIRUDIN
46. MOHD AZRIE BIN AJIBAN
47. NOR IREFAH BT RAZLAN
48. NUR WAHEDAH BT ABD RAHMAN
49. NUR UMAIRAH BT ZAINUDIN
LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA
ATOK 2019
13
1. PENGENALAN
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan
pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak
sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu,
PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam
menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.
2. JAWATANKUASA PIBG SK KUALA ATOK SESI 2019/2021
Yang Dipertua : En. Mohamed Najib Bin Ishak@Sohor
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Azrie Bin Ajiban
Setiausaha : Pn. Rosnani Bt. Mohamed@Daud
Bendahari : Pn. Rosmizawati Bt. Ahmad
AJK : Pn. Nooraniza Bt Mohd Nordin ( Kg K. Atok )
: Pn.Rosnani Binti Ripin ( Kg K.Atok )
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Salmiah Binti Zakaria ( Kg Sejuk )
: Pn. Faridah Binti Ali ( Kg Jenud )
: Pn. Hasniyati binti Rahmad ( Jenud )
: En.Saharudin Bin Mohd Hussin(Jeram besu)
: Pn. Haslinda bt. Abd Samad (Guru)
: En.Hazahari Bin Awang (Guru)
: En.Azizi Bin Abdul Razak (Guru)
: Pn Nor Anani Binti Omar ( guru )
Pn Norizan Binti Norharimi ( Penjaga)
3. AKTIVITI TAHUNAN
14
PIBG sentiasa komited dalam membantu pihak sekolah menjayakan program-program yang telah
dirancang. Bantuan PIBG mencakupi tenaga, wang ringgit dan masa demi memastikan anak-anak
memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi. Antara program yang menerima
sumbangan PIBG adalah:
➢ Program CAKNA sekolah
➢ Program Keceriaan Kelas
➢ Mesyuarat Agung PIBG ( 2019 )
➢ Sambutan Hari Guru bersama Ibu bapa
➢ Tajaan Kempen Membaca Nilam PSS
➢ Sukan Tahunan ( 2019 )
➢ Tajaan pasukan Nasyid Sekolah ke pertandingan peringkat Negeri Pahang.
➢ Tajaan projek penataran pembukaan sekolah pasca covid.
➢ Tajaan projek QR card untuk semua murid.
4. SUMBER KEWANGAN PIBG
i) Sumbangan ibu bapa sebanyak RM 40.00 untuk satu keluarga.
ii) Sumbangan daripada YB Ahli Parlimen dan YB ADUN Batu Talam
iii) Sumbangan daripada organisasi –organisasi, syarikat-syarikat swasta, orang-orang
perseorangan dan lain-lain.
Disediakan oleh :
( ROSNANI BINTI MOHAMED@DAUD )
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kuala Atok.
Usul 1 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28
15
Saya ingin memberi usul agar sumbangan PIBG pada tahun 2020 dan tahun-tahun
berikutnya di naikkan kepada RM 50.00 memandangkan kepada kos semasa yang
semakin meningkat.
“Sumbangan PIBG pada tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya dinaikkan dari
RM 40.00 sebelum ini kepada RM50.00 bagi setiap keluarga tanpa mengira
bilangan anak yang bersekolah di SK Kuala Atok.”
Nama pembawa usul : Pn.Hasniyati Binti Rahmad
Nama anak di sekolah ini : Batrisha Balqis Bin Nazri
Darjah : Tahun 4
Usul ini diterima sebulat suara tanpa bahas. Kutipan akan dilaksanakan sebaik
sahaja menerima kelulusan Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Pahang.
Usul 2
Saya ingin memberi usul berkenaan pembinaan Taman Herba di sebelah Makmal
Komputer SKKA bagi tujuan pembelajaran.
Pembawa usul : En.Roslan Bin Muhamed Wahab ( GPK HEM SKKA )
Nama anak :
Tahun :
16