The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haliyan, 2022-11-21 12:14:13

Kamus Peribahasa Digital

mengandungi peribahasa

KAMUS Peribahasa Digital
PERIBAHASA
Kamus
DIGITAL
6 Cergas
Hannah Karmila binti Mohd Hafiz
6 Cergas Karmila

Sekolah Kebangsaan Taman Desa Hannah
Bandar Country Homes, Rawang

KANDUNGAN Peribahasa Digital

01 Pengertian 04 Bidalan
Peribahasa
Kamus ini akan mengandungi Kamus
contoh-contoh peribahasa yang
02 Perumpamaan 6 Cergas
sering digunakan mengikut
03 Pepatah kategori beserta dengan makna Karmila
peribahasa tersebut dan contoh

ayat.

Hannah

01 PENGERTIAN PERIBAHASA Peribahasa Digital

Merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal, pepatah:
pegangan mereka yang teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”,
sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.

(Kamus Dewan Edisi Keempat) Kamus

Kategori: 6 Cergas

Perumpamaan Sejenis peribahasa berlapis yang membandingkan sesuatu benda yang
lain dan umumnya berisi pengajaran (bagai, ibarat, laksana, seperti, bak,
umpama dan sebagainya).

Pepatah Ungkapan yang padat dan ringkas serta mengandungi pengajaran dan Karmila
nasihat.

Bidalan Sejenis peribahasa yang mempunyai susunan kata yang menekankan Hannah
bandingan dan teladan. Bidalan merupakan bahasa kiasan yang
mengandungi pengajaran dan pemikiran yang bernas.

02 Peribahasa Digital

Perumpamaan Kamus
• Mempunyai maksud berlapis
• Perbandingan tingkah laku manusia dengan alam 6 Cergas

sekeliling Karmila
• Contoh-contoh perumpaan yang bermula dengan

bagai, laksana, seperti dan umpama

Hannah

02 Perumpamaan: Bagai Peribahasa Digital

1. Bagai telur di hujung tanduk

Maksud: Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin.

Contoh ayat: Apabila menyedari keadaannya bagai telur di hujung tanduk, Ali
bergegas meletakkan jawatan yang disandangnya.
Kamus
2. Bagai isi dengan kuku

Maksud: Hubungan persahabatan yang erat. 6 Cergas

Contoh ayat: Hannah dan Qistina berkawan rapat bagai isi dengan kuku dan
tidak pernah bertengkar.

3. Bagai cincin dengan permata Karmila

Maksud: Pasangan yang sangat sepadan.

Contoh ayat: Pasangan pengantin yang bersanding itu bagai cincin dengan

permata, sama cantik sama padan. Hannah

02 Perumpamaan: Laksana Peribahasa Digital

1. Laksana pohon kayu tidak berbuah

Maksud: Ilmu yang tidak dimanfaatkan.

Contoh ayat: Orang itu laksana pohon kayu tidak berbuah kerana segala ilmunya
tidak diamalkan.
Kamus
2. Laksana jentayu menantikan hujan

Maksud: Sangat merindui seseorang. 6 Cergas

Contoh ayat: Hani laksana jentayu menantikan hujan kerana sudah dua tahun

tidak berjumpa dengan kakaknya yang bekerja di luar negara itu.

3. Laksana kunyit dengan kapur Karmila

Maksud: Seseorang yang cepat mesra.

Contoh ayat: Hannah amat disukai oleh penduduk-penduduk kampong kerana
dia laksana kunyit dengan kapur.
Hannah

02 Perumpamaan: Seperti Peribahasa Digital

1. Seperti anjing dengan kucing

Maksud: Dua orang yang selalu bertengkar jika bertemu.

Contoh ayat: Hani dan Hannah seperti anjing dengan kucing jika bertemu.

2. Seperti cacing kepanasan Kamus

Maksud: Berada dalam keadaan sangat gelisah. 6 Cergas

Contoh ayat: Cindy seperti cacing kepanasan kerana masih belum menjumpai

dompetnya yang hilang.

3. Seperti gergaji dua mata Karmila

Maksud: Mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak.

Contoh ayat: Pak Ajib cepat mrenjadi kaya kerana di bersikap seperti gergaji dua
mata.
Hannah

02 Perumpamaan: Umpama Peribahasa Digital

1. Umpama buah kepayang dimakan, mabuk dibuang sayang

Maksud: Serba salah kerana sesuatu yang disayangi merosakkan diri.

Contoh ayat: Makcik Salamah serba salah untuk menyerahkan anaknya kepada
pihak polis, dia umpama buah kepayang dimakan, mabuk dibuang
sayang. Kamus

2. Umpama air digenggam tak tiris 6 Cergas

Maksud: Sangat kedekut atau bakhil.

Contoh ayat: Yusuf yang bersikap umpama air digenggam tak tiris tidak disukai
oleh rakannya.

3. Umpama galah di tengah arus Karmila

Maksud: Tidak berasa selamat.

Contoh ayat: Pengurus itu berasa umpama galah di tengah arus kerana telah
melakukan kesalahan.
Hannah

03 Peribahasa Digital

Pepatah Kamus

• Berkaitan dengan adat –istiadat, undang- 6 Cergas
undang atau peraturan masyarakat
Karmila
• Terdiri daripada dua baris atau lebih
• Mementing pengajaran dan pendidikan

Hannah

03 Pepatah Peribahasa Digital

1. Ada gula, adalah semut

Maksud: Ditempat yang senang mencari rezeki, ramai orang berkumpul.

Contoh Ayat: Sememangnya tempat itu menjadi tumpuan peniaga kerana ada gula,
adalah semut.
Kamus
2. Ada udang di sebalik batu

Maksud: Mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan. 6 Cergas

Contoh Ayat: Ramai orang menasihatkan agar berhati-hati apabila berkawan dengan
Najib kernaa dia ada udang di sebalik batu.

3. Air susu dibalas dengan air tuba Karmila

Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Contoh Ayat: Dia langsung tidak menghargai pertolongan yang diberikan kepadanya Hannah
selama ini malah telah menfitnah kawannya.Inilah yang dikatakan air
susu dibalas dengan air tuba.

03 Pepatah Peribahasa Digital

4. Bagaimana acuan, begitu kuihnya

Maksud: Seseorang anak yang mempunyai kepandaian atau tingkah laku yang sama
dengan ibu bapanya.

Contoh Ayat: Hannah sangat berbakat dalam bidang seni seperti ibunya, bak kata
pepatah bagaimana acuan, begitu kuihnya.
Kamus
5. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Maksud: Sentiasa beringat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak 6 Cergas
menyesal di kemudian hari.

Contoh Ayat: Ibu sentiasa menasihati saya agar berhati-hati semasa berbasikal kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

6. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat Karmila

Maksud: Diam-diam seorang yang berakal itu berfikir tetapi diam-diam seseorang
yang bodoh itu hanya sia-sia

Contoh Ayat: Dalam diam-diam dia berjaya menghasilkan inovasi terkini hasil dari Hannah
penyelidikannya. Bak kata orang diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.

04 Peribahasa Digital

Bidalan Kamus

• Berfungsi sebagai nasihat 6 Cergas
• Lebih kerap digunakan kerana mudah
Karmila
diingat.
• Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran

berbanding pepatah yang lebih ringkas.

Hannah

04 Bidalan Peribahasa Digital

1. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Maksud: Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan,
Contoh Ayat: sementara perbalahan akan menyebabkan perpecahan.

Sebagai rakyat, kita haruslah sentiasa mengamalkan prinsip bersatu kita Kamus
teguh, bercerai kita roboh supaya negara menjadi aman dan damai.

2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud: Hubungan yang mesra hingga sanggup menghadapi segalanya bersama- 6 Cergas
Contoh Ayat: sama.

Semua kerja yang susah boleh menjadi senang sekiranya kita semua bersatu
dan memikul tanggungjawab bersama ibarat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.

3. Biar mati anak, jangan mati adat Karmila

Maksud: Adat resam harus dipertahankan dan tidak boleh dilanggar.

Contoh Ayat: Walaupun sejauh mana kita melangkah, jangan sesekali lupa akan asal usul Hannah
dan adat resam kita. Bak kata bidalan biar mati anak, jangan mati adat.

04 Bidalan Peribahasa Digital

4. Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Maksud: Rela berkorban nyawa daripada menanggung malu atau kesusahan.

Contoh Ayat: Perajurit tanah air sentiasa berpegang kepada prinsip biar putih tulang, jangan
berputih mata demi mempertahankan negara.

5. Sarang tebuan jangan dijolok Kamus

Maksud: Perkara yang bahaya jangan dicari.

Contoh Ayat: Orang kata sarang tebuan jangan dijolok seandainya berhadapan dengan 6 Cergas
orang yang cepat marah.

6. Alah membeli menang memakai Karmila

Maksud: Barang yang bermutu tinggi tetap lebih tinggi harganya.

Contoh Ayat: Kasmah sanggup membeli beg tangan yang mahal itu kerana baginya alah
membeli menang memakai.
Hannah

PENGHARGAAN RUJUKAN Peribahasa Digital

1. Cikgu Jamilah Omar 1. Betulkan Peribahasa dan Kamus
2. Ibu dan bapa saya Simpulan Bahasa – Tan Wee
3. Adik Hani Khaleela Chien 6 Cergas
4. Rakan-rakan kelas 6
2. Kamus Dewan edisi keempat
Cergas 3. Sumber internet

Karmila

Hannah

TERIMA KASIH

Hannah Karmila 6 Cergas Kamus Peribahasa Digital


Click to View FlipBook Version