The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM BAGI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmad_shukri sahri, 2021-10-24 21:46:22

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

BUKU PROGRAM BAGI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI 1
YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN HAJI YAHAYA
2
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 3
YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ANISMAH BINTI M.NOH
4
REKA BENTUK LOGO HARI GURU 8
9
HURAIAN TEMA HARI GURU 2021 10
11
IKRAR HARI GURU 16
LIRIK LAGU GURU MALAYSIA 19
ATUR CARA MAJLIS 21
JAWATANKUASA INDUK 22
JAWATANKUASA PELAKSANA 24
ANUGERAH TOKOH GURU NEGERI SELANGOR 2021 26
ANUGERAH KEPIMPINAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 2021 28
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN 30
ANUGERAH GURU CEMERLANG 31
ANUGERAH GURU INOVATIF 32
ANUGERAH GURU IKON
ANUGERAH KHAS
SENARAI TEMA HARI GURU

PENGHARGAAN

i

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat
kita menyambut perayaan Hari Guru peringkat negeri Selangor bagi
menghargai jasa para guru yang penuh setia dan dedikasi dalam menabur
bakti mencurahkan ilmu kepada anak-anak Malaysia.

“Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu” dipilih sekali lagi sebagai
tema Hari Guru 2021. Tema ini menyentuh peranan guru dalam
memperkasakan ilmu dan profesionalisme bagi membina generasi baharu
yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal
insan yang berilmu pengetahuan luas, berpersonaliti menarik, berkemahiran dan berdaya
saing di peringkat global.

Saya meletakkan kepercayaan dan tanggungjawab kepada para guru dan pendidik agar
terus kreatif dan inovatif untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran bagi memanipulasi
kecerdasan, minat dan bakat semula jadi murid ke arah pembentukan generasi baharu yang
mempunyai mentaliti kelas pertama dan bersikap terpuji agar dapat membina kerjaya dan
meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih berjaya.

Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan agar kualiti pendidikan negara
kita dapat berada dalam kategori sepertiga teratas atau the top third dalam penarafan kualiti
sistem pendidikan antarabangsa. Para guru sewajarnya berintergriti tinggi dalam menjalankan
tugas yang diamanahkan bagi mendukung dasar-dasar kerajaan, merealisasikan visi dan misi
pendidikan serta memenuhi impian masyarakat dan ibu bapa.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga
pendidik dan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari
Guru Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU”

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA “
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

1

“ KATA ALU-ALUAN

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat dan rahmat-Nya, dapat kita
menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021. Tahniah dan
terima kasih kepada semua warga guru atas usaha bakti dan sumbangan yang telah
dicurahkan demi memperkasakan kecemerlangan pendidikan negara.

Sambutan Hari Guru adalah satu pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan
guru dalam melaksanakan dasar pendidikan untuk mencapai aspirasi negara dalam melahirkan modal
insan yang berilmu, berkemahiran, bertatasusila dan berkemampuan untuk memberikan sumbangan
kepada negara. Golongan pendidik mestilah menjadi jentera penggerak utama yang bertanggungjawab
merealisasikan objektif pendidikan ini dicapai sepenuhnya seperti yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sejajar dengan tanggungjawab dan peranan guru maka tema sambutan Hari Guru tahun 2021
iaitu “Berguru Demi Ilmu, Membina Generasi Baharu” menuntut para guru agar tidak jemu
memperlengkap diri dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya menanam kecintaan akan ilmu dalam jiwa generasi baharu
sebagai pewaris negara agar mampu bersaing dan memberikan sumbangan dengan cemerlang .

Saya mengharapkan seluruh warga pendidik di negeri Selangor agar sama-sama berganding bahu
dan menggembleng tenaga dalam melaksanakan dasar pendidikan dengan bersungguh-sungguh,
terancang dan efektif. Setiap usaha yang dilakukan dengan cara yang terbaik, hasilnya juga insya-Allah
akan menjadi yang terbaik.

Akhir kata, saya ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pendidik Negeri Selangor
yang begitu komitmen dalam memikul hasrat masyarakat terutama ibu bapa. Semoga Allah
memberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan hidup kepada semua warga guru. Guru umpama
jauhari yang mengenal manikam, tanpamu guru sudah pasti suram kilauan intan.

Terima kasih Cikgu dan Selamat Hari Guru!

PUAN HJH ANISMAH BINTI M.NOH “
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor

2

REKA BENTUK LOGO HARI GURU

PUTIH

Menunjukkan kesucian,
kesabaran, kesempurnaan
dan keamanan.

PERAK

Menunjukkan rakyat
berbilang bangsa bersatu
padu dan teguh.

KUNING

Sinaran cahaya yang cemerlang pada
masa hadapan. Bulan dan bintang
membawa erti yang terkandung
dalam bendera Malaysia.

MERAH

Menunjukkan keteguhan
semangat.

BIRU

Menunjukkan perpaduan
muhibah.

3

HURAIAN TEMA HARI GURU 2021

“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”.

1. DEFINISI
1.1 BERGURU: Berguru merupakan satu usaha memperoleh ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada sesiapa sahaja yang
berpengetahuan dalam sesuatu bidang bagi menyempurnakan
pembentukan modal insan yang dapat memberi manfaat kepada
diri, masyarakat dan negara. Dalam konteks era digital, berguru
boleh diperluas konsepnya kepada pemerolehan ilmu secara maya
berdasarkan sumber yang benar, sahih dan boleh
dipertanggungjawabkan.

1.2 DEMI ILMU: Ilmu dan kemahiran yang dituntut dengan niat ikhlas
untuk mengetahui sesuatu. Keikhlasan akan memudahkan ilmu
melekat dalam sanubari seseorang.

1.3 BINA: Membangun, menjadikan, mendirikan dan membentuk
sesuatu atau seseorang untuk mencapai matlamat yang
dihasratkan secara berterusan.

1.4 GENERASI BAHARU: Sekumpulan orang yang lebih kurang sebaya
atau seumur yang hidup dalam persekitaran dan zaman yang
sama. Generasi baharu yang akan dibentuk merupakan generasi
acuan kita sendiri yang berpandukan kepada matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

4

HURAIAN TEMA HARI GURU 2021

2. HURAIAN

2.1 Tema Hari Guru bagi tahun 2021 ialah

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
memberi penekanan kepada konsep kecintaan kepada ilmu dalam
konteks perguruan. Tema ini menyentuh peranan guru dalam
memperkasakan keilmuan dan profesionalisme diri bagi membina
generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan yang sentiasa
dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan
pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip
pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).

2.2 Tema tersebut juga merujuk kepentingan untuk murid mempelajari
sesuatu bidang dengan niat memperoleh ilmu. Murid yang ada pada
hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara.
Kecintaan kepada ilmu dalam perguruan akan melahirkan generasi
baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

2.3 Bagi melahirkan generasi baharu, guru perlu sentiasa peka dan
responsif terhadap sebarang perubahan dan perkembangan yang
berlaku, bukan sahaja terbatas dalam daerah persekitaran mereka
tetapi juga menjangkaui ruang lingkup dunia global tanpa
sempadan. Dalam mendepani persekitaran yang dinamik,
penguasaan ilmu merupakan kunci kepada penyelesaian pelbagai
perubahan.

2.4 Konsep berguru sebenarnya bermula seawal bayi berada di dalam
kandungan sehinggalah seseorang itu disemadikan. Berguru
merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada
berpenghujungan, selagi mana seseorang itu masih menikmati
kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru hendaklah sentiasa
memelihara adab ketika berguru. Guru hendaklah sentiasa dihormati
dan dimuliakan. Setiap murid hendaklah menginsafi bahawa tidak
ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran
insan bergelar guru. Guru berkorban masa dan tenaga mendidik
mereka tentang kehidupan, dari asas membaca, menulis dan mengira
sehinggalah kepada penerokaan ilmu yang lebih luas dan kompleks.
Guru jugalah insan yang banyak membentuk karakter dan
keperibadian seseorang. Tanpa guru siapalah kita.

5

HURAIAN TEMA HARI GURU 2021

2.5 Apabila seseorang itu telah menamatkan alam persekolahan atau
pendidikan tinggi, tidaklah bermakna bahawa proses menuntut
ilmu itu sudah berakhir. Setelah memasuki dunia pekerjaan,
seseorang itu akan terus berguru bagi meningkatkan dan
memantapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang dimiliki. Berguru
ialah proses menyempurnakan nilai keinsanan seseorang bagai
ungkapan peribahasa berirama pantun:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

2.6 Pantun peribahasa di atas terkandung kata nasihat yang bermaksud
bahawa jika seseorang itu menuntut ilmu yakni berguru, dan ingin
menjadi orang yang benar-benar berilmu, maka berguru itu
hendaklah dilaksanakan dengan penuh kesungguhan, konsisten
(istiqamah) dan ikhlas. Berguru yang tidak didorong dengan ciri-
ciri tersebut akan menyebabkan ilmu yang diperoleh tidak
mendatangkan manfaat yang sepenuhnya baik kepada dirinya
mahupun keluarga, masyarakat dan negara. Ibarat bunga yang
kembangnya tidak menampakkan sesuatu yang cantik dan indah
berseri.

2.7 Dalam kehidupan ini, banyak ilmu yang kita boleh pelajari melalui
pembelajaran secara formal dan tidak formal. Dalam hal ini, kita
seharusnya mempelajari ilmu tersebut kerana niat untuk
mengetahuinya. Ilmu hendaklah diperoleh daripada orang yang
mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta
berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Ilmu yang
dipelajari dengan niat sebegini akan lebih mudah melekat di jiwa.
Ilmu ini juga boleh digunakan atau diajarkan kepada orang lain
apabila keadaan memerlukan. Selain itu, seseorang yang berguru
dengan niat untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha
meningkatkan kefahaman ilmu yang telah diperoleh. Mereka juga
akan berusaha meneroka bidang ilmu baharu.

6

HURAIAN TEMA HARI GURU 2021

2.8 Peningkatan kefahaman dan penerokaan berterusan bidang
ilmu baharu akan melahirkan ilmuan yang mampu menjadi
pencipta dan pereka produk dan perkhidmatan yang berimpak
tinggi. Mesej paling penting ialah menuntut ilmu dan
kemahiran perlu dengan niat yang ikhlas. Keikhlasan akan
memudahkan ilmu melekat dalam sanubari seseorang. Guru
seharusnya memastikan anak-anak didik berguru demi ilmu
dan memupuk kecintaan mereka terhadap ilmu.

2.9 Setiap guru mestilah memahami dan menghayati peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Dalam jiwa setiap
pendidik, perlu terpahat sifat kasih sayang, belas kasihan,
hormat-menghormati, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.
Guru berperanan menjentik minda inkuiri murid dalam bidang
sains dan teknologi serta memupuk daya keusahawanan yang
tinggi dalam kalangan generasi baharu. Sebagai pendidik, guru
tidak hanya sekadar mengisi jawatan profesion pekerjaannya
tetapi lebih besar daripada itu, mereka memikul amanah
mencorakkan generasi baharu masa depan negara.

2.10 Generasi Baharu yang ingin dibina ialah generasi yang tinggi
ilmunya serta luhur peribadi dan akhlaknya. Mereka berfikiran
kritis, kreatif dan berinovatif serta berdaya saing dalam
mendepani cabaran dunia global. Menyedari bahawa kita hidup
dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku
kaum, generasi baharu yang ingin dilahirkan ini juga
merupakan generasi yang amat menghargai perbezaan dan
mencintai perpaduan (unity in diversity).

2.11 Seiring dengan kepesatan perkembangan dunia digital dan
Revolusi Industri 4.0, pembinaan generasi baharu juga berfokus
kepada penguasaan teknologi digital dan teknologi automasi.
Lantas generasi baharu perlu diperlengkap untuk bersedia
mendepani dunia yang yang semakin kompleks dan dinamik.
Kejayaan negara bergantung kepada keupayaan modal insan
untuk memiliki pengetahuan yang tinggi, kemahiran
memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, bertolak
ansur, berdaya saing dan cinta akan negara.

7

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

8

LAGU KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

9

ATUR CARA MAJLIS

9.00 pagi - Ketibaan tetamu dan pendaftaran
9.30 pagi - Ketibaan jemputan khas
10.00 pagi- Perarakan masuk jemputan khas

- Nyanyian lagu
- Negaraku
- Negeri Selangor

- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan oleh;

Yang Berusaha Puan Hajah Anismah binti M.Noh
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
- Ucapan perasmian oleh;
Yang Berhormat Cikgu Muslimin bin Yahaya
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Gimik perasmian
- Lafaz Ikrar Guru
- Nyanyian lagu Guru Malaysia.
- Penyampaian hadiah Pertandingan Video Pendek Hari Guru Negeri Selangor 2021
- Penyampaian Anugerah Hari Guru 2021
- Penyampaian Sijil Penghargaan
- Persembahan video pendek Hari Guru Negeri Selangor Tahun 2021
- Tayangan video penerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan dan Anugerah Tokoh
Guru Negeri Selangor Tahun 2021
- Penyampaian Anugerah Kepimpinan Pendidikan dan Anugerah Tokoh Guru Tahun
2021
- Penyerahan Bendera Hari Guru Negeri Selangor kepada Tuan Rumah 2022
- Penyampaian cenderamata
- Jamuan makan
- Bersurai

10

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : YBrs. Puan Hajah Anismah binti M. Noh
Pengarah Pendidikan Selangor

Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Marpuaton binti Sastero
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi : Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Jalil, S.M.S.
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan
Setiausaha dan Pengurusan PPD
Pen. Setiausaha I
Pen. Setiausaha II YBhg Datin Hajah Nor Faridah binti A. Bakar, K.M.N
Pen.Setiausaha III Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Bendahari
Tuan Azmi bin Misron
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid

: Dr. Rashidah Begum binti Gelamdin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pra Sekolah & Rendah

Sektor Pengurusan Sekolah`

: En. Mohd Zainudin bin Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pra Sekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Khairil Anuar bin Othman
Penolong Pengarah
Unit Pra Sekolah & Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Mohd Nur Hakim bin Mohd Shalimin
Penolong Pengarah
Unit Menengah dan Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Azhar bin Minai
Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

11

JAWATANKUASA INDUK

AHLI-AHLI

Cik. Shadhana Popatlal : Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir
Tn. Hj. Abd Najeh bin Asmuin : Negeri Selangor

En. Noor Azli bin Abd. Rahman : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Islam
Pn. Ruzana binti Jajuri :
Ketua Penolong Pengarah Kanan
En. Halil bin Badli @Jaafar : Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

En. Muhammad Hanafi bin Ahmad : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Sumber Manusia
En. Mohd Fauzi bin Md Zahir :
Ketua Penolong Pengarah Kanan
En. Fatzlee bin Hashim : Sektor Pendidikan Khas

En. Mohammad Nuri bin Hussin : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Infranstuktur dan Perolehan
Pn. Rozalina binti Mohd Jamil :
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pn. Siti Rohani binti Mohd Mustakim : Sektor Pengurusan

Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber dan Teknologi
Pendidikan

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Maklumat

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Integriti

En. Musa bin Ismail : Timbalan PPD Petaling Perdana
Pn. Azlina binti Hussin Sektor Perancangan
Pn. Maimunah binti Mustaffa (Menjalankan tugas Pegawai PPD PP )

: Timbalan PPD Petaling Utama
Sektor Perancangan
(Menjalankan tugas Pegawai PPD PU )

: Pegawai Pendidikan Daerah Klang

Tn. Hj. Sajoli bin Masdor : Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

12

JAWATANKUASA INDUK

Tn. Hj. Arbain bin Pinni : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat
En. Azhar bin A. Kadir : Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam
Tn. Hj. Mohd Azuan bin Mohd Nawawi :

En. Mohd Jaluli bin Haji Yahaya :

Pn. Rozlina binti Abdul Ghani : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor

En. Ishak bin Abdullah : Pegawai Pendidikan Daerah Sepang

Pn. Rashidah binti Mohamad Yusof : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pembelajaran
En. Mohamad Yusri bin Dahrumi :
Ketua Penolong Pengarah Kanan
En. Azmi bin Mohamad : Sektor Pembelajaran

Pn. Hjh. Hanisah binti Mohd Yusof : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pembelajaran
En. Mohd Alias bin Awang :
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pn. Kholishah binti Hassan : Sektor Pembelajaran

En. Ahmad Kamil bin Jamaluddin : Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Azilawati binti Abu Bakar :
Ketua Penolong Pengarah
Tn. Hj. Shopuan Anuar bin Ahmad : Sektor Pengurusan Sekolah

Pn. Nor Hasnizam binti Parman : Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Hjh Haslina binti Sainal :
Ketua Penolong Pengarah
En. Khairul Anuar bin Haji Awang : Sektor Pembelajaran

En. Mohd Sani bin Tuhimin : Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah

Ketua Pengarah Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

Penolong Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor Psikologi dan Kaunseling

13

JAWATANKUASA INDUK

En. Mohamad Hazli bin Hassan : Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Raja Rosnah binti Raja Zainan :
Penolong Pengarah
En. Muhamad Irwan Mohamed Yusi : Sektor Pengurusan Sekolah

En. Saiful Kahar bin Ahmad : Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
En. Mohd Shayuty bin Mohammad Ali :
Penolong Pengarah
En. Kamarul Rizal Sahrin bin Abdul Sektor Pengurusan Sekolah

Karim : Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Anita binti Parlan :
Penolong Pengarah
Pn. Zulimah binti Mukid : Sektor Pembelajaran

Pn. Noor Asilah binti Mat Yusoff : Penolong Pengarah
Sektor Pembelajaran
Pn. Siti Norakma binti Kamaruddin :
Penolong Pengarah
Pn. Siti Dewi Marsitah binti Ismail : Sektor Pembelajaran

En. Mohd Idrus bin Arifin : Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
En. Sazali bin Baharudin :
Penolong Pengarah
Pn. Norizah binti Tukiman : Sektor Pembangunan Murid

Tn. Hj. Ahmad bin Ismail : Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan Murid

Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam

Yang Dipertua MPSM Cawangan Selangor

En. Sukimin bin Juki : Pengerusi MGB Selangor

En. Lim Kim Leong : Pengerusi MGB SJK(C) Selangor

En. Thamilarasu a/l Subramaniam : Pemangku Pengerusi MGB SJK(T) Selangor

14

JAWATANKUASA INDUK

En. Fauzi bin Khamdi : Yang Dipertua MPCK Cawangan Selangor

Pn. Sarimah binti Yaakob : Pengerusi Majlis Guru Cemerlang

En. Abu Bakar bin Semaat : Pengerusi KPPK Cawangan Selangor

En. Zulkifli bin Ahmad : Pengerusi PENGELOLA Selangor

En. Megat Pauzi bin Ibrahim : Pengerusi KGMMB Selangor

En. Mustafa Kamal bin Husin : Pengerusi KKGLMSM Selangor

En. Thamilarasu a/l Subramaniam : Pengerusi KKGGST Selangor

Pn. Chuah Soo Cheng : Pengerusi KKGGBM Selangor

Ustaz Haji Sudin bin Mamat : Pengerusi KKGGAMB Cawangan Selangor

Ustaz Muhammad Ali bin Manjok : Pengerusi Persatuan Guru-guru Agama
(PEGUAM) Selangor
Pn. Chang Keng Ling :
Pengerusi Majlis Sekolah Menengah
YBhg Dato’ Hj Mat Yassir bin Ihsan : Conforming Selangor

Yang Dipertua PBPPPM Cawangan Selangor

En. Mohmad Nazer bin Hashim : Setiausaha KESUBA

En. Mohamed Saufi bin Shafie : Focal Person KPIBKS

15

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : YBrs. Puan Hajah Anismah binti M. Noh
Pengerusi (Pengarah JPN Selangor)
Tim Pengerusi
Naib Pengerusi I : En Mohd Jaluli bin Hj Yahaya
( Pegawai PPD Sabak Bernam)

: En Omar bin Hamsa
(Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah)

: En Mohd Zakiyuddin bin Abd Hamid
(Timbalan PPD Sektor Perancangan)

Naib Pengerusi II : Pn Hajah Noor Aida binti Ngat Denin
Naib Pengerusi III (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran )

: Tuan Haji Idris bin Sahir
(Timbalan PPD Sektor Pembangunan Bakat Murid)

Naib Pengerusi IV : En. Nik Shariman bin Nik Md Salleh
Naib Pengerusi V (Pegawai Eksekutif)

: Tuan Haji Yusaini bin Salleh
(Pengerusi MPSM Sabak Bernam)

Naib Pengerusi VI : En. Megat Pauzi bin Ibrahim
(Pengerusi MGB Sabak Bernam)

Setiausaha : En. Mohd Shabuddin bin Muanam
(Pen.PPD Sabak Bernam)

Penolong Setiausaha I : Pn. Siti Fairus binti Mat Noor
(Pen.PPD Sabak Bernam)

Penolong Setiausaha II: En. Mohd Fadli bin Khalidin
(Pen.PPD Sabak Bernam)

Bendahari : En. Mohd Zamri bin Abdul Latip
(Pen.PPD Sabak Bernam)

16

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PENYELARAS

Pengurus Acara / En. Mohamad Rashiq Bin Mohamed Noh

Juruacara / (Pen.PPD Sabak Bernam)

Protokol En. Jaafar Bin Abdul Rahman

(Pen.PPD Sabak Bernam)

En. Abd Muiez Bin Mohamad Ruslee

(SMK Sungai Besar)

Pn. Nor Maizatul Azura Binti Mohammad Nasair

(SMK Bagan Terap)

Urus Setia, Pn. Siti Aishah Binti Mujab

Jemputan Dan (SIP+, PPD Sabak Bernam)

Sambutan / En. Mohd Azli Bin Abd Latip

Persiapan Dan (Pen. PPD Sabak Bernam)

Koordinator Tempat Pn. Izzah Binti Supeni

(tagging) / (Kaunselor Pendidikan Daerah)

Koordinator Jamuan En. Mohd Fadli Bin Khalidin

/ Bilik Menunggu (Pen. PPD Sabak Bernam)

VIP Cik Nur Laila Binti Hasin

(Pembantu Tadbir PPD Sabak Bernam)

Senarai Penerima En. Mohd Shabuddin Bin Muanam

Anugerah dan Sijil (Pen. PPD Sabak Bernam)

Penerima Anugerah Pn. Siti Fairus Binti Mat Noor

/ Pendaftaran / (Pen. PPD Sabak Bernam)

e-Sijil / En. Ahmad Shukri Bin Hj. Sahri

Buku Program / (Pen. PPD Sabak Bernam)

Anyflip / En. Mohd Samsi Hafiz Bin Abd Hamid

Dokumentasi / (Pen. PPD Sabak Bernam)

Kebajikan Pn. Nuranizan Binti Khairie

(Pen. PPD Sabak Bernam)

En. Faisal Bin Wook

(SK Tun Dr Ismail)

Pendaftaran Pn. Arfah Binti A. Mohamad

Penginapan / (Pen. PPD Sabak Bernam)

Kaunter Pn. Nur Aileen Lau Abdullah

Pendaftaran (SISC+ Bahasa PPD Sabak Bernam)

Penerima Anugerah Pn. Siti Marhamah Binti Sebon

/ Hadiah Dan (Ketua Pembantu Tadbir PPD Sabak bernam)

Cenderamata Noraiza Binti Taslim

(Pembantu Tadbir PPD Sabak Bernam)

Norsalina Binti Abdul Manaf

(Pembantu Tadbir PPD Sabk Bernam)

Siti Dahlina Binti Arsad

(Pembantu Tadbir PPD Sabak Bernam)

17

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengiring (liaison Pn. Hamidah Binti Mat Yusop
Officer) / (SISC+ TVET PPD Sabak Bernam)
En. Mohd Norhadi Bin Mamat
Penerima Anugerah (Pen. PPD Sabak Bernam)
Tokoh

Penajaan Dan Publisiti En. Mohd Zamri Bin Abd Latip

/ Penyelarasan (Pen. PPD Sabak Bernam)

Teknikal Dan En. Ahmad Syafiq Firdaus Bin Mohamad

Multimedia / (Pen. PPD Sabak Bernam)

Latar Pentas Dan En. Muhammad Sulaiman Bin Mohd Azmi

Gegantung / (Juruteknik Komputer PPD Sabak Bernam)

Persembahan / Gimik / Pn. Wan Noor Izah Binti Abu Bakar

Siaran (Media Sosial (SISC+ Matematik Dan Sains PPD Sabak Bernam)

Rasmi) Pn. Noor Shakila Binti Ahmad

(SMK Bagan Terap)

En. Ahmad Kamil Bin Othman

(SK Sungai Limau)

En. Idi Johan Bin Mohd Zohdi

(SMK Dato Mustaffa)

SMKA Tun Rahah (Gamelan)

SMK Sungai Besar (Angklung PPKI)

Lafaz Ikrar / En. Mohd Soom Bin Zahlan
Bacaan Doa / (Pen. PPD Sabak Bernam)
Tugah Khas / En. Muhammad Azrul Bin Abdul Rahman
Kenderaan / (Pen. PPD Sabak Bernam)
Keselamatan En. Mohd Hilmi Bin Badron
(Pen. PPD Sabak Bernam)
En. Amran Bin Shaary
(Pen. PPD Sabak Bernam)
En Mohd Nazri Bin Butasir
(Pembantu Tadbir PPD Sabak Bernam)
Muhammad Hafiq Haikal Bin Leman
(Pemandu PPD Sabak Bernam)

Penyediaan Teks En. Suhaimi Bin Sabran
Ucapan (SIP+ PPD Sabak Bernam)
En. Daud Bin Dasuki
(Pen. PPD Sabak Bernam)
En. Samsudin Bin Arsad
(SISC+ Sains Sosial PPD Sabak Bernam)

18

ANUGERAH TOKOH GURU

PUAN MAZMIN BINTI MOHD

‘Pemimpin Cemerlang berupaya melahirkan Pemimpin
Cemerlang juga‘. Kenyataan itu terpasak kuat dalam hati Pn.
Mazmin semasa menjalani Kursus Pengetua Baharu tahun 2004.
Beliau bertekad akan sentiasa sedia menimba ilmu baharu untuk
meningkatkan kompetensi diri ke arah membangunkan warga sekolah serta
menjadi suri teladan yang menjadi ikutan anak-anak buah dan orang sekeliling.
Pn. Mazmin kerap terpilih menghadiri kursus di IAB Cawangan Jitra, IAB Genting
dan IAB Pusat di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Bermula dari tahun 2006, beliau sudah mula berkongsi ilmu dengan
Pengetua Guru Besar (PGB) dan guru-guru daerah Hulu Selangor dan luar Hulu
Selangor termasuk di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara
ilmu yang dikongsikan dengan warga pendidik ialah pelaksanaan Headcount
Berimpak Tinggi, Pelan Strategik Sekolah dan pelaksaan i-Think menjana KBAT.

Pn. Mazmin juga tekal melaksanakan semua ilmu yang dikongsikan itu di
sekolah beliau bertugas , di SMK Dato’ Hj Kamaruddin dan SMK Kuala Kubu Bharu
supaya tidak berlaku seperti, ‘Kera di hutan disusukan anak di rumah mati
kelaparan ‘ Selama tujuh tahun di SMK Serendah, beliau tidak jemu berusaha
menggerakkan warga sekolah melaksanakan semua ilmu yang dikongsikan.

Ketekalan Pn. Mazmin meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang
berupaya meneraju, membimbing serta menjadi pendorong kepada warga sekolah
telah berjaya meletakkan SMK Serendah cemerlang dalam semua bidang dan
dikenali hingga ke peringkat antarabangsa yang bukan sahaja melibatkan
pengetuanya malah guru-guru serta ramai murid-muridnya. Beliau akan ‘menjual’
nama sekolah khususnya SMK Serendah dalam perkongsian limu sama ada dalam
bentuk bengkel atau pembentangan hingga di peringkat antarabangsa.
Pelaksanaan Headcount yang berkesan di sekolah telah menggerakkan Pn Mazmin
menulis buku, ‘ Headcount Berpusatkan Murid Ke Arah Sekolah Berimpak Tinggi’
bersama dengan buku rekod headcount murid.

19

ANUGERAH TOKOH GURU

Pada 2014, SMK Serendah diiktiraf sebagai Sekolah Penanda Aras i-Think
oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti yang membuat penilaian kerana sekolah
menggunakan i-Think dalam tiga bidang penting yang melibatkan murid iaitu
akademik, kokurikulum dan juga bidang HEM.

Walaupun bukan Sekolah Rintis i-Think, banyak sekolah melawat dan
merujuk termasuk Kepala-kepala Sekolah Muhammadiyah Magelang bersama
dengan Dinas Pendidikan Magelang terpesona dengan kejayaan i-Think sehingga
menjemput Pn. Mazmin memberi bengkel i-Think kepada warga pendidik sekolah-
sekolah Muhammadiyah di Magelang. Dalam sebuah seminar peringkat
antarabangsa anjuran Agensi Inovasi Malaysia, 2 guru dan 8 murid telah terpilih
menunjukkan PdPc berpusat murid dengan menggunakan peta i-Think setelah
bersaing dengan sebuah sekolah yang melaksanakan program International
Baccalaureate Mid Year Programme dari Putrajaya.

‘Pemimpin Cemerlang berupaya melahirkan Pemimpin Cemerlang juga’
menjadi kenyataan apabila beberapa SLT dan MLT serta guru-guru yang pernah
bersama Pn Mazmin dinaikkan pangkat di daerah Hulu Selangor. Bekas anak murid
Tingkatan Enam yang diajar semasa beliau baru sahaja menjadi guru sekarang ini
memegang jawatan-jawatan penting di Jabatan Pendidikan Selangor.

20

ANUGERAH KEPIMPINAN
PENDIDIKAN

TUAN HAJI MOKHTAR BIN MANIJO

Beliau dilahirkan di Sabak Bernam pada tanggal 7 Disember
1960. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar
dan sangat komited dalam menggalas amanah. Perkhidmatannya
sebagai guru dan pentadbir di sekolah telah mengangkat beliau
untuk menerajui Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam
sehingga ke tahap Cemerlang dan Terbilang bertunjangkan moto :
“Sederap Melangkah”.

Beliau telah menerajui Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dengan
cemerlang sehingga membawa pendidikan di Daerah Sabak Bernam berjaya
mengekalkan peningkatan berterusan dalam beberapa peperiksaan awam,
khususnya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Pencapaian SPM bermula tahun 2014 sehingga tahun 2018. Tahun 2014 –
85.30% (ke empat peringkat negeri), Tahun 2015 – 85.74% ke empat peringkat
negeri, Tahun 2016 – 86.46% ke empat peringkat negeri, Tahun 2017 – 84.73%
tempat kelima peringkat negeri, Tahun 2018 – 84.75% tempat ketiga peringkat
negeri.

Di dalam bidang Kokurikulum, beliau merupakan sumber inspirasi atas
kejayaan pelbagai aktiviti sukan, permainan, persatuan dan unit beruniform.
Melihat kepimpinan cemerlang yang telah beliau tunjukkan, Tuan Haji Mokhtar bin
Manijo telah dianugerahi Tokoh Kepimpinan Kokurikulum Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor pada tahun 2018.

Beliau juga telah dianugerahi Tokoh Inovasi Jabatan Pendidikan negeri
Selangor pada tahun 2015. Kecemerlangan beliau diserlahkan lagi dengan
dianugerahi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali.

Terdapat banyak buku penerbitan dan penyelidikan yang dihasilkan
antaranya:Teknik Menjawab Peperiksaan – Tahun 1989.Teknik Menjawab
Matematik Kertas Dua Untuk Pelajar SPM – Tahun 1995. Kemahiran Belajar Dan
Motivasi – Tahun 2001.,Alat Ukur Penambahbaikan Sekolah (PrOD) – Tahun 2012
dan Rancangan Komuniti Pembelajaran Profesional - ALD KPM - Tahun 2013.

Tuan Haji Mokhtar bin Manijo telah berjaya membuktikan prestasi kepimpinan
yang tinggi dan telah memberikan banyak impak positif sepanjang perkhidmatan.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mokhtar Bin Manijo atas penganugerahan
sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Selangor Tahun 2021.

21

ANUGERAH KHAS
ANUGERPAEHNDKIHDAISKPAENNDIDIKAN

KESUKARELAWAN
EN. MURUGAN A/L NAGU PANDITHAN
SMK TINGGI KAJANG
PPD HULU LANGAT

INOVASI PENDIDIKAN
DR. NOR HAYATI BINTI RAMLAN

SMK TENGKU IDRIS SHAH
PPD KLANG

PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL
PN. RAZIAH BINTI MOHAMED ANUAR

SK KAMPUNG PENDAMAR
PPD KLANG

1272

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN

KEPIMPINAN ( RENDAH )

EN. HAZI BIN KADIR
SK PULAU INDAH
PPD KLANG

KEPIMPINAN ( MENENGAH )

PN. NOOR HAYATI BINTI EMBONG
SMK SAUJANA UTAMA
PPD KUALA SELANGOR

23

ANUGERAH GURU
CEMERLANG

OKU
CIK NG CHEK EE
SK TENGKU BENDAHARA AZMAN (1)

PPD KLANG

PENDIDIKAN KHAS
PN. NURMUHAFAZILATUL BINTI MUSA

SMK SIJANGKANG JAYA
PPD KUALA LANGAT

GURU SEKOLAH KHUSUS
HAJAH KHADIJAH BINTI ISHAK
SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN

PPD KLANG

24

ANUGERAH GURU
CEMERLANG

ORANG ASLI/PRIBUMI
CIK SUZIEYANA A/P PETRUS

SK SUNGAI BUMBUN
PPD KUALA LANGAT

GURU HEBAT BAHASA
EN. NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI

SK PUCHONG INDAH
PPD PETALING PERDANA

25

ANUGERAH GURU
INOVATIF

INDIVIDU PRA SEKOLAH
PN. NORAISAH BINTI SAGAP

SK KUANG
PPD GOMBAK

INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
PN. LOGESWARY A/P K. MANIAM

SJKT METHODIST
PPD KLANG

KUMPULAN (PRA SEKOLAH HINGGA MENENGAH)
PN. NOR WAHIRA BINTI ALI

PN. NORASHIKIN MOHD YUSOF
SK RASA

PPD HULU SELANGOR

26

ANUGERAH GURU
INOVATIF

INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
PN. IRMA RAHAYU BINTI IBRAHIM

SMK USJ 13
PPD PETALING PERDANA

INDIVIDU LEPAS MENENGAH
EN. ABDULLAH BIN ALI,

KTE TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
PPD SABAK BERNAM

27

ANUGERAH GURU
IKON

GURU INOVASI PdP
DR NOR HAYATI BINTI RAMLAN

SMK TENGKU IDRIS SHAH
PPD KLANG

GURU STEM
PN. YASMIN BINTI NOORUL AMIN

SMK LA SALLE
PPD PETALING UTAMA

GURU TVET
PN. AFZAN BINTI DZOLKARNAIN
SAM BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR

PPD SABAK BERNAM

28

ANUGERAH GURU
IKON

GURU PENDIDIKAN MAYA
PN. NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH
SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG

PPD HULU LANGAT

GURU KOKURIKULUM DAN SUKAN
SUKAN

EN. NIK MOHD RAMADHAN BIN NIK ABDULLAH
SK TAMING JAYA, BALAKONG
PPD HULU LANGAT

29

ANUGERAH GURU
IKON

GURU KOKURIKULUM DAN SUKAN
KOKURIKULUM

PN. KASHNANI BINTI MAT NOR
SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM

PPD PETALING PERDANA

GURU SENI BUDAYA
PN. SITI DEWI MARSITAH BINTI ISMAIL
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID

JPN SELANGOR

ANUGERAH KHAS

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
ERMI YUSIAKMAR BT MOHD NOR
SK SEKSYEN 19 SHAH ALAM
PPD PETALING PERDANA

30

SENARAI TEMA HARI GURU

2021 Berguru Demi Ilmu, Bina Genarasi Baharu
2020 Berguru Demi Ilmu, Bina Genarasi Baharu
2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Tranformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Terbilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan ProfesionKeguruan

31

PENGHARGAAN

Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Sambutan
Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2021,

merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada;

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

PUAN HAJAH ANISMAH BINTI M. NOH
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

TUAN MOHD JALULI BIN HAJI YAHAYA
Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam

Timbalan-Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Pegawai Pendidikan Daerah-Daerah Negeri Selangor
Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Selangor
Majlis Guru Besar Negeri Selangor (SK, SJKC dan SJKT)

Kesatuan Kebangsaaan Guru-Guru Lepasan Maktab (KKGLM)
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)
Bank Simpanan Nasional
Bank Islam Malaysia Berhad

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor

Semua penaja dan penyumbang serta semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2021

32


Click to View FlipBook Version