PENDEKATAN
BERDAKWAH
PENGENALAN
PENGERTIAN
• Dakwah kepada Islam merupakan satu
Teknik untuk menarik manusia kepada
ajarannya sama ada secara teoritikal atau
praktikal.
• Dakwah kepada Allah ialah menyeru agar
manusia beriman dengan Allah s.w.t serta
beriman dengan apa yang telah dibawa oleh
para Rasul-Nya dengan membenarkan apa
yang telah diberitakan oleh mereka dan
taat kepada perintah mereka.
Pendekatan
dakwah
1. Melalui cara yang penuh hikmah dan
bijaksana.
2. Memberi nasihat yang baik, menarik dan
menyentuh jiwa.
3. Berbahas atau menerangkan sesuatu
dengan hujah-hujah yang tepat bernas dan
berkesan.
Tranformasi
dakwah
Perkataan transformasi dalam Kamus Dewan (2015), bererti perubahan
bentuk (sifat, rupa, keadaan dan sebagainya). Sementara dakwah itu
merupakan rangkaian perjuangan agama yang selalu dikaitkan dengan
aktiviti pengurusan secara professional untuk mempengaruhi, mengajak
dan membimbing manusia menuju kebaikan ke arah Islam.
Dakwah merupakan aktiviti dan tindakan untuk mengubah manusia, baik
individu ataupun masyarakat dari keadaan yang tidak baik kepada
keadaan yang lebih baik. Selain dari itu istilah dakwah mencakupi
pengertian berikut:
A. Dakwah ialah suatu aktiviti atau kegiatan yang bersifat menyeru atau
mengajak orang lain untuk mengamalkan ajaran Islam.
B. Dakwah ialah proses penyampaian ajaran Islam yang dilakukan secara
sedar dan sengaja.
C. Dakwah ialah suatu aktiviti yang pelaksanaannya dilakukan dengan
berbagai-bagai cara dan kaedah.
D. Dakwah ialah kegiatan yang dirancang dengan
tujuan mencari kebahagiaan hidup dengan mencari
keredaan Allah.
E. Dakwah ialah usaha peningkatan pemahaman
keagamaan untuk mengubah pandangan hidup,
sikap batin dan perilaku manusia yang tidak sesuai
dengan ajaran Islam menjadi sesuai dengan
tuntunan syariat bagi memperoleh kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat.
CABARAN DALAM
BERDAKWAH MASA KINI
Secara umumnya terdapat tiga cabaran masalah utama dalam kalangan
pendakwah dalam menghadapi cabaran kini :
1. Wujudnya penyempitan kaedah dakwah dalam kalangan pendakwah.
Masih ramai dalam kalangan pendakwah yang berpendapat bahawa
dakwah sudah memadai disampaikan secara lisan atau berceramah
kepada khalayak dengan bahasa yang mudah, terdapatnya unsur
jenaka yang menghiburkan serta dapat menggembirakan khalayak
yang hadir.
2. Tiada pergerakan, penambahan atau penguasaan ilmu yang dimiliki
dalam kalangan pendakwah.
3. Pengurusan dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah masih
bersifat konvensional atau masih menggunakan kaedah atau cara
lama.
CarA berDakwah
moden
1. Tiktok.
2. Menderma’.
3. Pencetus ummah dan program dai’e.
4. Ceramah.
Kepentingan
berdakwah
1. Membimbing individu untuk mentauhidkan
Allah SWT
2. Memberi nasihat dan peringatan supaya
berisitiqamah
3. Memperbaiki dan memperelokkan akhlak
4. Membentuk dan memperkukuhkan
perpaduan
5. Dapat menyebarkan ilmu dan syariat
RUMUSAN
• Seorang pendakwah yang meneruskan legasi perjuangan
menegakkan Islam perlu terus berusaha untuk
menyampaikan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Ini
bermaksud dakwah yang dilakukan itu mempunyai dua
aspek penting iaitu dakwah sebagai proses komunikasi dan
juga dakwah sebagai proses perubahan sosial. Dakwah
sebagai proses perubahan komunikasi berperanan untuk
menyampaikan pesanan-pesanan dan para pendakwah
sebagai jurubicara umat kepada golongan sasaran dakwah
melalui pelbagai cara dan kaedah agar berlakunya
perubahan dalam kalangan khalayak atau sasaran dakwah
dari segi pengetahuan, tindakan dan sikap atau dengan kata
lain perubahan yang lebih Islamik dalam aspek akidah,
ibadah dan muamalat.
• Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah
mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi
dan Rasul, panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau
dakwah yang hendak dijalankan mencapai
matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya
terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga harus
menggunakan media yang luas dan terkini asalkan
tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Golongan
pendakwah yang menyeru manusia ke arah
kebenaran haruslah terlebih dahulu mempraktikan
akhlak islam dan mempunyai sifat-sifat yang
ditunjukkan. Pendakwah akan terus berhadapan
dengan pelbagai tribulasi dalam usahanya untuk
menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan
satu sunnah perjuangan.
RUJUKAN
• Mohd izzudin ismail (2011-2012) , kepentingan dakwah
dalam kehidupan muslim,Tarbiyah kreatif.
• Khoirul Fadli. (2010). Peranan Pendakwah Dalam
Pembangunan Ekonomi Masyarakat. Disertasi Ijazah
Sarjana Pengajian Islam Program Pengajian Islam Akademi
Pengajian Islam (Bahan tidak diterbitkan). Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
• https://youtu.be/yR0Z_CHcSCw
• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/73
4990/pendekatan-dakwah-ikut-arus-semasa-dan-
persekitaran
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3590-
bayan-linnas-siri-ke-201-pemantapan-jati-diri-pendakwah
• Abdullah Hassan. (2001). Komunikasi untuk pendakwah:
Panduan mengubah sikap dan tingkah laku orang lain.
Bentong: PTS Publications.
• Abu Za’id, Ahmad Mahmud. (2003). Pendakwah masa
kini: sikap & pendekatan. Terjemahan. Usamah Hussein.
Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
• Rozhan Othman. (1990). Pengurusan dakwah. Shah
Alam: Ummah Media ummah.
• Azizee Hasan. (2011). Kaedah Berdakwah di Jalan Allah.
Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd.
• Jabatan Agama Islam Johor Bahagian
Pendidikan.(2019).Tafsir Al-quran Dan Hadis Darjah
5.Ultamate Penerbit Sendirian Berhad.