The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuramira.za, 2021-04-08 00:13:04

TROLL @ PEMBULI SIBER

TROLL

TROLL
PEMBeULI
SIBER

MOHAMAD FAIRUZ BIN KAMARUDDIN

C827
RAKAN PEMBIMBING KWSP (DID)

Setiap orang sudah tentu ada akaun media
sosialnya sendiri. Tidak kiralah dari platform apapun
baik Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi
sudah tentu akan melihat lambakan serta himpunan

‘troll’page media sosial yang menjadikan perlakuan

sebagai kandungan page untuk menarik para netizen
untuk singgah dan menaikkan rating page mereka.

Malah keberadaan page sebegini seolah-olah

trollmenyemarakkan lagi budaya di dalam media

trollsosial dan apa yang merisaukan, budaya ini

sudah menular ke pelbagai peringkat sehinggakan

kanak-kanak pun sudah mula berjinak-jinak dengan

budaya troll ini.

troll trollApa sebenarnya
ni? Dalam dunia nyata, ini

adalah perlakuan mengejek atau memalukan orang

lain sambil berharap orang lain pun turut serta

dengan niat membuli mangsa, membuat mangsa

merasa murung dan serta merasa rendah diri. Tapi

troll ini lagi seronok kalau dibuat di alam siber

contohnya dalam media sosial sebab di alam siber

sana, orang lebih berani mengutuk kerana

pelayar boleh mencipta identiti palsu yang bukan

dirinya sendiri.

trollDalam dunia siber, orang yang gemar melakukan

adalah dikelaskan sebagai individu yang bersifat
pendendam dan berhasad dengki. Dia sanggup
menghabiskan masa di dalam talian atau di media
sosial berjam-jam semata-mata untuk mengganggu
orang lain dengan serangan dan ejekan peribadi
kepada mangsa, melakukan buli siber serta
menghamburkan kata-kata kebencian di media sosial.
Selalunya mangsa mereka terdiri daripada kalangan
orang yang mudah ditipu, mudah dimanipulasi, mudah
dibuli dan mudah terpedaya.

Contohnya mangsa yang mempunyai fizikal berbadan

trollbesar, kaki akan cenderung merasa seronok

mengejek fizikal badan mangsanya beramai-ramai

downsambil berharap mangsa akan merasa dan

kemurungan dengan tindakan itu. Malah ada kes yang

trolllebih buruk, sehingga mangsa membunuh diri.

Troll juga tak terikat hanya pada individu sahaja.

Boleh jadi antara dua kumpulan politik, persatuan,

kelab atau apa saja yang boleh dijadikan bahan

trollejekan. Parti politik A Parti politik B, pemimpin A

troll trollpemimpin B dan apa yang membuatkan ini

menarik adalah, kehadiran sokongan kepada kedua-

dua belah pihak yang saling berbalas ejekan untuk

trollmenentukan siapa yang paling pandai . – macam

budak-budak.

trollKajian mendapati, kebanyakan orang yang suka

sadismeini mempunyai karakter (merasa puas atau

gembira apabila melihat kesakitan atau kesengsaraan

psikopatorang lain) dan (manipulatif, kurang

perasaan empati dan tidak mudah merasa menyesal)

dan keadaan ini memang benar-benar berlaku malah

ia adalah manifestasi gelap kepada personaliti yang

Trollmelibatkan sadisme, psikopat dan manipulative. ’

juga termasuk dalam kategori buli siber.

Dalam ketiga-tiga personaliti yang dikaitkan dengan

troll ini, personaliti sadisme menunjukkan sifat yang

trollketara ada pada mana-mana . Sesuai dengan

trollkarakter mereka, para suka kepada perbuatan

menyakiti orang lain, merasa gembira dan teruja

apabila melihat orang lain kesakitan, sama ada dari

segi mental ataupun fizikal. Kajian juga mendapati,

perlakuan ‘troll’ ini berkait rapat dengan narsisis.

Kenapa seseorang itu boleh cenderung untuk

trollmelakukan ? Biasanya para pelaku melakukannya

kerana merasa bosan, ingin mencari perhatian, dan

mungkin juga untuk membalas dendam semata-mata

kerana merasa seronok dapat menyakitkan hati orang

lain di atas talian. Keadaan ‘anonimity’ iaitu keadaan

seseorang yang tidak beridentiti atau boleh

trollmenggunakan identiti palsu menyebabkan para ’

merasakan bahawa mereka boleh berkata apa sahaja

di dalam talian dan tidak merasa bertanggungjawab

terhadap perlakuan tersebut. Ini disebabkan

sesetengah laman sesawang atau media sosial

membolehkan seseorang itu membuat identiti palsu.

trollPara juga seolah merasakan tindakannya

disokong oleh majoriti apabila ejekannya terhadap

mangsa disokong dan ditambah lagi oleh pengguna

atas talian yang lain. Dengan merasakan dirinya

trollmendapat sokongan majoriti, maka para ini akan

lebih bersemangat dan kreatif dalam kerja-kerja

membuli mangsanya. Malah mereka merasakan

bahawa tindakannya betul kerana mendapat

sokongan ramai.

trollFaktor lain yang membuatkan para berkelakuan

demikian adalah seseorang yang merasakan dia

berkuasa ke atas orang lain dan boleh melakukan apa

yang disukainya. Dan yang paling utama adalah

trollkesukaan itu sendiri yang mendapat keseronokan

triggredapabila mendapati mangsanya marah atau

dengan tindakannya itu.

trollTelah terbukti bahawa perlakuan ini adalah satu

perlakuan yang tidak beretika. Malah kajian
boleh
trollmengkelaskan bahawa golongan ini

memberi impak yang negatif kepada sosial kerana

mereka mendapat keseronokan dengan membuli

orang lain. Matlamat mereka, untuk mewujudkan

suasana sosial yang tidak sihat dan cuba untuk

mendapatkan perhatian dari orang lain dengan cara

memalukan orang lain.

trollKajian juga mendapati apabila mangsa melayan

trolltingkahlaku para , mereka akan menjadi-jadi dan

melancarkan buli yang lebih agresif. Sebab itu para

pakar mencadangkan cara yang paling mudah untuk

mengelakkan diri dari golongan ini adalah jangan di

layan atau memberi reaksi kepada tindakan mereka.

Kebanyakan pakar, pembaca dan penulis di dalam

trolltalian yang mengkaji tingkah laku ini, sangat

tahu dengan syarat utama untuk berhadapan dengan

kaki troll iaitu - ‘don’t feed the trolls.’ Ini syarat yang

trolls trollspaling utama untuk menghadapi
kerana

sukakan perhatian dan ingin mendapatkan perhatian.

Kurangkan juga untuk memuat naik gambar-gambar

atau apa-apa hantaran atas talian yang boleh

trollmenjadi sumber bahan ejekan kepada kaki .

Jangan layan provokasi dan kata-kata ejekan yang

dilemparkan kerana tindakan itu memberikannya lebih

banyak peluang dan idea. Ramai orang mudah

merasa tertekan dan terkesan dengan kata-kata yang

trolldilemparkan oleh dan ini memberikan lebih

banyak ‘feed’ kepada mereka.

Kemudian, setelah langkah pertama diambil, teruskan

pula kepada langkah kedua iaitu, putuskan semua

hubungan atau apa-apa kaitan yang boleh dikaitkan

trolldengan tersebut. Keluar dari lingkungan mereka

dan minimakan potensi daripada menjadi mangsa

troll.

Ada juga yang mencadangkan supaya kita mengkaji

trolldan memahami karektor tersebut seperti bahan

apa yang suka dijadikan bahan ejekan, dan apa saja

troll.input yang boleh menjadi sumber bahan ejekan

trollAkhir sekali, jika tindakan itu sudah melampaui

batas dan dikhuatiri boleh membahayakan diri dan

orang sekeliling, cepat-cepat buat tangkapan layar di

atas talian dan laporkan kepada pihak berkuasa

tentang perkara tersebut supaya perlakuan tersebut

dapat dikekang.

trollSemoga dengan memahami tindakan para atau

pembuli siber ini, akan dapat menyelamatkan kita

daripada menjadi mangsa buli siber serta menjadikan

dunia siber lebih sihat dan selamat.


Click to View FlipBook Version